Paparan Menarik

Memaparkan catatan dengan label Medication. Papar semua catatan

Perubahan Penglihatan Dan Mata Ketika Hamil


Assalamualaikum......


Apa khabar kepada pembaca2 blog skalian.... Apa khabar kepada ibu2 dan bakal2 ibu di luar sana...:) Kali ni aku nak mengepost satu artikel mengenai kehamilan dan kaitannya dengan penglihatan. Khusus buat ibu mengandung, pernah tak rase macam mata korang agak tak stabil dari segi penglihatan? Bagi yang pakai spek, ade tak korang rasa 'power' spek macam tak cukup je n rase macam nak buat spek baru je?

Para pelayar maya sekalian, perubahan tahap hormon dalam tubuh semasa kehamilan memberi kesan terhadap penglihatan. Di bawah aku paparkan 5 perubahan yang akan di alami oleh bakal2 ibu pada mata dan penglihatan mereka. Harus diingat, walaupun kesan2 ini sementara, sentiasa lah berjumpa denga optometrist, oftalmologis ataupun pakar sakit puan untuk mendapat keterangan lanjut kerana dikhuatiri masalah2 yang 'common' di bawah akan menjadi masalah yang berkaitan kepada masalah yang lebih besar kepada ibu2 mengandung....

1. Permasalahan Dalam Pemakaian Kanta Sentuh

Dalam tempoh hamil, aras hormon yang tidak stabil akan menyebabkan kelengkungan kornea akan berubah. Walaupun si bakal ibu adalah pemakai kanta sentuh yang tegar, kerengsaan tetap akan dirasai. Penglihatan dengan kanta sentuh juga akan sedikit kabur kerana mudahnya berlaku edema kornea (sel2 kornea dipenuhi air). Kalau boleh elakkan pemakaian kanta sentuh semasa hamil dan jangan mengambil preskripsi 'power' kanta sentuh yang baru semasa hamil.

2. Penglihatan Sedikit Kabur

Seperti permasalahan kanta setuh di atas, penglihatan dengan kaca mata juga akan dianggap seperti 'tak cukup power'. Penglihatan jauh sedikit kabur dan kadangkala kembali kepada normal. Bagi individu yang tidak mengalami rabun, penglihatan akan terasa sedikit silau apabila malam. Perubahan ini adalah sementara sahaja.

3. Mata Kering


Kualiti dan Kuantiti air mata yang dikeluarkan biasa akan berubah dan mata akan terasa kering. Apabila mata kering, sensasi berpasir, kerengsaan dan gatal akan dialami. Mata juga akan kerap berair (macam menangis..hehe)... Kebiasaannya pengamal perubatan akan memprekripsi 'artificial tears' untuk menampung pengeluaran air mata yang terjejas. Air mata tiruan akan di pakai oleh bakal2 ibu paling kurang 3 kali sehari

4. Peringatan untuk pengidap diebetes!

Pesakit diebetes khususnye pengidap retinopati diebetes perlu mendapatkan pemeriksaan mata yang kerap semasa hamil. Apabila hamil, salur darah dibahagian retina menjadi agak nipis dan kebocoran pada salur darah boleh berlaku. Ini akan menyebabkan penglihatan kabur, berganda serta dalam kes yang lebih teruk adalah kebutaan!.

5. Kewujudan 'spot' dan 'floaters'


Floaters adalah objek kecik seperti lalat yang kelihatan melayang2 di medan penglihatan kita. Perkara ini biase berlaku dan selalunya tidak merbahaya samaada pada orang mengandung atau tidak. Walaupun begitu, bagi wanita hamil, dikhuatiri spot akan disalah anggap sebagai floaters. Spot atau bintik hitam pada medan penglihatan adalah amat dikhuatiri sekali. Bintik hitam ini boleh membesar sehingga memberikan perubahan yang besar terhadap medan penglihatan. Bintik hitam ini adalah petanda (simptom) bagi preeclampsia atau eclampsia, iaitu keadaan di mana boleh berlakunya kenaikan tekanan darah terlalu tinggi secara tiba2 semasa hamil. Bintik hitam ini akan hilang sebaik sahaja kadar tekanan darah kembali stabil.

Orait....Setel....:) Jumpa lagi dilain artikel yuk!

adios........


'YOUR EYES COMPANION'

Baca seterusnya »

Pembedahan Katarak : Pra-Surgeri dan Kaedah Rawatan



Assalamualaikum.... Lamenye tak update blog nih... Memang aku bz sangat 2-3 menjak nih... Al-maklumla, cari duit raya la katakan...hehe... Hari nih aku akan tulis satu artikel yang menyentuh prosedur pembedahan pembuangan katarak. Rasenye...beribu2 rakyat Malaysia telah menjalani pembedahan katarak. Pembedahan katarak adalah satu prosedur yang ringkas dan biasa. Meskipun pembedahan ini membawak kepada sedikit risiko, ia tidak la mendatangkan masalah yang benar2 membahayakan.


