Optometrist United : Millennium Vision Optometrist, Bandar Baru Selayang




Assalamualaikum...

Yesssszaaaa.... Kite bertemu lagi dalam post terbaru.... 2-3 hari lepas me n my partner Mr Aswanism telah bersiar2 di kala petang n secara spontan Mr Aswanism mengajak aku untuk menerjah satu lagi premis optometrist untuk di paparkan dalam blog ini... Kitorang pun bercadang untuk menjengah sebuah premis yang terdapat Bandar Baru Selayang berdekatan dengan Stadium Majlis Perbandaran Selayang....



Kereta aku telah memarkingkan diri di depan premis....Kat sebelah premis ni ada restoran yang menjual satay kajang...huhu...memang duk sini rasa nak makan jek...


Millennium Vision Optometrist ni terletak di sebuah kawasan perniagaan yang agak 'happening' jugaklah di Bandar Baru Selayang. Bagi penduduk di sekitar taman2 yang berdekatan dengan Majlis Perbandaran Selayang mesti pernah perasan kehadiran premis optometrist nih... Menurut temuramah kitorang dengan tokeynyer En Junaidi Youb Mat Jasid, kawasan pusat perniagaan ni memang sibuk lagi2 bile malam menjelma... Bile petang membawak ke malam je mulalah kedai beliau diserbu oleh pelanggan2 dari kawasan2 berdekatan...Kadang2 tak menang tangan katanya...hehe...



Pandangan dari pintu masuk premis....En Junaidi kelihatan dari kejauhan sedang melayan seorang pelanggan...Macam kenal jek pelanggan tuh...kih3


En Junaidi merangkap optometrist di premis ni, telah membuka perniagaan ni sejak tahun 1999.
Wah...maknenye dah 10 tahun la premis ni berdiri megah di kawasan Bandar Baru Selayang ni...
En Junaidi dah menguar2kan kat kitorang beliau akan mengadakan 10th Annivesary Celebration untuk premisnya dalam tempoh terdekat.... Berita baik tu bagi penduduk di Selayang...hehe... Mesti ade pelbagai promosi menarik akan ditawarkan kepada pelanggan
kelak.. Cayala En Junaidi....



En Junaidi dan staf sokongan......


En Junaidi dah berpengalaman dalam 13 tahun dalam bidang optometri dan optikal ni.... Ni sorang lagi otai2 kita....huhu... Beliau juga adalah tenaga pengajar sesi klinikal pra-siswazah bagi kursus optometri di UKM Kuala Lumpur... Memang En Junaidi berpengalaman luas dalam menjalankan pemeriksaan mata komprehensif bagi pelanggan2 nye memandangkan premisnye mempunyai peralatan optometri yang lengkap dan setaraf dengan Klinik Optometri UKM.... Pelanggan2 juga boleh mendapatkan konsultansi dari segi pemilihan bingkai dan kanta yang
berkualiti.....

Macam biasa....kat bawah ni kitorang paparkan gambar2 hasil lawatan kitorang.....Layanzzz....



Ruang pameran bingkai



Pandangan dari sudut lain di dalam premis



Koleksi sunglasses Millennium Vision Optometrist



En Aswanism bergambar kenangan dengan En Junaidi.... Millennium Vision adalah 'authorized dealer' bagi kanta (lens) premium Nikon



Alamat :

No 8, Jalan 2/12,
Bandar Baru Selayang,
68100, Batu Caves,
Selangor D.E

Telefon :

03-61203199

Dibuka :

Isnin - Sabtu
10.30 a.m - 10.00 p.m


adios......



'YOUR EYES COMPANION'


4 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

4 ulasan:

  1. Salam,

    Apakah risiko pembedahan catarak multifokus sekiranya pesakit mempunyai antik yang tinggi? dari pembacaan saya, kesan paling ditakuti oleh pesakit yang menjalani pembedahan katarak adalah kerosakan pada retina dan penglihatan malam yang tidak baik....boleh tolong jelaskan permasalahan ini?

    BalasPadam
  2. antik diperbetulkan kepada astik

    BalasPadam
  3. Salam...chekdenoor...

    adakah katarak multifokus atau pun lasik multifokus?

    jika menggunakan lens multifokus menggantikan lens asal kita selepas pembedahan mmg akan memberi masalah pada penglihatan pada 6 bulan pertama kepada pesakit yg mempunyai astig tinggi... penglihatan akan menjadi masalh untuk peringkat adaptasi n biasenye pesakit akan perlu juga memakai kacamata untuk membetulkan astig (biasenye untuk memandu malam)

    Tiada laporan pula untuk kerosakan retina...thanks..

    BalasPadam
  4. apakah klulusan untk mnjd seorang optometri?

    BalasPadam

Blog-Blog Lain Yang Menarik