Perubahan Penglihatan Dan Mata Ketika Hamil


Assalamualaikum......


Apa khabar kepada pembaca2 blog skalian.... Apa khabar kepada ibu2 dan bakal2 ibu di luar sana...:) Kali ni aku nak mengepost satu artikel mengenai kehamilan dan kaitannya dengan penglihatan. Khusus buat ibu mengandung, pernah tak rase macam mata korang agak tak stabil dari segi penglihatan? Bagi yang pakai spek, ade tak korang rasa 'power' spek macam tak cukup je n rase macam nak buat spek baru je?

Para pelayar maya sekalian, perubahan tahap hormon dalam tubuh semasa kehamilan memberi kesan terhadap penglihatan. Di bawah aku paparkan 5 perubahan yang akan di alami oleh bakal2 ibu pada mata dan penglihatan mereka. Harus diingat, walaupun kesan2 ini sementara, sentiasa lah berjumpa denga optometrist, oftalmologis ataupun pakar sakit puan untuk mendapat keterangan lanjut kerana dikhuatiri masalah2 yang 'common' di bawah akan menjadi masalah yang berkaitan kepada masalah yang lebih besar kepada ibu2 mengandung....

1. Permasalahan Dalam Pemakaian Kanta Sentuh

Dalam tempoh hamil, aras hormon yang tidak stabil akan menyebabkan kelengkungan kornea akan berubah. Walaupun si bakal ibu adalah pemakai kanta sentuh yang tegar, kerengsaan tetap akan dirasai. Penglihatan dengan kanta sentuh juga akan sedikit kabur kerana mudahnya berlaku edema kornea (sel2 kornea dipenuhi air). Kalau boleh elakkan pemakaian kanta sentuh semasa hamil dan jangan mengambil preskripsi 'power' kanta sentuh yang baru semasa hamil.

2. Penglihatan Sedikit Kabur

Seperti permasalahan kanta setuh di atas, penglihatan dengan kaca mata juga akan dianggap seperti 'tak cukup power'. Penglihatan jauh sedikit kabur dan kadangkala kembali kepada normal. Bagi individu yang tidak mengalami rabun, penglihatan akan terasa sedikit silau apabila malam. Perubahan ini adalah sementara sahaja.

3. Mata Kering


Kualiti dan Kuantiti air mata yang dikeluarkan biasa akan berubah dan mata akan terasa kering. Apabila mata kering, sensasi berpasir, kerengsaan dan gatal akan dialami. Mata juga akan kerap berair (macam menangis..hehe)... Kebiasaannya pengamal perubatan akan memprekripsi 'artificial tears' untuk menampung pengeluaran air mata yang terjejas. Air mata tiruan akan di pakai oleh bakal2 ibu paling kurang 3 kali sehari

4. Peringatan untuk pengidap diebetes!

Pesakit diebetes khususnye pengidap retinopati diebetes perlu mendapatkan pemeriksaan mata yang kerap semasa hamil. Apabila hamil, salur darah dibahagian retina menjadi agak nipis dan kebocoran pada salur darah boleh berlaku. Ini akan menyebabkan penglihatan kabur, berganda serta dalam kes yang lebih teruk adalah kebutaan!.

5. Kewujudan 'spot' dan 'floaters'


Floaters adalah objek kecik seperti lalat yang kelihatan melayang2 di medan penglihatan kita. Perkara ini biase berlaku dan selalunya tidak merbahaya samaada pada orang mengandung atau tidak. Walaupun begitu, bagi wanita hamil, dikhuatiri spot akan disalah anggap sebagai floaters. Spot atau bintik hitam pada medan penglihatan adalah amat dikhuatiri sekali. Bintik hitam ini boleh membesar sehingga memberikan perubahan yang besar terhadap medan penglihatan. Bintik hitam ini adalah petanda (simptom) bagi preeclampsia atau eclampsia, iaitu keadaan di mana boleh berlakunya kenaikan tekanan darah terlalu tinggi secara tiba2 semasa hamil. Bintik hitam ini akan hilang sebaik sahaja kadar tekanan darah kembali stabil.

Orait....Setel....:) Jumpa lagi dilain artikel yuk!

adios........


'YOUR EYES COMPANION'

2 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

2 ulasan:

  1. minta kebenaran share artikel ni ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan :)

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Padam

Blog-Blog Lain Yang Menarik