Pembedahan Katarak : Pra-Surgeri dan Kaedah Rawatan
Assalamualaikum.... Lamenye tak update blog nih... Memang aku bz sangat 2-3 menjak nih... Al-maklumla, cari duit raya la katakan...hehe... Hari nih aku akan tulis satu artikel yang menyentuh prosedur pembedahan pembuangan katarak. Rasenye...beribu2 rakyat Malaysia telah menjalani pembedahan katarak. Pembedahan katarak adalah satu prosedur yang ringkas dan biasa. Meskipun pembedahan ini membawak kepada sedikit risiko, ia tidak la mendatangkan masalah yang benar2 membahayakan. Namun demikian, masih terdapat perkara dan isu yang patut disedari dan diberikan pertimbangan sebelum menjalani pembedahan katarak....jeng..jeng...jeng...zasssss..... Apakah yang dikatakan katarak? Katarak berlaku apabila kanta mata menjadi kabur disebabkan oleh pengumpulan protein dalam kanta mata. Tahap keseriusannya boleh diklasifikasikan mengikut usia, peringkat, jenis dan puncanya. Bagaimanakah pembedahan katarak dilakukan? Kebanyakan pembedahan katarak dilakukan dalam dua cara: 1- Pembedahan lebihan kapsul : Insisi/torehan berukuran kira-kira 6mm dibuat di sekeliling kornea dan kanta kabur (kanta dengan selaput) dikeluarkan daripada mata. Kanta tiruan kemudiannya dimasukkan ke dalam beg kapsul (beg kapsul kekal dalam keadaan asal selepas pengumpulan protein dibuang). Luka kemudian ditutup dengan jahitan halus. 2- Fakomulsifikasi : Ini adalah kaedah yang digunakan untuk membuang katarak menerusi insisi/torehan tanpa jahitan. Satu jarum titanium halus yang bergetar pada frekuensi ultrasound (kira-kira 40,000cps) digunakan untuk menanggalkan nukleus kanta, yang dikeluarkan menerusi jarum yang sama. Kanta tiruan dimasukkan ke dalam beg kapsul tanpa memerlukan jahitan. Kanta yang digunakan adalah lembut gile hinggakan boleh dilipat dan dimasukkan menerusi celah torehan halus. Kanta itu kemudiannya dikembangkan hingga saiz penuh di dalam beg kapsul yang tersangat kenyal dan tidak terusik. Pembedahan bentuk ini dinamakan pembedahan laser tetapi pada hakikatnya ia menggunakan tenaga ultrasound. Fakomulsifikasi mempunyai beberapa kelebihan berbanding pembedahan lebihan kapsul. Oleh kerana luka dalam pembedahan fakomulsifikasi adalah lebih kecil, pesakit akan pulih dengan lebih cepat. Lagipun, kemungkinan mendapat jangkitan adalah lebih rendah. Jika dilakukan oleh pakar, pembedahan ini boleh disempurnakan dalam tempoh lebih kurang sepuluh minit je manakala pembedahan lebihan kapsul memakan masa lebih kurang setengah jam. Bagaimanapun, pembedahan fakomulsifikasi lebih sukar dilakukan jika kanta terlalu tebal (banyak pengumpulan protein). Bilakah seseorang memerlukan pembedahan katarak? Seseorang tidak seharusnya dipaksa menjalani pembedahan katarak. Keputusan untuk menjalani pembedahan katarak hendaklah ditentukan oleh keperluan gaya hidup pesakit dan bukan oleh doktor (ini yang selalu disalah faham). Ia bergantung kepada tahap kemerosotan penglihatan yang dialami oleh pesakit. Sebagai contoh la, sorang nenek mungkin berpuas hati dengan kejelasan penglihatan yang minimum sahaja kerana tuntutan gaya hidupnya hanya memerlukan dia bermain dengan cucu dan membuat sedikit kerja rumah. Sedangkan bagi seseorang yang memerlukan penglihatan yang sempurna untuk memandu dan membuat kerja halus, kekaburan penglihatan walaupun sikit, boleh mendatangkan masalah. Patutkah saya mempercayai kemahiran doktor atau mesin berteknologi tinggi? Penggabungan peralatan moden dengan rekod yang terbukti dengan kemahiran doktor adalah kombinasi yang terbaik. Bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi yang berterusan, seseorang mesti berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan dakwaan teknologi canggih dan mesin baru. Biarpun ringkas, pembedahan katarak masih berisiko. Penilaian secara teliti dan penjelasan yang lengkap mesti diberi oleh doktor. Apakah implan kanta yang harus saya pilih untuk pembedahan katarak? Selepas katarak dibuang, kanta tiruan dimasukkan ke dalam beg kapsul yang tinggal. Ketepatan kuasa kanta yang dimasukkan dikira sebelum pembedahan. Kuasa tersebut boleh memulihkan penglihatan mata pesakit kepada 20/20 atau membetulkan rabun dekat atau rabun jauh. Astigmatisme tidak boleh diperbetulkan dengan kanta konvensional tersebut. Contohnya : sebelum pembedahan, cermin mata yang dipakai mungkin rabun jauh -3.00 D, astigmatisme -0.75 D. Selepas pembedahan, pesakit mungkin hanya mempunyai kuasa astigmatisme -0.75. Pergantungan terhadap cermin mata sebanyak 100 % sebelum pembedahan telah berkurangan dan anda boleh melakukan tugas harian tanpa memakai cermin mata.....best x....?.....hehe... Apakah penemuan terbaru dalam teknologi pembedahan katarak? Alangkah bestnye kalau ada kanta tiruan yang memperbetulkan kedua-dua jenis kerabunan – jarak jauh dan jarak dekat – tanpa perlu bergantung kepada cermin mata sepenuhnya?. Kini, syarikat kanta tiruan yang terkenal seperti Alcon dan AMO telah melancarkan kanta multifokal (pembetulan jauh dan dekat) di pasaran. Sebagaimana yang diarahkan oleh syarikat ini, garis panduan yang ketat dan pemilihan pesakit dengan betul sangat penting untuk memastikan kejayaan kanta ini. Malangnya, doktor dan individu yang terlalu ghairah telah menyebabkan kekesalan di kalangan pesakit yang tidak puas hati dengan kanta baru ini. Terdapat sekumpulan pesakit yang diberi janji palsu dan akibatnya, mengadu penglihatan yang kabur bagi jarak dekat dan jarak jauh selepas pembedahan. Adakah saya seorang calon yang sesuai untuk pembedahan katarak dan implan kanta multifokal (jauh dan dekat)? Pembedahan diharuskan apabila masalah katarak menjejaskan gaya hidup. Semua jenis pembedahan, baik pembedahan katarak, laser mata atau sebarang pembedahan khusus yang lain, mempunyai risikonya. Oleh yang demikian, sumer pembedahan hanya patut dikendalikan oleh doktor yang pakar je tau.. adios.... 'YOUR EYES COMPANION'
TQ, info sangat berguna :)
BalasPadamTerima kasih..moga bermanfaat utk semua..
BalasPadam:)