Soalan Lazim Mengenai LASIK dan Pembedahan Refraktif





Assalamualaikum.....


Bertemu lagi di post yang baru. Untuk post kali ni tak boleh tidak aku kene jugak terangkan info tentang topik yang sangat popular dalam bidang kesihatan mata nih. Perkembangan teknologi perubatan sejak 1950-an telah membawa kepada penemuan rawatan Laser-Assisted in Situ Keratomileusis (LASIK) yang semakin berkembang setiap tahun di mana dari penggunaan pisau kepada penggunaan laser sepenuhnya.

LASIK kini merupakan prosedur pembedahan laser paling popular untuk mengoptimumkan daya penglihatan dan menjadi pilihan kerana tempoh pemulihan yang pantas serta kurang komplikasi (kesan sampingan) berbanding pembedahan refraktif lain. Bagaimanapun para pengunjung blog sekalian, kerap kali beberapa persoalan lazim timbul di kalangan mereka yang berminat menjalani prosedur LASIK nih. Untuk pengetahuan, terdapat juga pembedahan refraktif yang menjadi alternatif LASIK seperti PRK dan LASEK....


Perenggan berikutnya nih adalah penjelasan kepada beberapa persoalan biasa dari orang ramai mengenai LASIK dan teknologi terkini bagi memudahkan individu yang berminat membuat keputusan menjalani prosedur ini atau tidak...:)


Saya seorang yang rabun jauh sejak berumur 12 tahun. Kini saya berusia 25 tahun dan suka bersukan. Apakah cara terbaik bagi saya jika saya merasa penat memakai cermin mata dan merasa kurang selesa untuk memakai kanta lekap?

Cara paling efektif adalah dengan menjalani LASIK. Prosedur ini adalah satu kaedah di mana rawatan laser dilakukan ke atas kornea untuk mengubah bentuk kornea bagi membolehkan imej difokus dengan baik ke atas retina.
Adakah semua orang sesuai untuk LASIK?
Sebelum disahkan sesuai untuk menjalani LASIK, seseorang itu akan menjalani pemeriksaan mata yang menyeluruh di mana kesihatan mata ditentukan dan ketebalan kornea dan darjah kerabunan akan diperiksa bagi menentukan kesesuaian LASIK. Terdapat individu berminat untuk melakukan LASIK yang dikesan mempunyai masalah mata lain dan mungkin kurang sesuai menjalani LASIK, tetapi rawatan khusus dapat diberi di samping beberapa alternatif lain.
Bolehkan kesan LASIK hilang selepas beberapa tahun?

Tidak, pengubahsuaian bentuk kornea adalah kekal. Oleh itu kesan LASIK akan kekal. Walaupun begitu, Tahap penglihatan boleh berubah akibat penyakit mata dan presbyopia (rabun dekat untuk individu 40 tahun ke atas)
Saya berumur 40 tahun dan mempunyai ketajaman penglihatan yang amat jelas untuk objek jauh. Walaubagaimanapun saya merasa agak susah untuk membaca. Bolehkah LASIK membetulkan keadaan ini?

Fenomena yang dialami adalah presbyopia iaitu pengerasan pada kapsul kanta yang harus mengecut ketika melihat objek pada jarak dekat. Setakat ini kaedah LASIK untuk merawat presbyopia tidak mempunyai kesan yang kekal dan efektif.
Saya berumur 45 tahun dan mengalami rabun jauh sejak berumur 10 tahun. Kini, apabila saya membaca, saya perlu membuka cermin mata untuk melihat dengan jelas. Jika saya menjalani Lasik untuk merawat rabun jauh saya, adakah ini bererti saya perlu menggunakan cermin mata untuk membaca pula?

Calon di atas bernasib baik kerana mempunyai dua pilihan. Beliau boleh memilih untuk menjalani LASIK sepenuhnya bagi membetulkan kerabunan anda dan memakai cermin mata untuk membaca, atau boleh memilih untuk membetulkan kerabunan sepenuhnya di sebelah mata sahaja untuk melihat objek jauh dengan jelas dan sebelah mata lagi dibetulkan kerabunan setakat membenarkan anda untuk membaca dengan baik. Ini bererti beliau menggunakan sebelah mata untuk melihat jauh dan sebelah mata lagi untuk membaca, dikenali sebagai kaedah
‘monovision’.
Apakah kaedah LASIK monovision boleh menyebabkan pening kepala oleh kerana ‘kuasa’ mata yang berlainan dalam kaedah monovision ini?

Sebenarnya otak kita mempunyai kuasa adaptasi yang baik. Kaedah monovision ini amat popular dan ramai pesakit yang dulu rabun jauh amat bergembira selepas LASIK dengan kaedah monovision kerana tidak perlu memakai cermin mata untuk memandu dan juga membaca (Kanta Multifokal)
Adakah pesakit kencing manis sesuai untuk LASIK?

Individu diebetes harus berbincang dengan doktor mengenai ini. Secara umumnya, LASIK adalah tidak digalakkan pada pesakit diebetes yang mempunyai masalah kesihatan yang akan melambatkan proses pemulihan luka (termasuklah luka kornea, uveitis, mata kering). Walaubagaimanapun, jika seseorang itu baru saja mengidap kencing manis dan kawalan penyakit adalah baik serta tidak terdapat perubahan retina di mata, individu terbabit masih boleh menjalankan LASIK.


Apakah risiko LASIK?

Secara umumnya LASIK adalah suatu kaedah yang selamat. LASIK mempunyai risiko yang kecik dan komplikasinya adalah sangat jarang (1% sahaja). Komplikasi yang sering berlaku ialah mata kering (seminggu selepas prosedur). Sejak 1 tahun kebelakangan ini, kadar risiko LASIK menjadi amat kecil sekali setelah terdapat kaedah LASIK tanpa pisau (Bladeless LASIK) Setakat nih, takde lagi laporan tentang kesan sampingan yang teruk bagi LASIK..Adakah LASIK ditanggung oleh insurans kesihatan?

Kebanyakan polisi insurans kesihatan tidak memberi tanggungan kepada LASIK.
Apakah kaedah LASIK yang terbaru?

Kini terdapat kaedah LASIK tanpa menggunakan pisau. Ia merupakan kaedah yang mempunyai ciri keselamatan yang amat tinggi. Mesin untuk membuat flap kornea terbaru ialah mesin VisuMax yang menggunakan kaedah laser
femtosecond. Kaedah baru ini membolehkan LASIK dijalankan untuk kornea yang nipis serta 'kuasa' mata yang tinggi beserta astigmatism yang tinggiBilakah saya boleh mula melihat dengan jelas selepas prosedur LASIK?

Kebiasaannya, korang akan dapat melihat (dengan lebih baik) sebaik sahaja prosedur selesai dijalankan. Selepas 4 jam, pesakit dapat melihat dengan jelas dan akan dibenarkan pulang.
Bilakah seseorang yang menjalani LASIK boleh mula bekerja?

Selepas 24 jam, pesakit sudah boleh mula bekerja tetapi harus meletakkan ubat ke dalam mata sekurang-kurangnya selama satu minggu.
Berapa kerap saya harus menjalani pemeriksaan susulan dengan doktor selepas LASIK?

Korang harus menjalani pemeriksaan seminggu, sebulan , tiga bulan, enam bulan dan setahun selepas menjalani LASIK bagi memantau perkembangan mata dan tahap penglihatan.


Yesssszaaaa.... Ade soklan lagi??


adios....


'YOUR EYES COMPANION'

13 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

13 ulasan:

  1. Tanpa Nama1:05 PG

    brape kos lasik ni?
    utk rabun jauh yg power -3.50 , -4.00, sesuai x buat lasik?

    BalasPadam
  2. kos berbeza2 mengikut premis. tetapi skrg boleh didapati semurah RM 2500 untuk satu mata kalau tak silap... Maybe ade yg lebih murah kalau ade promosi... just google it k...

    Tiada masalah untuk power -4.00 dengan syarat anda lulus pre-checkup

    thanks..

    BalasPadam
  3. Bolehkah saya buat inplant cartrek

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama8:21 PTG

    Saya berminat nak buat lasik saya rabun jauh 375/275 umur 41..apa pakej yg terbaik yg ada di klinik doktor? dan brp harga?

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama9:22 PTG

    Kene bayar full baru boley buat LASIK ke?

    BalasPadam
  6. Thank you very much for this useful article. I like it. www.surgeongate.org/michigan-lasik-eye-surgery/

    BalasPadam
  7. I think this is a really good article. You make this information interesting and engaging. You give readers a lot to think about and I appreciate that kind of writing. Michigan Eye Surgery

    BalasPadam
  8. Nice Informative Blog having nice sharing.. northwest eye surgeons ohio

    BalasPadam
  9. I have recently started a blog, the info you provide on this site has helped me greatly. Thanks for all of your time & work. Yaldo Eye Center in Grand Rapids Michigan

    BalasPadam
  10. Hi assalamualaikum saya berumur 21 tahun Saya sudah pakai cermin mata dari umur 4 tahun ...power mata saya hampir cecah 2 ribu..boleh ke Saya buat pembedahan lansik?

    BalasPadam
  11. selepas buat lasik, boleh terjadi lagi ke Rabun jauh?? dan apa punca nyaa

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama1:03 PG

    assalam nak tanya , kalau nak buat lasik untuk sebelah mata sahaja boleh? untuk mata belah kiri power dalam 200++ mata dan silau 150 kanan clear sebab before ni penah buat lasik ni cuma mata kanan je perfect kiri tak perfect .

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama11:04 PTG

    Untuk tahun disember 2023, berapa rm kosnya. Dalam masa satu hari , boleh settle ker utk memenuhi kesemua prosuder

    BalasPadam

Blog-Blog Lain Yang Menarik