Kesan Permainan Video Ke Atas Penglihatan Kanak-Kanak


Assalamualaikum.....

Pekabo pembaca2 blog skalian....?? Diharap sumenye sihat2 belaka disamping orang2 tersayang...eheh... Rasenye tak terlambat lagi untuk kami mengucapkan selamat Hari Raya Qurban kepada muslimin dan muslimat diseantero dunia....

Untuk post kali nih, kami nak menyentuh pasal permainan video (video games) dan hubungan nya dgn kesihatan mata terutamanya mata kanak2... Nak kate kanak2 je yang kene mengena dgn permainan video ni pun takleh gak pasal orang dewasa pun kadang ade gak yang bantai layan...haha.... Contohnya kami nih... Baru je berhempas pulas menghabiskan game di bawah ni...



Ninja Gaiden II : memerlukan daya tumpuan dan skill yang tinggi untuk mengkhatamkan game ni...huhu


Abaikan selingan di atas..hehe... Kami tekankan di sini signifikan permainan video kepada kanak2 berbanding orang dewasa adalah disebabkan mata dan sistem penglihatan kanak2 masih lagi dalam peringkat perkembangan. Oleh sebab itu, apa je tabiat yang dapat memberi gangguan kepada sistem penglihatan dikhuatiri dapat memberikan kesan jangka masa panjang kepada mata kanak2 tersebut...

Ramai ibu bapa tertanya2 adakah permainan video dapat memberikan kesan kepada kesihatan anak2. Pakar2 kesihatan kanak2 menyatakan penglibatan kanak2 dengan permainan video yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti dan perubahan kelakuan ke arah yang lebih agresif.. Tetapi, tahukah anda pendedahan kanak2 terhadap permainan video dapat memberikan kesan kepada penglihatan?

Aktiviti pemainan video dalam tempoh yang berlebihan tanpa rehat yang cukup akan membawa simptom yang sama seperti kesan penggunaan komputer berlebihan kepada mata golongan dewasa. Pendedahan yang berlebihan kepada skrin TV dapat menyebabkan iritasi pada mata, pening kepala, penglihatan ganda dan gejala mata kering kepada kanak2.




Kanak2 kebiasaan nya akan begitu fokus kepada permainan video sehingga duduk didepan skrin berjam2 tanpa berehat. Antara kesan2 yang nyata kepada mata akibat permainan video berlebihan :

1. Masalah Fokus

Berbeza dengan melihat pada teks bercetak (surat khabar atau buku), objek pada skrin video adalah terdiri daripada pixels. Ini bermaksud objek pada skrin terdiri daripada himpunan 'dots' (titik) yang akan membentuk objek. Mata manusia perlu memfokus dengan lebih kuat untuk menampakkan objek yang terdiri dari pixels lebih sharp. Fenomena ini menyebabkan mata kanak2 akan cepat letih berbanding aktiviti membaca buku.



Pixel yang 'raw' : teknologi permainan video kini dapat mencantumkan cebisan pixel seperti ini menjadi imej2 yang seakan2 'real'


Teks dalam buku adalah objek yang pegun/nyata dan otak kanak2 dapat mentafsirkan jarak sebenar antara mata dan buku. Bagi objek dalam permainan video, jarak sebenar objek ke mata adalah tidak tetap dan berubah2. Ini menyebabkan mata kanak2 terbabit berasa cepat penat dan daya tumpuan yang melampau akan memberikan kesan terhadap penglihatan jauh untuk beberapa jam selepas berhenti bermain.

2. Iritasi Mata

Jika diperhatikan, kanak2 yang sedang bermain permainan video pastinya akan kurang berkelip. Kelipan mata yang kurang akan menyebakan gangguan terhadap pengaliran air mata pada permukaan depan mata. Akibatnya mata akan berasa kering dan jika dibiarkan dalam jangka masa yang lama akan mengganggu sistem pengaliran air mata apabila kanak2 terbabit telah dewasa.

Mata yang kering akan meyebabkan mata terasa seperti berpasir serta pedih. Sistem pengaliran air mata yang terganggu akan menyebakan mata akan sentiasa kelihatan 'berlinang' pada kelopak mata bawah akibat air mata tidak dapat tersebar secara rata pada permukaan kornea/sklera.


