LASIK Oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad



Assalamualaikum dan salam ceria, 

Saya pasti ramai yang kenal dengan nama ini, Prof. Dr. Muhaya Mohamad (Prof Muhaya) yang selalu dilihat di kaca-kaca tv dan terkenal dengan usaha dakwah beliau. Jika Prof Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin atau DrMAZA popular dengan MINDA TAJDID, begitu juga Prof Muhaya yang begitu terkenal dengan CELIK MATA & RESET MINDA iaitu tagline yang beliau selalu bawakan dalam usaha mengubah cara pemikiran umat Islam di Malaysia ke arah yang lebih positif.


Populariti beliau yang meningkat naik dengan begitu pantas sekaligus memberikan impak positif kepada Prosedur Refraktif Kornea atau lebih mudah disebut sebagai LASIK. Secara tidak langsung menjadikan LASIK sebagai trend baru kepada mereka yang mencari-cari alternatif kacamata atau kanta sentuh. 

Di sini saya kongsikan beberapa tips LASIK yang saya petik dari laman Facebook Prof Muhaya sebagai panduan kita bersama. Tips-tips ini adalah lebih kepada Frequently Asked Questions (FAQs) berkenaan dengan LASIK dan dipermudahkan bahasanya.


1.     Khusus untuk mereka yang ingin bebas dari kacamata untuk melihat.

2.     Tidak menyakitkan. Oleh itu keluarga dibenarkan melihat prosedur dan merekod melalui pintu kaca yang terletak 5 kaki dari mesin LASIK.

3.     Terdapat dua peringkat iaitu Peringkat Pemeriksaan Penuh dan Peringkat Prosedur. Kedua-dua peringkat dijalankan pada hari yang berasingan. Peringkat Pemeriksaan memakan masa selama 4 jam dan Peringkat Prosedur iaitu peringkat LASIK memakan masa selama 15 minit sahaja.

4.     Prosedur memakan masa 15 minit dan boleh pulang terus atau rehat selama 2 jam. Boleh memandu selepas 4 jam.

5.     MC diberi pada hari pemeriksaan dan hari prosedur.

6.     Bagi mereka dari luar Kuala Lumpur boleh pulang dengan kapal terbang atau kereta seawal dua jam selepas prosedur.

7.     Kaedah tanpa pisau Visumax Femtosecond Laser kanta lekap menyentuh mata pesakit hanya 30 saat. Memang tidak menyakitkan.

8.     Lasik hanya untuk mata yang sihat. Umur 18 tahun hingga 67 tahun sesuai jika mata sihat.

9.     Pesakit kencing manis atau darah tinggi kalau retina sihat boleh buat lasik.

10. Kanak kanak tidak sesuai utk lasik kerana power belum stabil.

11. Lasik hanya merawat rabun bukan merawat penyakit mata. Jika mata tidak dapat melihat dengan memakai kaca mata , dgn lasik juga tidak dapat melihat. Lasik hanya mengganti kaca mata atau kanta lekap.

12. Ini hanya utk mereka yang rabun jauh atau silau atau rabun jauh dan dekat bila umur lebih 40 tahun. Power paling tinggi 1400 dan paling rendah 75 telah dirawat. Rabun silau hingga 500 telah dilakukan.

13. Wanita mengandung dan menyusu sebelum 6 bulan tidak sesuai.

14. Pemakai contact lens perlu off contact lens seminggu sebelum dtg buat pemeriksaan.

15. Harga RM6990 premium lasik kedua mata ( umur bawah 40) dan RM7990 laser blended vision untuk umur 40 keatas.

16. Pesakit sedar dan tidak merasa sakit langsung kerana ubat bius titik di letak.

17. Prosedur dimulakan dgn Al Fatihah dan zikir terapi diri oleh Hafiz Hamidun dipasang sentiasa memang menenangkan pesakit.

18. Surat GL kerajaan tidak diterima kerana ini bukan pembedahan penyakit.

19. Maybank credit card ada 36 month interest free dan citibank 12 months interest free lasik di Prince Court. EPF dan ansuran tidak boleh dilakukan.



Bagi pembaca yang berminat boleh sms kepada nombor ini 0163873282 ( panggilan tidak diterima) atau direct call 0321600332. SMSkan nama, umur, power mata dan hari pemeriksaan penuh (full screening) iaitu selama 4 jam.
Jika power kurang dari 800 boleh terus datang buat full screening dan rancang hari apa nak buat prosedur.


Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web berikut:






Berikut saya kongsikan video Prof Muhaya menjalankan prosedur LASIK ke atas Saudara Hafiz Hamidun supaya dapat memberikan sedikit gambaran kepada para pembaca. Video tersebut adalah video semasa Peringkat Prosedur LASIK iaitu selama 15 minit.






Sila rujuk di link ini juga sebagai tambahan ilmu prosedur LASIK.

182 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

182 comments:

  1. Anonymous1:24 AM

    Kalau 15 tahun tak boleh la??

    ReplyDelete
  2. tidak digalakkan lasik surgery for what reason?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kornea masih lagi dalam proses tumbesaran. If you want the best result, you need to have a stable cornea..

      Delete
    2. Bolej sy tahu lasik tu ape ye

      Delete
    3. Bolej sy tahu lasik tu ape ye

      Delete
    4. Bolej sy tahu lasik tu ape ye

      Delete
    5. Irana Ali,
      Lasik tu ialah prosedur atau pembedahan untuk membetulkan power mata.

      _______________________________
      Instagram Puncak Optomobile
      "Dari Universiti, Untuk Masyarakat"

      Delete
  3. tringin nk buat kna kumpul duit dlu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe..pelan2 sikit2 lama2 jadi bukit :)

      Delete
  4. klu urat mata lemah mengakibatkan rabun boleh baik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau En Zuwaher boleh spesifikkan urat mata tu yg mana senang sikit sy nk jawab..tapi kalau yg dimasukkan urat mata di bahagian dalam, rabun malam boleh diubati jika urat tersebut di"kuat"kan..jika rabun biasa agak sukar nak disembuhkan..

      Delete
  5. Boleh ke pakai medical card untuk pembedahan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh Cik Azlin. Sebab LASIK dikire sebagai prosedur kosmetik..

      Delete
  6. as'salam , selepas melakukan lasik mata , adakah pesakit dapat melihat sepenuh nya 100% atau 90% sahaja didalam ujian penglihatan seperti yang dilakukan didalam pemilihan polis/tentera , t/k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam En Wadi Mohamad, pesakit akan dapat melihat dengan sempurna 100% tanpa sebarang alat bantuan penglihatan..

      Delete
  7. normal ker mata saya ni... kanan silau 530, rabun 350. kiri silau 200, rabun 300... apa patot saya buat? umur 25..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika penglihatan masih baik iaitu tahap 6/6, mata sheila masih normal..kanta sentuh RGP salah satu pilihan untuk kawal power supaya tak naik lagi :)

      Delete
  8. Kalau mata kiri da silau 200 truk ke?

    ReplyDelete
  9. Kalau mata kiri da silau 200 truk ke?

    ReplyDelete
  10. Kalau mata kiri da silau 200 truk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tdak dianggap teruk jika penglihatan masih jelas iaitu pada tahap 6/9 ke atas dan tidak mempunyai simptom pening kepala dan sebagainya..

      Delete
  11. Anonymous1:54 PM

    as slm, klu power stabil tapi mata sensitif cepat merah boleh ke buat prosedur lasik nie? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, utk buat lasik ni mata perlu dalam keadaan terbaik..utk kes macam tuan ni, seperti biasa pemeriksaan akan dibuat dan jika boleh dirawat, mata merah ni akan diselesaikan dahulu sebelum buat prosedur lasik

      Delete
  12. Anonymous12:33 PM

    Assalamualaikum tuan. Sy ada pertanyaan. Pakcik sy berumur 79 thn nak buat lasik. Tp dia ada kencing manis, darah tinggi, parkinson dan katarak. Sy rasa pakcik sy rabun dekat dan jauh. Boleh ke pakcik sy buat lasik? Kos pembedahan brp? Dia pesara kerajaan. Tempoh masa pembedahan dan boleh melihat? Brp lama dia kene duduk disana? Dia dr Pahang. Terima kasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam tuan, untuk pesakit katarak tidak perlu buat Lasik kerana selepas katarak dibuang dan kanta palsu diimplan, penglihatan akan jelas sepeti biasa. Jika nak lebih baik lagi, pilih kanta palsu progresif supaya boleh penglihatan jelas dekat dan jauh.

      Delete
  13. Anonymous12:47 PM

    Assalamualaikum sy mempunyai masaalah rabun dekat dan silau. sy mula mempunyai masalah ini semasa usia 37 tahun dan kini berusia 48 tahun. Saya x de masalah rabun jauh.Power x pasti tp sy teringin nk buat lasik kerana da bosan bercermin mata. Boleh ke beri penjelasan..T.k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam, boleh InsyaAllah tiada masalah..cuma kene tau status mata dengan pakar terlebih dulu..

      Delete
  14. Salam cik, power mata saya tak sama, kanan 150 kiri 350. Lau saya buat lasik, kebarangkalian untuk saya rabun semula akan jadi tak?

    ReplyDelete
  15. Assalam. saya ingin bertanya jika ibu saya berumur 67tahun dan rabun jauh, dia perlu buat lasik atau buang katarak tu.jika perlu buat proses buang katarak dan letak kanta implan progresif berapa kosnya utk kkedua2 mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Hanya perlu buang katarak dan kalau dh matured better buang cepat. Utk kanta progresif di hospital swasta lebih kurang rm8k. Di hospital kerajaan lebih murah.

      Delete
  16. Assalam mohon pencerahan

    ReplyDelete
  17. Anonymous1:35 PM

    Salam,mata sy xsakit,tp tibe2 je jd rabun,dan kt mata mcm ade kaler kuning sikit dan merah2 sikit,adekah sy rabun n perlu pakai spek,atau katarak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mata tiba2 rabun, cepat2 pegi cek mata. Di sini saya tak boleh buat kesimpulan mata saudara/saudari. Cuba pegi cek mata dulu k..

      Delete
  18. Assalamualaikum tuan.
    1. berapa lama tempoh pemulihan utk kaedah ni?
    2. saya bekerja di bidang construction yang terdedah dengan debu dan habuk... adakah ianya akan mnpengaruhi proses pemulihan?
    3. Apa kesan jika dalam tempoh pemilihan saya terdedah dengan habuk dan debu ni?
    4. Adakah pesakit akan sembuh kekal? atau ada risiko rabun kembali?

    maaf bnyak soalan tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam,

      1. satu ke dua minggu.
      2. kemungkinan besar akan mempengaruhi
      3. kadar proses pemulihan akan menjadi lebih lama.
      4. ada risiko rabun kembali.

      Delete
  19. Anonymous11:42 AM

    kalau dah buat prosedur lasik ni, so bacaan rabun dan silau jadi kosong?

    ReplyDelete
  20. thank you for your article health tips in this exciting

    ReplyDelete
  21. Anonymous4:25 PM

    Salam, saya ingin tahu selepas membuat pembedahan katarak phaco, boleh tak saya memandu balik sebab mata sebelah kiri saya normal.

    ReplyDelete
  22. Anonymous3:12 AM


    Salam. Sy ingin bertanya, apakah kesan smpingan trhadap mata jika lambat dibuka jahitannye sehingga mngmbil masa setahun lebih. Trjadi pd anak sy yg kini brumur 4 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kebanyakan suture yang digunakan sekarang jenis self-dissolve. Tak perlu bimbang. Untuk pengesahan boleh berjumpa dengan Oftalmologis atau Optometris.

      Delete
  23. takut dengar bunyi laser...hehehhe..nak simpan duit dulu...sy umur 20.power 500++ kedua dua belah mata.pakai spec sejak tahun 2008..selalu pening kepala..kadang2 mata ada juga bengkak tapi doktr kata migrain..bila makan ubt migrain tak juga baik nye mata yang bengkak..confius dgn mslh mata ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jalani pemeriksaan mata penuh. Berkemungkianan migrain disebabkan oleh penglihatan.

      Delete
  24. Anonymous1:34 AM

    As Salam sy nk tnya klu sbelah mata knan 2.75 silau plak dlm 0.75,sbelah mata kiri 3.00 silau plak dlm 0.50 sesuai x wt lasik ni..sy memang xpnah pkai spek sbb sy xska tp sy tringin nk mata ni xda msalah rbun jauh...bebas mlihat tnpa ada msalah..nk minx polis pun pyh klu mta rbun jauh ngn silau ni...

