Petua: Rawat Sinusitis Atau Resdung Dengan 3 Langkah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai yang kenal dengan penyakit resdung atau dikenali juga sebagai sinusitis dan tidak kurang juga yang menghidapinya. Pada mereka yang "sengsara" pasti sudah biasa dengan simptom hidung tersumbat, sakit di bahagian pipi, sekitar mata dan kepala serta tekak yang seperti dipenuhi dengan kahak.  Kebiasaannya simptom-simptom ini selalunya mula "menjelmakan diri" pada awal pagi.


Sinus bermaksud "ruang kosong". Bahagian kiri gambar adalah "ruang kosong" yang sihat manakala bahagian kanan gambar "ruang kosong" dipenuhi dengan mukus atau "hingus".


Petua legakan sinusitis atau resdung dengan 3 langkah sahaja.

Langkah 1: Tekan atau tolak lidah anda ke lelangit.

Langkah 2: Gunakan jari telunjuk anda dan tekan di bahagian dahi betul-betul di bahagian tengah antara kening mata kanan dan kening mata kiri. Rujuk gambar di bawah.

Langkah 3: Tekan di bahagian tersebut selama 20 saat dan mukus atau hingus akan mula keluar dari hidung anda.



Ketika anda tekan lidah ke lelangit, jangan tajamkan lidah. Relaxkan lidah dan tekan lelangit dengan lidah yang flat. Bila anda lepaskan lidah, akan ada sedikit pergerakan di bahagian kerongkong anda. 

Mukus yang keluar tidaklah banyak seperti gambar di atas tetapi cukup untuk melegakan hidung dalam masa-masa kecemasan.

Selamat Mencuba!

Sinusitis juga boleh menyebabkan kegatalan mata yang teruk. Jika tidak dirawat, mata akan menjadi merah dan berair.

4 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

4 comments:

  1. Wahh...thanks. Teknik yg berkesan. Walaupun tak byk kuar. Tapi at least ada kuar jugak. Mmg wan ada masalah ni jugak. Selalu sakit-sakit tekak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..ade lagi petua2 lain..Insyaallah kalau berkesempatan aku update lagi ok..

      Delete
  2. Kalau sesiapa ada Resdung ,boleh cuba ubat resdung bella formula. Kesan seawal 3-7 hari. Layari http://www.ubat-resdung.com

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:26 PM

    adakah Resdung boleh mengakibatkan masalah mata rabun???

    ReplyDelete

Blog-Blog Lain Yang Menarik