Paparan Menarik

Memaparkan catatan dengan label Program Pemeriksaan Mata Percuma. Papar semua catatan

School Revisited : SK Taman Koperasi Polis

Assalamualaikum......

Bertemu kita lagi dalam pengembaraan upin dan ipin musim ke-3....ayark!!!....haha..... tersasul lak tuan2 dan puan2.... Ampun ya....huhu..... Kepada pengunjung2 yang budiman, sori la pasal lame dah tak update blog ni... Seminggu 2 ni rase cam jadual penuh sangat dan didapati kami hampir2 atau sipi2 mengidap virus H1N1 (haha...wat saspen) tapi alhamdulillah rupenye kami hanya demam biase saje.....:)

Pada post kali ini rasenye kami akan sambung aksi pengembaraan kami ke sekolah2 di sekitar KL. Sebelum ini lebih kurang 20 buah skolah telah menerima perkhidmatan kami dan setiap minggu aktiviti pemeriksaan mata percuma ini akan terus diadakan di sekolah2 yang berkesempatan. Antara sekolah2 yang sempat kami jengah :

1. SK AU Keramat
2. SMK Taman Melati
3. SMK Sri Saujana
4. SMK Cochrane
5. SK Wangsa Maju Sek 1
6. SK Batu Muda
7. SMK Bandar Baru Sentul
8. SMK Bandar Baru Sri Petaling
9. SK Taman Sri Rampai
10. SMK Taman Setapak Indah
11. SK Sungai Besi
12. SM Teknik Setapak
13. SMK Wangsa Jaya
14. SMK Wangsa Melawati
15. SM Sains Selangor
16. SMK Bandar Tun Razak
17. SMK Cheras
18. SK Sri Nilam
19. SMK Wangsa Maju Zon R2
20. SM Teknik ERT Setapak
21. SK Jalan Padang Tembak (2)
22. SK Jalan Ayer Panas




Oleh kerana kesibukan dengan pelbagai program, kami tidaklah sempat memaparkan gambar2 serta ulasan aktiviti2 di setiap skolah...huhu... Dalam post kali ini... kami ingin menyajikan gambar2 program kami di SK Taman Koperasi Polis yang berlangsung pada 22 dan 23 Oktober yg lepas.

SK Taman Koperasi Polis
Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves
Kuala Lumpur, 68100

03-61871880



SK Taman Koperasi Polis ini terletak di dalam Taman Koperasi Polis Fasa 2 yg terletak berhampiran dengan Kolej UNIKOP. Kawasan penduduk yang berhampiran seperti PPR Batu Muda, Kem Batu, Ampat Tin dan Taman Pinggiran Batu Caves terletak berdekatan dengan Taman Koperasi Polis. Dengan jumlah pelajar menghampiri 1000 orang, sekolah ini juga menempatkan pusat pembelajaran untuk golongan pelajar kurang upaya (PKPP).



Gambar2 Aktiviti


Pelajar2 sibuk memilih bingkai yang 'matching'



Crew2 bergambar bersama sebelum aktiviti, kelihatan di situ saudara aswanism...huhu



Panorama bangunan SK Taman Koperasi Polis



Pemeriksaan mata secara komprehensif sedang dijalankan



Pn Lily sedang berposing bersama anak2 1 Malaysia...ahaks...



Syok woo... Macam2 ragam budak2 skolah ni.... Macam2 kes ade.... Ade yg malu nak pakai spek, Ade yang nak pakai spek sangat sampai nak baca huruf kat carta snellen pun buat2 merangkak. Padahal nampak je sebenarnya...hehe... Ape2 pun kitorang memang enjoy buat program2 macam ni....

Okey la geng... Sampai disini sahaja post kali ni.... Nantikan post2 n artikel2 yg lebih mencengkam dari kami di masa akan datang.... Ape2 pertanyaan sila email atau terus je call kepada :

aurora.avc@gmail.com

019 2798797 (Azwan [aswanism])
019 7540981 (Masdi [Eagle'sEyes])


adios....


'YOUR EYES COMPANION'

Baca seterusnya »

School Revisited : Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras


Assalamualaikum....

Kite berjumpa lagi di post terbaru.... Kali ni segmen School Revisited kembali lagi dimana aktiviti kitorang menjengah ke sekolah berasrama penuh buat julung2 kalinya..... Sekolah Menengah Sains Selangor, Jalan Yaacob Latif, Cheras, Kuala Lumpur menjadi destinasi kami seterusnya dalam menjayakan 'Roadshow' pemeriksaan mata percuma kami....yossshhhh....

Kami telah disediakan bilik bertaraf 4 bintang untuk menjayakan program di sekolah ni...huhu... Asalnya bilik ni hanya dibuka untuk menyambut kedatangan VIP ke sekolah ini tapi, kami telah diberikan keselesaan untuk menjalankan aktiviti 'screening' dan pemeriksaan optometri di bilik yang serba selesa ini.... Terima kasih yang tidak terhingga buat pihak sekolah...:)

So kat bawah ni kitorg paparkan gambar2 yang sempat kitorg amik sepanjang program berlangsung (16/6/09)...




Pintu gerbang Sekolah Menengah Sains Selangor berdiri megah menyambut ketibaan





Pelajar2 sedang membelek2 pelbagai pilihan bingkai yang disediakan, Dalam gambar : Pn Zuraiah, Guru Bimbingan dan Kaunseling.




Di Pintu Masuk Bangunan Sekolah....



Suasana di dalam bilik pemeriksaan....





Maklumat tentang sekolah ini layari :

Baca seterusnya »

School Revisited: SMK Taman Melati, Kuala Lumpur

Fail:Logosmktm.JPG

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca...kita teruskan lagi roadshow dan kali ini kami telah menjalankan program kami di 

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati Kuala Lumpur

Program telah dijalankan selama 3 hari iaitu bermula pada 28 April sehingga 30 April 2009..dan sambutannya sangatlah menggalakkan...Alhamdulillah...
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah yang telah membantu dan kepada pelajar-pelajar yang sporting bangat...You Rock!hihi...

Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK Taman Melati, 

DATIN SERI PANGLIMA ZAVIRAH BT SHAARI

yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk meneruskan aktiviti ini...
Ok...Di bawah diselitkan beberapa gambar unutk tatapan anda semua...Yeszzzaaassslayaannn...





Di dataran sekolah..tempat semua pelajar berkumpul...
















Antara pelajar-pelajar yang menghadirkan badan untuk memeriksa mata...












Bersama dengan pengawas sekolah (turun untuk menangkap gambar untuk majalah sekolah) dan pengawas pusat sumber sekolah...















Brader Bob yang sporting...
















Aktiviti terpaksa dihentikan seketika kerana ada fire drill...macam biasalah ramai yang 'rentung'...hihi...Para pelajar yang 'terselamat' sedang mendengar taklimat dari Abang Bomba...















Peace all...













Pelajar-pelajar KPU (Kelas Pra Universiti-Dulu dikenali sebagai Tingkatan 6)...sporting bangat...Cikgu cakap, yang tengah tu kembar Masdi...huhu..












Guru lelaki dan pelajar lelaki....budak lelaki yag sebelah budak kacamata hitam tu budak shuffle...tp x ngaku...tak jadi nak suruh wat show kat KTSN UKM...hihi...jahat btul aku...













Sekolah ni ade miniature KLCC...diorang buat guna batu bata putih...kewl...besar tu...2x saiz org Malaysia...














Ok tu je yang sempat kami rakamkan untuk dimuatkan di dalam blog ini. Insyaallah minggu ni kami akan menjengah ke sebuah lagi sekolah..tunnnggggguuuuu...hehe...Untuk maklumat lanjut mengenai sekolah ini sila klik di bawah:


Baca seterusnya »

School Revisited: SK AU Keramat & SK Tmn Sri Rampai


Assalamualaikum wbt...Bertemu kembali kite...ok pada minggu lepas kami telah mengunjungi 2 buah sekolah lagi kesinambungan dari lawatan sekolah yang pertama hari tu...sekolah yang kami telah lawat ialah SK AU Keramat & SK Tmn Sri Rampai...dua2 sekolah rendah so chumil2 je bebudaknye...ragamnye pun banyak juge...tp yg paling tak tahan ramai giler bebudak yang berlakon nak pakai spek...tp lakonan mereka telah dikesan...mungkin kerana tidak semantap lakonan arwah Bat Latiff dalam Singapura Dilanggar Todak gamaknye...heheh...tp cite sedih bebudak ni pun banyak...x semua senang beb..........

Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang telah mengatur dan membantu kami dalam menjalankan aktiviti murni ini...dan terima kasih di atas layanan yang mesra...YOSH!

Di bawah diselitkan beberapa gambar untuk tatapan korang semua...Yessszaaassslayaaannn...


SK AU Keramat


Perpustakaan - Tempat Pemeriksaan Mata




Bersama dengan Pn Noriah Razak, Guru Besar SKAUK yang sporting (kanan sekali), Pn Lily Suhana (Orang Kuat..ya ampuuun...hehe)






Antara pelajar sekolah yg suke melawak...yg depan tu ade myspace tp x nak bgtau add...ceh!



Anugerah Murid Bersahsiah Cemerlang...dianugerahkan setiap bulan...insaf sekejap masa baca ni...membayangkan betapa "jahatnye" mase sekolah dulu...hahaha

______________________________________________________________________________


SK Taman Sri Rampai


Masdi dengan anak-anak chumil...



"adik ni saje nak pakai cermin mata ni mcm abg kan.."
"tak tak..saya memang tak nampak...klw saya x nampak mesti saya tak boleh baca Y U X T H A O V tu...pastu kat tepi tu ade tulis kecik no 6..mmg saya x nampak bang..."
"ayark..NEXT!"



ape la si Arshad ni buat...terkesima gamaknyer yek...



Adik Zaima...die nak tunjuk 2 ibu jari tp aku ckp tunjuk 1 cukuplah...hihi...



Pn Lily tgh melayan kerenah anak-anak murid yang menunggu giliran...tak menyabor nak cek mata....



Baca seterusnya »

Program Pemeriksaan Mata Percuma dan Pemberian Subsidi Cermin Mata : Kampung Balun, Slim River, Perak Darul Ridzuan


Pada kali ini kami akan menjengah pula ke sebuah kampung di Slim River iaitu Kampung Balun. Jika anda seorang pembaca majalah humor Ujang yang setia, pasti anda akan teringat nama kampung ini. Sebab selalu sangat ditulis dalam majalah tersebut..hehe...Ok la...Program ini akan dijalankan pada 18 dan 19 April 2009 ini dan bertempat di SK Kampung Balun iaitu berhadapan dengan Masjid Kampung Balun. Seperti biasa kami akan menjalankan pemeriksaan mata percuma bagi penduduk kampung tidak mengira usia dan bangsa. Di bawah adalah gambar-gambar preprogram dan gambar postprogram akan menyusul kemudian k..? Kat atas tu gambar boss... ahaks... yeszzzaaassslayaaan....







Baca seterusnya »

Program Pemeriksaan Mata Percuma dan Pemberian Subsidi Cermin Mata : Kampung Sg Lang Tengah, Banting


Kg Sungai Lang Tengah, Banting, Selangor telah menjadi destinasi untuk Program Pemeriksaan Mata Percuma dan Pemberian Subsidi Cermin Mata kali ini. Terima kasih kepada penduduk kampung yang telah memberi sambutan yang menggalakkan terhadap program ini. 

Kampung yang diterajui oleh Pengerusinya Tn Hj Mohd Silim terkenal dengan industri pembuatan kerepek dan homestay ini terletak 1.5 km dari Pekan Banting. Baru-baru ini Kg Sungai Lang Tengah juga telah diumumkan sebagai Johan Gerakan Desa Wawasan (GDW) Bahagian Wanita Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2009. Tahniah diucapkan!

Program Homestay adalah sebuah program yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 1988 dan dilancarkan secara rasmi pada tahun 1995 di Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Program ini mensasarkan pelancong yang inginkan kelainan dan kos yang rendah dalam percutian mereka. Dalam program ini pelancong-pelancong tinggal bersama penduduk kampung dan dapat merasai bagaimana kehidupan kampung yang sebenar. Sila klik hyperlink di bawah untuk mendapatkan senarai homestay yang terdapat di Malaysia. Selamat Ber'homestay'!







Baca seterusnya »

Snapshot....Kg Sg Lang Tengah, Banting, Selangor





Baca seterusnya »

School Revisited


Let Us Come...
















We Screen....
















We Care...
















Eyes of the Future.....


'YOUR EYES COMPANION'

Baca seterusnya »

Blog-Blog Lain Yang Menarik