Mitos Mata Dan Penglihatan : File No 1


"Taknak la pakai spek... Sama je......power naik jugak!!!!"

 

Perhatian!!!! Ini adalah Mitos sahaja !!! Mitos2 ni wujud pasal kurangnya pemahaman kita dalam memahami proses perkembangan mata, dan kaitannya dengan kejadian rabun serta penyakit dalam mata... Banyak perkara2 yg disalahfaham oleh masyarakat dan ini akan menimbulkan kekeliruan bila masanya mata menghadapi masalah..


Jom kita terjah mitos2 lain.....zassssss......


Mitos : Seorang ibu berkata : "Budak2 tak payah pakai spek.. dah besar sket baru pakai... Bukan diorang pandai jaga"


 

Fakta : Amatlah dikesali skali mitos ni wujud.. Even umur 2 tahun sekali pun..kalau telah dikesan anak2 mengalami masalah mata dan kerabunan, cermin mata perlu di pakai jika dinasihatkan oleh optometris atau oftalmologis... Apa yang kita mahukan penglihatan yang jelas bagi kanak2 yang rabun supaya otak2 kanak dapat diransang oleh penglihatan yang jelas... Jika kanak2 rabun dibiarkan tidak memakai cermin mata, otak mereka tidak dapat diransang untuk melihat objek2 yang 'detail'. 


 

Masalah ini akan membawa kepada sindrom 'Lazy Eye'. 'Lazy Eye' berlaku apabila otak tidak menerima ransangan penglihatan dari persekitaran sekaligus otak tidak dapat mentafsir objek kecil ataupun objek yang jauh.. Jika 'Lazy Eye' sudah berlaku, mata tidak dapat melihat dengan jelas walaupun optometris telah memberikan preskripsi yg terbaik... Ini keranaindividu terbabit tidak berjaya mencapai sekurang2nya 6/9 bagi ujian tahap penglihatan dengan preskripsi (power)...


 

'Lazy Eye' boleh membawa kepada kejulingan ('squint') pada mata, terutamanya pada mata yang lebih tinggi tahap kerabunan nya.. Kejulingan boleh membawa kepada masalah pening kepala, susah untuk fokus apabila membaca dan sekaligus akan mempengaruhi prestasi pembelajaran anak2...'Lazy Eye' boleh dirawat dengan menjalani terapi dan latihan penglihatan dengan bantuan cermin mata... Walaupun begitu, pencegahan adalah lebih baik dengan tidak menghalang anak2 yang mempunyai masalah kerabunan dari memakai cermin mata... Pemeriksaan mata berkala bagi anak2 adalah penting untuk mengetahui tahap kesihatan mata mereka dan mengesan sindrom2 'Lazy Eye' lebih awal supaya boleh dirawat....


Mitos : Membaca sambil tidur boleh sebabkan rabun....


Fakta : Perkara ini boleh jadi betul boleh jadi tidak tepat... Sebenarnya pointnya disini adalah supaya jangan membaca dalam keaadaan mata terlalu rapat dengan teks bacaan... Kalau kita membaca sambil berbaring, biasanya buku atau dikumen yang dibaca terlalu dekat dengan mata... Ini akan menyebabkan stress berlebihan pada mata dan mata akan memfokus pada jarak yang tidak ideal... Bukan sahaja berbaring, malahan jika kita baca sambil duduk atau berdiri tetapi teks bacaan dibawa amat dekat pada mata (<30cm)>


Mitos : Melihat laut serta permandangan hijau boleh mengelakkan atau menyembuhkan rabun jauh


Fakta : Same la jugak mcm otot2 yang lain...otot mata jugak kenela berehat setelah digunakan berpanjangan... Sebagai contoh... bila kita duduk terlalu lama... confirm kita akan rasa lenguh2.. So, kita pun akan melakukan perbuatan yang opposite iaitu berdiri untuk melegakan kelenguhan... Same jugak dgn mata...Jika mata telah memfokus pada sesuatu objek terlalu lama (e.g melihat komputer), maka perlulah mata direhatkan dengan melihat objek yang jauh (infiniti) supaya otot2 mata boleh berehat dengan maksimum...


Tidak semestinya korang perlu melihat tumbuhan hijau dan laut.... Yang pentingnya adalah melihat titik terjauh...Cara ini hanyalah untuk merehatkan otot mata dan bukanlah untuk menyembuhkan rabun jauh...


Mitos : Cermin mata kenelah dipakai terus menerus supaya 'power' tak bertambah...


Fakta : Tujuan cermin mata dipakai bukanlah untuk memaintainkan 'power'... Cermin mata di prescribe untuk membantu si pemakai untuk melihat persekitaran dengan lebih jelas... Cermin mata bukanlah rawatan atau ubat bagi rabun jauh... Cermin mata atau kanta sentuh adalah alat bantuan penglihatan dan tidak menyumbang apa2 dalam merawat rabun... Tidak semestinya 'power' akan maintain jika anda memakai cermin mata kerana rabun berlaku akibat pemanjangan bola mata...Kadar pemanjangan ini adalah pesat di kala remaja dan mulai perlahan bila mencecah umur 25 tahun...


Selalu jugak yang merungut taknak pakai spek pasal bagi diorg pakai spek selalu boleh menyebabkan 'power' naik lagi banyak... Pandangan macam ni pun amatlah tidak tepat sama sekali... Takde kene mengena pun pakai spek boleh sebabkan 'power' korang naik... Faktor utama kenaikan preskripsi adalah pemanjangan bola kita... Biasanya rungutan ini datang dari golongan remaja yang mendapati 'power' tetap naik bile pakai cermin mata.... Pada peringkat umur 6-15 tahun, perkembangan bahagian belakang mata adalah pesat dan ini akan membawa kepada pemanjangan bola mata sekaligus menyebabkan cahaya objek yang masuk tidak terfokus betul pada retina... Jadinya, pointnya di sini, proses perkembangan rabun adalah proses pertumbuhan organ badan yang tidak seimbang dengan tumbesaran tubuh dan organ2 lainnya dan keadaan ini adalah sangat berkait rapat dengan faktor genetik...


Macam mane????? Dah faham tentang fakta di sebalik mitos2 di atas???? Aku harapla artikel ini dapat memberi kesedaran tentang pentingnya kita dapat melihat dengan jelas pada semua jarak... Jangan terlalu takut preskripsi anda akan naik tinggi...Yang penting adalah penglihatan korang jelas dan koordinasi aktiviti badan dapat dijalankan dengan penglihatan yang baik...  Itulah guna nya alat bantuan penglihatan seperti cermin mata dan kanta sentuh...


adios...


'YOUR EYES COMPANION'

7 Comments
Disqus
Fb Comments

7 Komentar:

School Revisited: SK AU Keramat & SK Tmn Sri Rampai


Assalamualaikum wbt...Bertemu kembali kite...ok pada minggu lepas kami telah mengunjungi 2 buah sekolah lagi kesinambungan dari lawatan sekolah yang pertama hari tu...sekolah yang kami telah lawat ialah SK AU Keramat & SK Tmn Sri Rampai...dua2 sekolah rendah so chumil2 je bebudaknye...ragamnye pun banyak juge...tp yg paling tak tahan ramai giler bebudak yang berlakon nak pakai spek...tp lakonan mereka telah dikesan...mungkin kerana tidak semantap lakonan arwah Bat Latiff dalam Singapura Dilanggar Todak gamaknye...heheh...tp cite sedih bebudak ni pun banyak...x semua senang beb..........

Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang telah mengatur dan membantu kami dalam menjalankan aktiviti murni ini...dan terima kasih di atas layanan yang mesra...YOSH!

Di bawah diselitkan beberapa gambar untuk tatapan korang semua...Yessszaaassslayaaannn...


SK AU Keramat


Perpustakaan - Tempat Pemeriksaan Mata




Bersama dengan Pn Noriah Razak, Guru Besar SKAUK yang sporting (kanan sekali), Pn Lily Suhana (Orang Kuat..ya ampuuun...hehe)






Antara pelajar sekolah yg suke melawak...yg depan tu ade myspace tp x nak bgtau add...ceh!



Anugerah Murid Bersahsiah Cemerlang...dianugerahkan setiap bulan...insaf sekejap masa baca ni...membayangkan betapa "jahatnye" mase sekolah dulu...hahaha

______________________________________________________________________________


SK Taman Sri Rampai


Masdi dengan anak-anak chumil...



"adik ni saje nak pakai cermin mata ni mcm abg kan.."
"tak tak..saya memang tak nampak...klw saya x nampak mesti saya tak boleh baca Y U X T H A O V tu...pastu kat tepi tu ade tulis kecik no 6..mmg saya x nampak bang..."
"ayark..NEXT!"



ape la si Arshad ni buat...terkesima gamaknyer yek...



Adik Zaima...die nak tunjuk 2 ibu jari tp aku ckp tunjuk 1 cukuplah...hihi...



Pn Lily tgh melayan kerenah anak-anak murid yang menunggu giliran...tak menyabor nak cek mata....



2 Comments
Disqus
Fb Comments

2 Komentar:

Diebetes Dan Penglihatan

Assalamualaikum....


Kali ni aku nak bercerita pasal penyakit kencing manis (diebetes) dan kaitan dengan mata kite... Sape2 yg mengidap diebetes perlu la sedar penyakit ini boleh mendatangkan kesan yang kronik pada mata.. Kat sini aku akan perturunkan fakta-fakta penting tentang penyakit mata yang berkaitan dengan diebetes supaya kita sentiasa berjaga-jaga dengan kondisi mata kita.... Ini disebabkan kebanyakan pesakit diebetes tidak sedar risiko kehilangan penglihatan akibat penyakit ini..




Fakta 1 : Diebetes Boleh Akibatkan Penyakit Mata


Penyakit mata diebetes (Diebetec Retinophaty) boleh terjadi disebabkan beberapa faktor seperti kawalan aras gula, tekanan darah, genetik dan sebagainya...Walaupun pada pengidap diebetes, kawalan aras gula yang baik dengan pengambilan ubatan secara konstan dapat mengurangkan risiko Diebetec Retinophaty (DR) atau sekurang2nya tak la penyakit ini berkembang ke tahap yang serius...


Fakta 2 : Tiada Tanda Atau Amaran Yang Jelas

 

Tiada tanda atau simptom yang jelas akan berlaku bagi DR sehinggalah ke peringkat yangsevere.. Adakalanya simptom dan tanda awal berikut perlu diberi perhatian tidak kira kepada pesakit atau bukan pesakit diebetes :


  • Kabur Pandangan
  • Pandangan berganda (Double Vision)
  • Sukar melihat pada bahagian sisi medan penglihatan (ekor mata)
  • Objek kecil melayang2 dalam medan penglihatan (floaters)
  • Tompok hitam pada medan penglihatan
  • Sakit dan tekanan dari dalam mata


Fakta 3 : Pesakit Diebetes Perlukan Pemeriksaan Mata Berkala


Adalah menjadi kemestian pesakit diebetes perlu menjalani diebetec eye screening di hospital sekurang2nya setahun sekali...Pemeriksaan perlu dijalankan dengan pengembangan anak mata (dilated pupil) supaya lebih luas lagi kawasan retina yang dapat di periksa.. Pemeriksaan ini penting untuk memantau DR supaya apa2 perkembangan peringkat awal DR dapat dicegah dari melarat ke peringkat yang serius..


