Juling dan Kanak-Kanak


Assalamualaikum... Nak Celoteh Pasal Juling Laks....


Korang mesti selalu jumpa orang2 di sekeliling yang bermata juling kan? Orang mata juling ni biasanya mmg nampak x cantik dan nampak macam pelik je... Kalau kat sekolah ke dah mestilah budak2 yang juling ni kene ejek dengan budak2 lain..hehe.. Tapi tau tak korang juling ni adalah bersebab, dan jika dikesan dari awal yakni pada zaman kanak2, juling ni dapat dirawat.. Kat sini aku senaraikan Frequently Asked Question tentang juling ni.....layannnnn....


Amende sebenarnya juling ni?


Juling (Squint) adalah keadaan dimana kedua-dua mata tidak selari. Maksudnya, satu mata macam memandang ke arah lain dan sebaliknya.... Orang yang juling ni ada yang matanya kelihatan masuk ke arah dalam (ke arah hidung) dan ada yang ke arah luar (ke arah telinga). Ada jugak kategori juling mata ke arah atas dan ke arah bawah, tetapi kes seperti ni mmg rare....


Ape yang sebabkan juling nih?


Biasanya disebabkah oleh otot- otot mata yang tidak berkeseimbangan dan lemah. Juling konvergen menyebabkan mata terarah ke dalam, manakala juling divergen pulak terarah ke luar. Sebagai contoh, otot yang mengawal pergerakan mata kanan ke arah dalam telah lemah. Ini akan menyebabkan mata kanan akan lebih terdorong untuk bergerak ke arah luar (ke arah telinga) berbanding mata kiri yang mempunyai keseimbangan otot2 yg baik...


Bila sorang tu ada juling, adakah mata selalu kelihatan tak selari?


Kadang2 juling akan kelihatan pada masa tertentu sahaja, macam bile letih dan terkena cahaya matahari yang terik. Jika juling tidak dirawat dan umur telah meningkat dewasa, juling akan menjadi kekal dan akan mata akan kelihatan tak selari sepanjang masa...


Seorang ibu bertanya : Mata bayi saya tidak kelihatan fokus. Perlukah saya risau?


Kat baby baru lahir, mata biasanya tidak boleh fokus dengan baik bila melihat objek. Jadi mata mungkin akan bergerak dengan tak tentu halanya dan secara rawak. bila umur dah masuk 3-4 bulan, baby2 dah  boleh fokus dengan lebih baik dan matanya lebih selari. Baby 6 bulan biasanya dah boleh fokus jarak jauh dan dekat.


Kalau la ibu bapa mengesan keadaan juling pada kanak-kanak berumur 4 bulan ke atas, korang dinasihatkan berjumpa pakar mata untuk check-up baby korang. Rawatan awal juga penting untuk sebab yang lain, pasal penyakit serius seperti barah dan tumor juga boleh menyebabkan juling.


Bolehkah juling terjadi sejurus selepas lahir?


Juling boleh terjadi sejurus selepas lahir. Juling jugak boleh berlaku pada bile2 masa seperti selepas penyakit atau kecederaan.


Berapakah peratusan kanak-kanak yang mengalami juling?


Kire2 2% kanak2 ada mata juling. Setengah daripada jumlah kanak2 tu dilahirkan dengan juling.


Mengapakah juling boleh menjadi masalah?


Untuk penglihatan yang normal, kedua-dua mata perlu selari. Dengan mata juling, setiap mata akan melihat imej yang berlainan. Disebabkan itu, otak kanak-kanak akan tidak menghiraukan imej dari mata yang lebih lemah untuk mengelakkan kekeliruan. Inilah yang akan menyebabkan ambliopia atau mata malas. Jadi adalah penting untuk mengesan masalah mata juling pada usia yang awal kerana rawatan adalah lebih berkesan untuk kanak-kanak yang lebih muda umurnya.


Anak aku ni nmpak macam juling tapi orang lain cakap takde lak?


Ada kanak2 yang kelihatan seperti diorang juling tetapi sebenarnya tidak mengalami juling. Lapisan kulit yang berlebihan dekat sudut dalaman mata yang berdekatan batang hidung yang rendah atau kedudukan antara kedua2 mata yang berjarak dekat boleh menyebabkan juling palsu. Ini sering terjadi kepada kanak-kanak Asia khususnya populasi chinese dan biasanya keadaan ini hilang bila muka lebih dewasa


Oftalmologis boleh mengesan keadaan ini dan ibubapa tidak perlu risau jika oftalmologis mengatakan ini juling palsu...


Apakah rawatan untuk mata juling?