Jika anak2 tuan2 dan puan2 amat gemar bermain video games galakkan mereka untuk berhenti berehat dengan kerap. Setkan masa 20 minit untuk anak2 bermain dan 5 minit untuk berehat dan galakkan mereka memandang objek jauh semasa 5 minit berehat itu. Kalau mereka nak sambung main lagi lepas tu tak jadi masalah, tetapi suruh mereka berhenti kembali selepas 20 minit...:)



Untuk pengetahuan korang, Jarak skrin yang dicadangkan bagi permainan konsol seperti Sony Playstation, Microsoft X-Box, Nintendo Wii dan sebagainya adalah 6 kaki dari mata (2.5 meter). Pemantauan yang rapi terhadap tabiat permainan video anak korang adalah penting untuk mencegah masalah penglihatan yang berkekalan apabila mereka meningkat remaja..

Orait....Sampai bertemu lagi... Kami nak sambung main Winning Eleven 2010 nih....haha...

adios...


'YOUR EYES COMPANION'


Baca Seterusnya

Tips Melindungi Penglihatan Anda Sepanjang Hidup


Assalamualaikum.....

Yo... wassup... Bertemu lagi dalam post yang paling mutakhir...Kali ni kami nak cerita pasal tips lak. Tips yang akan dicelotehkan kali ni berkenaan dengan penjagaan mata untuk mencegah mata kita yang precioussss (sebut ala2 golem LOTR) ni dari diserang pelbagai penyakit.

Untuk melindungi penglihatan dan menjadikan mata tetap sihat bila usia meningkat, pertimbangkan tips2 yang kami perturunkan di bawah ni :

1. Mengenal pasti atau mengambil tau adakah mata korang berada pada risiko tinggi untuk mengidap penyakit mata. Adakah korang amik tau sejarah kesihatan keluarga korang?. Adakah ahli keluarga korang menderita diabetes atau mempunyai sejarah tekanan darah tinggi? Adakah anda berusia lebih daripada 65 tahun? Setiap kondisi ni meningkatkan risiko korang untuk mengidap pelbagai penyakit mata. Ujian mata biasa berkala adalah sangat penting, kerana diagnosis awal boleh menghadkan setiap kehilangan penglihatan dan membantu mempertahankan penglihatan korang.....yezzzaaa...

2. Lakukan ujian kesihatan secara berjadual untuk menyaring kewujudan atau megetahui status/tahap keterukan diabetes dan tekanan darah tinggi. Jika tidak dirawat pada tahap awal, penyakit ini boleh menyebabkan masalah mata. Secara khusus, diabetes dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan keadaan seperti Diabetec Retinopathy, Degenerasi Makula, Glaukoma dan Ocular Hypertension.


3. Megenal pasti atau peka pada tanda2 amaran perubahan dalam penglihatan korang. Jika korang dah mula melihat perubahan dalam penglihatan, kunjungilah optometrist atau oftalmologis berdekatan. Beberapa tanda2 penting dalam perubahan tahap penglihatan ialah kesulitan untuk melihat walaupun dengan cermin mata, penglihatan menjadi berbayang, (double) dan kesulitan melihat dalam keadaan cahaya suram. Tanda2 lain yang common seperti flashes (kilatan cahaya), floaters (objek melayang dalam medan penglihatan) dan juga pembengkakan bola mata juga memerlukan pemeriksaan yang lanjut Semua ini memberi isyarat kepada perubahan fungsi visual dan anatomi mata kita.

4. Sering melakukan senaman dan rekreasi. Menurut beberapa kajian, aktiviti riadah secara berjadual seperti berjoging dapat mengurangkan risiko masalah penglihatan yang berkaitan dengan usia seperti degenerasi makula sehingga 70 peratus! Joging2 la selalu ye....

5. Melindungi mata dari sinar UV yang membahayakan. Korang kena la selalu memakai kacamata hitam dengan perlindungan UV yang tepat untuk melindungi mata korang daripada sinar ultraviolet. Ini boleh membantu mengurangkan risiko katarak (selaput) dan kerosakan mata yang lain.