    ReplyDelete
  25. Anonymous8:17 AM

    assalamualaikum, anak lelaki saya berumur 9 tahun. baru pertama kali pakai cermin mata n power silau nye da 200 lebih. ada kah mata dalam kategori teruk n mcm mne nk pulihkan seperti biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam, jika boleh Encik/Puan tengok pada tahap penglihatan sama ada 6/6 atau 6/12 atau sebagainya. Jika tak pasti sila tanya kepada pemeriksa. Tahap penglihatan inilah yang menunjukkan tahap keterukan mata anak Encik/Puan.

      Delete
  26. Anonymous8:50 AM

    Salam..ayah sy berumur 75 thn.dia mghadapi masalah glucoma..doktor d hspital tlh mengesahkn 80% matanya x bole nmpak..jadi sesuai ke dia menjalani lasik ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, tidak sesuai kerana LASIK hanya untuk mereka yang tiada penyakit mata yang kronik. Untuk pengetahuan tuan/puan, glaucoma mempunyai kesan terhadap saraf di bahgian belakang mata manakala LASIK adalah rawatan yang melibatkan bahgian depan mata.

      Lebih baik bawa ayah tuan/puan berjumpa dengan Occupational Therapist supaya mereka boleh memberi konsultansi berkenaan cara-cara menjalani kehidupan sebagai seorang buta. Mereka akan mengajar bagaimana berjalan,makan, minum dan sebagainya..

      InsyaAllah..

      Delete
  27. Anonymous2:15 PM

    Terima kasih byk2 di atas penjelasan tuan.

    ReplyDelete
  28. Anonymous3:56 PM

    salam..power mata saya sebelah kanan 850, sebelah kiri 620..silau lebih kurang 200 dua2 mata. umur 21. sesuai tak kalau buat LASIK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..insyaallah sesuai ��

      ______________________
      Puncak Optomobile
      "Dari Universiti, Kepada Masyarakat"

      Delete
  29. Anonymous8:12 AM

    As salam, nama saya rosli, berumur 48 tahun, mata raya rabun dekat n jauh juga ada tapi lebih lama rabun dekat, start rabun kalau tak silap mula berumur 37 tahun. Saya memakai cermin mata untuk membaca dega power 250 dan mungkin meningkat sekarang ini kalau boleh saya tak nak memakai cermin mata kerana menyusahkan. So sesuai tak mata saya di buat menggunakan prosedur tersebut. Adakah rabun jauh dan dekat saya akan hilang sepenuhnya dengan prosedur tersebut. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, LASIK memang boleh dibuat secara multifocus. Power mata tuan akan diubah sesuai untuk penglihatan jauh dan dekat :)

      ______________________
      Puncak Optomobile
      "Dari Universiti, Kepada Masyarakat"

      Delete
  30. assalamualaikm..ada rawatan susulan x lepas buat lasik..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..ya ada

      ______________________
      Puncak Optomobile
      "Dari Universiti, Kepada Masyarakat"

      Delete
  31. Power mata kanan dan kiri saya ialah 200 dan 75..bolehkah saya membuat rawatan lasik ini?

    ReplyDelete
  32. Power mata kanan dan kiri saya ialah 200 dan 75..bolehkah saya membuat rawatan lasik ini?

    ReplyDelete
    Replies

    1. Boleh Insyaallah :)


      Instagram Puncak Optomobile
      "Dari Universiti, Untuk Masyarakat"

      Delete
  33. salam, sy ada masalah rabun jauh, power dah mencecah 650 kanan dan 630 kiri. Kalau dilakukan lasik, ada kemungkinan boleh rabun kembali, jadi... adakan ia boleh berlaku semula dlm jarak masa yg singkat? kerja saya mmg menghadap komputer dalam 8jam sehari, apa risikonya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kemungkinan untuk rabun tu memang ada tapi dalam jarak masa yang lama. Jika banyak bekerja dengan komputer, cuba cari masa rehat. Kerja lama dengan komputer akan beri kesan pada otot dan pelincir mata.
      _______________________________
      Instagram Puncak Optomobile
      "Dari Universiti, Untuk Masyarakat"

      Delete
  34. Anonymous5:08 PM

    Salam, nak tanya sikit .
    1. kalau kanan 475 power kiri 375 power , umo 15 boleh tak buat lasik ni ?
    2. berapa lama boleh sembuh lepas buat lasik ni ya ?
    3. lepas pembedahan lasik tu , boleh terus nampak atau kita kena tutup mata tak buka ?
    Terima kasih ya admin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      1. Better tunggu umur sehingga 20tahun ke atas. Umur muda mata masih belum stabil.
      2. Sehari InsyaAllah
      3. Boleh terus nampak. Kebiasaannya silau tapi untuk masa singkat sahaja
      :)

      _______________________________
      Instagram Puncak Optomobile
      "Dari Universiti, Untuk Masyarakat"

      Delete
  35. Anonymous7:31 PM

    Salam.. sy menghadapi penglihatan double vision. DR. kata sy ada retinopathy..adakah selepas rawatan leser masalah double vision sy dpt diatasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, utk DR atau diabetic retinopathy berkaitan dengan bahagian belakang mata atau saraf. Prosedur laser akan dijalankan dan akan kurangkan double vision Insyaallah

      _______________________________
      Instagram Puncak Optomobile

      Delete
  36. Anonymous11:08 AM

    Salam. Lepas laser mata boleh jadi rabun balik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, utk jangka masa panjang memang boleh kembali rabun.

      _______________________________
      Instagram Puncak Optomobile
      "Dari Universiti, Untuk Masyarakat"

      Delete
  37. Salam, saya berumur 55 tahun, ada vertigo tp kdg2 ada kdg2 tidak selepas beberapa kali treatment. Dlm mata saya ada scar yg memang tak boleh hilang (mengikut kata Dr Shukri, pakar mata di Shukri & Hardeep). Saya pernah buat lasik dgn dr shukri dahulu tapi tidak menjadi. Apakah saya masih boleh buat sekali lagi dgn Dr Muhaya...Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, perlu dipastikan kawasan spesifik scar tersebut. Adakah di bahagian saraf (belakang mata) atau di kornea (depan). Kedua-dua kawasan mempunyai chances utk dapat result Lasik yg baik adalah berbeza. Jika Puan pernah buat Lasik dan keputusannya tidak memberangsangkan, kebiasaannya dinasihatkan tidak jalani Lasik lagi. Tetapi untuk pengesahan (melalui pemeriksaan penuh) lebih baik jika Puan dapatkan konsultansi dari pakar seperti Prof Muhaya.