Juling ni tak bolen hilang dengan sendiri. Rawatan segera diperlukan. Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan bergantung kepada jenis juling...


  • Cermin mata atau kanta sentuh biasanya diperskripsikan untuk membantu mata melihat dengan lebih baik....
  • Ubat airmata atau ointment boleh juga diberi, dengan atau tanpa cermin mata. Ubat suntikan ke dalam otot mata adakalanya diberikan...
  • Pembedahan kadang2 diperlukan untuk menyelarikan mata...
  • Latihan senaman mata dan terapi juga boleh dilakukan untuk jenis juling tertentu...

Ada lagi soklan??? Tinggalkan lah komen yer...


adios...


'YOUR EYES COMPANION'

17 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

17 comments:

  1. adita9:02 PM

    salam...tq 4 d in4mation..

    my baby da juling...baby br umur 2 bln...
    nk tanya,,,saya perlu tunggu sampai umurnyer 4 bln br g jumpa pakar atau sekarang pun boleh?

    ReplyDelete
  2. boleh berjumpa optometrist or ophtalmologist untuk pemeriksaan lanjut... harus diingat perkembangan komponen penglihatan bayi masih tidak lengkap masa berumur 2 bulan....

    ReplyDelete
  3. mungkin kena tambah sikit...phoria vs tropia..
    Strabismus (juling) is Common in newborns.
    However, if it occurs in children older than three months

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:48 PM

    kepada syah...akan tambah nanti di post akan datang :)

    this post for FAQ... thanks for comment

    EagleEyes________

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:54 PM

    jika ssorg itu juling dari b'usia dari kanak2 hingga dah dewasa belum di beri rawatan..apakah rawatan yang harus di beri apa usia dewasa??

    ReplyDelete
  6. Anonymous2:51 PM

    knape bila kne chaya matahari terik, juling tu jd bertambah teruk?

    ReplyDelete
  7. Selalunya pembedahan kecil pada otot mata akan dilakukan kepada golongan dewasa yang mempunyai masalah juling. Beberapa ujian dan pemeriksaan akan dilakukan sebelum pembedahan dilakukan.

    Kemungkinan besar mata individu tersebut mempunyai juling pendam (belum diterangkan lagi di dalam blog). Pada waktu panas atau keadaan yang mnyebabkan keletihan pada badan, mata yang mempunyai juling pendam akan mengalami juling nyata.

    ReplyDelete
  8. my sister ada juling mata. umur 5 tahun . saya baru perasan since saya student and menetap di melaka while my sister stay with my parent di rumah. ada cara yang terbaik tak untuk adik saya pulih.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada insyaAllah..memandangkan adik Siti masih muda terapi adalah langkah terbaik. Ada banyak jenis terapi bergantung kepada jenis juling. Dapatkan pemeriksaan untuk diagnos dan terapi akan diperkenalkan.. Jangan risau kerana juling boleh dirawat insyaAllah..

      Delete
  9. Anonymous9:50 PM

    Saya berumur 20 tahun dan mengalami juling sejak kecil .. Tapi ianya berlaku apabila mata berhadapab dengan cahaya .. Hal ini juga menyebabkan saya berasa pening dan tidak dapat fokus dengan mudah .. Adakah ini berbahaya kepada saya dan apa ka rawatan yang sesuai di lakukan selain daripada pembedahan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba untuk terapi otot. Sila berjumpa dengan optometris untuk rawatan lanjut.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  10. Anonymous9:26 PM

    Saya ada anak perempuan berumur 6 tahun... dia mengalami sedikit juling apabila pergerakan mata ke sebelah kiri. klau lihat mata dia memang ok. pernah gi check kat pakar mata katanya ok. pergerakan mata lambat atau lazy eye. boleh bantu tak perubtan yg camner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk mata anak kecil mata yang juling boleh diperbetulkan semula dengan terapi. Lazy eye boleh menyebabkan juling. Sila berjumpa dengan optometris untuk konsultansi.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  11. saya ada anak lelaki..doktor dah diaognoa ada rabun dekat..+5.5 dua2 belah..adakah disarankan untuk pakai spek atau buat terapi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sarankan untuk buat kacamata secepat yang mungkin kerana mata anak kecil mudah untuk menjadi ambliopia. Jika ada terapi dicadangkan supaya lakukan terapi tersebut.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  12. Anonymous4:22 PM

    hello..ni sya nak tanya adakah mata kita yg normal skrg boleh menjadi juling pda masa akan dtg???sebab sya ada atok pda masa muda mata dia normal sja ttpi skrg matanya kelihatan juling...mohon penjelasannya tq

    ReplyDelete

Blog-Blog Lain Yang Menarik