Kesan Daya GForce Terhadap Mata Anda


Assalamualaikum dan salam kelajuan kepada semua pembaca...

Kelmarin Litar Antarabangsa Sepang sekali lagi menjadi saksi perlumbaan bintang-bintang sukan permotoran untuk berentap merebut gelaran dunia. Walaupun hujan namun perlumbaan tetap hebat dan menarik. Apapun syabas kepada Casey Stoner, Dani Pedrosa dan Rossi The Doctor yang berjaya menaiki podium dan kepada Valentino Rossi, jutaan tahniah kerana dinobatkan sebagai juara MotoGP dunia kali ke-7 dan yang ke-9 secara keseluruhan termasuk kejayaannya dalam kelas 125cc (tahun 1997) dan kelas 250cc (tahun 1999). Fuhh....memang otai!! Tidak lupa juga kepada pelumba negara kita Elly dan Zulfahmy yang berjaya menamatkan perlumbaan kelas 125cc. Elly berada di tempat ke 16 manakala Zulfahmy di tempat yang ke 20. Tahniah diucapkan. Good start dude!

Pedrosa, Stoner and  Rossi on the podium at Sepang


_______________________



Kita tinggalkan dulu MotoGP kerana ada perkara menarik ingin saya kongsi bersama pembaca berkenaan dengan sukan permotoran ini dengan penglihatan manusia. Ianya berkaitan dengan G Force atau dalam Bahasa Malaysia disebut Daya G. Sebenarnya bukan hanya pelumba motor yang mengalami kesan ini tetapi

1. juruterbang jet pejuang
2. pelumba kereta seperti F1
3. penumpang roller-coaster

Ok sebelum kita bersembang panjang berkenaan kaitan kesan G Force dengan sistem penglihatan manusia, mari kita sama-sama fahamkan apa yang dimaksudkan dengan G Force. Tentunya ada antara anda yang dapat meneka apa yang dimaksudkan dengan huruf "G". "G" itu membawa maksud sebagai "Gravity (Graviti)" manakala Force atau Daya adalah berkaitan dengan Pecutan iaitu berlaku semasa kita mengubah kelajuan sama ada dari perlahan ke lebih laju atau sebaliknya. Oleh itu, dalam kehidupan seharian, semasa anda memandu kereta dan meningkatkan kelajuan atau membelok semuanya berkaitan dengan G Force cuma nilai daya yang dikenakan sama ada kecil atau besar bergantung kepada pemanduan anda. Terkenang pulak masa belajar Fizik Form 4,5 dulu...hehehe..

  • G Force yang berlaku pada objek pegun di atas permukaan bumi adalah sebanyak 1 g.
  • G Force yang berlaku pada objek yang jatuh-bebas di dalam bekas vakum adalah 0 g.
  • Tetapi jika sesuatu objek mula memecut, G Force yang terhasil adalah lebih daripada 1 g.
  • G Force yang berlaku pada objek yang hilang kelajuan secara drastik (contoh-roller coaster yang sedang bergerak "mendaki" puncak rel yang tegak) nilainya boleh menjadi negatif.
Untuk lebih memahami konsep G Force ini, saya berikan anda satu contoh. Jika seseorang mempunyai berat 60kg dan pegun (tidak bergerak), beliau dikenakan G Force sebanyak 1g. Oleh itu berat beliau masih lagi 60kg. Tetapi jika beliau berada di dalam kereta yang membrek, membelok dan memecut, beliau akan merasai G Force yang lebih daripada 2g. Pada nilai G Force 3 g, berat beliau akan bertambah sebanyak 180kg untuk beberapa saat bergantung kepada berapa lama nilai 3 g yang dialami. Bayangkan jika anda sedang memecut laju contohnya di dalam superbike atau kereta lumba atau roller-coaster atau yang lebih hebat lagi jet pejuang yang tentunya mempunyai kuasa pecutan yang sangat besar. Badan anda akan menanggung berat yang bertambah berkali ganda untuk beberapa saat dan tentunya ia akan memberikan kesan kepada fisiologi (fungsi) badan anda.


KESAN PADA TUBUH BADAN

Jika G Force yang dikenakan terhadap badan seseorang itu sangat besar iaitu lebih dari 6 g, kesan yang akan dialami adalah seperti berikut:
  1. Kesukaran bernafas. Ini disebabkan daya yang menarik rusuk ke bawah dan secara tak langsung menarik paru-paru dan kadang kala mengosongkan udara yang berada di dalam paru-paru.
  2. Yang lebih bahaya ialah darah "ditarik" ke bawah jauh dari otak dan jatuh ke bahagian kaki. Ini juga dipanggil sebagai hypoxia.

KESAN PADA PENGLIHATAN

Seperti yang saya maklumkan di awal-awal tadi, G Force juga akan memberikan kesan kepada penglihatan kita. Kesannya adalah seperti berikut:
  1. Penglihatan sisi atau periferi anda mula menghilang dan menyebabkan anda mengalami tunnel vision. Untuk demonstrasi tunnel vision anda boleh gunakan tangan anda. Gulungkan jari anda dan buat seperti teropong Jack Sparrow. Lihat melalui "teropong" tersebut dan anda akan perasan bahawa medan penglihatan anda akan menyempit iaitu anda tidak dapat melihat kawasan di tepi anda.
  2. Anda akan melihat objek dalam keadaan warna hitam dan putih sahaja.
  3. Jika G Force yang dikenakan untuk jangka masa yang lebih panjang, kemungkinan anda akan mengalami kesan yang lebih teruk iaitu kehilangan penglihatan secara drastik atau dipanggil sebagai blackout.
Jika lebih lama lagi G Force dikenakan, anda akan tidak sedarkan diri untuk sementara dan ini dipanggil sebagai g-LOC (g induced Loss Of Consciousness).


G Force NEGATIF

Berbeza dengan G Force positif, kesannya adalah terbalik dengan G Force positif. Seperti yang dimaklumkan seperti di atas, G Force negatif berlaku semasa pecutan perlahan iaitu apabila jentera yang dinaiki membrek atau kehilangan kelajuan dengan drastik. Kesannya adalah seperti berikut:

  1. Anda akan merasakan diri anda "kehilangan" berat dengan drastik.
  2. Darah di dalam badan akan "ditolak" ke atas iaitu bahagian kepala dan otak.
  3. Berbeza dengan G Force Positif, daya yang sekecil 2-3 g juga mampu menyebabkan salur darah di dalam mata anda pecah. Oleh itu, mata anda akan kelihatan merah (bloodshot).
Jom tengok video di bawah ini untuk melihat kesan G Force terhadap juruterbang jet pejuang. Agak lucu bila tengok respons mereka tapi bila fikir balik agak seram juga...



video




video

Latihan G Force oleh rekrut-rekrut juruterbang jet pejuang US.



Agak menyeramkan yek? Agak la kan...Tetapi para pembaca tidak perlu risau kerana telah banyak teknologi yang telah direkacipta untuk mengelakkan kesan-kesan di atas daripada berlaku. Kita mulakan dengan juruterbang jet pejuang. Apa yang perlu dipakai oleh mereka untuk mengelakkan mereka tidak berasa selesa dengan G Force yang besar dikenakan ke atas badan mereka.


Juruterbang Jet Pejuang

Mereka akan memakai sut khas yang dipanggil sebagai G suit atau Anti G Suit yang berperanan untuk mengelakkan blackout dan g-LOC. Secara asasnya G suit ini terdiri daripada seluar panjang yang dihubungka dengan sistem pneumatik jet pejuang tersebut. Semasa G Force yang besar dikenakan, udara akan dipam ke dalam kantung udara di dalam G suit tersebut dan G suit akan menjadi ketat di bahagian kaki dan abdomen supaya darah dapat dikekalkan di bahagian badan dan otak juruterbang.




Pelumba kereta

Contoh yang saya ambil ialah perlumbaan kereta yang masyur di negara kita iaitu Formula 1. G Force yang dialami oleh pelumba F1 adalah kebanyakannya melibatkan kawasan kepala dan leher pemandu. Oleh itu, sebuah sistem yang dinamakan sebagai HANS (Head and Neck Safety) System telah dibangunkan di mana kepala dan helmet akan dipegang oleh sistem tersebut secara longgar dan membenarkan pergerakan bebas yang dihasilkan oleh sistem tali keledar keselamatan sahaja untuk mengurangkan risiko kecederaan leher yang disebabkan pergerakan ke belakang atau ke depan secara drastik oleh kepala pemandu.

Lewis Hemilton sedang memakai HANS System di tengkuknya


Untuk memahami lagi bagaimana G Force berlaku pada pemandu F1, sila lihat video di bawah ini


video


Pelumba Motor

Bagi pelumba motor contohnya seperti MotoGP, sebenarnya G Force yang dialami oleh pelumba tidaklah seteruk pelumba kereta. Ini adalah kerana posisi mereka ketika membelok di mana posisi mereka yang menyengetkan badan dan menghampiri litar menyebabkan kurangnya G Force yang dialami oleh mereka. G Force yang besar dialami oleh pelumba semasa membrek untuk masa yang singkat. Oleh itu beberapa modifikasi telah dilakukan untuk mengurangkan seperti posisi pelumba semasa duduk di atas mesin iaitu ketika motor dalam keadaan tegak. Selain itu helmet juga telah diubahsuai bagi mengurangkan G Force. Pertama sekali, helmet tersebut tidak terlalu berat bagi pelumba kerana seperti yang saya maklumkan di awal tadi, lebih berat sesuatu objek lebih tinggi G Force yang dikenakan. Selain itu, rekaan bahagian dalaman helmet mempunyai EPS yang lembut berupaya menyerap hentakan.



Roller Coaster

Bila dengar perkataan Roller Coaster, pasti ramai yang kecut perut atau mengerikan (lagi-lagi kalau baru tengok Final Destination 3...) atau tak kurang juga yang teruja dan ketagih untuk naik roller coaster yang tentunya ekstrim dan "ganas". Bagi mereka yang pernah menaiki roler coaster, tahukah anda yang anda mengalami G Force yang besar sehingga sebesar 5 g. Ini bermakna berat anda mencapai 5 kali ganda berat anda! Tetapi anda tidak perlu risau kerana daya 5 g tersebut hanya berlaku seketika iaitu nanosaat sahaja dan itulah yang memberikan kesernokan menaiki roller coaster. Satu lagi perkara yang anda tidak perlu risau ialah setiap roller coaster yang dicipta hari ini mempunyai G Force yang tidak melebihi 5g. Dan satu lagi fakta menarik iaitu menaiki roller coaster akan memberikan stimulasi berbeza kepada otak anda yang tidak dirasai dalam keadaan normal. Secara tidak langsung anda akan berasa lebih sihat dan bertenaga! Oleh itu tidak hairanlah jika ada sesetengah orang yang ketagih untuk naik "kenderaan" ekstrim ini.






Yessszassslayaaannnn.....

0 Comments
Disqus
Fb Comments

0 Komentar:

'Low Vision' : Penglihatan Terhad dan Kualiti Hidup


Assalamulaikum....

Apa khabar semua pengunjung blog yang dihormati..... Diharap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera selalu... Dalam post ke 48 kali ni aku nak mengupas sedikit tentang keadaan 'Low Vision' atau dalam istilah Melayu nyer ialah Penglihatan Terhad. Secara mudahnya, individu berpenglihatan terhad ni adalah golongan yang mempunyai tahap penglihatan yang rendah sehingga boleh mempengaruhi kualiti hidup seharian.