      _____________________________________________
      Facebook Puncak Optomobile

      Delete
  38. salam..saya nak tanya, rawatan 15minit, mata memang akan dibuka selama 15 minit tanpa ditutup ke?> bagaimana keadaan mata selama 15minit?

    ReplyDelete
  39. and one more thing, power saya kanan kiri below 250.. estimate cost brp ya? and cost dia depends on cases kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mata akan dibuka supaya Lasik boleh dilakukan. Selepas Lasik mata akan kembali normal tetapi kebiasaannya akan silau untuk seminggu dua. Ini adalah normal dan pesakit tidak perlu risau. Yes the cost depends on cases. Multifocal lebih mahal dari Single vision. Berkenaan costing Cik/Puan boleh rujuk di atas atau hubungi dengan Prof Muhaya secara terus.

      _____________________________________________
      Facebook Puncak Optomobile
      "Dari Universiti, Untuk Masyarakat"

      Delete
  40. assalammualaikum... saya rabun jauh power mata sebelah kanan 600 n sebelah kiri 650. silau pula dalam 600 ratus. di mata sebelah kiri ada tahi lalat tidak melekat pada anak mata... mcmane ye... boleh ke menjalakan pembedahan lasik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah boleh :)

      ____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      Optometrist
      Puncak Optomobile
      Twitter aswanism
      Facebook Puncak Optomobile
      Instagram Puncak Optomobile

      Delete
  41. assalamualaikum..power mate sy dah 800 lebih n latest cek da smp 900..silau dlm 150 x silap..x ingt..umur 23 tahun..sesuai ke buat procedure ni??nih sbb da lame sgt pkai spek..dr skola rendah agi..pkai spec,maintain je...tp power still naik..mcm sedih je...tmbh ag bile time spec ilang n xd sape nk tlg crik kan..ase nk nges sgt time 2..so,if u can give me a brief explaination bout what should i do with my eyes,pleas rep me..TQ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam, jika berdasarkan kesesuaian power mata, adik seorang yang sesuai untuk jalani lasik. Namun perlu buat pemeriksaan lengkap supaya tahu status kesihatan mata pula sama ada sesuai atau tidak utk buat prosedur ini.

      ____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      Optometrist
      Puncak Optomobile
      Twitter aswanism
      Facebook Puncak Optomobile
      Instagram Puncak Optomobile

      Delete
  42. anak saya lelaki berumur 10thn. Baru detect mengalami masalah penglihatan selepas mengadu sakit kepala.Rabun kiri 325 silau 400, kanan rabun 125 silau 300. Apa yg boleh dilakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam situasi sebegini, apa yang terbaik boleh dilakukan ialah dengan pakaikan kacamata pada anak Tuan/Puan. Sudah sampai masa mata anak Tuan/Puan memerlukan bantuan untuk melihat dengan jelas. Jangan bimbang dengan power yang tinggi. Bawa anak buat pemeriksaan mata 6 bulan sekali.
      ____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      Optometrist
      Puncak Optomobile
      Twitter aswanism
      Facebook Puncak Optomobile
      Instagram Puncak Optomobile

      Delete
  43. Anonymous12:06 PM

    Nk tnya sa 22 thn.. degree L/R 450/500... rabun jauh dan dekat jarang guna cermin mata.. kkdg guna lens.. smasa bljr.. boleh tak ssuai bt lazer mata nie? utk mbuang rabun mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah sesuai =)

      ____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      Optometrist
      Puncak Optomobile
      Twitter aswanism
      Facebook Puncak Optomobile
      Instagram Puncak Optomobile

      Delete
  44. Anonymous3:10 PM

    Salam..sy ingin bertanya dan mohon pencerahan lebih details..suami sy berumur 34thn telah mengalami masalah mata dan telah berjumpa pakar ophtalmologist..doktor mendiagnoskan suami sy mendapat 'Retinitis pigmentosa' so adakah penyakit ini boleh di ubati..kerana suami sy tdk dapat memandu pd waktu hujan dan waktu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, pertama sekali saya bersimpati atas masalah mata suami Puan. Retinitis Pigmentosa atau RP ialah penyakit mata yang berlaku di bahagian retina atau saraf di bahagian belakang mata. Untuk pengetahuan puan dan suami, penyakit ini adalah sukar untuk diubati. Suami Puan perlu menjalani pemantauan rapi mengikut jadual yg telah ditentukan oleh Oftalmologis dan Optometris RP akan menyebabkan keluasan penglihatan mata pesakit menjadi semakin mengecil. Oleh itu, pemeriksaan akan dijalankan untuk memantau progression RP dan mengukur keluasan penglihatan suami Puan. Dari situ, Oftalmologis dan Optometris akan memberikan konsultansi seiring dengan progression mata suami Puan. Saya berharap Puan dan suami akan bersabar dan terus positif. Insyaallah pakar akan sedia membantu Puan sekeluarga. Terima kasih.

      ___________________
      Muhamad Azwan Ismail
      Optometrist
      60193804268
      Twitter
      Facebook
      Instagram

      Delete
  45. Salam..untuk retinitis pigmentosa blh di ubati x?

    ReplyDelete
  46. Salam..untuk retinitis pigmentosa blh di ubati x?

    ReplyDelete
  47. Salam..sy nk bertanya jika retinitis pigmentosa dpt di ubati x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tengku, retinitis pigmentosa (RP) sukar untuk diubati. Kebiasaannya pemantauan rapi akan dijalankan. Boleh rujuk di komen saya di atas untuk pencerahan. Terima kasih.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      Optometrist
      60193804268
      Instagram
      Facebook
      Instagram

      Delete
  48. Anonymous9:10 AM

    Assalamualaikum.....

    Biasanya dalam tempoh berapa tahun mata akan kembali rabun semula setelah kaedah 'LASIK' dijalankan? Adakah rabun semula itu bermula pada power sebelum ini atau sedikit menurun dan akan semakin meningkat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.. Semua bergantung kepada fisiologi (fungsi) badan individu. Ada individu yang lambat untuk kembali menjjadi rabun dan ada juga yang cepat. Rabun akan mula dari power terakhir buat LASIK (kebiasaannya kosong).

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  49. As salam
    Sy nak bertanya..boleh ke rabun silau di atasi dgn lasik..
    Mata kiri 50 mata kanan 350 rabun silau..
    Sblum ni tak penah sakit kepala namun akhir2 ni start rase sakit kepala mungkin disbbkn penglihatan ni..
    Berapa kos nye ye..
    Umur sy skrang 33 tahun..

    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..Rabun silau boleh diatasi dengan LASIK. Cuba buat pemeriksaan mata untuk lihat ada sebarang perubahan dengan power kerana sebarang perubahan boleh menyebabkan sakit kepala. Kos LASIK berlainan mengikut pusat LASIK. Cuba hubungi mereka untuk dapatkan kos yang tepat. Biasanya bermula pada harga RM2000 untuk sepasang mata.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  50. Assalam
    Bolehkah saya datang terus, buat appt utk pembedahan kedua2 belah mata? adakah dibuat satu mata dulu, lepas tu satu mata lagi, atau boleh dibuat kedua-duanya sekali pada satu masa? Recovery cuma 2 minggu sahaja ke? perlukah datang dan check balik sebelum mengakhirkan rawatan di Hospital. Hospital mana ni? Ada nombor telefon direct line tak utk buat pertanyaan dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam..

      Setiap pusat LASIK mempunyai kaedah yang tersendiri. Tuan boleh hubungi Pusat LASIK tersebut untuk maklumat lanjut. Rawatan susulan adalah wajib dan dijalankan di hospital atau pusat LASIK yang sama tuan jalani rawatan.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  51. Anonymous9:10 AM

    Assalamualaikum.
    Mata saya power agak tinggi iaitu 700 dan silau 025 .saya mula memakai cermin mata secara kekal sejak sekolah menengah sehingga sekarang umur saya 36 tahun.saya mula memakai contact lens semasa usia 20an sehingga sekarang.boleh dikatakan saya lebih banyak masa memakai contact lens setiap hari 10 ke 12 jam.setelah saya mengenali prof muhaya, saya berminat untuk melakukan lasik.tetapi bukan waktu terdekat ini.soalan saya, saya ingin mengambil supplement untuk mata, brand apa yang bagus boleh anda cadangkan kepada saya? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam, sebagai pemakai kanta sentuh, jangan lupa buat pemeriksaan kesihatan mata setiap 6 bulan sekali. Ini untuk memastikan mata adalah dalam keadaan terbaik :)

      Supplemen berfungsi untuk menjaga kesihatan mata dan bukanlah untuk mengurangkan power mata. Supplemen ini akan memberikan nutrien yang cukup kepada mata dan mengekalkan fungsi mata. Sila rujuk artikel di bawah untuk mendapatkan maklumat makanan yang baik untuk mata.

      Makanan Terbaik Untuk Mata

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  52. LASIK ada ke risiko jadi buta terus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pembedahan ada risiko moga Allah jauhkan Insyaallah..

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  53. Kalau umur 21 agak2 harga berape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada pusat LASIK kerana harga berbeza. Kebiasannya bermula pada RM2000 sepasang mata.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  54. Anonymous8:47 PM

    Salam...sy berumur 19 tapi power sy amat tinggi... kanan 650, kiri 700....mcmana nk kurangkan power? Adakah penglihatan mata sy teruk? Dan sesuaikah untuk sy bt lasik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam,

      Tiada cara untuk kurangkan power selain daripada LASIK. Penglihatan teruk bukan diukur pada kuasa mata tetapi ditentukan dengan tahap keupayaan mata atau dipanggil sebagai Visual Acuity (VA). Walaupun power mata tinggi tetapi masih mempunyai VA yang baik, mata tersebut berada dalam kategori mata yang sihat.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  55. Lasik ni di hospital kerajaan seperti hospital ampang tak ada atau bleh di lakukan?

    ReplyDelete
  56. As'salam.. Berapa kos Utk menjalani rawatan lasik Ini. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam,

      Kos adalah berlainan di setiap pusat LASIK. Kebiasaannya mula pada harga RM2000 utk sepasang mata.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  57. assalam
    mata saya sebelah kiri 1300silau 250.
    mata kanan 850 silau 250.
    saya kal optimax dan dia beritahu bahawa tidak dapat dijalankan lasik. hanya icl sahaja yang boleh dan kosnya amat tinggi. jika dibuat lasik kemungkinan akan buta.
    saya baca dalam blog ini menunjukkan sehingga 1400 Berjaya menjalani kaedah lasik.
    adakah saya juga boleh sedangkan optimax memberitahu bahawa tidak boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..setiap pusat LASIK mempunyai alat dan kepakaran yang berbeza. Untuk kes power setinggi 1400 hanya hasil sentuhan Prof Muhaya (setakat yang penulis tahu sehingga sekarang)..Sila dapatkan konsultansi dari Prof Muhaya untuk maklumat lanjut.

      ____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  58. Norsham10:00 AM

    Salam
    saya rabun sejak sek rendah. Power mata kanan dan kiri tidak sama serta rabun silau. Dimanakah saya boleh mem buat pembedahan lasik ini selain dengan Dr Muhaya.
    Sekarang saya mengandung. BIla masa yang sesuai untuk saya membuat pembedahan.
    Adakan hospital kerajaan boleh membuat proses yang sama . Adakah benar slps pembedahan tidak boleh terkena asap ataupun membuat kerja berat.
    Jika saya rabun kembali berapakah usia yang dianggarkan. Sekarang saya berusia 29 tahun.
    Sila jelaskan prosedur dari pemeriksaan hingga yang pembedahan. Apa yang saya perlu buat dahulu.
    Maaf banyak sangat persoalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam

      Bagi mereka yang mengandung, tidak dibenarkan menjalani rawatan LASIK. Puan perlu tunggu sekurang-kurangnya tiga bulan selepas melahirkan anak supaya kornea berada dalam keadaan stabil untuk sebarang prosedur.

      Hospital kerajaan tidak menyediakan perkhidmatan ini. Kebiasaannya selepas prosedur lasik, pesakit dinasihatkan banyak berehat dan tidak melakukan aktiviti yang memberi kesan terus kepada kornea. Rabun boleh terjadi kembali selepas menjalani LASIK tetapi jangka waktunya tidak dapat dipastikan secara tepat. Ini kerana ia bergantung kepada fisiologi dan aktiviti individu tersebut.

      Prosedur LASIK adalah berbeza bagi setiap pusat LASIK. Boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  59. Salam. Sy baru check mata utk check samada blh buat lasik atau tidak.Dan didapati mata saya x blh buat lasik sbb kornea tidak cukup tebal slps surgery. Blh syorkan cara lain tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,

      Bagi mereka yang disahkan tidak boleh menjalani LASIK di atas sebab kenipisan kornea, rawatan kanta sentuh Orthokeratology adalah satu lagi pilihan. Kanta sentuh ini direka khas untuk pemakai memakainya semasa tidur pada waktu malam kemudian mengeluarkannya sebaik sahaja bangun dari tidur. Pada siang hari, pemakai tidak perlu lagi memakai sebarang kacamata atau kanta sentuh. Jika berminat boleh hubungi saya. Terima kasih.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  60. Anonymous4:07 PM

    Assallamualaikum, jika utk menghidap "pterygium" adakah sesuai untuk pembedah lasik ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam

      Kebiasannya pterygium akan dibuang terlebih dahulu kerana pterygium boleh mempengaruhi power atau penglihatan sesorang.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  61. Anonymous8:27 PM

    Assalamualaikum,,tumpang tanya jikalau kedua belah mata mencapai rabun sehingga 1000 berapa kos rawatan nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam, kos adalah berbeza bagi setiap pusat LASIK. Boleh hubungi mereka untuk maklumat lanjut.

      ____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  62. Anonymous8:18 AM

    Assalamualaikum, saudara ada mengatakan bahawa selepas pembedahan, ada kemungkinan untuk rabun semula terjadi. Berapakah jangkamasa untuk rabun semula, dan apakah perkara yang perlu dielakkan untuk menjadi rabun semula? Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam

      Jangka masanya tidak dapat ditentukan dengan tepat. Semua bergantung kepada fungsi badan dan lifestyle seseorang
      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  63. Anonymous9:27 AM

    Asslammualaikum

    saya mmpunyai mslah rabun dekat dan silau. berumur 43thn. mslah sye ialah kerap kli nmpk 'firefly' dgn tiba2. dan seolah2 ada cahaya seperti 'semut' di keliling penglihatan bila saya memandang tepat pd sesuatu tempat terutama yg berwarna putih atau cerah. saya pernah buat pemeriksaan mata dan doktor mengatakan tiada masalah pd urat mata saya atau pn tanda2 glukoma. saya di berikan ubat pil nama Aura. harap dapat penjelasan berkenaan masalah saya ini.

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam,

      Fenomena yang dialami tuan dipanggil adalah normal bagi mereka yang semakin meningkat umurnya. Namun begitu, simptom tersebut jangan dipandang ringan. Sila buat pemeriksaan mata dengan Oftalmologis 6 bulan sekali atau paling lama setahun sekali supaya sebarang perubahan di dalam mata dapat dikesan secepat yang mungkin. Terima kasih.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  64. sana nak bertanya sesuatu berkenaan masalah cousin saya ... akibat kemalangan die mengalami buta dan ini tahun ke empat .. nak keterangan lanjut dan ade soalan2 ygsaya nak tanya sebab nak cuba pulihkan .. sebab pada report dan follow up dgn doktor sebelum ni .. doktor ckp die ada masalah saraf yg membuatkan mata dia tak dpt melihat ... kalau ade solution kat sini mintak call saya 018 2893979 - adin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama sekali saya bersimpati atas apa yang terjadi kepada sepupu saudara. Kebiasaannya jika terdapat kecedaraan pada bahagian saraf mata, memang sukar untuk dipulihkan. Saya nasihatkan supaya jalani rehabilitasi di UKM di bahagian Klinik Penglihatan Terhad. Terima kasih.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  65. salam...kalau selaput mata boleh buat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saudari perlu jalani prosedur selaput dan LASIK tidak perlu kepada mereka yang jalani prosedur selaput kerana mereka tidak perlu pakai spec selepas itu (jika tiada power yang terlebih)

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  66. Anonymous12:04 PM

    salam..boleh terangkan dengan lebih jelas lagi berkenaan dengan Maybank credit card ada 36 month interest free dan citibank 12 months interest free lasik di Prince Court.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Untuk costing boleh berurusan dengan pihak Prof Muhaya atau jika tuan/puan mahu saya boleh aturkan appointment. Sila emailkan butir peribadi tuan/puan. Terima kasih.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  67. Salam. .brapa kos lasik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Untuk costing boleh berurusan dengan pihak Prof Muhaya atau jika tuan/puan mahu saya boleh aturkan appointment. Sila emailkan butir peribadi tuan/puan. Terima kasih.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  68. Anonymous4:30 PM

    Mata kiri glycoma....
    Sekarang mata kanan cornea trkoyak dan vision agak blur...
    Boleh buat lasik mata kanan dan kos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Refractive surgery hanya untuk mata yang benar-benar sihat dan jika terdapat masalah lain dinasihatkan jalani pemeriksaan untuk masalah tersebut.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  69. Salam. Saya rabun sejak kecil. Kiri dan kanan melebihi 1000. Saya berumur 27 thun. Bolehkan saya buat rawatan nie? Tolong pandu saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aril. Kebiasaannya power yg sangat tinggi sukar untuk menjalani refractive surgery kerana kornea yang terlalu nipis. Walaubagaimanapun, sila buat pemeriksaan supaya tahu keadaan mata saudara yang sebenar.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  70. Anonymous9:38 AM

    Salam sy nk btye..brpe kos utk lasik ni...sb power sy memg tgi..silau pn 250..bmint nk buat tp xtau bpe kos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk costing boleh berurusan dengan pihak Prof Muhaya atau jika tuan/puan mahu saya boleh aturkan appointment. Sila emailkan butir peribadi tuan/puan. Terima kasih.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  71. Anonymous9:18 PM

    as salam. sy nk tnya.. adakah kos yg dinyatakan di atas 6000++ termasuk dengan pemeriksaan atau hanya kos prosedur.. inginkan pencerahan sbb nak kumpul duit. trm ksh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk costing boleh berurusan dengan pihak Prof Muhaya atau jika tuan/puan mahu saya boleh aturkan appointment. Sila emailkan butir peribadi tuan/puan. Terima kasih.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  72. Anonymous8:27 PM

    boleh ke datang ke klinik tuan untuk buat pemeriksaan mata dan nak tau kos rawatan lasik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk costing boleh berurusan dengan pihak Prof Muhaya atau jika tuan/puan mahu saya boleh aturkan appointment. Sila emailkan butir peribadi tuan/puan. Terima kasih.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  73. Anonymous12:08 AM

    minggu depan blh buat appointment tak dgn doctor muhaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh emailkan saya butir peribadi saudara/saudari di alamat email tersebut mazwanismail@gmail.com

      Terima kasih

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  74. Anonymous11:56 AM

    Salam, katakan saya buat Lasik sekarang, kemudian jika satu hari nanti rabun kembali, boleh ke buat Lasik lagi sekali?

    ReplyDelete
  75. Anonymous8:33 PM

    Askum..nak tahu..brapa kos tuk buang katarak?

    ReplyDelete
  76. Anonymous8:51 AM

    salam, kalau saya kerja tgk skrin computer hari2, dapat MC berapa hari ya after buat surgery? cukup ke satu hari MC je?

    ReplyDelete
  77. Anonymous7:25 PM

    Salam , sye berumur 18 tahun . Sya rabun ngn power mata kiri 300++ dn kanan 400++ . Sesuai ke sye nak buat rawatan lasik nie?berapa yaa kosnyaa?

    ReplyDelete
  78. Anonymous12:01 AM

    Saya rabun power kiri 600 dan power kanan 550 . Saya baru brumur 17 tahun. Adakah itu teruk? Tolong jawab

    ReplyDelete
  79. Assalam.mata saya sebelah kiri rosak disebabkan semasa kecil dijangkiti kuman.kemudian doktor yang merawat saya tidak dapat menyelesaikan rawatan kerana keluarga sy tak mampu membayar kos rawatan pd masa itu.kini mata sy tidak dapat melihat tetapi tidak buta dan tidak juga dpt melihat jika menggunakan kacamata.ia seakan kabur.untuk makluman ia hanya berlaku pd sebelah kiri biji mata sy.adakah boleh mata saya diubatj lg tuan?

    ReplyDelete
  80. Anonymous8:09 PM

    Tuan boleh kah buat sebelah mata saja dulu? dulu pernah g chek doktor kate mata boleh buat lasik tapi saya x teruskan kerana takut pakar tu kata kena potong kornea..rawatan kat prof dr muhaya ni pakai blade x.?

    ReplyDelete
  81. Anonymous1:26 PM

    boleh terangkan lebih regarding night vision (haloes/glares/starbusting) lepas surgery? adakan masalah itu short term atau long-term?

    ReplyDelete
  82. assalamualaikum,saya mengalami rabun mata kiri 325 ,silau 400 dan mata kanan rabun 175 silau 325. selain itu mata saya juling ,saya hanya membuat pemeriksaan mata di kedai dan saya difahamkan mengalami simptom mata malas ,masalah lain juga saya akan merasa sakit berdenyut dibahagian mata dan pening apabila membuat kerja yang memerlukan tumpuan dan fokus kebiasaan nya berlaku ketika saya menjahit dan mengadap laptop pernah disebabkan terlalu pening sehingga muntah.. saya berumur 28 tahun ....mohon bantuan

    ReplyDelete
  83. Salam.. umur saya 27tahun. sy ingin brtanya Bagaimana cara untuk memelihara mata supaya tidak mnjadi lebih teruk dimasa akan datang?, saya mempunyai masalah mata kiri (since pada tahun 2008 lagi). ini kerana saya hanya bergantung pada mata sebelah kanan sahaja.(mata kiri tidak boleh melihat/kabur - bukan masalah rabun). untuk maklumat doktor pada tahun lepas (2013) mata kiri sy telah dijngkiti katarek. dah sudahpun menjalani pembedahan membuang selaput mata(mata kiri). Doktor yg merawat saya ad mencadangkan supaya sy menjalani pembedahan sekali lg bagi menampal retina mata kiri yg telah trtanggal. tp beliau memberitahu peratus untuk dpt melihat semula agak tipis kerana kes mata saya telah begitu lama (since2008). sila bagi info ke email sy : Lynnafiz_87@yahoo.com terima kasih.

    ReplyDelete
  84. Anonymous7:25 PM

    Assalam Tuan, sy brusia 54 thn n bru disahkan sy ada kencing manis, bacaan 15 sebsebelum makan. Sebelum ni, sy rabun dekat. Tp sekàrang rabun jauh n dekat. Ada ini berkaitan dgn penyakit kncing manis sy. Boleh ke prof beri rawatan dlm kes sy ni. Tq. Maz seremban

    ReplyDelete
  85. Assalamualaikum, hospital kerajaan tidak menyediakan perkhidmatan ini ke ? Ada diskaun untuk pelajar tak ?

    ReplyDelete
  86. Anonymous9:56 PM

    Hmm.. kalau degree 400 ke atas itu dikira teruk sangat kerr?

    ReplyDelete
  87. Anonymous1:10 PM

    salam kalau nak bayar ansuran boleh ke???

    ReplyDelete
  88. salam power 550/600 blh bt x?sejak kebelakangan ni ada sakit2 kepala gi check power naik rupanya..mata ada urat2 merah sikit kt mata putih

    ReplyDelete
  89. Salam.berapa kos untuk pemeriksaan sahaja (4 jam)? Terima kasih.

    ReplyDelete
  90. Salam.berapa kos untuk pemeriksaan sahaja (4 jam)? Terima kasih.

    ReplyDelete
  91. Anonymous12:52 PM

    Assalammualaikum,Saya mempunyai seorang sahabat yang mengalami penyakit Retinitis Pigmentosa. Penyakit mata ini beliau alami sejak masih bersekolah lagi dan memberi kesan kepada matanya semasa ditingkatan 5. Dia pernah menceritakan kisah yang dialami semasa kematian bapanya dimana beliau terlalu sedih dan sering mengeluarkan ari mata ketika itu. Sejak masa tersebut, dia berasa kurang selesa dengan penglihatan dan pada umur 33 tahun kini,doktor telah menasihatkan beliau berjumpa segera pada bila-bila masa, tidak seperti sebelum ini dengan membuat temujanji pada tarikh-tarikh tertentu.


    Oleh itu, saya memohon daripada prof sekiranya dapat menerangkan dan memberi pemudahcara atau ikhtiar bagi memulihkan atau merawat penyakit sahabat saya yang pada masa kini amat risau pada masa depannya..Soalan saya adalah seperti berikut :


    1. Apakah yang dimaksudkan penyakit tersebut?

    2. Adakah pesakit yang mengalaminya akan kabur penglihatan atau tidak dapat melihat?

    3. Adakah terdapat rawatan bagi memulihkan penyakit tersebut?

    Saya berharap agar Prof Dr Muhaya dapat membantu memberi penerangan agar saya dapat mengetahui lebih lanjut mengenai penyakit yang dialami sahabat saya ketika ini. Bantuan Prof amat saya harapkan walaupun dengan sekadar penerangan, namun ia lebih membantu kami mencari rawatan terbaik bagi memulihkan kembali mata sahabat saya. Sekian...

    ReplyDelete
  92. Salam...
    Adakah disarankan semua yg nk buat lasik buat full medical checkup dulu? Sbb takut ader underlying undiagnosed medical problem.
    Dan.. adakah kebanyakan kemungkinan side effect lasik seperti poor night vision and higer aberration bole dijangka? Supaya ia tidak berlaku.. sbb kalau berlaku ia ade kemungkinan kekal dan x dpt dihilangkan dengan memakai spec kan.. . Tq ya...assalam

    ReplyDelete
  93. Anonymous8:36 AM

    selalunya umur brpa power dah susah nak naik dan turun?boleh ke klau nak ambil supplement seperti QURROTAAINI?
    umur-16
    (rabun jauh/silau)
    kanan-800/450
    kiri-800/350

    ReplyDelete
  94. as salam,
    bolehkah floaters mata dirawat, dan berapakah kos rawatan

    ReplyDelete
  95. Assalamualaikum.. Puan nak tya..untuk wat full screening ada caj tak??

    ReplyDelete
  96. Assalamualaikum.. Puan nak tya..untuk wat full screening ada caj tak??

    ReplyDelete
  97. Salam
    sy nk tanya
    boleh kah lasik di lakukan sewaktu tidak sedar or pengsan
    sbb sy trlalu takut utk di letak kan klip pada bahagian mata tu
    atau ade ke cara lain utk memboleh kan sy membuka mata tanpa klip tu

    ReplyDelete
  98. Assalamualaikum, saya Berumur 60 tahun, tidak memakai kaca mata. Mata saya Akan berair bila memandang sesuatu dlm tempoh beberapa minit. Boleh atau tidak saya membuat lasik?

    ReplyDelete
  99. Assalamualaikum, saya Berumur 60 tahun, tidak memakai kaca mata. Mata saya Akan berair bila memandang sesuatu dlm tempoh beberapa minit. Boleh atau tidak saya membuat lasik?

    ReplyDelete
  100. Assalamualaikum
    Ayah saya disyaki mengalami ptosis (kelopak mata turun sebelah). Adakah ada rawatan berkaitan penyakit ini? Adakah ia penyakit mata.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  101. Anonymous3:50 PM

    assalamualaikum , saya baiti , saya nak bertanya sedikit tntg mata saya , saya mg nak buat lasik inshaallah pada masa akan dtg , saya nak tanya mata saya mcm tak betul tau , mcm nak terkeluar je mata , kdg rasa tak selesa , kdg berair , boleh ke kalau nak betulkan balik mata saya jadi sediakala ?

    ReplyDelete
  102. Anonymous10:30 AM

    sy 15 tahun dn power sy mencecah 700++. saya nk tau kalau sy dh berumur 18 tahun and a big possibility power sy akan mencecah 900+ , boleh x sy teros buat surgery. walaupun sy tak officially 18?

    ReplyDelete
  103. Anonymous12:03 PM

    assalamualaikum..power saya kedua-dua belah mata 1400 setiap mata. power saya makin naik disebabkan saya memakai contact lense sejak tahun 2006. kini sy mengurangkan pakai contact lense kerana risau power akan lebih tinggi. bolehkan sy membuat lasik ini?umur sy tahun ini 30 tahun. sekiranya boleh buat adakah mata sy akan kembali 100% normal?

    ReplyDelete
  104. Salam,
    Saya berumur 17 tahun dan telah memakai kaca mata sejak sekolah rendah. Mata kiri rabun 3.25 mata kanan rabun 2.50 dan silau 0.5 sesuai kah saya menjalani rawatan lasik ini dalam masa terdekat

    ReplyDelete
  105. Assalamualaikumm..boleh sy tahu kenapa ibu menyusu xsesuai buat lasik dan perlu tunggu sehingga 6 bulan...

    ReplyDelete
  106. Anonymous7:36 PM

    hi puan,nak tanya klau power mata dh smpai 400 blh turun tak lagi umur sya skrg bru msuk 18 :)

    ReplyDelete
  107. Kalau rabun silau sehingga 800 boleh tak menjalani rawatan? kos rawatan sama atau berbeza?

    ReplyDelete
  108. kenapa ada sesetengah individu yg buat lasik xdapat dbetulkan sehingga 6/6? beliau masih lg mengalami rabun dan silau tp ditahap yg sedikit.

    ReplyDelete
  109. kenapa ada sesetengah individu yg buat lasik xdapat dbetulkan sehingga 6/6? beliau masih lg mengalami rabun dan silau tp ditahap yg sedikit.

    ReplyDelete
  110. Jasmynn10:20 PM

    Salam en..sy nak tanya adakah ubat n-acetylcarnosine eye drops ni betul2 dapat kurangkan cataract??

    ReplyDelete
  111. ASSALAM ENCIK
    Mak saya mempunyai rabun yg teruk dan pandangannya totally rabun. Dah check namun power tidak dpt di baca langsung. Untuk pengetahuan encik mak saya pengidap kencing manis, strok sblh bdn dan darah tinggi. rawatan yg bagaimana harus mak saya jalankan bg mengembalikan penglihatannya semula. Saya amat kesian sbb hidupnya kurg selesa tanpa penglihatan yang jelas.

    ReplyDelete
  112. dan blh saya tau brp kosnya utk kedua2 belah mata?

    ReplyDelete
  113. assalamualaikum ..kalo glukoma boleh diubati tak?bapa saya umur dalam lingkungan 65t\hun.tq

    ReplyDelete
  114. nazurah jalil2:34 AM

    assalamualikum,saya mempunyai mata malas sebelah kiri. dulu saya tidak menyedarinya. tetapi selepas dua tiga menjak nie, saya semakin berasa tidak selesa dengan mata sebelah kiri saya kerana saya akan berasa lain, seperti ada sesuatu berada di tengah-tengah lipatan mata saya setiap kali saya mengelipkan mata. harap dr. boleh memberi saranan dan suggestion untuk saya.tq

    ReplyDelete
  115. Hi good afternoon, I'm fully breastfeeding my 9 mths old baby.can I do lasik?

    ReplyDelete

Blog-Blog Lain Yang Menarik