DIY: Cara Betul Cuci Mangkuk Tandas Dengan Coca Cola



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya ramai yang dah tahu Coca Cola adalah "pencuci" terbaik untuk tandas-tandas yang dah "berkarat" tu. Tapi tak ramai yang tahu teknik yang betul untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Lupakanlah Harpic, Toilet Duck, Cocorex atau jenama popular yang ada di pasaran tu sebab hasil cucian produk Israel ini setanding dengan pencuci lain.


Langkah-Langkahnya:



1. Tuangkan air Coke ke dalam mangkuk tandas. Kalau boleh pancutkan sekali di bahagian tepi mangkuk tandas yang terlindung.




2. Biarkan mangkuk tandas itu sekurang-kurangnya selama satu jam. Asid yang terkandung di dalam Coke akan mula bertindak "melemahkan" kotoran degil. Untuk hasil yang lebih baik, tinggalkan selama 1 malam.




3. Berus di bahagian permukaan mangkuk tandas. Selalunya aktiviti berus memberus ni jika kotoran terlalu degil tapi kotoran pada tahap ni sudah mudah disental dan senang tanggal.




4. Akhir sekali, flush. Siap!

Salah satu cara untuk jimat dengan mengelak keluar duit untuk beli Coke ialah gunakan air Coke yang dibeli dari restoran makanan segera seperti McDonald's. Air Coke yang banyak dan sangat tajam tu pasti tak mampu anda untuk dihabiskan. Bawa balik untuk dijadikan pencuci jamban.

Tips: McDonald's menjalankan konsep perniagaan air bottomless (kalau habis boleh top up balik). Air yang bottomless ialah air berkarbonat (Coke, Sprite etc), kopi panas dan teh panas. Jangan malu jangan segan. Mintak ajer..

Layan pulak video mind-blowing di bawah. Lihat bagaimana Coke boleh digunakan untuk mengilatkan besi. Mat saleh ni guna Diet Coke sebab kurang gula dan tak menyebabkan melekit.






3 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

3 comments:

  1. Wahhh...the power of coke. But dangerous to us. Mcm mana keadaan kalau minum plak kan? Sebab ramai yg suka minum. Hehehe...

    mohdridzwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ridzwan minum Coke mmg x elok pun tapi sebenarnya ada kelebihan jugak..contohnya kalau takde Listerine, boleh guna Coke buat mcm Listerine :)

      Delete
  2. Anonymous8:32 AM

    dalam video tuu guna kertas aluminium eh ?

    ReplyDelete

Blog-Blog Lain Yang Menarik