Permata Hijrah : Dari Perspektif Berbeza V3


Assalamualaikum......

Bertemu lagi dalam siri yang sama....huhu....Malas la aku nak tunggu lama2... Aku nak teruskan jugak penulisan aku tentang Permata Hijrah (p.H) ni.... Ingin aku nyatakan sekali lagi, aku menulis ni asal dasar keprihatinan dan tanggungjawap aku kepada masyarakat.... Kerja aku selama ni pun amat dekat dengan masyarakat... Bermacam2 feedback aku temui dalam mengumpul bahan sebelum aku menulis artikel ni....

Bayangkan seorang lelaki berumur 65 tahun yang mempunyai masalah selaput mata (katarak). Beliau cuba untuk mendapatkan bantuan untuk melihat dengan lebih jelas... Beliau telah berjumpa dengan optometrist untuk membantunya tetapi optometrist berkenaan tidak membenarkan beliau memakai cermin mata dan mencadangkan pembedahan untuk membuang selaput mata berkenaan... Di kala beliau berfikir2 samaada untuk menjalani pembedahan atau tidak, terdengar penawar ajaib yang dikatakan dapat memulihkan penglihatan yang tidak jelas akibat selaput...Sudah tentu bunyi nya amat menarik bukan?

Dalam kes lelaki di atas, dengan izin Allah samaada dengan pembedahan atau memakai produk p.m dapat memulihkan penglihatan semula jika tiada masalah komplikasi di bahagian mata lain seperti retina dsb... Tetapi, adakah pihak p.m peka dengan permasalahan pelanggannya jika masalah2 yang di 'claim' boleh dipulihkan berada ditahap yang sama atau lebih teruk lagi? Adakah jika masalah masih wujud pesakit perlu lagi meneruskan pemakaian? Adakah agen2 pemasaran yang dilantik oleh p.H mampu menerangkan punca segala permasalahan mata ini dengan jelas? Menurut selidikan saya sendiri, kebanyakan pesakit yang mengadu penyakit mata yang dialami tidak pulih selepas penggunaan produk p.H amat berdegil sekali tidak mahu menjalankan pemeriksaan lanjut di hospital walaupun mata mereka mengalami komplikasi teruk akibat pemakaian produk p.H?

Kenapa hal ini berlaku? Apakah tindakan permata hijrah di sini? Ape yang saya harapkan pihak p.H hijrah berani untuk berkolaborasi dengan pihak pengamal perubatan untuk mebincangkan kesan sampingan dan kontraindikasi kepada produk meraka.... Jika ramuan yang digunakan mampu untuk memulihkan pelbagai penyakit mata, Alhamdulillah....kami dengan berbesar hati menerima produk ini sebagai salah satu alternatif dalam merawat pelbagai permasalahan berkenaan mata. Dan tidak menjadi satu yang pelik jika produk p.H ade dijual di farmasi dan juga di kedai2 ubat cina jika sudah terbukti dalam kajian ilmiah tentang keberkesanan produk ini....

Mungkin ada yang mempersoalkan sebagai contoh dalam konteks katarak tadi, 'kalau misal kata lalui pembedahan belum tentu boleh pulih penglihatan'. Yup...memang betul telahan di atas. Tetapi para pengamal perubatan boleh menerangkan dengan serba lengkap tentang mengapa perkara ini terjadi....Sebagai contoh walaupun telah dibuang selaput berkenaan, pesakit yang juga menghidapi retinopati diebetes pada masa yang sama beliau menghidapi katarak akan tetap tidak dapat melihat dengan jelas kerana bahagian retina pesakit terjejas akibat kesan kencing manis..... Biasanya pengamal perubatan akan memberitahu segala komplikasi akibat satu2 prosedur yang dilakukan serta memperingatkan pesakit akan hasil sesuatu prosedur yang dijalankan.... Walaupun begitu, tidak dinafikan juga ada juga pengamal perubatan yang tidak peka dengan etika ini... Itu semua adalah atas kelemahan kita sebagai manusia sendiri....harap2 aku tak menjadi seperti itu..:)

Tuan2 pembaca sekalian, Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan notis penarikan semula produk p.H dari pasaran pada hujung 2009... Notis ini menyatakan sebab2 penarikan produk p.H beserta produk seumpamanya atas sebab musabab yang dinyatakan dalam keratan berita di bawah :

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan menarik balik 27 produk kosmetik keluaran empat pengilang barang kosmetik tempatan daripada pasaran kerana menotifikasikan produk kosmetik di luar takrifan kosmetik.

Antara produk yang ditarik balik adalah toner mata Permata Hijrah Ainun keluaran Seri Ummi Sdn Bhd, Ainun Syifa toner mata keluaran Yamni Industries Sdn Bhd, Ainun toner mata keluaran Al-Jabbar Manufacturing Sdn Bhd dan Alkaline Theraphy Pearl Extract keluaran Permata Hijrah Resources.

Menurut satu kenyataan kementerian, produk-produk itu ditarik balik daripada pasaran kerana dinotifikasikan sebagai barangan kosmetik tetapi disalahgunakan apabila cara penggunaannya dengan menitiskannya ke dalam mata.

"Produk-produk yang digunakan dengan cara menitis ke dalam mata dan produk untuk dititiskan ke dalam hidung adalah di luar takrifan kosmetik dan sepatutnya dikawal sebagai produk farmaseutikal.

"Produk yang diklasifikasikan sebagai bahan kosmetik sama sekali tidak dibenarkan digunakan untuk tujuan merawat sebaliknya ia hanya persediaan untuk digunakan pada anggota luaran tubuh badan seperti kulit, rambut, kuku, bibir, bagi tujuan mencantikkan, melindungi dan menghilangkan bau badan," katanya.

Katanya produk berkenaan sepatutnya dikilangkan di premis pengilangan bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan perlu mempunyai kelengkapan spesifik untuk mengeluarkan produk 'steril'.

Produk yang dinotifikasi sebagai kosmetik itu tidak memenuhi keperluan berkenaan, menurut kenyataan itu.

Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati semasa mendapatkan produk kosmetik di pasaran dan perlu lebih bijak memilih produk sesuai dengan mereka serta tidak terpengaruh dengan testimoni yang diiklankan pengeluar.

-- BERNAMA


p/s : Pihak p.H telah mengeluarkan produk baru yang berbentuk 'spray' untuk menggantikan produk yang diharamkan berbentuk ubat titis atau 'toner'. Pihak p.m juga memperkenalkan Permata Terapi iaitu alat pengurutan khas untuk mata yang boleh melegakan keletihan mata akibat bekerja sepanjang hari khususnya bagi mereka yang banyak menggunakan komputer....

Ingin aku nyatakan di sini, walaupun ekstrak mutiara yang digunakan tidak mendatangkan mudarat kepada kebanyakan bahagian tubuh melalui pelbagai kajian yang dilakukan, tetapi produk p.H ini diragui dari segi pembuatan dan pengilangan nya. Oleh kerana proses pengilangan yang tidak dalam keadaan 'steril' dikhuatiri cecair yang di paketkan boleh terkontaminasi dan akan membahayakan tubuh badan khusus nya mata. Pihak KKM juga amat ketat dalam memantau tahap lulus ubatan untuk dipasarkan kerana peka dengan nasib para pengguna.

Ubat, supplemen atau bahan kosmetik, p.m hijrah perlu la sedar terhadap kesan promosi besaran yang dilakukan... Mungkin juga pihak p.H perlu memantau sikap2 agen2 jualan mereka yang terlalu memberikan harapan tinggi kepada pelanggan mereka sehingga persepsi mereka tentang masalah mata yang mereka hadapi telah jauh terpesong sama sekali. Sentiasalah berlapik dalam memberikan penerangan disamping disulami perkataan 'InsyaAllah' yang sedia maklum sering digunakan oleh pihak p.H. Nasihatkan si pemakai untuk mendapatkan rujukan ke hospital jika ada ape2 masalah n jangan pula sebaliknya menasihatkan si pemakai untuk pergi ke Pengkalan Kubur, Kelantan!.

Tujuan aku menulis artikel hanyalah sebagai komentar aku yang mungkin dari perspektif berbeza. Bukan aku nak dengki ngan perniagaan orang atau jeles dengan kejayaan p.H, tetapi aku nak perbetulkan permasalahan yang timbul dalam masyarakat kita akibat persepsi2 silap akibat kewujudan produk p.H ini..... Aku amat alu2kan komen2 serta 'brainstorming' yang membina untuk kebaikan bersama....insyaAllah....

p/s : Siri artikel Permata Hijrah ni tamat setakat ini... Tapi kalau ada lagi aku nak tambah akan wujud V4 laks yer...Ape2 yang aku tulis kan disini lebih berasas logik yang simple jer... Individu bukan optometrist pun mampu menulis artikel ni bahkan mungkin lebih padat lagi...huhu....

adios....


'YOUR EYES COMPANION'

9 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

9 ulasan:

  1. thanx for the good info..at least lepas ni tau macam mana nak respon klu org asyik tanye pasal ni..

    BalasPadam
  2. komentar yg amat bagus dan padat...

    nanti kalau pt aku byk soalan sgt pasal permata hijrah ni..aku minta dia bc this blog la..

    penat dah nak terangkan kat pt..hampir setiap yg dtg ty pasal ph

    BalasPadam
  3. samur...12:41 PG

    terima kasih atas artikel tersebut....

    Sy pun tidak dengki dgn syarikat tersebut tetapi keselamatan org awam menggunakan produk tersebut membimbangkan kita semua. kalau produk tersebut diluluskan oleh KKM... nyatakan no siri kelulusan KKM....dan mereka juga blh menerangkan mechanism of action toner mata tersebut kepada pengamal perubatan dan org awam...terima kasih...

    BalasPadam
  4. abgmacho6:12 PTG

    mm..sy pom xde ape sgt nak ulas..masing2 bleh fikir sdiri..cuma sy xbersetuju dgn penggunaan InsyaAllah dlm melariskan jualan tu..amat besar kebencian di sisi Allah, kamu mengatakan apa yang tdak kamu perbuat..pls jgn bermain2 dgn kata InsyaAllah.ibarat bjanji dgn nama Allah..pastikan perkara tu mmg kamu dah pastikn/akan buat br bleh bkata dgn nama Allah..bukan kpd perkara yang xpasti lg...

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama2:59 PG

    Pengurut mata seperti gambar diatas,saya jual RM79 sahaja..tapi bukan berjenama permata hijrah...hehe 012-5320344

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama8:48 PTG

    Saya risau dgn iklan yg berleluasa P.H sbb family saya sgt terpengaruh dan saya risau dgn komplikasi ubat2an P.H ini.
    Bagaimana nak memastikan keberkesanan produk P.H dan tiada sebarang komplikasi???????

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama6:08 PTG

    kalau da terpakai produk ni nk wt camne yer...huhuhu..

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama9:56 PG

    saya terpengaruh dan sedang dalam pengunaan produk p.h ni...aritue wakil jualan diorang cakap kesan dapat dilihat in 2-3weeks time..
    tp dah sebulan saya pakai mcm xdak kesan...macam tue jugak mata saya...lepas baca komentar tuan blog ni...saya jadi takut2 nak gne produk ni weehhh...sebelom ni xpenah terpikir pon komplikasi pemakaian n x pikir sal steril2 bahan masuk badan....huhuhu...risau

    BalasPadam
  9. tujuan kami untuk memberikan maklumat yg tepat dan ingin membawa masyarakat termasuk juga kami ke arah masyarakat yang bermaklumat serta sedia untuk mengkaji secara teliti dan mendalam.....

    Jika tuan/puan dah terbeli dan masih ingin mencuba, sila lakukan pemeriksaan mata terlebih dahulu untuk memastikan sama ada mata tuan/puan sesuai untuk menggunakan produk tersebut. Setelah disahkan sila ikut arahan atau dos yang ditetapkan...


    Jika berlaku sebarang simptom, saya minta tuan/puan cepat berjumpa dengan Oftalmologis..jangan tunggu kerana sel-sel mata adalah sangat sensitif dan mudah untuk dijangkiti lebih-lebih lagi jika terdapat bahan kimia asing di dalam mata. Ingat! Mata itu anugerah Ilahi yang sangat sukarrr diganti...Sayangi Mata Kita...ok?

    BalasPadam

Blog-Blog Lain Yang Menarik