Ubatan Segera Untuk Masalah Mata



Assalamualaikum..


Aku baru teringat la nak tulis satu tajuk yang agak selalu jugak orang2 bertanya kat aku.. Pasal ubat titis mata. Of coz ubat titis mata ni ada yang boleh didapati dari prescription doc dan ade yang korang boleh beli over the counter (OTC).

Ubat OTC adalah ubat yang korang boleh beli kat farmasi tanpa prescription doc... kat sini aku nak bagi panduan sket la kat korang untuk membeli dan menggunakan ubat titis OTC untuk mata yang bersesuaian dgn masalah mata yang korang hadapi.. Harus diingat ubat titis OTC ini hanyalah untuk treatment kes2 yang tidak begitu merbahaya. Jika masalah korang tidak surut atau sembuh selepas menggunakan ubat titis ini, silalah rujuk kepada doc mata yg berhampiran...

Di artikel ini aku akan terangkan tentang jenis masalah pada mata yang memerlukan prescription doc dan masalah yang boleh disembuhkan dengan ubat titis OTC... However..ubat titis OTC kebiasaanya memberi kesan sementara dan rujukan kepada pakar mata adalah penting jika masalah tidak hilang dan berlarutan...

Masalah mata yang biasa diadukan adalah seperti di bawah :
  1. Kemerahan
  2. Kekeringan (seperti rasa berpasir dalam mata)
  3. Kegatalan
  4. Allergic
  5. Kekejangan
  6. Bengkak
  7. Cecair atau Lekitan
  8. Jangkitan

Masalah mata seperti ini biasanya adalah kes2 yang common pada mata dan hanya memerlukan ubat OTC di farmasi. Ubat mata OTC di farmasi terdapat dlm bentuk ubat titis, ointment, dan gel...dan of coz jika masalah diatas berlarutan, kebarangkalian jangkitan berlaku adalah tinggi dan temujanji dengan doc mata perlu dilakukan dengan segera...

Kekeringan

Mata kering selalunya berlaku akibat penggunaan komputer yg berpanjangan, keletihan dan membaca terlalu lama. Biasanya fenomena ini adalah sementara dan dgn mudahnya dapat dilegakan dgn ubat titis pelincir (lubricating eye drops) yang fungsinya dan bahan2nya bersamaan dengan air mata kite. Ubat titis ini juga disebut artificial tears...

Jenama terkenal adalah Tears Naturale Free untuk mata kering yang biasa dan Systane Ultra untuk mata kering yang moderate dan teruk serta berpanjangan...

Mata kering yang berpanjangan biasanya berkaitan dengan penuaan, terutama pada wanita akibat perubahan tahap hormon... Mata kering yang berpanjangan juga boleh disebabkan oleh pengambilan ubat tertentu seperti jenis decongestant, diuretics dan anti-depressants..

Untuk mata kering yg berlarutan...ubat OTC jenis ointment dan gel dicadangkan... Gunakan ubat tanpa pengawet jika mata korang ade allergic..ubat jenis gel biasanya dipakai just sebelum tido pasal gel boleh menyebabkan kekaburan pada penglihatan...

Jika ubat OTC tak dapat memulihkan keadaan, jumpa lah doc mata berdekatan untuk ubat mata preskripsi. Peringatan...jgn beli ubatan yang claim untuk memutihkan mata yang merah.. ubatan ini adalah dari jenis decongestant yang akan menyebabkan mata lebih kering?

Kemerahan

Mata merah selalunya disebabkan oleh kering, allergic, letih dan kombinasi faktor2 ini.. Selain menggunakan ubat2 decongestant untuk menghilangkan kemerahan, korang perlulah membuat check-up dekat doc mata...

Ubat2 decongestant seperti eye-mo dan sebagainya mengecilkan salur darah pada sklera (mata putih) dan ini akan menghilangkan kemerahan pada mata... however...ini akan mengaburi masalah sebenar yang berlaku pada mata. Jika mata merah adalah disebabkan oleh jangkitan mikrob, kehilangan kemerahan akan melambatkan proses diagnosis masalah sebenar dan ini akan membahayakan kesihatan mata kita...

Selain dari yang dinyatakan di atas... ubat jenis ini iritasi dan menyebabkan kebergantungan mata kita kepada ubat ini. Kadangkala, pemakaian yang kerap akan menyebabkan fenomena silau akibat anak mata kita mengembang..

Adalah digalakkan bagi fenomena kemerahan, gunakanlah pada mata ubat titis pelincir OTC untuk kesan yang lebih baik..

Allergic dan Kegatalan

Kegatalan adalah tanda utama berlakunya allergi pada mata... tanda2 lain yang berkaitan adalah bengkak, berair, kemerahan dan sebagainya...Ubat2 OTC kebanyakannya dpt merawat fenomena allergi.. Allergi pada mata kebanyakan disebabkan oleh permakanan dan bahan kimia di persekitaran..