Fakta 4 : Risiko Penyakit DR Tetap Ada Walaupun Dengan Pengawalan Aras Gula


Pesakit diebetes, walaupun dengan pengawalan gula yang baik tidaklah akan terhindar dari DR 100%. DR boleh berlaku juga jika aras gula sentiasa di tahap yang normal.. Walaupun begitu pengawalan yang baik dapat melambatkan progres DR dan sekaligus dapat dicegah sebelum mencapai peringkat yang kronik..


Fakta 5 : Penghidap Diebetes Berisiko Mengidap Glaukoma

 

Pesakit diebetes terdedah kepada risiko untuk megidap glaukoma 40% lebih tinggi dari individu lain...Lebih lama penyakit diebetes dihidapi, semakin tinggi risiko untuk mengidap glaukoma...Risiko ini juga meningkat jika umur semakin meningkat...


Fakta 6 : Penghidap Diebetes Berisiko Mengidap Katarak


Kalau korang mengalami diebetes, risiko korang mengidap katarak juga meningkat. Pesakit diebetes boleh mengidap katarak pada usia lebih muda dan perkembangan katarak lebih cepat daripada individu lain...


Fakta 7 : DR Boleh Rosakkan Retina


Jika kandungan gula dalam darah terlalu tinggi, dinding salur darah akan menjadi lemah. Cecair dan komposisi2 darah akan meresap keluar dari salur darah retina dan menyebabkan tumbuhnya salur2 darah baru yang amat lemah daya tahan..Darah dan bendalir2 lain akan keluar dari salur2 darah baru ini dan akan menyebabkan retina bengkak. Retina bengkak ini akan mengurangkan pengambilan nutrien dan oksigen sekaligus akan merosakkan struktur retina...fenomena ini akan menyebabkan kebutaan..


Fakta 8 : Pembedahan Laser Boleh Melambatkan Progres DR


Pembedahan Laser berfungsi untuk mengecilkan salur2 darah abnormal serta menampal bahagian2 retina yang 'bocor' akibat pengaliran keluar bendalir2 darah.. Pembedahan ini dapat mengurangkan risiko kepada kebutaan kepada sesetengah individu yang mengidap DR..


adios....


 

'YOUR EYES COMPANION'

4 Comments
Disqus
Fb Comments

4 Komentar:

Program Pemeriksaan Mata Percuma dan Pemberian Subsidi Cermin Mata : Kampung Balun, Slim River, Perak Darul Ridzuan


Pada kali ini kami akan menjengah pula ke sebuah kampung di Slim River iaitu Kampung Balun. Jika anda seorang pembaca majalah humor Ujang yang setia, pasti anda akan teringat nama kampung ini. Sebab selalu sangat ditulis dalam majalah tersebut..hehe...Ok la...Program ini akan dijalankan pada 18 dan 19 April 2009 ini dan bertempat di SK Kampung Balun iaitu berhadapan dengan Masjid Kampung Balun. Seperti biasa kami akan menjalankan pemeriksaan mata percuma bagi penduduk kampung tidak mengira usia dan bangsa. Di bawah adalah gambar-gambar preprogram dan gambar postprogram akan menyusul kemudian k..? Kat atas tu gambar boss... ahaks... yeszzzaaassslayaaan....







3 Comments
Disqus
Fb Comments

3 Komentar:

'Eye Twitching'

Assalamualaikum...

Al-kisah, pernah la ada sorang brader ni merungut kat aku....Brader ni citer wife die mesti akan marah tiba2 bila kuar jalan2 sama2 pegi shopping kompleks ke pergi pasar ke...Aku pun tanya la pasal ape...die pun citer la pasal bini dia marah dia kenyit mata dengan pompuan lain...Huh..confirm brader ni cari pasal..heheh...


                                       


Confirm la wife dia mengamuk kalau dah laki dia main mata dengan pompuan lain....haha... Tapi pastu brader ni citer la pasal masalah mata die yang memang automatik akan nak tertutup bila rasa letih...Dia kate bahagian bawah lining mata dia terasa bergetar semacam je...

Ingat punye ingat, Aku pun terfikir la pasal istilah 'Eye Twitching'...Bila berlaku fenomena ni...kelopak mata kita akan terasa bergetar secara tiba2 dan kadang2 dalam keadaan yang tertentu macam terasa nak tertutup je mata tu...Fenomena ni dalam bahasa perubatan di sebut Myokymia. Myokimia ini selalunya akan dialami apabila dalam keadaan stress, tak cukup tido, pengambilan kaffein yang tinggi dan selepas mengadap komputer terlalu lama...Punca terjadinya fenomena Myokymia ini tidaklah dapat diketahui dengan jelas...

Bila korang dah alami 'Eye Twitching' ni, patutnya korang bawaklah berehat sekejap dari membuat kerja yang berkaitan dengan mata atau pergilah buat kerja lain yang kurang level stress... Adakalanya fenomena ini hanya akan hilang setelah korang tidur dengan nyenyak sepanjang malam. Dalam kes-kes yang kronik, terdapat juga individu yang akan mengalami fenomena ini selama 2-3 minggu...