Golongan penglihatan terhad tidaklah dipanggil 'buta'. Individu berpenglihatan terhad di panggil 'partially sight' ataupun separuh nampak. Golongan ini masih lagi boleh melihat dengan samar2 ataupun dengan keadaan buatan yang khas (dengan bantuan). Oleh itu, amat lah penting skali untuk kita mengenal pasti tahap penglihatan terhad seseorang itu untuk membantu mereka menjalani kehidupan seharian.

Isu penglihatan terhad ini adalah amat penting untuk dikupas kerana ramai pelanggan atau pesakit kami yang tidak tahu bahawa mereka adalah tergolong dalam kumpulan individu yg berpenglihatan terhad. Tahukah anda individu berpenglihatan terhad ini boleh dikategorikan sebagai golongan Orang Kurang Upaya (OKU)??



Contoh Penglihatan Terhad


Menurut takrifan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kurang Upaya Penglihatan terbahagi kepada 2 kumpulan :

1. Buta : Penglihatan/Akuiti Visual kurang dari 3/60 pada mata yang terbaik walaupun dengan pembetulan cermin mata/kanta sentuh dan alat pembetulan optikal yang konvensional

2. Penglihatan Terhad : Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama atau tidak kurang dari 3/60 dengan pembetulan cermin mata/kanta sentuh dan alat pembetulan optikal konvensional.

Takrifan di atas menklasifikasikan golongan kurang upaya penglihatan kepada 2. Golongan pertama di atas dianggap sebagai 'totally lost of vision' dan kehidupan seharian mereka akan sepenuhnya terjejas diakibatkan dari kebutaan. Golongan kedua pula tidak dianggap buta. Walaupun begitu, kualiti hidup mereka mungkin amat terjejas disebabkan penglihatan mereka tidak sebagus dahulu. Dalam kes ini, apa2 bantuan optikal seperti cermin mata dan kanta sentuh tidak lagi dapat membantu untuk memulihkan penglihatan.

Golongan berpenglihatan terhad ini menderita penyakit2 yg boleh menjejaskan fungsi penglihatan. Antara penyakit2 yang terlibat :


1. Katarak

Katarak atau selaput adalah penyakit penuaan yang amat biasa menyebabkan keadaan penglihatan terhad. Katarak yang sudah matang (masak) tetapi tidak dirawat (dibuang) akan menyebabkan penurunan yang teruk terhadap tahap penglihatan seseorang. Individu dengan katarak akan menghadapi kesukaran untuk melihat objek jauh dan sederhana, melihat di waktu malam ataupun cahaya yang suram dan sukar untuk melihat 2 objek dengan keterangan (contrast) yang berlainan/berbeza

2. Degenerasi Makula



Perbezaan Penglihatan Degenerasi Makula dan Penglihatan Normal


Pebende la penyakit ni ek...hehe.... Penyakit ni biasenye akan dialami oleh golongan warga emas 70 taun keatas. Walaupun begitu, penyakit ini boleh dihidapi awal akibat pengambilan ubatan2 (drugs) tertentu, rokok dan alkohol. Pesakit akan menghadapi kemerosotan penglihatan akibat sel2 pada bahagian retina yang paling sensitif akat menyusut dan musnah secara mendadak. Disebabkan itu, individu terbabit akan mengalami kesusahan untuk membaca/menulis disamping tahap penglihatan jauh yang merosot. Penglihatan warna juga terganggu akibat penyakit ini.

3. Glaukoma dan Retinitis Pigmentosa



'Tunnel Vision'


Kedua2 penyakit ini diterangkan bersama kerana penyakit ini menyebabkan pengidapnya kehilangan penglihatan sisi (periferi). Medan penglihatan pesakit kan semakin menyusut dan kebiasaan nya di peringkat yang teruk akan menyebabkan pesakit hanya boleh melihat di medan penglihatan tengah sahaja. Pesakit glaukoma dan retinitis pigmentosa tidak boleh melakukan kerja seharian dengan selesa disebabkan penglihatan mereka amat terhad dan sama sekali tidak dibenarkan memandu ataupun berada di kawasan yang mempunyai trafic yang tinggi. Berbeza dengan katarak dan degenarasi makula, penyakit ini boleh menyerang golongan muda dan umur pertengahan.

4. Retinopati Diebetes

Pesakit kencing manis (diebetes) mempunyai insiden yg tinggi untuk mengidap retinopati. Pesakit berkenaan akan mengalami kemerosotan penglihatan dari segi 'distortion' atau pun terdapat 'tompok2' pada medan penglihatan. Kualiti penglihatan akan terjejas disebakan penglihatan terganggu pada sudut2 tertentu. Adakalanya penglihatan terjejas dengan teruk apabila salur darah di retina pecah dan menyebabkan sel2 retina bengkak. Walaupun retinopati ini mempunya kaedah rawatan, biasenye, kesan akibat retinopati ini akan kekal dan malahan akan lebih teruk lagi jikalau aras gula tidak dikawal.


Faktor2 di atas boleh menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal jika tidak dirawat dengan segera. Walaupun begitu, penyakit2 di atas kecuali katarak memberikan kesan yang berkekalan kepada mata. Kesan yang berkekalan ini memberikan kondisi penglihatan terhad kepada pesakit. Sudah semestinya kesan pada penglihatan yg 'irreversible' ini tidak boleh di pulihkan dengan cermin mata. Dengan cermin mata, penglihatan mungkin boleh dibantu sedikit tetapi tidak sampai pada tahap yang memuaskan.

Kualiti hidup para individu berpenglihatan terhad akan amat berbeza dari keadaan optimum. Pesakit tidak boleh lagi melihat dengan jelas, membaca atau menulis dengan selesa, kurang adaptasi dengan cahaya dan warna dan sebagainya. Kebiasaan nya mereka ini memerlukan seseorang untuk membantu mereka untuk melakukan perkara2 asas dalam hidup. Mereka tidak boleh lagi melakukan aktiviti seperti memasak, 'berjoging', melukis dsb. Kebanyakan pesakit yang berpenglihatan terhad berasa seakan 'life' sudah berakhir dan sudah berputus harap untuk menikmati hidup dengan sempurna.

Di sini kami amat menekankan, kehidupan masih lagi boleh dinikmati oleh pesakit yang berpenglihatan terhad. Kami sebagai optometrist boleh mencadangkan pelbagai solusi untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit 'low vision' ini. Tahukah anda, pesakit ini boleh lagi dibantu untuk melihat jauh dan dekat dengan bantuan pelbagai alat. Mereka masih boleh lagi menonton tv, melayari internet, menjahit dsb dengan menggunakan pelbagai alat bantuan penglihatan terhad yang dpreskripsi oleh optometrist. Alat2 seperti kanta pembesar, teleskop, CCTV dsb boleh membantu pesakit dalam menikmati kualiti hidup seperti biasa!!


CCTV


Dalam post yang akan datang, kami akan huraikan tentang alat bantuan penglihatan terhad yang terdapat di pasaran....:) tunggu..............

adios....


'YOUR EYES COMPANION'

0 Comments
Disqus
Fb Comments

0 Komentar:

Pemeriksaan Mata Berkomputer : Cepat dan Tepat???


Assalamualaikum.......

Bertemu lagi kita didalam post terkini dalam blog 'Mata dan Penglihatan' ini. Terima kasih tak terhingga kepada yang sudi mengunjung blog kami yang tak seberapa ini....:) Di kesempatan ini ingin kami mengucapkan selamat menyambut perayaan Diwali khususnya bg komuniti yg merayakan nya di seluruh dunia.....

Oraittttt.... post kali ni kami nak sembang2 lah pasal satu isu yang agak selalu orang ramai tanya kepada kami... Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut aku nak senaraikan kat sini antara soklan2 dan pernyataan2 yang biasa timbul berkaitan dengan topik kita hari ni....

Dik....kalau cek mate guna yang komputer tu tepat tak dik???

Kenapa pakcik pegi kat kedai spek ari tu diorang guna macam mesin tu????, sekali picit terus keluar power

Anak makcik cek mate ari tu kat kedai spek lain asal macam sekejap jer...??? Ari ni cek kat kedai ni macam lama je.... penat makcik tunggu...

Leceh la kamu cek pakai manual macam ni... bosan saya jawap soklan kamu ni.... kamu pakai je cek pakai komputer tu...kan senang....

Tu dia, mesti di kalangan pembaca sekalian pernah memikirkan kenyataan di atas kan? Sememangnya menjadi isu yg agak mengelirukan berkenaan pemeriksaan mata berkomputer ini. Jika anda menjengah kedai2 optikal yang ada di Malaysia ni, selalunya premis2 optikal ini akan menjadikan pemeriksaan mata berkomputer ini sebagai 'tagline' perniagaan mereka.

Daripada maklum balas yang di kumpul dari kebanyakan orang ramai, mereka lebih yakin jika sesebuah kedai optikal menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata berkomputer ini. Prosedur ini membuatkan proses memberi bacaan 'power' kepada pesakit menjadi lebih cepat. Hanya dengan arahan yang minimum tanpa memenatkan, bacaan preskripsi rabun pelanggan boleh di keluarkan.


pemeriksaan mata berkomputer amat popular di masa kini


Adakah cukup dengan hanya menggunakan alat pemeriksaan mata berkomputer sahaja untuk mendapatkan bacaan preskripsi? Jawapan nya semestilah TIDAK. Kebiasaan nya Optometrist akan membawa pelanggan ke bilik refraksi untuk memperhalusi lagi bacaan preskripsi untuk memastikan bacaan preskripsi betul2 tepat untuk mata pesakit.

Para pembaca yang budiman. Alat atau mesin yang digunakan untuk melakukan pemeriksaan mata berkomputer dipanggil autorefraktometer. Alat berteknologi tinggi ini digunakan untuk membantu para optometrist atau pun oftalmologis untuk memberikan bacaan awal 'power' mata pesakit/pelanggan. Bacaan yang diperolehi dari autorefraktometer TIDAK BOLEH dijadikan preskripsi yang mutlak untuk mata pelanggan.

Isu akan timbul apabila pengusaha2 kedai2 optikal terlalu menjadikan autorefraktometer sebagai panduan mutlak untuk memberikan preskripsi. Hal ini berlaku apabila premis2 ini tidak menggunakan optometrist sebagai teras perkhidmatan. Di sebabkan tiada kepakaran khas untuk melakukan pemerikasaan mata yang menyeluruh, juruoptik yang tidakbertauliah ini akan menggunakan bacaan autorefraktometer sebagai panduan dalam memberi preskripsi.

Untuk pengetahuan pembaca blog sekalian, walaupun juruoptik (bukan optometrist) ini memperhalusi kembali bacaan autorefraktometer dengan kaedah manual, banyak kesilapan presripsi akan berlaku. Preskripsi pelanggan akan lebih bias kepada bacaan autorefraktometer dan akan menyebabkan kesilapan seperti terlebih 'power', kesilapan dalam pemberian kuasa astigmatism dan sebagainya.

Autorefraktometer hanya layak digunakan oleh optometrist/oftalmologis sahaja untuk mengelakkan dari berlakunya kesalahan pemberian refraksi kepada pelanggan. Pemberian bacaan kuasa mata yang salah akan menyebabkan kesan pemakaian kaca mata yang tidak selesa kepada pelanggan. Amat dirisaukan adalah pemberian kuasa yang melebihi kuasa sebenar pesakit/pelanggan menyebabkan mata individu terbabit akan merasa stress serta peningkatan 'power' mata akan berlaku dengan lebih cepat.