Biasanya mata akan terasa gatal apabila tindak balas allergi berlaku... aktiviti mengaru akan menyebabkan mata akan lebih kelihatan merah dan bengkak... ubat2 titis OTC seperti Alaway dan Zaditor boleh melegakan kegatalan disebabkan oleh alergi..

Jika kegatalan mata tidak surut...jumpalah doc mata untuk ubat preskripsi oral untuk menghentikan tindak balas alergi...

Kekejangan, Bengkak dan Discaj

Kekejangan pada mata kebiasaanya disebabkan oleh kekeringan, letih dan penggunaan mata yang terlalu lama.. Korang perlu memeriksa mata dengan optometris untuk memastikan preskripsi mata anda.. Kekejangan boleh berlaku apabila mata korang memerlukan preskripsi baru...

Ubat pelincir OTC boleh digunakan untuk melegakan mata untk sementara, serta menghilangkan discaj (lendiran) pada mata... Walaupun begitu, jika discaj dan bengkak semakin teruk, jumpalah pakar mata untuk preskripsi antibiotik..

Lagi satu, kalau mata merah, kemungkinan juga korang mendapat Conjunctivitis. Conjuntivitis ini berlaku akibat jangkitan bakteria dan virus ataupun tindak balas allergi.. untuk viral dan bacterial conjunctivitis, korang leh gunakan ubat pelincir OTC untuk mendapatan kelegaan sementara di samping mendapatkan ubat preskripsi dari doc...

Bagi conjunctivitis allergi, Zyrtec dan Claritin dapat melegakan simptom2 allergi. Untuk melegakan kesan2 infeksi dan allergi, korang boleh jugak gunakan ais dan tekapkan ke mata untuk melegakan mata yang kejang, gatal dan sebagainya...

OKlah.. Di harap post aku ni dpt membantu korang dalam menangani masalah mata yang common berlaku.. ini akan membantu korang untuk memilih ubat di farmasi untuk kelegaan segera. Lagi sekali diingatkan jika keadaan semakin teruk, jangan teragak-agak untuk berjumpa pakar mata untuk rawatan lanjut..:)

adios


'YOUR EYES COMPANION'

14 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

14 ulasan:

  1. salam..
    nk tanye berkenaan mslh mata. mula2 check doktor kata tekanan mata sy sedikit tinggi. lepas guna ubat timo-comod tekanan dah semakin ok. tp mata sy kelihatan merah, ada kelihatan urat2 merah kat mata putih, adakah itu conjunctivitis atau disebabkn tekanan tinggi pada mata yg menyebabkan urat2 merah kelihatan pd mata sy? doktor ada bg ubat patanol tp kemerahan t'sebut masih kelihatan. apa ubat terbaik untuk menghilangkan terus kemerahan tersebut dari kelihatan? harap dpt memberikan pandangan. boleh tak kl send kat sy pnye email..aknar13@yahoo.com
    -tQ-

    BalasPadam
  2. Assalam..ada ubat nya

    BalasPadam
  3. Assalam..ada ubat nya

    BalasPadam
  4. salam... saya mohon penjelasan saudara ttg masalah conjuntivitis. Apakah saudara tahu sebarang kesan sampingan jika penggunaan steroid dicucuk pada ulser dalam kelopak mata. Apakah yang menyebabkan ulser itu tumbuh dan membesar? terima kasih...

    BalasPadam
  5. salam... saya mohon penjelasan saudara ttg masalah conjuntivitis. Apakah saudara tahu sebarang kesan sampingan jika penggunaan steroid dicucuk pada ulser dalam kelopak mata. Apakah yang menyebabkan ulser itu tumbuh dan membesar? terima kasih...

    BalasPadam
  6. salam... saya mohon penjelasan saudara ttg masalah conjuntivitis. Apakah saudara tahu sebarang kesan sampingan jika penggunaan steroid dicucuk pada ulser dalam kelopak mata. Apakah yang menyebabkan ulser itu tumbuh dan membesar? terima kasih...

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Ubat titis mata sesuai tak digunakan utk hilangkan bintil pada kelopak mata?

    BalasPadam
  9. Hey tony! Nama saya Julia dari Perancis, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam perbuatannya berkat saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    BalasPadam
  10. klu doc bg ubt titis bactigen ok x.. sya tgk ubt tu utk kucing. klu kita pkai x memudarat kew

    BalasPadam
  11. Åšwietna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

    BalasPadam
  12. Åšwietna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

    BalasPadam
  13. Åšwietna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

    BalasPadam
  14. Åšwietna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

    BalasPadam

Blog-Blog Lain Yang Menarik