Jika 'Eye Twitching' ini berlaku pada kedua-dua mata, ini akan membawa kemungkinan korang mengalami Blepharospasm...Keadaan ini berlaku biasanya ke atas golongan wanita berumur 50 tahun ke atas...Blepharospasm boleh berlaku berulang-ulang kali secara berturut2 dan akhirnya akan membuat kan mata akan tertutup dan susah hendak dibukak..Punca fenomena ini tidak dapat dikenal pasti dan biasanya akan berlaku dalam keadaan stress serta setelah menonton TV terlalu lama...So..kepada akak2 dan makcik2 yang selalu sangat tengok telenovela Indonesia kat Astro Aruna dari pagi membawak ke malam tu, bawak2 la buat aktiviti lain yang tak melibatkan mata sangat yer...:)

Berbalik kepada abang yang aku citer di atas tadi, Aku dah bagi consultation sket kat dia..Aku dah nasihatkan abang tu untuk tuam mata dia dengan kain yang dicelup dengan air panas2 suam (warm compression) apabila 'twitch' berlaku...Selepas tuam berkali2, urut kelopak mata atas dan bawah secara lembut beberapa kali...

Jika korang dapati fenomena ini berlarutan lebih dari 2 hari walaupun tanpa aktiviti yang memberikan stress pada mata, Cari la di farmasi ubat anti-histamine over-the-counter untuk melegakan 'twitching'... Harus diingat, ubat anti-histamine ini bukan lah ubatan untuk rawatan myokymia atau blepharospasm...Ubatan ini hanyalah untuk melegakan fenomena ini yang kadangkala amat menjengkelkan..

Secara umumnya fenomena 'Eye Twitching' ini tidak memberikan kesan yang serius pada struktur mata yang lain..Kehadiran fenomena ini lebih kepada memberikan ketidakselesaan kepada individu yang mengalaminya.. Sape2 yang mengalaminya sila lah ikuti tips2 di atas....:)

adios...


'YOUR EYES COMPANION'

3 Comments
Disqus
Fb Comments

3 Komentar:

Hail The Tech!!!


Any Comment...:P

0 Comments
Disqus
Fb Comments

0 Komentar:

Kaca Mata Hitam Dan Aktiviti Sukan


Assalamualaikum...


Aku nak bagi sikit panduan kat sini tentang penggunaan sunglass dan kaitannya dgn aktiviti sukan dan rekreasi.. Biasanya sunglass ni orang kaitkan dengan gaya dan fesyen. Jenama2 terkenal seperti Rayban, Serengeti dsb direka untuk menampilkan personaliti seseorang... Ada juga sunglass yang dicipta untuk memberikan keselesaan kepada individu yang aktif bersukan. Jenis warna pada kanta sunglass terbabit biasanya direka bersesuaian dengan enviroment aktiviti dan adakalanya dapat meningkatkan prestasi si pemakai dalam sukan atau rekreasi berkenaan... Di sini aku perturunkan jenis2 warna (tinted) yg bersesuaian mengikut aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan...wachaaaa...

Warna Kuning dan Jingga

Warna ini biasa dicadangkan kepada penggiat aktiviti yang melibatkan suasana persekitaran yang tidak banyak cahaya dan redup ataupun suasana persekitaran yang berubah2 dari segi cuaca...Kanta bewarna ini juga sesuai dipakai dalam keaadaan berkabus atau berjerebu...Juga dicadangkan kepada penggiat sukan indoor..Kanta jenis ini meningkatkan kontras dlm keadaan persekitaran yang redup...

Jenis Rekreasi dan Sukan Yang Sesuai : Berbasikal, Memburu, Tennis, Bola Keranjang Indoor, Menembak...

Warna Merah, Merah Jambu, Merah Hati

Warna ini meningkatkan kontras dalam keadaan cuaca yang agak2 redup tetapi suhunya panas.. Penggunaan kanta warna jenis ini mungkin dapat mewujudkan sedikit ketidak seimbangan dalam mengenalpasti warna objek persekitaran..

Jenis Rekreasi dan Sukan Yang Sesuai : Berbasikal, Memancing dan segala jenis Sukan Air

Warna Perang dan Tembaga

Warna ini menapis komponen biru dalam spektrum cahaya sekaligus meningkatkan kontras sekeliling dan mempertajamkan tahap penglihatan..Jenis kanta ini secara spesifik meningkatkan kontras di kawasan berumput dan apabila melihat langit..

Jenis Rekreasi dan Sukan Yang Sesuai : Golf, Baseball, Ski, Memancing (terutama dasar kolam yang penuh dengan warna kehijauan)

Warna Hijau

Hijau meningkatkan kontras sekeliling tetapi tidak menyebabkan gangguan kepada keseimbangan warna.. Warna dapat dikenal pasti dengan baik (tidak seperti warna merah)

Jenis Rekreasi dan Sukan Yang Sesuai : Baseball, Kriket, Golf

Warna Hitam dan Kelabu

Warna yang popular ini mengurangkan kecerahan secara total dan beserta dgn fungsi Polarize akan menghapuskan segala unsur silau dan reflection cahaya. Warna ini tidak mengganggu pengenalpastian warna..

Jenis Rekreasi dan Sukan Yang Sesuai : Semua jenis sukan outdoor dalam persekitaran yang terik dan panas


Rata2 kedai optikal mempunyai sample warna yang dinyatakan di atas... Sebelum membuat keputusan untuk membeli, cubalah sunglass tersebut dalam pencahayaan yang agak similar dengan aktiviti rekreasi yang anda lakukan...

Bagi individu yang melakukan pelbagai aktiviti dalam pencahayaan dan persekitaran yang berbeza, pilihlah lebih dari satu sunglass dengan wana yang berlainan. Terdapat juga sunglass seperti jenama Rudy Project yang mempunyai fungsi interchangable lens di mana bila korang beli sunglass macam ni, hanya perlu tukar lens mengikut kesesuaian aktiviti yang korang lakukan tetapi tetap pakai sunglass (bingkai) yang sama..

Akhir kata... Majulah Sukan Untuk Semua....:)

adios....


'YOUR EYES COMPANION'

1 Comments
Disqus
Fb Comments

1 Komentar:

Ubatan Segera Untuk Masalah Mata



Assalamualaikum..


Aku baru teringat la nak tulis satu tajuk yang agak selalu jugak orang2 bertanya kat aku.. Pasal ubat titis mata. Of coz ubat titis mata ni ada yang boleh didapati dari prescription doc dan ade yang korang boleh beli over the counter (OTC).

Ubat OTC adalah ubat yang korang boleh beli kat farmasi tanpa prescription doc... kat sini aku nak bagi panduan sket la kat korang untuk membeli dan menggunakan ubat titis OTC untuk mata yang bersesuaian dgn masalah mata yang korang hadapi.. Harus diingat ubat titis OTC ini hanyalah untuk treatment kes2 yang tidak begitu merbahaya. Jika masalah korang tidak surut atau sembuh selepas menggunakan ubat titis ini, silalah rujuk kepada doc mata yg berhampiran...

Di artikel ini aku akan terangkan tentang jenis masalah pada mata yang memerlukan prescription doc dan masalah yang boleh disembuhkan dengan ubat titis OTC... However..ubat titis OTC kebiasaanya memberi kesan sementara dan rujukan kepada pakar mata adalah penting jika masalah tidak hilang dan berlarutan...

Masalah mata yang biasa diadukan adalah seperti di bawah :
  1. Kemerahan
  2. Kekeringan (seperti rasa berpasir dalam mata)
  3. Kegatalan
  4. Allergic
  5. Kekejangan
  6. Bengkak
  7. Cecair atau Lekitan
  8. Jangkitan

Masalah mata seperti ini biasanya adalah kes2 yang common pada mata dan hanya memerlukan ubat OTC di farmasi. Ubat mata OTC di farmasi terdapat dlm bentuk ubat titis, ointment, dan gel...dan of coz jika masalah diatas berlarutan, kebarangkalian jangkitan berlaku adalah tinggi dan temujanji dengan doc mata perlu dilakukan dengan segera...

Kekeringan

Mata kering selalunya berlaku akibat penggunaan komputer yg berpanjangan, keletihan dan membaca terlalu lama. Biasanya fenomena ini adalah sementara dan dgn mudahnya dapat dilegakan dgn ubat titis pelincir (lubricating eye drops) yang fungsinya dan bahan2nya bersamaan dengan air mata kite. Ubat titis ini juga disebut artificial tears...

Jenama terkenal adalah Tears Naturale Free untuk mata kering yang biasa dan Systane Ultra untuk mata kering yang moderate dan teruk serta berpanjangan...

Mata kering yang berpanjangan biasanya berkaitan dengan penuaan, terutama pada wanita akibat perubahan tahap hormon... Mata kering yang berpanjangan juga boleh disebabkan oleh pengambilan ubat tertentu seperti jenis decongestant, diuretics dan anti-depressants..

Untuk mata kering yg berlarutan...ubat OTC jenis ointment dan gel dicadangkan... Gunakan ubat tanpa pengawet jika mata korang ade allergic..ubat jenis gel biasanya dipakai just sebelum tido pasal gel boleh menyebabkan kekaburan pada penglihatan...

Jika ubat OTC tak dapat memulihkan keadaan, jumpa lah doc mata berdekatan untuk ubat mata preskripsi. Peringatan...jgn beli ubatan yang claim untuk memutihkan mata yang merah.. ubatan ini adalah dari jenis decongestant yang akan menyebabkan mata lebih kering?

Kemerahan

Mata merah selalunya disebabkan oleh kering, allergic, letih dan kombinasi faktor2 ini.. Selain menggunakan ubat2 decongestant untuk menghilangkan kemerahan, korang perlulah membuat check-up dekat doc mata...

Ubat2 decongestant seperti eye-mo dan sebagainya mengecilkan salur darah pada sklera (mata putih) dan ini akan menghilangkan kemerahan pada mata... however...ini akan mengaburi masalah sebenar yang berlaku pada mata. Jika mata merah adalah disebabkan oleh jangkitan mikrob, kehilangan kemerahan akan melambatkan proses diagnosis masalah sebenar dan ini akan membahayakan kesihatan mata kita...

Selain dari yang dinyatakan di atas... ubat jenis ini iritasi dan menyebabkan kebergantungan mata kita kepada ubat ini. Kadangkala, pemakaian yang kerap akan menyebabkan fenomena silau akibat anak mata kita mengembang..

Adalah digalakkan bagi fenomena kemerahan, gunakanlah pada mata ubat titis pelincir OTC untuk kesan yang lebih baik..

Allergic dan Kegatalan

Kegatalan adalah tanda utama berlakunya allergi pada mata... tanda2 lain yang berkaitan adalah bengkak, berair, kemerahan dan sebagainya...Ubat2 OTC kebanyakannya dpt merawat fenomena allergi.. Allergi pada mata kebanyakan disebabkan oleh permakanan dan bahan kimia di persekitaran..

Biasanya mata akan terasa gatal apabila tindak balas allergi berlaku... aktiviti mengaru akan menyebabkan mata akan lebih kelihatan merah dan bengkak... ubat2 titis OTC seperti Alaway dan Zaditor boleh melegakan kegatalan disebabkan oleh alergi..

Jika kegatalan mata tidak surut...jumpalah doc mata untuk ubat preskripsi oral untuk menghentikan tindak balas alergi...

Kekejangan, Bengkak dan Discaj

Kekejangan pada mata kebiasaanya disebabkan oleh kekeringan, letih dan penggunaan mata yang terlalu lama.. Korang perlu memeriksa mata dengan optometris untuk memastikan preskripsi mata anda.. Kekejangan boleh berlaku apabila mata korang memerlukan preskripsi baru...

Ubat pelincir OTC boleh digunakan untuk melegakan mata untk sementara, serta menghilangkan discaj (lendiran) pada mata... Walaupun begitu, jika discaj dan bengkak semakin teruk, jumpalah pakar mata untuk preskripsi antibiotik..

Lagi satu, kalau mata merah, kemungkinan juga korang mendapat Conjunctivitis. Conjuntivitis ini berlaku akibat jangkitan bakteria dan virus ataupun tindak balas allergi.. untuk viral dan bacterial conjunctivitis, korang leh gunakan ubat pelincir OTC untuk mendapatan kelegaan sementara di samping mendapatkan ubat preskripsi dari doc...

Bagi conjunctivitis allergi, Zyrtec dan Claritin dapat melegakan simptom2 allergi. Untuk melegakan kesan2 infeksi dan allergi, korang boleh jugak gunakan ais dan tekapkan ke mata untuk melegakan mata yang kejang, gatal dan sebagainya...

OKlah.. Di harap post aku ni dpt membantu korang dalam menangani masalah mata yang common berlaku.. ini akan membantu korang untuk memilih ubat di farmasi untuk kelegaan segera. Lagi sekali diingatkan jika keadaan semakin teruk, jangan teragak-agak untuk berjumpa pakar mata untuk rawatan lanjut..:)

adios


'YOUR EYES COMPANION'

14 Comments
Disqus
Fb Comments

14 Komentar:

10 Langkah Penjagaan Mata Untuk Pengguna Komputer



Assalamualaikum...

Komplen tentang masalah mata disebabkan penggunaan komputer mmg bnyk la aku dengar... Kebanyakan orang kat ofis, student yang banyak workload computer mengadu pelbagai simptom seperti kabur penglihatan, silau, pening dan sakit di sekeliling bebola mata...

Simptom2 ini boleh mengakibatkan produktiviti terjejas, keletihan pada tubuh badan serta seseorang itu akan melakukan kesilapan dalam melakukan kerja2 komputer...Untuk post kali ini aku nak bagi tips2 yang mungkin berguna untuk pengguna komputer bagi mengelakkan keletihan pada mata akibat penggunaan komputer berlebihan... 

Para majikan juga boleh mengambil perhatian di sini untuk memantau keadaan persekitaran tempat bekerja untuk menentukan suasana ruang pejabat adalah dalam keadaan optimum untuk penggunaan komputer..Ini untuk meminimumkan berlaku nye Sindrom Penglihatan Komputer (SPK)  kepada pekerja2....


1. Lakukan Pemeriksaan Mata

Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata at least setahun sekali... Bagi yang baru hendak memulakan atau mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan komputer, perlulah korang buat check-up mata korang untuk tentukan tahap penglihatan dan kesihatan mata...

Pemeriksaan ini adalah penting untuk mencegah sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau 'dry eye'.... Menurut Institut Keselematan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Pemeriksaan mata bagi pekerja industri yg menggunakan komputer adalah sangat perlu. Individu perlulah melaporkan pada pakar mata atau Optometris berapa kerap penggunaan komputer dalam satu2 masa...

2. Gunakan Pencahayaan Yang Bersesuaian

Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat kebiasaanya..

Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg sedikit sahaja... Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang menghadirkan cahaya matahari...tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk keselesaan....

3. Kurangkan Silau 

Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin computer dan sebagainya.. Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter cahaya..

Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoat) untuk meminimumkan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita...

4. 'Upgrade' Monitor

Monitor jenis lama (CRT) akan menghasilkan 'flicker' yang menjadi sumber dan faktor utama SPK...'Flicker' akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari 75 Hz... Tetapkan refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer..

Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD seperti yg terdapat pada skrin laptop... Skrin jenis flat ini perlu lah mempunyai 'dot-pitch' yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan kurang beban pada mata...Dan pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih keselesaan..

5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer

Saiz font perlulah bersesuaian dengan tahap penglihatan selesa kita dan jgn terlalu kecil.. Objek atau tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata.. sebagai contoh tulisan hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan dgn latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna.. 

6. Kelipkan Mata Dengan Kerap

Cuba senaman ni : Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan2 (seperti mata orang nak tertidur...hehe..) sehingga menutup mata seluruhnya.. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali..

Mengikut kajian, individu yang menggunakan komputer, akan kurang berkelip. Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai perlindungan. Fenomena ini disebut 'Dry Eye'.

Pengguna komputer perlulah menyediakan sebotol 'artificial tears' untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir...Keadaan mata kering ini semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin...

7. Relakskan Pandangan

Setelah otot2 penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot2 terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit... Ini dapat mengurangkan kesan stress pada bebola mata korang...

Satu lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. ulangi selama 4-5 kali.. Latihan ini penting supaya otot2 fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan..Jika otot2 fokus kejang, pengguna2 komputer akan kabur melihat objek2 jauh selepas penggunaan komputer...