Optometrist akan mengambil bacaan autorefraktometer sebagai 'baseline' sahaja untuk menentukan kuasa mata individu. Pelbagai lagi prosedur pemeriksaan yang perlu dilakukan sebelum mengeluarkan preskripsi mata yang tepat kepada pelanggan. Pemeriksaan seperti retinoskopi, ujian penglihatan binokular dsb perlulah dilakukan sebelum kuasa cermin mata diberikan. Terdapat juga optometrist yang tidak memerlukan langsung bacaan autorefraktometer dan hanya bergantung kepada kaedah lain...:)



kaedah retinoskopi lebih memberikan bacaan yang tepat


Autorefraktometer juga amat tidak sesuai untuk mengukur kuasa mata kanak2 dibawah 7 tahun kerana daya tumpuan kanak2 pada masa itu amat rendah. Alat ini juga tidak sesuai untuk memberikan bacaan kepada kanak2 yang juling serta mengalami mata malas (lazy eyes). Warga emas yang mengalami masalah selaput (katarak) juga tidak sesuai untuk diambil bacaan kuasa dengan alat ini. Kaedah lain akan digunakan optometrist untuk menentusahkan preskripsi yang sesuai untuk kes2 khas sebegini.....

Diakui, pemeriksaan lengkap optometrist merangkumi pelbagai prosedur mengambil masa yang lama. Walaupun begitu, pemeriksaan untuk mata anda perlulah dilakukan dengan teliti sekali untuk mengelakkan ketidakselesaan selepas pemakaian kaca mata kelak. Oleh sebab itu luangkanlah sedikit masa anda untuk melalui pemeriksaan yang lengkap untuk kesihatan mata anda sekeluarga..(^^)

Sekian komentar kami dalam post kali ini. Tinggalkan kan lah komen di bawah atau ajukanlah soklan di shoutbox....orait....


adios.....



'YOUR EYES COMPANION'

0 Comments
Disqus
Fb Comments

0 Komentar:

Wabak Influenza A dan Penjagaan Kanta Sentuh



Assalamualaikum.....

Bertemu lagi dalam rancangan Misteri Nusantara Edisi Bulan Safar...opppsss..... Silap cenel lak...haha... Bertemu lagi para pengunjung2 blog yang budiman.... :) Di harap semuanya ceria2 belaka hendaknya yer...

Wabak 'Swine Flu' atau Influenza A telah menggemparkan seluruh masyarakat dunia akhir2 nih. Sehingga kini, jumlah kematian di Malaysia disebabkan wabak merbahaya ini menjangkau 77 orang. Walaupun begitu, pengawalan dan pencegahan secara efektif hasil dari usaha pelbagai pihak berwajib berjaya mengurangkan jumlah kes2 dari hari ke hari.

Pada hari post ini ditulis, seramai 127 orang individu dimasukkan ke pusat2 perubatan akibat menghidapi gejala influenza-like illness (ILI). Daripada jumlah ini, 27 orang sahaja disahkan menghidap serangan virus H1N1 hasil pengesahan dari makmal patologi. Walaupun begitu, semua pesakit dalam keadaan terkawal.

Apabila kita mendengar berita tentang wabak Influenza A ini, biasenye kita takkan terlintas tentang kesihatan mata kan? Sebagaimana yang di hebahkan oleh media massa, wabak pembunuh ini boleh dijangkiti dengan sentuhan di mana tangan yang terkontaminasi dengan virus ini boleh dipindahkan melalui rongga badan (membran mukus) seperti hidung, mulut dan tidak lain, MATA!!!!.

Mata kita yang kaya dengan membran mukus boleh menjadi jalan masuk virus ini ke dalam badan SEMUDAH apabila kita menggosok mata akibat gatal dan sebagainya. Di sini, pengguna KANTA SENTUH adalah antara yang berisiko tinggi untuk dijangkiti virus H1N1 dan virus2 lain akibat sentuhan tangan dgn membran mata.

Semasa musim penularan wabak selesema ni, pengguna kanta sentuh perlulah menjaga kebersihan diri dan kanta sentuh secara maksimum. Proses pemakaian dan penyimpanan kanta sentuh perlu la dilakukan dengan rapi untuk mengelakkan infeksi. Dalam post kali ni diturunkan beberapa tips2 dan langkah2 penjagaan untuk memastikan pemakaian kanta sentuh anda adalah selamat.

1. Kanta Sentuh Perlu Dibuka Sebelum Didedahkan Kepada Air

Sebaik-baiknya jangan amalkan pemakaian kanta sentuh ketika mandi, berenang dsb. Ini boleh menyebabkan air yg terkontaminasi boleh berpindah pada permukaan kanta sentuh.

2. Basuh Tangan Sebelum Mengendalikan Kanta Sentuh

Tidak rugi untuk anda membasuh tangan ketika mengendalikan kanta sentuh. Amalan ini telah dihebahkan sebagai amalan rutin semasa musim penularan virus H1N1 sebagai langkah pencegahan jangkitan

3. Bersihkan Kanta Sentuh Anda

Amalkan pembersihan kanta sentuh anda secara kerap. Basuh apabila hendak disimpan. Basuh juga apabila hendak di pakai walaupun kanta sentuh telah direndam lama di dalam bekas. Cara membersihkan kanta sentuh mesti la mengikut nasihat optometris. Cara pembersihan yang tidak betul boleh menyebabkan risiko jangkitan.



Cara Mencuci Kanta Sentuh Yang Betul


4. Gunakan Disinfeksi Untuk Rejim Pencucian Anda

Amalan mencuci kanta sentuh dengan menggunakan saline ataupun rewetting drop amatlah tidak tepat. Gunakan disinfeksi khas yang banyak dijual di kedai2 optikal dan farmasi untuk permbersihan yang lebih efektif.

5. Gunakan Cecair Pencuci, Perendam Yang Baru

Jangan sekali2 menggunakan cecair pencuci yg telah digunakan untuk mencuci kanta sentuh. Air dalam bekas simpanan mestilah ditukar setiap kali proses penyimpanan selepas pemakaian seharian.

6. Cermat Dengan Kebersihan Bekas Penyimpan

Bekas penyimpan hendaklah sentiasa dicuci dengan bersih menggunakan cecair pembilas (Multipurpose Solution). Jangan guna air paip untuk mencuci bekas penyimpan ini. Selepas dicuci, keringkan bekas untuk mengelakkan bakteria yang hidup di persekitaran lembap menkontaminasi bekas penyimpan anda.

7. Tukar Bekas Penyimpan Dengan Kerap

Elakkan menggunakan bekas penyimpan yg sama terlalu lama. Semakin lama digunakan, semakin tinggi risiko kontaminasi. Tukar bekas penyimpan dengan lebih kerap sekurang2 nya 2 bulan sekali

8. Kanta Sentuh Mestilah Dipakai Mengikut Jadual

Kanta Sentuh jenis biasa hanya boleh dipakai dalam tempoh 8 jam sahaja. Jika Anda ingin memakai kanta sentuh lebih dari lapan jam, dapatkanlah jenis kanta sentuh yang 'advance' di mana boleh di pakai sehingga 14 jam. Pemakaian yg tidak mengikut arahan akan menyebabkan kerengsaan pada mata menyebabkan mata lebih kerap digosok dan pemindahan mikrob yg mungkin ada di tangan boleh berlaku dengan mudah.

9. Buang Kanta Sentuh Yang Telah Tamat Tempoh Pemakaian

Kanta sentuh pakai buang 30 hari hendaklah dibuang selepas pemakaian 30 hari. Jangan pakai lebih dari tempoh masa yang dicadangkan. Risiko jangkitan boleh berlaku akibat tidak mematuhi peraturan penting ini.

10. Lakukan Pemeriksaan Mata Dengan Kerap

Penyakit mata biasenya akan di alami dalam keadaan senyap2. Ini bermaksud, kebanyakan individu hanya akan mengetahui status jangkitan apabila sudah sampai peringkat yang teruk.
Dalam musim wabak selsema ini, pemeriksaan lebih kerap perlu dilakukan kerana virus selsema (influenza) menyebabkan pengumpulan mukus yg banyak pada mata dan ini menyebabkan mikrob lebih senang menjangkiti bahagian2 mata.

Yepppppp...... Diharap langkah2 di atas dapat menjadi panduan bagi pengguna2 kanta sentuh khusus nye untuk mengelak dari terkena jangkitan. Ramai pengguna kanta sentuh merasa selesa dan lega kerana tidak perlu lagi memakai kaca mata seharian. Walaupun begitu tidak ramai yang amat kisah tentang penjagaan kanta sentuh. Sebenarnya kanta sentuh perlu la dijaga dengan amat rapi sekali seperti langkah2 di atas....

adios.....


'YOUR EYES COMPANION'

0 Comments
Disqus
Fb Comments

0 Komentar:

Sepintas Lalu : Bilik Pemeriksaan Mata Optometri : Part 2



Assalamualaikum......

Ni hau ma? Selamat hari raya dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia n pengunjung2 baru blog ini.....

Rasenye lame dah tak menulis dalam blog ni... maklumla, mood raye masih tebal dalam sanubari...huhu...

Rasenye dalam artikel kali ini, aku akan menyambung bahagian ke-2 tentang bilik pemeriksaan mata optometri. Dalam artikel bahagian pertama sebelum ini, Aku dah menerangkan tentang alat yang paling asas dalam bilik pemeriksaan mata optometri

Kat sini aku nak tekankan, Ape yg aku terangkan dalam bahagian pertama adalah alatan yg sangat2 asas. Perkhidmatan optometri yg lengkap mesti mengandungi pelbagai mesin dan alatan yg lebih cangggih dan spesifik. Alatan2 yg diterangkan sebelum ini boleh juga didapati di kebanyakan kedai2 optikal yang bukan menerapkan perkhidmatan optometrist.

Alatan2 yg dipaparkan dalam bahagian kedua ini lebih menumpukan pada alatan2 dan mesin yg lebih spesifik kepada perkhidmatan optometri. Dengan erti kata lain, jika anda mendapati sesebuah premis menggunakan mesin2 serta alat2 ini, tidaklah lagi dapat diragui premis itu menggunakan optometrist sebagai teras perkhidmatannya....:)




'RAF Ruler'


RAF Ruler ni digunakan untuk mengukur keboleh upayaan mata kita untuk melihat dan memfokus objek atau figura yg kecil dan dekat. Walaupun alat ini nampak mudah, tetapi alat ini amat penting bagi optometrist mendiagnos pelbagai masalah penglihatan binokular terutama pada kanak2



Set Ujian Streopsis


Set Ujian Streopsis ini membantu optometrist untuk menilai penglihatan binokular mata individu. Ujian ini penting untuk mengesan fenomena supresi monokular di mana seseorang itu hanya menggunakan satu mata dalam melihat.




Ujian Warna Ishihara
Ujian Warna ini digunakan untuk saringan ujian penglihatan warna. Dengan ujian ini optometrist boleh mengetahui status penglihatan warna individu tanpa mengetahui tahap atau keterukan masalah penglihatan warna individu terbabit. Ujian lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui tahap keterukan penglihatan warna individu terbababit



Fundus Camera/Retino Camera


'Fundus Camera' ini adalah alatan berteknologi tinggi yg digunakan untuk memerhati bahagian belakang bola mata dimana terdapat salur2 darah serta saraf2 yg berkait rapat dengan pelbagai kondisi penyakit mata. Penyakit2 mata ini amat kronik dan pemantauan dengan menggunakan 'Fundus Camera' ini dapat menyediakan rekod untuk progres penyakit2 tertentu seperti 'Diebetic Retinophaty', 'Glaucoma', 'Central Retinal Vein Occlusion' dan sebagainya. Alat ini biasanya didatangkan sebagai 'attachment' kepada Lampu Slit Biomikroskopi ataupun sebagai satu alat khas untuk mengambil gambar fundus yg bentuknya sama dengan Autorefraktometer


Tonometer


Tonometer digunakan untuk mengukur tekanan didalam bebola mata kita. Tekanan ini dinilai untuk mengetahui nilai 'Intra-Ocular Pressure' (IOP) yg amat berkait rapat dengan penyakit glaucoma. Tonometer ini terdapat dalam bentuk 'attachment' kepada Lampu Slit Biomikroskopi ataupun sebagai alatan tunggal yg menggunakan teknik tekanan angin (air-puff)



'Indirect Ophtalmoscopy'


Alat ini digunakan untuk memerhati bahagian fundus/retina untuk memantau progres penyakit2 yang berkaitan dengan salur darah serta saraf pada bahagian belakang bola mata. Berfungsi seperti 'Fundus Camera' tetapi hanya digunakan oleh oftalmologis dan optometrist tanpa penghasilan imej di skrin komputer dsb


'Direct Ophtalmoscopy'


Retinoskop

2 Alat diatas dipaparkan bersama kerana rupa bentuk alat ini adalah hampir sama walaupun mempunyai fungsi yang berlainan. Retinoskop digunakan untuk mendapatkan bacaan preskripsi mata individu secara objektif (tidak melibatkan respon pesakit)

'Direct Ophtalmoscope' juga digunakan untuk memerhati bahagian fundus dan bahagian kanta kristalin mata untuk. Fungsi nya sama dengan alat pemeriksaan fundus/retina yg diterangkan sebelum ini. Alatan ini hanya dapat memberikan medan pemeriksaan yg terhad kepada optometrist dan oftalmologis dalam memerhati kawasan fundus/retina pesakit. Hasil cerapan dapat dihasilkan dengan lebih baik melalui 'Fundus Camera' ataupun 'Indirect Ophtalmoscopy'. Walaupun begitu, alat ini masih digunakan secara meluas oleh optometrist2 di Malaysia disebabkan optometrist di sini adalah pakar dalam mendiagnos penyakit2 mata yang berkaitan dengan fundus



Keratometer


Keratometer adalah antara alatan yg amat penting dalam praktis optometri masa kini. Keratometer digunakan untuk mengukur bacaan kelengkungan kornea individu. Dengan bacaan ini, optometrist boleh menentukan jenis kelengkungan kanta sentuh yang boleh dipreskripsi kan kepada individu terbabit. Langkah ini penting kerana kelengkungan kanta sentuh yang tidak 'ngam' dengan kelengkungan kornea dapat menyebabkan kerosakan kepada struktur kornea.


Lampu Slit


Lampu Slit ini digunakan untuk memantau keadaan fisiologi atau pun penyakit yang hadir pada struktur hadapan mata seperti kelopak mata. kornea, konjunktiva, iris dsb. Melalui teknik 'Lampu Slit Biomikroskopi', Sel2 pada bahagian depan bola mata dapat diperhatikan untuk menilai tahap kesihatan mata individu. Evaluasi struktur ini penting terutama bagi pemakaian kanta sentuh. Dengan pelbagai aksesori tambahan, lampu slit boleh diubahsuai untuk melakukan fungsi Tonometry, Funduscopy, Gonioscopy dan sebagainya.

Pembaca2 budiman....Sekian sahaja untuk post kali ini...Semoga bertemu lagi di dalam post akan datang...

adios....


'YOUR EYES COMPANION'

0 Comments
Disqus
Fb Comments

0 Komentar:

OPTOMETRIST UNITED: CORNEA VISION OPTOMETRIST



Assalamualaikum dan salam muhibah...

Perjalanan kami menjejaki optometris bersambung kembali. Kali ini kami meronda jauh sedikit dari Kuala Lumpur tetapi masih mempunyai nama "Kuala" iaitu di Kuala Selangor. Praktis optometris yang "diserang" ini ialah CORNEA VISION OPTOMETRIST yang dimiliki sepenuhnya oleh En. Ahmad Syamzari Kamaruddin.

Sebelum kami bergerak menuju ke praktis, dengan baik hatinya "boss" kita ni belanja makan di Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram.

Makanan yg sangat enak dan servis yang cukup mesra menjemput kami ke sini. Sesiapa yang mencari-cari kedai ikan bakar yang best, dicadangkan restoran ini sebagai salah
satu pilihan.




Selepas memenuhkan perut yang tersangatlah kosong (terima kasih boss![^^]), kami pun bergerak ke Kuala Selangor yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dari Pantai Jeram.
______________________________________________

Cornea Vision Optometrist: Sorry sebab gambar gelap dan tak penuh..al maklumlah malam..hehe


CORNEA VISION OPTOMETRIST terletak di Taman Paduka iaitu lebih kurang 2 kilometer dari pekan Kuala Selangor. Landmark terbesar yang berdekatan ialah Mahkamah Majistret Kuala Selangor yang terletak bertentangan dengan bangunan rumah kedai CORNEA VISION OPTOMETRIST. Untuk pengetahuan pembaca semua, praktis ini merupakan praktis optometri bumiputera yang pertama di Kuala Selangor dan telah memulakan operasinya sejak tahun 2007 iaitu lebih kurang dua tahun yang lalu (Bravo boss!). Setakat ini CORNEA VISION OPTOMETRIST juga telah mempunyai seorang pembantu iaitu Cik Masliani yang juga mempunyai pengalaman yang cukup luas di dalam bidang optikal ini.


En. Ahmad Syamzari Kamaruddin


Jom kita berkenalan pula dengan big bossnya yang tak kurang hensem iaitu En. Ahmad Syamzari Kamaruddin. En. Syamzari merupakan graduasi UKM pada tahun 2005 dan telah menimba pengalaman bekerja di Smart Optometrist dan tidak lama kemudian beralih ke syarikat yang lebih besar iaitu Focus Point. Hanya setahun selepas bekerja, beliau memutuskan untuk membuka praktis sendiri demi penduduk di Kuala Selangor dan sekitarnya memandangkan tiada lagi praktis optometri di Kuala Selangor. Usahawan muda ini menetap di Klang, Selangor buat masa ini dan berulang alik dari Kuala Selangor yang mengambil masa lebih kurang 40 minit.

Di bawah adalah antara gambar-gambar yang sempat kami rakamkan untuk anda semua....

Yang paling kiri tu En Fazlizan...optometris bertugas di Taman Sri Andalas; tengah...da boss; kanan...masdi la sape lagi...






Pandangan kedai dari belakang...sila abaikan motor tu yek...kedai dah tutup so parking dlm kedai takut kalau parking luar ada bangla bawak pegi keje esok..=)






Pelbagai pilihan bingkai dan sunglasses....






Simple, kemas dan menarik....



Kepada semua penduduk Kuala Selangor dan sekitarnya boleh la mengunjungi
CORNEA VISION OPTOMETRIST dan jika terdapat sebarang pertanyaan sila menghubungi En. Syamzari seperti di bawah.

58, Jalan 1 Taman Paduka,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.

Tel/Faks: 03 3281 2261

Dibuka pada setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 9 malam.




Yessszasss....

2 Comments
Disqus
Fb Comments

2 Komentar:

Hari Penglihatan Sedunia 2009


Assalamualaikum wbt dan salam gumbira buat semua pembaca...

Sudah tiga minggu kita merayakan Aidilfitri dan kita masih lagi berada dalam mood raya...Masih tidak terlambat lagi saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca....ramai lagi member-member kita yang mengadakan rumah terbuka dan diharapkan kita semua rakyat Malaysia meneruskan amalan ini demi memelihara dan mengeratkan talian silaturrahim di antara kita......

Ok topik kita hari ini ialah Hari Penglihatan Sedunia...saya pasti ramai di antara kita yang kurang menyedari bahawa hari ini merupakan sambutan Hari Penglihatan Sedunia (8 Oktober 2009)...oleh itu saya ingin membawa anda semua untuk sama-sama "berkenalan" dan seterusnya menyambut Hari Penglihatan Sedunia....yessszass....


Apakah yang dimaksudkan Hari Penglihatan Sedunia?

Hari Penglihatan Sedunia ialah salah satu sambutan tahunan yang tercatit di dalam kalendar World Health Organisation (WHO) - http://www.who.int/mediacentre/events/annual/en/ untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dunia berkenaan dengan kebutaan, kecacatan penglihatan dan rehabilitasi kecacatan penglihatan. Sambutan ini sebenarnya telah dimulakan sejak tahun 2005 dan sedar tak sedar pada tahun ini merupakan sambutan yang ke 5 dan akan diadakan pada setiap hari Khamis minggu kedua bulan Oktober setiap tahun....

Hari Penglihatan Sedunia merupakan salah satu event utama yang menjadi usaha global melalui website Vision 2020: The Right To Sight yang dibangunkan oleh WHO bersama-sama dengan International Agency for the Prevention Blindness (IAPB)...

WSD09 Banner1 490

Tema Hari Penglihatan Sedunia

Pada tahun ini, tema Hari Penglihatan Sedunia ialah

Jantina dan Kesihatan Mata - Khidmat Rawatan Masalah Mata yang Sekata Di Antara Lelaki Dan Wanita

Tema ini dipilih berikutan wanita dan gadis muda merangkumi dua pertiga individu buta di seluruh dunia...kebanyakan daripada mereka tinggal di negara miskin atau kawasan yang sukar untuk mendapatkan rawatan berbanding lelaki....

Mesej Global Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2009
  • Hampir dua pertiga individu buta di seluruh dunia adalah wanita dan gadis muda.
  • Di kebanyakan tempat, bilangan kaum lelaki yang mendapatkan rawatan mata dua kali ganda dari bilangan kaum wanita.
  • Rawatan mata secara sekata berupaya mengurangkan kebutaan secara sedikit demi sedikit di negara-negara miskin.
Fakta:
  • 80% kebutaan boleh dielakkan - sama ada boleh dirawat atau boleh dicegah.
  • 90% individu buta menetap di kawasan berpendapatan rendah.
  • Katarak (http://truskemata.blogspot.com/2009/07/assalamualaikum.html) merupakan sebab utama kebutaan - boleh dirawat dengan mudah dan pada kos yang rendah.
  • 8 juta penduduk dunia buta diakibatkan ralat refraksi. Ujian penglihatan mudah dan bantuan penglihatan seperti kacamata berupaya untuk membantu mereka.
Selepas meraikan Aidilfitri, marilah kita semua merayakan pula Hari Penglihatan Sedunia....jangan lupa juga kepada semua pembaca untuk tanam sebuah pokok sebagai simbolik sambutan Hari Penglihatan Dunia, ok?yessszasss....

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Hari Penglihatan Dunia 2009, boleh la melawat website di bawah ini...



0 Comments
Disqus
Fb Comments

0 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik