Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya
Assalamualaikum.... Kali ini aku nak celoteh sket pasal pemanduan dan kaitan dengan penglihatan.... se pengetahuan aku, kadar kemalangan kat malaysia ni adalah antara yang tertinggi kat dunia... kadar kemalangan maut jgk antara yang terbanyak di dunia mengikut tahun ke tahun... Aku nak sentuh sket la faktor penglihatan yg amat mempunyai hubungkait dengan angka kemalangan kat Malaysia ni... 3 faktor utama dalam pemanduan yg selamat adalah condition kereta, keadaan persekitaran (jalan) dan tidak dilupakan keadaan pemandu itu sendiri.. Ketika korang memandu, hubungan penglihatan dan Tindak Balas Okulomotor (penglihatan-gerakan) memainkan peranan utama....respons membrek, mengambil selekoh atau mengelak adalah satu tindak balas Okulomotor yg mengaitkan mata (penglihatan) dan neuro (otak).... Daripada sini kite boleh membuat kesimpulan dengan jelas bahawa dalam proses memandu, keadaan mata dan penglihatan adalah amat penting. Aspek ini jarang kita discuss dalam kes kemalangan jalan raya. Kerana adanya perkaitan yang jelas antara penglihatan dan soal keselamatan jalan raya, maka faktor penglihatan perlu diberi perhatian.Ujian Ketajaman Penglihatan (Visual Acuity Test) yang dijalankan semasa permohonan lesen memandu terlalu mudah dan tidak mengikut standard yang sepatutnya. Pemeriksaan yg JPJ tetapkan amatlah raw dan tak deseliakan oleh pakar2 penglihatan yg berkelayakan... Dalam ujian penglihatan yang standard, individu perlu mencapai skor 6/6 atau 20/20 atau at least 6/9 utk lulus ujian saringan penglihatan.. Akan tetapi dalam ujian JPJ penilaian dibuat hanya untuk menyaring individu yang boleh membaca nombor plat kenderaan pada jarak 6 meter. Tulisan pada no plat kat kenderaan adalah besar dan sepatutnya pemandu mampu untuk melihat objek yg lebih kecik pada jarak 6 meter.. Tahap ketajaman penglihatan sebaiknya adalah pada tahap 6/9 pada carta Snellen bagi satu-satu mata secara berasingan dengan dengan mengambil kira alat bantu penglihatan seperti kaca mata atau contact lenses. Penglihatan 6/9 bererti seseorang yang mempunyai masalah penglihatan perlu berdiri pada jarak enam meter untuk nmpk sesuatu objek sedangkan orang normal boleh nampak dengan jelas pada jarak sembilan meter dengan objek yg sama.. Analoginyer...cuba bayangkan seseorang yang hanya mempunyai tahap penglihatan 6/18 pada carta Snellen memandu kenderaan. Orang yang mempunyai penglihatan normal sudah nampak dengan jelas objek yang berada 18 meter di hadapan sedangkan pemandu ini hanya akan melihat dengan jelas objek tersebut pada jarak 6 meter. Katakan seekor kucing melintas 30 meter di hadapan ketika kelajuan pemandu 80 kilometer sejam (km/j). Pada kelajuan tersebut, pemandu hanya mengambil masa 17 saat untuk sampai kepada kucing itu. Andainya pemandu hanya dapat melihat kucing itu dari jarak 6 meter, rasenyer boleh tak pemandu membrek kenderaannya atau mengelak kerana dia hanya mempunyai kira-kira tiga saat untuk bertindak dalam jarak 6 meter sedangkan masa membrek mengambil masa lebih daripada 3 saat untuk berhenti dari kelajuan 80 km/j. Tak ke naye kucing tu.... Ujian Visual Acuity ini adalah salah satu daripada Ujian Fungsi Penglihatan. Biler seseorang pemandu memandu kenderaan, keseluruhan fungsi penglihatan harus berfungsi dengan normal. Ini bagi menjamin Refleks Okulomotor berfungsi dengan baik dan pantas terutamanya dari segi Ketajaman Penglihatan, Sensitiviti Kontras, Persepsi Warna, Keluasan Penglihatan (Visual Field) dan Pandangan Stereoskopik (Pandangan 3D)... Keluasan medan penglihatan yang terhad boleh mengganggu kerana ketika memandu penglihatan periferal (sisi) adalah penting bagi menentukan kedudukan kenderaan dengan kenderaan lain. Keluasan medan penglihatan yg normal membolehkan pemandu mengetahui di mana dia berada terutamanya ketika memotong, menukar lorong dan mengambil selekoh. Kelajuan kenderaan juga di agak dan dikenal pasti dengan menggunakan penglihatan periferal (sisi medan penglihatan). Ujian Medan Penglihatan ini seperti Visual Acuity Test sepatutnya perlu diadakan dan dinilai sebelum seseorang mendapat lesen memandu... Gangguan pada medan penglihatan akan menyebabkan pemandu tak perasan objek yang berada di sebelah sisi kenderaan dan keadaan ini boleh berlaku dalam kes kerosakan pada retina seperti pada pesakit Gloucoma, kencing manis atau Penanggalan Retina (Retinal Detachment) Ujian Penglihatan Warna jugak penting untuk memudahkan pemandu mengenal kod warna pada tanda jalan, misalnya warna merah kawasan berbahaya, warna kuning untuk lebih berhati-hati dan hijau atau biru bagi kawasan selamat. Ujian Tahap Stereopsis jugak perlu dibuat bagi memastikan penglihatan tiga dimensi (3D) pemandu cukup baik. Ini penting untuk menganggar jarak kenderaan dengan objek di hadapan. Bagi orang yang juling, penglihatan 3D berkurangan bergantung pada tahap kejulingan. Kalau seseorang pemandu mempunyai masalah Juling Pendam (Latent Squint) dalam keadaan tubuh letih terutamanya ketika waktu pulang dari kerja atau dalam perjalanan yang jauh, pemandu tersebut boleh mengalami Diplopia (objek kelihatan dua), silau dan cepat mengantuk. Diplopia boleh menyebabkan kemalangan kerana pemandu akan keliru bila melihat dua imej kelihatan bertindih. Sensitiviti Kontras antara objek dengan latar belakang (background persekitaran) juga penting semasa memandu terutama ketika hujan atau memandu pada waktu malam. Bayangkan ketika anda memandu waktu senja, tiba-tiba seekor kerbau melintas. Anda sukar melihat kerbau tersebut pada waktu senja kerana keadaan kontras antara kerbau dan suasana senja menurun menyebabkan anda sukar melihat kerbau tersebut walaupun kerbau itu besar. Kontras yang baik membolehkan pemandu mudah melihat sesuatu objek. Maka, ujian sensitiviti kontras juga sepatutnya dijalankan bagi mendapatkan lesen memandu. Pemandu kenderaan awam khususnya perlu menjalani pemeriksaan mata secara menyeluruh dan berkala bagi menentukan tahap fungsi penglihatan yang sempurna. Ini kerana kemalangan yang melibatkan kenderaan awam seperti bas akan melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa yang ramai. Gangguan fungsi penglihatan juga akan menimbulkan gejala seperti pening, cepat ngantuk, silau atau mata letih yang kesemuanya boleh menyebabkan hilang tumpuan dan ketidakselesaan ketika memandu. Oleh kerana lebih dari 90% kes kemalangan jalan raya melibatkan faktor manusia, maka segala kemungkinan yang menjadi punca terjadinya kemalangan perlu diberi perhatian. Antara faktor yang melibatkan penglihatan dan soal keselamatan jalan raya termasuk masalah penglihatan yang kurang sempurna seperti rabun jauh, rabun dekat, Astigmatisme, rabun warna dan lain-lain.... Oleh itu kena la ada satu syarat ketat bagi memastikan semua pemandu mempunyai tahap penglihatan yang baik sebelum dibenarkan memandu supaya keselamatan sendiri dan orang awam terjaga.. Selain sikap bertanggungjawab sebelum dan semasa memandu serta mematuhi semua isyarat jalan raya, perhatian pada faktor penglihatan terutamanya ketika ujian mendapatkan lesen serta memandu di jalan raya mungkin boleh mengelak tragedi yang boleh meragut nyawa kite..... adios.. 'YOUR EYES COMPANION'
apa treatment/petua utk keratokonus selain memakai semi hard rgp.
BalasPadamMr/Ms Anonymus..
BalasPadamRGP utk keratokunus mmg agak tidak selesa terutama pada pengidap keratokonus yg dh lama..
terdpt jugak cara 'piggyback' dgn meletakkan RGP on top kanta sentuh soft untuk lebih keselasaan..
Intact adalah teknologi yg agak baru dimana sejenis plastik kecil diimplan fi bahagian permukaan periferi kornea utk menghalang dm melambtkn progress keratokonus.proses ini perlukan minor surgery oleh oftalmologis
baru2 ni dgr cerita wujud satu ubat titis yg dpt bertindakbalas dgn sel-sel kolagen kornea untuk membetulkan shape kornea yg dah irregular..nama ubat tu CR-3
last skali kalu dah x boleh tolerate dgn CL atau terapi..kena jgk wat corneal transplant... tp pesakit kene jgk pakai spek atau CL selepas transplant..
Terima kasih di atas penerangan.
BalasPadamSaya mempunyai astig L-545, R-200, manakala vision L-250, R-200.
oftalmologis kata sya tak sesuai membuat implant maupun eye laser.
Sy interested dengan CR-3. Berapa harga di pasaran.
Apakah nasihat jangka panjang untuk mengelakk an tahap keratokonus menjadi lebih teruk.
kalau boleh sy tidak mahu memakai spek atau CL.
sy tidak perform semasa kerja oleh kerana dia terlalu menggagu urusan sy sebagai programmer
terima kasih
Lagi satu.
BalasPadamBaru-baru ni saya terlihat satu ubat titis di pasaraya jenama Qurrotaini, buatan malaysia. ade pengesahan kkm.
Bahan dibuat dr herba2 terpilih. Soalan saya, adekah ubat ini akan mengurangkan kadar vision dan silau jika dipakai secara konsisten, jika tuan tahu ttg itu.
Sila komen.
untuk menghalang perkembgn kornea mmg perlukan treatment atau terapi utk kembalikan shape kornea yg x regular..
BalasPadampemakaian CL mmg terbukti dpt menghalang serta reshape kembali kornea..
cara ini jauh lebih selamat n kos efektif dari saudari melakukan corneal transplant
CR-3 adalah treatment yang agak baru..tentang harga dan prosedur boleh lah anda berjumpa oftalmologis yg berdekatan..
Qurrotaini n Permata Hijrah dari feedback yg saya kumpul sendiri, agak diragui..samaada dari segi mengubah prescription seseorang ataupun mengubati penyakit mata...
Mengikut Dr Barkeh, oftalmologis dari ISEC, individu yg memakai ubat2 titis ini boleh meningkt kan tekanan dlm mata secara mendadak.. dan beliau amat menentang keras penggunaan ubat ini..