8. Luangkan Masa Untuk Berehat

Menurut kajian NIOSH, pengguna komputer yg berehat hanya 5 minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan berbanding dari pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali sepanjang hari... Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari masa rehat yg lama..

Apabila rehat, lakukanlah 'stretching' bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot2 yang terlibat..

9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda

Jika korang perlu melihat bersilih ganti antara 'print copy' dan skrin komputer, letakkan 'print copy' bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan 'stand' untuk mengelakkan keletihan pada otot2 mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh pada skrin komputer atau mata korang

Ubah suai kerusi korang sama level dengan skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari satah penglihatan korang..ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya sejauh 50 cm...

10. Memakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer

Pengguna komputer yang berpanjangan (walaupun yang tidak rabun) boleh menimbangkan untuk memakai cermin mata khas untuk memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat...

Dapatkan info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini... rujuklah jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor Anti-Fatigue. Jangan terkeliru dengan kanta yang kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer tetapi tidak memberi apa2 fungsi dalam mengelakkan stress pada mata dan SPK keseluruhannya...

adios....


'YOUR EYES COMPANION'

2 Comments
Disqus
Fb Comments

2 Komentar:

Program Pemeriksaan Mata Percuma dan Pemberian Subsidi Cermin Mata : Kampung Sg Lang Tengah, Banting


Kg Sungai Lang Tengah, Banting, Selangor telah menjadi destinasi untuk Program Pemeriksaan Mata Percuma dan Pemberian Subsidi Cermin Mata kali ini. Terima kasih kepada penduduk kampung yang telah memberi sambutan yang menggalakkan terhadap program ini. 

Kampung yang diterajui oleh Pengerusinya Tn Hj Mohd Silim terkenal dengan industri pembuatan kerepek dan homestay ini terletak 1.5 km dari Pekan Banting. Baru-baru ini Kg Sungai Lang Tengah juga telah diumumkan sebagai Johan Gerakan Desa Wawasan (GDW) Bahagian Wanita Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2009. Tahniah diucapkan!

Program Homestay adalah sebuah program yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 1988 dan dilancarkan secara rasmi pada tahun 1995 di Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Program ini mensasarkan pelancong yang inginkan kelainan dan kos yang rendah dalam percutian mereka. Dalam program ini pelancong-pelancong tinggal bersama penduduk kampung dan dapat merasai bagaimana kehidupan kampung yang sebenar. Sila klik hyperlink di bawah untuk mendapatkan senarai homestay yang terdapat di Malaysia. Selamat Ber'homestay'!







0 Comments
Disqus
Fb Comments

0 Komentar:

Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya


Assalamualaikum....


Kali ini aku nak celoteh sket pasal pemanduan dan kaitan dengan penglihatan.... se pengetahuan aku, kadar kemalangan kat malaysia ni adalah antara yang tertinggi kat dunia... kadar kemalangan maut jgk antara yang terbanyak di dunia mengikut tahun ke tahun... Aku nak sentuh sket la faktor penglihatan yg amat mempunyai hubungkait dengan angka kemalangan kat Malaysia ni...


3 faktor utama dalam pemanduan yg selamat adalah condition kereta, keadaan persekitaran (jalan) dan tidak dilupakan keadaan pemandu itu sendiri..


Ketika korang memandu, hubungan penglihatan dan Tindak Balas Okulomotor (penglihatan-gerakan) memainkan peranan utama....respons membrek, mengambil selekoh atau mengelak adalah satu tindak balas Okulomotor yg mengaitkan mata (penglihatan) dan neuro (otak)....


Daripada sini kite boleh membuat kesimpulan dengan jelas bahawa dalam proses memandu, keadaan mata dan penglihatan adalah amat penting. Aspek ini jarang kita discuss dalam kes kemalangan jalan raya. 


Kerana adanya perkaitan yang jelas antara penglihatan dan soal keselamatan jalan raya, maka faktor penglihatan perlu diberi perhatian.Ujian Ketajaman Penglihatan  (Visual Acuity Test) yang dijalankan semasa permohonan lesen memandu terlalu mudah dan tidak mengikut standard yang sepatutnya. Pemeriksaan yg JPJ tetapkan amatlah raw dan tak deseliakan oleh pakar2 penglihatan yg berkelayakan...


Dalam ujian penglihatan yang standard, individu perlu mencapai skor 6/6 atau 20/20 atau at least 6/9 utk lulus ujian saringan penglihatan.. Akan tetapi dalam ujian JPJ penilaian dibuat hanya untuk menyaring individu yang boleh membaca nombor plat kenderaan pada jarak 6 meter. Tulisan pada no plat kat kenderaan adalah besar dan sepatutnya pemandu mampu untuk melihat objek yg lebih kecik pada jarak 6 meter..


Tahap ketajaman penglihatan sebaiknya adalah pada tahap 6/9 pada carta Snellen bagi satu-satu mata secara berasingan dengan dengan mengambil kira alat bantu penglihatan seperti kaca mata atau contact lenses. Penglihatan 6/9 bererti seseorang yang mempunyai masalah penglihatan perlu berdiri pada jarak enam meter untuk nmpk sesuatu objek sedangkan orang normal boleh nampak dengan jelas pada jarak sembilan meter dengan objek yg sama..


Analoginyer...cuba bayangkan seseorang yang hanya mempunyai tahap penglihatan 6/18 pada carta Snellen memandu kenderaan. Orang yang mempunyai penglihatan normal sudah nampak dengan jelas objek yang berada 18 meter di hadapan sedangkan pemandu ini hanya akan melihat dengan jelas objek tersebut pada jarak 6 meter.


Katakan seekor kucing melintas 30 meter di hadapan ketika kelajuan pemandu 80 kilometer sejam (km/j). Pada kelajuan tersebut, pemandu hanya mengambil masa 17 saat untuk sampai kepada kucing itu.


Andainya pemandu hanya dapat melihat kucing itu dari jarak 6 meter, rasenyer boleh tak pemandu membrek kenderaannya atau mengelak kerana dia hanya mempunyai kira-kira tiga saat untuk bertindak dalam jarak 6 meter sedangkan masa membrek mengambil masa lebih daripada 3 saat untuk berhenti dari kelajuan 80 km/j. Tak ke naye kucing tu....


Ujian Visual Acuity ini adalah salah satu daripada Ujian Fungsi Penglihatan. Biler seseorang pemandu memandu kenderaan, keseluruhan fungsi penglihatan harus berfungsi dengan normal. Ini bagi menjamin Refleks Okulomotor berfungsi dengan baik dan pantas terutamanya dari segi Ketajaman Penglihatan, Sensitiviti Kontras, Persepsi Warna, Keluasan Penglihatan (Visual Field) dan Pandangan Stereoskopik (Pandangan 3D)...


Keluasan medan penglihatan yang terhad boleh mengganggu kerana ketika memandu penglihatan periferal (sisi) adalah penting bagi menentukan kedudukan kenderaan dengan kenderaan lain. Keluasan medan penglihatan yg normal membolehkan pemandu mengetahui di mana dia berada terutamanya ketika memotong, menukar lorong dan mengambil selekoh. Kelajuan kenderaan juga di agak dan dikenal pasti dengan menggunakan penglihatan periferal (sisi medan penglihatan). Ujian Medan Penglihatan ini seperti Visual Acuity Test sepatutnya perlu diadakan dan dinilai sebelum seseorang mendapat lesen memandu...


Gangguan pada medan penglihatan akan menyebabkan pemandu tak perasan objek yang berada di sebelah sisi kenderaan dan keadaan ini boleh berlaku dalam kes kerosakan pada retina seperti pada pesakit Gloucoma, kencing manis atau Penanggalan Retina (Retinal Detachment)


Ujian Penglihatan Warna jugak penting untuk memudahkan pemandu mengenal kod warna pada tanda jalan, misalnya warna merah kawasan berbahaya, warna kuning untuk lebih berhati-hati dan hijau atau biru bagi kawasan selamat.


Ujian Tahap Stereopsis jugak perlu dibuat bagi memastikan penglihatan tiga dimensi (3D) pemandu cukup baik. Ini penting untuk menganggar jarak kenderaan dengan objek di hadapan. Bagi orang yang juling, penglihatan 3D berkurangan bergantung pada tahap kejulingan.


Kalau seseorang pemandu mempunyai masalah Juling Pendam (Latent Squint) dalam keadaan tubuh letih terutamanya ketika waktu pulang dari kerja atau dalam perjalanan yang jauh, pemandu tersebut boleh mengalami Diplopia (objek kelihatan dua), silau dan cepat mengantuk. Diplopia boleh menyebabkan kemalangan kerana pemandu akan keliru bila melihat dua imej kelihatan bertindih.


Sensitiviti Kontras antara objek dengan latar belakang (background persekitaran) juga penting semasa memandu terutama ketika hujan atau memandu pada waktu malam. Bayangkan ketika anda memandu waktu senja, tiba-tiba seekor kerbau melintas. Anda sukar melihat kerbau tersebut pada waktu senja kerana keadaan kontras antara kerbau dan suasana senja menurun menyebabkan anda sukar melihat kerbau tersebut walaupun kerbau itu besar. Kontras yang baik membolehkan pemandu mudah melihat sesuatu objek. Maka, ujian sensitiviti kontras juga sepatutnya dijalankan bagi mendapatkan lesen memandu.


Pemandu kenderaan awam khususnya perlu menjalani pemeriksaan mata secara menyeluruh dan berkala bagi menentukan tahap fungsi penglihatan yang sempurna. Ini kerana kemalangan yang melibatkan kenderaan awam seperti bas akan melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa yang ramai. Gangguan fungsi penglihatan juga akan menimbulkan gejala seperti pening, cepat ngantuk, silau atau mata letih yang kesemuanya boleh menyebabkan hilang tumpuan dan ketidakselesaan ketika memandu.


Oleh kerana lebih dari 90% kes kemalangan jalan raya melibatkan faktor manusia, maka segala kemungkinan yang menjadi punca terjadinya kemalangan perlu diberi perhatian. Antara faktor yang melibatkan penglihatan dan soal keselamatan jalan raya termasuk masalah penglihatan yang kurang sempurna seperti rabun jauh, rabun dekat, Astigmatisme, rabun warna dan lain-lain....


Oleh itu kena la ada satu syarat ketat bagi memastikan semua pemandu mempunyai tahap penglihatan yang baik sebelum dibenarkan memandu supaya keselamatan sendiri dan orang awam terjaga.. Selain sikap bertanggungjawab sebelum dan semasa memandu serta mematuhi semua isyarat jalan raya, perhatian pada faktor penglihatan terutamanya ketika ujian mendapatkan lesen serta memandu di jalan raya mungkin boleh mengelak tragedi yang boleh meragut nyawa kite.....


adios..



'YOUR EYES COMPANION'

5 Comments
Disqus
Fb Comments

5 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik