Mata Kita : 9 Tanggapan Salah



Assalamulaikum

Brothers and sisters sekalian..... Hari ni aku nak citer lagi pasal tanggapan salah kite pada perkara2 yang melibatkan mata....haha...Jom kite terjah...


1. Penyakit mata merah disebabkan oleh debu/habuk

Tak selalunye betul... Mata merah ni lebih kerap didapati pada mata yang berpenyakit... Perlulah kite lebih mengganggap mata merah ni sebagai indikasi infeksi dan jangan pandang remeh fenomena mata merah ni... Walaupun begitu, biasa jugak mata merah ni disebabkan oleh debu atau bendasing ni

Pada mata merah akibat infeksi, selain gatal, terdapat juga rasa berpasir bile mata ditutup, pengeluaran airmata berlebihan, dan merah pada mata semakin hari semakin bertambah. Simptom2 ini mungkin disertai oleh pembengkakan kelopak mata serta lekitan (discaj) pada kelopak mata...

Mata merah akibat debu dan habuk biasanya tidak menghasilkan discaj, jarang membengkak, dan kemerahannya semakin hari semakin surut. Mata merah infeksi biasanya memerlukan ubatan untuk pemulihan. Antibiotik, antiviral atau antifungal akan diberikan untuk meredakan mata merah infeksi..


2. Mengintai/Mengendap boleh menyebabkan ketumbit dsb (stye,chalazion).

Tidak benar.....hehe... Ketumbit ni terjadi juga akibat infeksi sama seperti mata merah tetapi infeksi pada ketumbit lebih tertumpu pada kelenjar2 di kelopak mata...

Di kelopak mata kite terdapat beberapa kelenjar, seperti kelenjar air mata (lakrimal) dan kelenjar minyak (sebum). Jika kelenjar ini dijangkiti mikrob, struktur kelopak mata akan membengkak dan berbentuk seperti bisul....

Ketumbit tidak boleh dibiarkan tanpa rawatan antibiotik.... Ketumbit yang tidak dirawat dengan segera menyebabkan struktur bengkakan semakin membesar dan keras sehingga sukar untuk surut. Keadaan yang berlanjutan menyebabkan ketumbit hanya boleh diubati dengan pembedahan...


3. Tidak semua orang dalam hidupnya perlu ber kacamata.

Tidak benar. Orang yang matanya sihat dan normal pun setelah berumur sekitar 40 tahun, akan memerlukan kaca mata khas untuk membaca bagi rabun dekat (presbyopia). Rabun dekat bukan penyakit, melainkan sebahagian dari proses penuaan. Suka atau tidak, setiap orang akan mengalami rabun dekat bile sampai waktunya. Untuk itu cermin mata khas perlu ditempah untuk membuat kerja2 dekat. 'Degree' rabun dekat seseorang semakin meningkat jika umur meningkat...

Pada individu dengan mata bermasalah, mungkin sejak kanak2 lagi telah memerlukan spek. Mata yang mengalami rabun jauh telah berkembang sejak kecil lagi. Penglihatan kabur akibat rabun hanya dapat di betulkan (noted: bukan dipulihkan) dengan spek dan CL. LASIK dan pelbagai jenis surgeri refraktif dapat merawat sesetengah individu yang mengalami rabun.


4. Rabun malam dapat diatasi dengan memakai kacamata.

Kekeliruan berlaku di sini. Situasi rabun malam (bagi individu yang tiada rabun jauh dan dekat), di mana penglihatan terganggu apabila melihat gelap (setelah matahari terbenam), tidak boleh dibetulkan dengan spek sepenuhnya. Rabun malam terjadi disebabkan faktor sel2 saraf untuk membezakan kondisi terang dan gelap di retina terganggu (sel2 rod). Keadaan ini umumnya terjadi akibat kekurangan vitamin A untuk waktu yang lama.

Kekurangan Vitamin A jugak boleh menerangkan fenomena silau yang sering dialami pemandu di waktu malam. Kekurangan Vitamin A melambatkan proses adaptasi cahaya pada keadaan gelap, menyebabkan mata amat sensitif pada cahaya dan penglihatan terganggu seketika selepas melihat cahaya yang terang...