Namun demikian, masih terdapat perkara dan isu yang patut disedari dan diberikan pertimbangan sebelum menjalani pembedahan katarak....jeng..jeng...jeng...zasssss.....


Apakah yang dikatakan katarak?


Katarak berlaku apabila kanta mata menjadi kabur disebabkan oleh pengumpulan protein dalam kanta mata. Tahap keseriusannya boleh diklasifikasikan mengikut usia, peringkat, jenis dan puncanya.


Bagaimanakah pembedahan katarak dilakukan?


Kebanyakan pembedahan katarak dilakukan dalam dua cara:


1- Pembedahan lebihan kapsul : Insisi/torehan berukuran kira-kira 6mm dibuat di sekeliling kornea dan kanta kabur (kanta dengan selaput) dikeluarkan daripada mata.


Kanta tiruan kemudiannya dimasukkan ke dalam beg kapsul (beg kapsul kekal dalam keadaan asal selepas pengumpulan protein dibuang). Luka kemudian ditutup dengan jahitan halus.


2- Fakomulsifikasi : Ini adalah kaedah yang digunakan untuk membuang katarak menerusi insisi/torehan tanpa jahitan.


Satu jarum titanium halus yang bergetar pada frekuensi ultrasound (kira-kira 40,000cps) digunakan untuk menanggalkan nukleus kanta, yang dikeluarkan menerusi jarum yang sama.


Kanta tiruan dimasukkan ke dalam beg kapsul tanpa memerlukan jahitan. Kanta yang digunakan adalah lembut gile hinggakan boleh dilipat dan dimasukkan menerusi celah torehan halus.


Kanta itu kemudiannya dikembangkan hingga saiz penuh di dalam beg kapsul yang tersangat kenyal dan tidak terusik.


Pembedahan bentuk ini dinamakan pembedahan laser tetapi pada hakikatnya ia menggunakan tenaga ultrasound.


Fakomulsifikasi mempunyai beberapa kelebihan berbanding pembedahan lebihan kapsul.


Oleh kerana luka dalam pembedahan fakomulsifikasi adalah lebih kecil, pesakit akan pulih dengan lebih cepat. Lagipun, kemungkinan mendapat jangkitan adalah lebih rendah.


Jika dilakukan oleh pakar, pembedahan ini boleh disempurnakan dalam tempoh lebih kurang sepuluh minit je manakala pembedahan lebihan kapsul memakan masa lebih kurang setengah jam. Bagaimanapun, pembedahan fakomulsifikasi lebih sukar dilakukan jika kanta terlalu tebal (banyak pengumpulan protein).


Bilakah seseorang memerlukan pembedahan katarak?


Seseorang tidak seharusnya dipaksa menjalani pembedahan katarak. Keputusan untuk menjalani pembedahan katarak hendaklah ditentukan oleh keperluan gaya hidup pesakit dan bukan oleh doktor (ini yang selalu disalah faham).


Ia bergantung kepada tahap kemerosotan penglihatan yang dialami oleh pesakit. Sebagai contoh la, sorang nenek mungkin berpuas hati dengan kejelasan penglihatan yang minimum sahaja kerana tuntutan gaya hidupnya hanya memerlukan dia bermain dengan cucu dan membuat sedikit kerja rumah.


Sedangkan bagi seseorang yang memerlukan penglihatan yang sempurna untuk memandu dan membuat kerja halus, kekaburan penglihatan walaupun sikit, boleh mendatangkan masalah.


Patutkah saya mempercayai kemahiran doktor atau mesin berteknologi tinggi?


Penggabungan peralatan moden dengan rekod yang terbukti dengan kemahiran doktor adalah kombinasi yang terbaik. Bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi yang berterusan, seseorang mesti berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan dakwaan teknologi canggih dan mesin baru.


Biarpun ringkas, pembedahan katarak masih berisiko. Penilaian secara teliti dan penjelasan yang lengkap mesti diberi oleh doktor.


Apakah implan kanta yang harus saya pilih untuk pembedahan katarak?


Selepas katarak dibuang, kanta tiruan dimasukkan ke dalam beg kapsul yang tinggal. Ketepatan kuasa kanta yang dimasukkan dikira sebelum pembedahan.


Kuasa tersebut boleh memulihkan penglihatan mata pesakit kepada 20/20 atau membetulkan rabun dekat atau rabun jauh. Astigmatisme tidak boleh diperbetulkan dengan kanta konvensional tersebut.


Contohnya : sebelum pembedahan, cermin mata yang dipakai mungkin rabun jauh -3.00 D, astigmatisme -0.75 D. Selepas pembedahan, pesakit mungkin hanya mempunyai kuasa astigmatisme -0.75.


Pergantungan terhadap cermin mata sebanyak 100 % sebelum pembedahan telah berkurangan dan anda boleh melakukan tugas harian tanpa memakai cermin mata.....best x....?.....hehe...


Apakah penemuan terbaru dalam teknologi pembedahan katarak?


Alangkah bestnye kalau ada kanta tiruan yang memperbetulkan kedua-dua jenis kerabunan – jarak jauh dan jarak dekat – tanpa perlu bergantung kepada cermin mata sepenuhnya?.


Kini, syarikat kanta tiruan yang terkenal seperti Alcon dan AMO telah melancarkan kanta multifokal (pembetulan jauh dan dekat) di pasaran.


Sebagaimana yang diarahkan oleh syarikat ini, garis panduan yang ketat dan pemilihan pesakit dengan betul sangat penting untuk memastikan kejayaan kanta ini.


Malangnya, doktor dan individu yang terlalu ghairah telah menyebabkan kekesalan di kalangan pesakit yang tidak puas hati dengan kanta baru ini.


Terdapat sekumpulan pesakit yang diberi janji palsu dan akibatnya, mengadu penglihatan yang kabur bagi jarak dekat dan jarak jauh selepas pembedahan.


Adakah saya seorang calon yang sesuai untuk pembedahan katarak dan implan kanta multifokal (jauh dan dekat)?


Pembedahan diharuskan apabila masalah katarak menjejaskan gaya hidup. Semua jenis pembedahan, baik pembedahan katarak, laser mata atau sebarang pembedahan khusus yang lain, mempunyai risikonya.


Oleh yang demikian, sumer pembedahan hanya patut dikendalikan oleh doktor yang pakar je tau..


adios....



'YOUR EYES COMPANION'

Baca seterusnya »

Ubatan Segera Untuk Masalah Mata



Assalamualaikum..


Aku baru teringat la nak tulis satu tajuk yang agak selalu jugak orang2 bertanya kat aku.. Pasal ubat titis mata. Of coz ubat titis mata ni ada yang boleh didapati dari prescription doc dan ade yang korang boleh beli over the counter (OTC).

Ubat OTC adalah ubat yang korang boleh beli kat farmasi tanpa prescription doc... kat sini aku nak bagi panduan sket la kat korang untuk membeli dan menggunakan ubat titis OTC untuk mata yang bersesuaian dgn masalah mata yang korang hadapi.. Harus diingat ubat titis OTC ini hanyalah untuk treatment kes2 yang tidak begitu merbahaya. Jika masalah korang tidak surut atau sembuh selepas menggunakan ubat titis ini, silalah rujuk kepada doc mata yg berhampiran...

Di artikel ini aku akan terangkan tentang jenis masalah pada mata yang memerlukan prescription doc dan masalah yang boleh disembuhkan dengan ubat titis OTC... However..ubat titis OTC kebiasaanya memberi kesan sementara dan rujukan kepada pakar mata adalah penting jika masalah tidak hilang dan berlarutan...

Masalah mata yang biasa diadukan adalah seperti di bawah :
  1. Kemerahan
  2. Kekeringan (seperti rasa berpasir dalam mata)
  3. Kegatalan
  4. Allergic
  5. Kekejangan
  6. Bengkak
  7. Cecair atau Lekitan
  8. Jangkitan

Masalah mata seperti ini biasanya adalah kes2 yang common pada mata dan hanya memerlukan ubat OTC di farmasi. Ubat mata OTC di farmasi terdapat dlm bentuk ubat titis, ointment, dan gel...dan of coz jika masalah diatas berlarutan, kebarangkalian jangkitan berlaku adalah tinggi dan temujanji dengan doc mata perlu dilakukan dengan segera...

Kekeringan

Mata kering selalunya berlaku akibat penggunaan komputer yg berpanjangan, keletihan dan membaca terlalu lama. Biasanya fenomena ini adalah sementara dan dgn mudahnya dapat dilegakan dgn ubat titis pelincir (lubricating eye drops) yang fungsinya dan bahan2nya bersamaan dengan air mata kite. Ubat titis ini juga disebut artificial tears...

Jenama terkenal adalah Tears Naturale Free untuk mata kering yang biasa dan Systane Ultra untuk mata kering yang moderate dan teruk serta berpanjangan...

Mata kering yang berpanjangan biasanya berkaitan dengan penuaan, terutama pada wanita akibat perubahan tahap hormon... Mata kering yang berpanjangan juga boleh disebabkan oleh pengambilan ubat tertentu seperti jenis decongestant, diuretics dan anti-depressants..

Untuk mata kering yg berlarutan...ubat OTC jenis ointment dan gel dicadangkan... Gunakan ubat tanpa pengawet jika mata korang ade allergic..ubat jenis gel biasanya dipakai just sebelum tido pasal gel boleh menyebabkan kekaburan pada penglihatan...

Jika ubat OTC tak dapat memulihkan keadaan, jumpa lah doc mata berdekatan untuk ubat mata preskripsi. Peringatan...jgn beli ubatan yang claim untuk memutihkan mata yang merah.. ubatan ini adalah dari jenis decongestant yang akan menyebabkan mata lebih kering?

Kemerahan

Mata merah selalunya disebabkan oleh kering, allergic, letih dan kombinasi faktor2 ini.. Selain menggunakan ubat2 decongestant untuk menghilangkan kemerahan, korang perlulah membuat check-up dekat doc mata...

Ubat2 decongestant seperti eye-mo dan sebagainya mengecilkan salur darah pada sklera (mata putih) dan ini akan menghilangkan kemerahan pada mata... however...ini akan mengaburi masalah sebenar yang berlaku pada mata. Jika mata merah adalah disebabkan oleh jangkitan mikrob, kehilangan kemerahan akan melambatkan proses diagnosis masalah sebenar dan ini akan membahayakan kesihatan mata kita...

Selain dari yang dinyatakan di atas... ubat jenis ini iritasi dan menyebabkan kebergantungan mata kita kepada ubat ini. Kadangkala, pemakaian yang kerap akan menyebabkan fenomena silau akibat anak mata kita mengembang..

Adalah digalakkan bagi fenomena kemerahan, gunakanlah pada mata ubat titis pelincir OTC untuk kesan yang lebih baik..

Allergic dan Kegatalan

Kegatalan adalah tanda utama berlakunya allergi pada mata... tanda2 lain yang berkaitan adalah bengkak, berair, kemerahan dan sebagainya...Ubat2 OTC kebanyakannya dpt merawat fenomena allergi.. Allergi pada mata kebanyakan disebabkan oleh permakanan dan bahan kimia di persekitaran..

Biasanya mata akan terasa gatal apabila tindak balas allergi berlaku... aktiviti mengaru akan menyebabkan mata akan lebih kelihatan merah dan bengkak... ubat2 titis OTC seperti Alaway dan Zaditor boleh melegakan kegatalan disebabkan oleh alergi..

Jika kegatalan mata tidak surut...jumpalah doc mata untuk ubat preskripsi oral untuk menghentikan tindak balas alergi...

Kekejangan, Bengkak dan Discaj

Kekejangan pada mata kebiasaanya disebabkan oleh kekeringan, letih dan penggunaan mata yang terlalu lama.. Korang perlu memeriksa mata dengan optometris untuk memastikan preskripsi mata anda.. Kekejangan boleh berlaku apabila mata korang memerlukan preskripsi baru...

Ubat pelincir OTC boleh digunakan untuk melegakan mata untk sementara, serta menghilangkan discaj (lendiran) pada mata... Walaupun begitu, jika discaj dan bengkak semakin teruk, jumpalah pakar mata untuk preskripsi antibiotik..

Lagi satu, kalau mata merah, kemungkinan juga korang mendapat Conjunctivitis. Conjuntivitis ini berlaku akibat jangkitan bakteria dan virus ataupun tindak balas allergi.. untuk viral dan bacterial conjunctivitis, korang leh gunakan ubat pelincir OTC untuk mendapatan kelegaan sementara di samping mendapatkan ubat preskripsi dari doc...

Bagi conjunctivitis allergi, Zyrtec dan Claritin dapat melegakan simptom2 allergi. Untuk melegakan kesan2 infeksi dan allergi, korang boleh jugak gunakan ais dan tekapkan ke mata untuk melegakan mata yang kejang, gatal dan sebagainya...

OKlah.. Di harap post aku ni dpt membantu korang dalam menangani masalah mata yang common berlaku.. ini akan membantu korang untuk memilih ubat di farmasi untuk kelegaan segera. Lagi sekali diingatkan jika keadaan semakin teruk, jangan teragak-agak untuk berjumpa pakar mata untuk rawatan lanjut..:)

adios


'YOUR EYES COMPANION'

Baca seterusnya »

Blog-Blog Lain Yang Menarik