6. Makan makanan yang sihat dan seimbang. Sejumlah penelitian dan kajian telah menunjukkan bahawa antioksidan mungkin dapat mengurangkan risiko katarak. Antioksidan ini diperolehi daripada buah-buahan atau sayuran berwarna hijau tua. Penelitian juga menunjukkan bahawa memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dapat mencegah degenerasi makula. Selain itu, pertimbangkan jugak untuk melengkapkan diet korang dengan vitamin A samaada dalam bentuk supplemen atau sajian


7. Pastikan mata korang diperiksa sekurang-kurangnya setiap dua tahun. Pemeriksaan mata menyeluruh, termasuk prosedur dilatasi (pengembangan) pupil, boleh menentukan risiko untuk penyakit mata utama seperti Retinophaty, yang tidak mempunyai tanda2 amaran awal atau gejala. Ujian mata juga boleh memastikan preskripsi cermin mata dan kanta sentuh korang masih lagi valid untuk korang....

8. Tidak merokok. pelbagai bahaya merokok telah didokumentasikan dengan meluas. Dalam konteks kesihatan mata, perokok berada pada risiko yang lebih besar berkaitan dengan perkembangan degenerasi makula dan katarak.

Harus diingat, dengan mengikuti langkah2 di atas bukanlah jaminan untuk mengekalkan penglihatan yang sempurna sepanjang hidup. Tetapi yang penting, mengekalkan gaya hidup sihat dan melalui ujian kesihatan dan penglihatan yang berkala pasti akan mengurangkan risiko korang mengidapi penyakit yang boleh 'mencuri' nikmat penglihatan korang...... Sampai bertemu lagi........:)

adios........


'YOUR EYES COMPANION'
Baca Seterusnya

Optometrist United : Hayati Optometrist, Alor Star


Assalamualaikum...... Rancangan Optometrist United kali ini berkesempatan untuk menjelajah negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman. Kami sebenarnya ke sana untuk attend program n alang2 tu kami telah berjalan2 untuk mencari premis2 optometri untuk di terjah dalam episod kali.... (haha..)

Setelah selesai program selama 2 hari, dikesempatan ini dapatlah kitorang singgah di sebuah premis optometri yang terletak di Bandar Alor Setar. Empunya premis ini, Pn Norhayati Baharuddin berkesempatan ditemu ramah (cewah...mcm wartawan laks!) pada tengah hari 1 november setelah kami check-out dari hotel. Sesudah 8 tahun beroperasi, Hayati Optometrist telah mempunyai 2 cawangan yang menawarkan perkhidmatan optometri yang lengkap kepada penduduk sekitar.



Staff2 Hayati Optometrist : Dari Kiri : Pak Lah, En Tarmizi, Pn Norhayati (Pemilik, Optometrist), Cik Iqlima (Optometrist)


Pn Norhayati beserta suaminya En Mohd Zamri telah mengusahakan premis ini sehingga amat dikenali di sekitar Bandar Alor Setar khususnya di kalangan penduduk Simpang Kuala. Simpang Kuala ni kirenya macam pekan satelit kepada Bandar Alor Setar di mana mengambil masa 5 minit perjalanan dari Pusat Bandar.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian. pemilik premis ini adalah Naib Bendahari kepada Persatuan Optometrist Kedah dan Perlis (POKP). POKP adalah persatuan berdaftar di mana ahli2 nye terdiri dari optometrist2 di kedai2 optikal serta hospital2 di seluruh Kedah dan Perlis

Berikut adalah gambar yang simpan di rakam :



ruangan dalaman yang kemas dan selesa untuk pelanggan. di dalam gambar : autorefraktometer untuk pemeriksaan mata berkomputer percuma



pelbagai pilihan sunglass yang di pamerkan. terdapat juga lebih 500 pilihan bingkai jenama dan rekabentuk terkini


pintu masuk ke Hayati Optometrist sentiasa menyambut kedatangan anda


Hayati Optometrist
'Check Yearly See Clearly'

Waktu Bekerja : Sabtu hingga Khamis (Jumaat : Cuti)
9.30am - 6.30pm

Cawangan Utama :

98, Jalan PSK 2, Pekan Simpang Kuala,05400, Alor Star, Kedah
Tel/Fax : 04 7716615

Cawangan :

No.167, Jln Suka Mari, Pekan Pendang Baru, 06700, Pendang, Kedah
Tel/Fax : 04 7591615

Email : hayati98@yahoo.com.my
Baca Seterusnya

D.I.Y : Bersihkan Kaca Mata Anda



Assalamualaikum......

Jom kite jengah tips ringkas untuk menjaga cermin mata korang supaya lebih tahan lama n bersinar2..... Tips2 ni asas je sebenarnye, senang nak dipraktikkan. So rasenye takde masalah korang nak praktikkan supaya korang takyah la nak bertukar cermin mata selalu... Al-maklumla cermin mata ni mahal kan? Takkan la nak bertukar 6 bulan sekali...? sakit jugak kan?.

Ok... 1st of all (ckp omputeh lak..hehe) aku nak perturunkan kaedah untuk mencuci kanta cermin mata korang....Cuci sendiri pun takpe... Atau kalau korang rajin, korang leh pegi mane2 kedai optikal untuk mendapatkan servis pencucian cermin mata.... Biasanya cuci spek ni free je servisnye.. Kalau malas nak hantar kat kedai, ni ha care2 nye....




1. Alirkan kanta cermin mata korang dengan air (seelok2nya air masak atau air suling atau air bio-aura..hahah...). Jangan lap cermin mata korang sebelum dialirkan dengan air. Takut nanti ade habuk/partikel kat atas lens korang....Silap2 boleh calar lens korang.

2. Semburkan kanta spek korang dengan spray atau bahan kimia khas untuk mencuci kaca mata. Cecair ini ada dijual di kedai optikal (kalau korang regular customer, korang pau je tokey kedai tu sebotol..huhu..)

3. Abis tu korang lap kan kanta spek tu selembut2 nye dengan kain mikrofiber (kain yang korang dapat mase korang beli spek tu...)

4. Lepas lap korang alirkan balik kanta korang tu ngan air n kemudian keringkan kembali dengan kain bersih.

Yepppp.... nampak simple kan.... step2 ni di tulis untuk mengelakkan kerosakan yang tidak di sengajakan semasa proses membersihkan kanta korang. Aku jamin la... kalau korang amalkan seminggu sekali pun da cukup untuk menyebabkan kanta cermin mata korang kelihatan bersinar2 seperti baru.... Serbuk pencuci Daia atau Axion tak diperlukan dalam proses ni yek....huhu....




Tips Tambahan :

1. Jangan letakkan kanta cermin mata korang mengadap permukaan kasar. Selalu letakkan spek korang dalam kedudukan yang betul/ideal

2. Semasa menanggalkan spek, jangan tarik spek korang di sebelah tangkai sahaja. Pegang di kedua2 blah tangkai sebelum menarik spek korang dari muka. Ini untuk mengelakkan cermin mata kesayangan korang bengkok..

3. Selalu simpan spek korang dalam 'casing' kalau korang tak pakai.

4. Jangan simpan spek korang dalam kereta atau berhampiran tempat panas walaupun disimpan dalam 'casing'

5. Jauhkan spek korang dari dicapai oleh kanak2.


Kalau power korang tak naik, kanta kaca mata korang biasenye boleh bertahan sehingga 3 tahun. Kalau korang match kan dengan bingkai yang tahan lasak sperti bingkai titanium, jangka hayat spek korang mungkin boleh bertahan lebih lama....:)


adios.....


'YOUR EYES COMPANION'


Baca Seterusnya

Langgan

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Pengenalan

Dari Mata Turun Ke Hati
Assalamualaikum kepada pengunjung-pengunjung blog yang dihormati.

Blog ini diwujudkan untuk memberikan info-info yang berkaitan dengan mata kita dari segi kesihatan dan penjagaan. Blog ini diselia oleh personel-personel yang amat berpengalaman dalam bidang penjagaan kesihatan dan penjagaan mata. Blog ini akan padat dengan pelbagai topik yang merangkumi masalah kesihatan mata, alat-alat bantuan penglihatan, cermin mata, masalah penglihatan, teknologi terbaru dan sebagainya.

Blog ini dihasilkan atas dorongan untuk menjelaskan lagi fahaman di kalangan kita tentang peri pentingnya penjagaan mata. Ramai daripada kita amat mengambil remeh soal kesihatan mata tanpa menyedari mudarat yang akan berlaku ke atas sepasang mata yang diciptakan tuhan untuk kita melihat kebesarannya. 

Harapan kami blog ini dapat memberi respon yang positif serta sedikit sebanyak dapat membantu pengunjung-pengunjung. 

Pengikut

NetworkedBlogs@Fb

Lalu Lintas

Komen Pelawat

Powered by Blogger Widgets
 

Copyright © 2009 by Mata dan Penglihatan