5. Kebutaan pada bayi hanya diperoleh sejurus sejak lahir akibat jangkitan dari ibu.

Tidak semestinya. Hanya sedikit sahaja kes kebutaan mata terjadi akibat jangkitan dari ibu seperti toxoplasmosis. Kebutaan lebih kerap disebabkan oleh kekurangan vitamin A, glaucoma kongenital, dan katarak. Bagi bayi yang kurang mendapat bekalan vitamin A, kerosakan pada struktur mata boleh berlaku dengan serius. Perkembangan mata tak boleh berlaku tanpa kehadiran Vitamin A. Walaupunbegitu, keadaan ini jarang berlaku kerana formula2 makanan bayi baru lahir mutakhir ini amat kaya dengan pelbagai vitamin untuk menjamin kesihatan bayi.


6. Ubat titis mata boleh mengubati masalah mata merah.

Tidak benar. Ada banyak jenis ubat titis mata di pasaran. Ubat titis jenis 'over the counter' yang dapat dibeli dengan mudah di mana tidak dapat merawat mata merah akibat jangkitan. Ubat titis untuk mata merah jangkitan memerlukan preskripsi doktor dan hanya boleh dibeli di farmasi.

Ubat titis mata untuk jangkitan juga mempunyai pelbagai jenis ada yang untuk jangkitan bakteria, ada pulak untuk virus, dan ade jugak untuk fungal. Ini menyebabkan kita tidak boleh berkongsi dengan orang lain ubat titis untuk menghilangkan mata merah walaupun ubat titis itu didapati dari preskripsi doktor. Ini kerana penyebab mata merah adalah pelbagai dan hanya dapat disahkan dengan pemeriksaan rapi oleh doktor.

Mata merah bukanlah hanya disebabkan oleh infeksi je. Ade jugak yang disebabkan debu atau alergi, dan ade jugak berpunca dari penyakit glaucoma. Mata merah akibat glaucoma sudah semestinya tak boleh di legakan dengan ubat titis biasa. Pemeriksaan lanjut oleh pakar perlu didapatkan untuk mengelakkan komplikasi yang lebih teruk...


7. Penyakit mata glaukoma disebabkan oleh tekanan darah tinggi.

Salah. Penyakit glaukoma disebabkan oleh meningkatnya tekanan di dalam bola mata. Penyebabnya pelbagai. Ada kes disebabkan oleh faktor genetik, sehingga sistem saliran cecair di dalam bola mata tersumbat dan pengaliran keluar cecair berkenaan tidak cekap. Kes2 bukan genetik biasanya disebabkan oleh gangguan kanta mata, katarak yang sudah matang, komplikasi selepas surgeri mata, uveitis dan sebagainya..

Meningginya tekanan bola mata tidak ada hubungannya dengan tekanan darah tinggi. Individu yang mengalami hipertensi tidak semestinya mempunyai tekanan bola mata yang tinggi. Individu yang mengalami tekan darah rendah (hipotension) juga dilaporkan mempunyai kes glaukoma...


8. Katarak hanya berlaku pada orang berusia lanjut.

Tidak selalunya betul. Memang lebih banyak kes katarak terjadi pada usia lewat, iaitu sebahagian dari proses penuaan. Namun begitu, bayi jugak boleh mengidap katarak. Katarak bayi dihidapi sejak dalam kandungan ibu lagi. Jenis katarak bayi berbeza dengan katarak dewasa dan katarak penuaan..

Katarak sebagai komplikasi penyakit jugak boleh dialami sebelum umur memasuki kategori warga emas. Ini termasuk komplikasi kencing manis, akibat radiasi (petugas2 yang mengendalikan alat beradiasi), cahaya matahari, atau kerosakan kanta mata akibat kecederaan (trauma) ataupun serangan radikal bebas dalam badan.


9. Mata bayi yang baru lahir tak mungkin dijangkiti penyakit kelamin ibu

Salah. Disebabkan ini perlu diambil langkah berjaga2 pada bayi jika ibu melahirkan bayi tersebut sebelum penyakit 'keputihan' disembuhkan. Ini disebabkan, keputihan boleh berlaku akibat penyakit kelamin kencing nanah (gonorrhoea). Mata bayi boleh dijangkiti gonorrhoea pada masa kelahiran berlaku. Seminggu setelah lahir, mata bayi boleh membengkak, penuh dengan nanah, dan meradang


adios...


'YOUR EYES COMPANION'

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik