Program Pemeriksaan Mata Percuma dan Pemberian Subsidi Cermin Mata : Kampung Sg Lang Tengah, Banting


Kg Sungai Lang Tengah, Banting, Selangor telah menjadi destinasi untuk Program Pemeriksaan Mata Percuma dan Pemberian Subsidi Cermin Mata kali ini. Terima kasih kepada penduduk kampung yang telah memberi sambutan yang menggalakkan terhadap program ini. 

Kampung yang diterajui oleh Pengerusinya Tn Hj Mohd Silim terkenal dengan industri pembuatan kerepek dan homestay ini terletak 1.5 km dari Pekan Banting. Baru-baru ini Kg Sungai Lang Tengah juga telah diumumkan sebagai Johan Gerakan Desa Wawasan (GDW) Bahagian Wanita Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2009. Tahniah diucapkan!

Program Homestay adalah sebuah program yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 1988 dan dilancarkan secara rasmi pada tahun 1995 di Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Program ini mensasarkan pelancong yang inginkan kelainan dan kos yang rendah dalam percutian mereka. Dalam program ini pelancong-pelancong tinggal bersama penduduk kampung dan dapat merasai bagaimana kehidupan kampung yang sebenar. Sila klik hyperlink di bawah untuk mendapatkan senarai homestay yang terdapat di Malaysia. Selamat Ber'homestay'!







0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik