Kaca Mata Hitam Dan Aktiviti Sukan
Aku nak bagi sikit panduan kat sini tentang penggunaan sunglass dan kaitannya dgn aktiviti sukan dan rekreasi.. Biasanya sunglass ni orang kaitkan dengan gaya dan fesyen. Jenama2 terkenal seperti Rayban, Serengeti dsb direka untuk menampilkan personaliti seseorang... Ada juga sunglass yang dicipta untuk memberikan keselesaan kepada individu yang aktif bersukan. Jenis warna pada kanta sunglass terbabit biasanya direka bersesuaian dengan enviroment aktiviti dan adakalanya dapat meningkatkan prestasi si pemakai dalam sukan atau rekreasi berkenaan... Di sini aku perturunkan jenis2 warna (tinted) yg bersesuaian mengikut aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan...wachaaaa...
Warna Kuning dan Jingga
Warna ini biasa dicadangkan kepada penggiat aktiviti yang melibatkan suasana persekitaran yang tidak banyak cahaya dan redup ataupun suasana persekitaran yang berubah2 dari segi cuaca...Kanta bewarna ini juga sesuai dipakai dalam keaadaan berkabus atau berjerebu...Juga dicadangkan kepada penggiat sukan indoor..Kanta jenis ini meningkatkan kontras dlm keadaan persekitaran yang redup...
Jenis Rekreasi dan Sukan Yang Sesuai : Berbasikal, Memburu, Tennis, Bola Keranjang Indoor, Menembak...
Warna Merah, Merah Jambu, Merah Hati
Warna ini meningkatkan kontras dalam keadaan cuaca yang agak2 redup tetapi suhunya panas.. Penggunaan kanta warna jenis ini mungkin dapat mewujudkan sedikit ketidak seimbangan dalam mengenalpasti warna objek persekitaran..
Jenis Rekreasi dan Sukan Yang Sesuai : Berbasikal, Memancing dan segala jenis Sukan Air
Warna Perang dan Tembaga
Warna ini menapis komponen biru dalam spektrum cahaya sekaligus meningkatkan kontras sekeliling dan mempertajamkan tahap penglihatan..Jenis kanta ini secara spesifik meningkatkan kontras di kawasan berumput dan apabila melihat langit..
Jenis Rekreasi dan Sukan Yang Sesuai : Golf, Baseball, Ski, Memancing (terutama dasar kolam yang penuh dengan warna kehijauan)
Warna Hijau
Hijau meningkatkan kontras sekeliling tetapi tidak menyebabkan gangguan kepada keseimbangan warna.. Warna dapat dikenal pasti dengan baik (tidak seperti warna merah)
Jenis Rekreasi dan Sukan Yang Sesuai : Baseball, Kriket, Golf
Warna Hitam dan Kelabu
Warna yang popular ini mengurangkan kecerahan secara total dan beserta dgn fungsi Polarize akan menghapuskan segala unsur silau dan reflection cahaya. Warna ini tidak mengganggu pengenalpastian warna..
Jenis Rekreasi dan Sukan Yang Sesuai : Semua jenis sukan outdoor dalam persekitaran yang terik dan panas
Rata2 kedai optikal mempunyai sample warna yang dinyatakan di atas... Sebelum membuat keputusan untuk membeli, cubalah sunglass tersebut dalam pencahayaan yang agak similar dengan aktiviti rekreasi yang anda lakukan...
Bagi individu yang melakukan pelbagai aktiviti dalam pencahayaan dan persekitaran yang berbeza, pilihlah lebih dari satu sunglass dengan wana yang berlainan. Terdapat juga sunglass seperti jenama Rudy Project yang mempunyai fungsi interchangable lens di mana bila korang beli sunglass macam ni, hanya perlu tukar lens mengikut kesesuaian aktiviti yang korang lakukan tetapi tetap pakai sunglass (bingkai) yang sama..
Akhir kata... Majulah Sukan Untuk Semua....:)
adios....
'YOUR EYES COMPANION'
lebih bergengsi pake yang original, daripada yang abal-abal. makanya beli Original Oakley Sunglasses itu jangan sembarangan. Cari yg udah ada jaminan kepuasan pelanggan plus Free Ongkir dan bisa COD..
BalasPadam