Permata Hijrah : Dari Perspektif Berbeza V2


Assalamualaikum....

Selamat sejahtera kepada rakan pembaca sekalian... bertemu lagi dalam post terbaru yang masih dalam siri ulasan tentang produk2 Permata Hijrah (p.H). Ingatkan aku nak selang2 siri artikel p.m ni ngan artikel lain tapi aku rasa macam tak sabar lak nak memberi info tentang p.H ni dengan lebih lanjut untuk pembaca2 blog skalian.....

Para pelayar blog skalian... mmg tak dapat dinafikan Permata Hijrah Enteprise amat berjaya dalam memasarkan produk2 mereka...Dengan promosi secara besar-besaran, sedikit sebanyak p.H telah mencipta satu 'mindset' kepada masyarakat umum bahawa terdapat ubat2 atau supplemen yang boleh memulihkan pelbagai masalah dan penyakit pada mata. Oleh kerana sifat semulajadi ingin tahu manusia, sudah pastilah orang ramai akan berpusu2 untuk mencuba produk ajaib ini...Syabas kepada 'team marketing' p.H!

Sebelum ini pun terdapat pelbagai supplemen kesihatan yang dijual di farmasi2. Supplemen2 ini lengkap dengan cara pemakaian dan kontraidikasi untuk pemakai. Supplemen2 ini lebih kepada memberikan sokongan kepada diet semulajadi kita yang mungkin tidak mencukupi untuk badan kita menjalankan fungsi harian. So disini, benarkah produk2 p.H mampu MEMULIHKAN rabun atau mampu MERAWAT glaukoma? dan lebih hebat lagi mampu MENGEMBALIKAN penglihatan pesakit diebetes yang telah teruk sehingga tak perlu menjalani rawatan laser?

Tiada kajian yang terbukti dapat menunjukkan pesakit kronik mata telah pulih apabila mengambil produk p.m. Yang dapat didengar hanyalah testimonial yang meragukan oleh pengguna2 p.H. Agen2 pemasaran p.m yang dilantik pula semakin galak memperbesarkan khasiat produk p.H ini sehingga dianggap produk ini sangat ajaib sehingga mampu mengubat semua penyakit mata walaupun penyakit mata yang tidak dapat diubati sepenuhnya seperti retinopati diebetes dan corneal opacity.

Aku bukanla bias kerana aku adalah seorang optometrist... tetapi disini aku amat risau tentang keselamatan orang ramai dalam menggunakan produk2 p.H ini. Aku mengambil jalan bersangka baik dimana ramai orang yang mendapat kebaikan dari produk p.H ni, alhamdulillah.... lagipun produk ini di label sebagai produk perubatan islam serta hasil keluaran syarikat bumiputera. Ini cukup membanggakan aku... Walaubagaimanapun aku amat kesal tentang sikap p.H terhadap penggunaan produknya seolah2 semua orang boleh menggunakan produk ini. TIADA pantang larang yang khusus, TIADA amaran terhadap orang2 berpenyakit tertentu untuk memakainya dan JAUH sama sekali mempunyai pengamal perubatan yang memberi nasihat terhadap cara pemakaian produk p.H ini....

Secara logiknya aku amik contoh udang.... yup... udang harimau ke, udang galah ke... Allah cipta udang ni untuk dimakan oleh manusia dan udang ni memang sedap kalau kene cara masaknya... Tetapi ada juga segolongan individu yang tak boleh makan udang pasal alergik so orang2 tua menetapkan orang yang ade alergik/alahan tak bley nak makan udang takut nanti bengkak satu badan....huhu... Tu cerita pasal udang ciptaan Allah... Produk p.m ni ciptaan dan adunan manusia... pasti ade pantang larangnye dan bukan sesuai dengan semua orang... Bagi mereka yang serasi serta mujarab...Alhamdulillah... Tetapi yang kami risaukan adalah nasib bagi mereka yang tidak serasi...

Mungkin ada yang mengatakan 'biasela...tak semua orang serasi, sama macam ubat lain'. Yup...memang betul... tetapi cara pemasaran produk p.H adalah amat merbahaya sekali dan boleh menyebabkan tanggapan yang salah terhadap masalah mata yang mereka alami... Pelanggan tidak diberitahu dengan tepat tentang pantang larang dan apa akibat jika ubat ini tidak serasi dengan mereka. Sepatutnya terdapat pengamal perubatan yang memeriksa dahulu status kesihatan mata pelanggan mereka SEBELUM menjual produk mereka...Itu baru cara yang betul... Toner ataupun spray yang mereka jual adalah jenis 'invasive' yang amat berbahaya jika disalah guna. Jika produk yang mereka jual tidak disembur atau dititiskan kedalam mata, kami mmg takde masalah dengan perkara itu....:)

Sudah pasti agen2 yang dilantik oleh p.H mungkin tidak mengetahui dengan khusus tentang ape itu glaukoma, retinitis pigmentosa, macam mana boleh terjadinya katarak, ataupun paling 'simple' pun macam mane rabun itu terjadi. Walaupun begitu mereka boleh claim dengan bersungguh2 produk yang mereka jual mampu memulihkan semua itu....:) Dalam banyak kes yang dilaporkan dari hospital2 kerajaan, pesakit yang pernah memakai produk p.H hanya datang berjumpa pegawai perubatan di hospital apabila mata mereka telah sampai ke peringkat paling teruk di mana keadannya lebih kritikal dari keadaan sebelum memakai produk p.H. Biasenye pengguna produk p.H ini beranggapan rawatan dengan ubat titis p.H ini masih tidak mencukupi dan menyangka mereka perlu beli botol2 seterusnya walaupu harga sebotol mencecah RM 600!.

Aku pun sambil2 buat keje aku sehari2 banyak menasihati orang ramai supaya berhati2 dengan produk p.m dan produk lain yang sewaktu dgnnya... Aku selalu berpesan dengan pesakit/pelanggan aku...'Nak pakai boleh, tapi bile ade walaupun sedikit je perubahan pada struktur mata terus berhenti pakai n dapatkan pemeriksaan lanjut'. Aku taknak 'banned' terus produk p.H ni pasal aku faham dengan keluh kesah masyarakat yang akan berminat untuk mencuba alternatif kepada penyelesaian masalah mata yang mereka hadapi. Tetapi aku harap para pembaca2 sekalian jgn la terlalu mengharap kerana kebanyakan penyakit pada mata adalah berpunca dari faktor umur dan permakanan...

Cukup sampai disini lagi coretan kali ini.... Nanti aku sambung lagi pasal siri ini di masa akan datang... Dalam artikel dalam diri yang sama akan datang akan aku selitkan pasal

1. Larangan KKM terhadap penjualan 'toner' mata p.H dan strategi p.H untuk 'counter' tindakan KKM ini...

2. Dan ape2 je la yang aku nak tambah lagi.....HUHU....

p/s : aku tau produk ni ade dicampur air zam-zam dan ade dibaca dengan ayat-ayat suci n aku takde masalah dengan perkara ini... aku bukan tak percaya terhadap ilmu perubatan islam tetapi aku hanya ingin berpesan2 kepada kebenaran dan bersifat menyampaikan (tabligh) kepada orang2 yang tidak tahu... Kita manusia mmg lemah sekali n selalu melakukan kesilapan...:)

adios....


'YOUR EYES COMPANION'

8 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

8 ulasan:

  1. Tanpa Nama4:04 PTG

    kite terjah bro..haha

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama4:43 PTG

    shame to optometris yang umur setahun jagung,claim macam ilmu setinggi gunung,jangan dengki dengan permata hijrah. prove to the world that you guys are more capable than them.

    BalasPadam
  3. anonymus O1:43...

    yup...trimas kerana ingatkan...fahamkan ape yg aku ingin sampaikan...tunggu bahagian seterusnya...harus diingat...ape yg aku sampai kan disini kebanyakan aku persembahkan dalam bentuk yg senang difaham...tak memerlukan ilmu setinggi gunung...:)

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama10:46 PTG

    samur berkata:

    saya tidak berpuas hati dengan ulasan tanpa nama (on April 2010 6 01:43)....kenapa nak mempertikaikan ilmu org lain....adakah anda mempunyai ilmu yg sgt tinggi? boleh sy bertanya....sekiranya produk itu mendapat kelulusan daripada KKM, sila nyatakan no siri KKM pada produk tersebut kerana ia adalah ubat titik invasif....

    BalasPadam
  5. sokong samur: saya turut xpuas hati dengan ulasan tanpa nama (on April 2010 6 01:43). Penulis cuba menyampaikan maklumat yang benar kpd masyarakat supaya mereka faham situasi sebenar. Ini adalah untuk kebaikan bersama. Tiada unsur bias disitu. Maaf jika merasakan penulis adalah optometris setahun jagung. Kami diajar proses pembentukan miopia sejak tahun 2 lagi. harap maklum.

    final year optometri student 2010

    BalasPadam
  6. sabar2 mr eagle...untuk penulis tanpa nama, Mr Eagle memberi pendapat pada produk PH. Jika produk PH betul2 mengikut segala spesifikasi dan memberi byk manfaat kepada mata, saya rasa tak perlu mempertikaikan pendapat yg diutarakan.

    bagi saya, setiap benda atas dunia ni termasuk apa jua jenis ubat, mesti ada kontraindikasi nya..takde 1 jenis ubat boleh merawat segala jenis penyakit.

    For your info, optometrist is a professional profession same likes medical doctor. So, this is review from a professional to public.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama12:59 PTG

    Bro.Love

    Aku rasa untuk selesaikan "masalah" ni perlu ada perbincangan terbuka secara ilmiah dan praktikal. Tak guna kita menuntut sesuatu yang tertutup tanpa ada penyelesaian. Aku percaya setiap pihak mempunyai matlamat yang sama tapi kaedah yang berbeza. Untuk perjuangan bangsa dan maruahnya aku cadangan adanya sesi perbincangan yang sempurna supaya kerjasama dan kekusutan ini boleh dileraikan

    BalasPadam
  8. bro anonymus 21:59

    tu yg aku harapkan... kalau melalui komentar aku disini aku telah kupas satu demi satu sebab ape kekusutan ini timbul...n aku harap pihak pH lebih terbuka dalam masalah ini... apa yg kami pentingkan disini adalah nasib para pengguna..

    BalasPadam

Blog-Blog Lain Yang Menarik