Mitos Mata Dan Penglihatan : File No 1


"Taknak la pakai spek... Sama je......power naik jugak!!!!"

 

Perhatian!!!! Ini adalah Mitos sahaja !!! Mitos2 ni wujud pasal kurangnya pemahaman kita dalam memahami proses perkembangan mata, dan kaitannya dengan kejadian rabun serta penyakit dalam mata... Banyak perkara2 yg disalahfaham oleh masyarakat dan ini akan menimbulkan kekeliruan bila masanya mata menghadapi masalah..


Jom kita terjah mitos2 lain.....zassssss......


Mitos : Seorang ibu berkata : "Budak2 tak payah pakai spek.. dah besar sket baru pakai... Bukan diorang pandai jaga"


 

Fakta : Amatlah dikesali skali mitos ni wujud.. Even umur 2 tahun sekali pun..kalau telah dikesan anak2 mengalami masalah mata dan kerabunan, cermin mata perlu di pakai jika dinasihatkan oleh optometris atau oftalmologis... Apa yang kita mahukan penglihatan yang jelas bagi kanak2 yang rabun supaya otak2 kanak dapat diransang oleh penglihatan yang jelas... Jika kanak2 rabun dibiarkan tidak memakai cermin mata, otak mereka tidak dapat diransang untuk melihat objek2 yang 'detail'. 


 

Masalah ini akan membawa kepada sindrom 'Lazy Eye'. 'Lazy Eye' berlaku apabila otak tidak menerima ransangan penglihatan dari persekitaran sekaligus otak tidak dapat mentafsir objek kecil ataupun objek yang jauh.. Jika 'Lazy Eye' sudah berlaku, mata tidak dapat melihat dengan jelas walaupun optometris telah memberikan preskripsi yg terbaik... Ini keranaindividu terbabit tidak berjaya mencapai sekurang2nya 6/9 bagi ujian tahap penglihatan dengan preskripsi (power)...


 

'Lazy Eye' boleh membawa kepada kejulingan ('squint') pada mata, terutamanya pada mata yang lebih tinggi tahap kerabunan nya.. Kejulingan boleh membawa kepada masalah pening kepala, susah untuk fokus apabila membaca dan sekaligus akan mempengaruhi prestasi pembelajaran anak2...'Lazy Eye' boleh dirawat dengan menjalani terapi dan latihan penglihatan dengan bantuan cermin mata... Walaupun begitu, pencegahan adalah lebih baik dengan tidak menghalang anak2 yang mempunyai masalah kerabunan dari memakai cermin mata... Pemeriksaan mata berkala bagi anak2 adalah penting untuk mengetahui tahap kesihatan mata mereka dan mengesan sindrom2 'Lazy Eye' lebih awal supaya boleh dirawat....


Mitos : Membaca sambil tidur boleh sebabkan rabun....


Fakta : Perkara ini boleh jadi betul boleh jadi tidak tepat... Sebenarnya pointnya disini adalah supaya jangan membaca dalam keaadaan mata terlalu rapat dengan teks bacaan... Kalau kita membaca sambil berbaring, biasanya buku atau dikumen yang dibaca terlalu dekat dengan mata... Ini akan menyebabkan stress berlebihan pada mata dan mata akan memfokus pada jarak yang tidak ideal... Bukan sahaja berbaring, malahan jika kita baca sambil duduk atau berdiri tetapi teks bacaan dibawa amat dekat pada mata (<30cm)>


Mitos : Melihat laut serta permandangan hijau boleh mengelakkan atau menyembuhkan rabun jauh


Fakta : Same la jugak mcm otot2 yang lain...otot mata jugak kenela berehat setelah digunakan berpanjangan... Sebagai contoh... bila kita duduk terlalu lama... confirm kita akan rasa lenguh2.. So, kita pun akan melakukan perbuatan yang opposite iaitu berdiri untuk melegakan kelenguhan... Same jugak dgn mata...Jika mata telah memfokus pada sesuatu objek terlalu lama (e.g melihat komputer), maka perlulah mata direhatkan dengan melihat objek yang jauh (infiniti) supaya otot2 mata boleh berehat dengan maksimum...


Tidak semestinya korang perlu melihat tumbuhan hijau dan laut.... Yang pentingnya adalah melihat titik terjauh...Cara ini hanyalah untuk merehatkan otot mata dan bukanlah untuk menyembuhkan rabun jauh...


Mitos : Cermin mata kenelah dipakai terus menerus supaya 'power' tak bertambah...


Fakta : Tujuan cermin mata dipakai bukanlah untuk memaintainkan 'power'... Cermin mata di prescribe untuk membantu si pemakai untuk melihat persekitaran dengan lebih jelas... Cermin mata bukanlah rawatan atau ubat bagi rabun jauh... Cermin mata atau kanta sentuh adalah alat bantuan penglihatan dan tidak menyumbang apa2 dalam merawat rabun... Tidak semestinya 'power' akan maintain jika anda memakai cermin mata kerana rabun berlaku akibat pemanjangan bola mata...Kadar pemanjangan ini adalah pesat di kala remaja dan mulai perlahan bila mencecah umur 25 tahun...


Selalu jugak yang merungut taknak pakai spek pasal bagi diorg pakai spek selalu boleh menyebabkan 'power' naik lagi banyak... Pandangan macam ni pun amatlah tidak tepat sama sekali... Takde kene mengena pun pakai spek boleh sebabkan 'power' korang naik... Faktor utama kenaikan preskripsi adalah pemanjangan bola kita... Biasanya rungutan ini datang dari golongan remaja yang mendapati 'power' tetap naik bile pakai cermin mata.... Pada peringkat umur 6-15 tahun, perkembangan bahagian belakang mata adalah pesat dan ini akan membawa kepada pemanjangan bola mata sekaligus menyebabkan cahaya objek yang masuk tidak terfokus betul pada retina... Jadinya, pointnya di sini, proses perkembangan rabun adalah proses pertumbuhan organ badan yang tidak seimbang dengan tumbesaran tubuh dan organ2 lainnya dan keadaan ini adalah sangat berkait rapat dengan faktor genetik...


Macam mane????? Dah faham tentang fakta di sebalik mitos2 di atas???? Aku harapla artikel ini dapat memberi kesedaran tentang pentingnya kita dapat melihat dengan jelas pada semua jarak... Jangan terlalu takut preskripsi anda akan naik tinggi...Yang penting adalah penglihatan korang jelas dan koordinasi aktiviti badan dapat dijalankan dengan penglihatan yang baik...  Itulah guna nya alat bantuan penglihatan seperti cermin mata dan kanta sentuh...


adios...


'YOUR EYES COMPANION'

7 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

7 comments:

  1. MrBoB8:42 PM

    nice..!!
    dlo saya macam nie juga.. mase kecik2 rabun.. tapi parent x bagi pakai spek pasal mentenen tgi kowt~~.. kalau la dari dlo saya di beri peluang untuk memakai spek ini.. adakah saya telah berada di menara gading..?? keh2.. tapi dgn niat suci yang mulia ini, saya berjaya berada di 'menara' jugeeeeeeeeee~~~~ keh3....

    ReplyDelete
  2. HAHA.. BETUL TU BRO..TAPI rezeki ade kat mane2..peace:)

    ReplyDelete
  3. samur agogo6:49 PM

    bro...aku rasa penekanan terhadap cover test perlu sebelum check refraction....sbb dari situ kita boleh tentukan samada org tue blh buat normal subjective refraction atau binocular refraction....kalo org tue nystagmus....tak boleh buat normal subjective refraction....

    ReplyDelete
  4. Anonymous8:58 PM

    salam.adakah kita akan menjadi buta jika rabun tetapi tidak mahu memakai cermin mata.

    ReplyDelete
  5. kita akan jadi buta sementara...bile x pakai x nmpk bile pakai nmpk plok...hihihi=)

    ReplyDelete
  6. taufiq6:34 PM

    Saya dah pakai spek 9 thn.ada rabun silau.spek yg saya pakai skrg dah hampir 3 thn.dlm tempoh itu saya langsung tak pergi check mata .sejak akhir2 ni mata saya berair dan kabur serta berasa sedikit silau walaupun pakai spek bila membaca atau menggunakan phone.kdg2 sakit kepala sekejap2.adakah saya perlu pergi check semula mata?mcm mana pulak dgn power.adakah ia bertambah?kdg2 rasa tak nk pakai spek pun ada.tp apakan daya.hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simptom yang saudara/saudari sebut di atas berkemungkinan besar punya kaitan dengan perubahan kiasa refraksi mata. Cuba dapatkan pemeriksaan mata untuk mengetahui dgn lebih lanjut. Berkaitan dengan penggunaan phone atau apa-apa alat yang memancarkan cahaya, cuba adjust brightness ke arah yang lebih gelap dan amalkan rehatkan mata selepas menggunakan alat tersebut untuk jangka masa panjang.

      Delete

Blog-Blog Lain Yang Menarik