Paparan Menarik

Memaparkan catatan dengan label Teknologi Terkini. Papar semua catatan

Punca Pening Kepala / Mabuk Menonton Filem 3D



Assalamualaikum dan salam ceria,

Simptom pening atau mabuk apabila menonton wayang atau filem 3D bukanlah suatu masalah yang baru diperkatakan. Malah sudah menjadi salah satu sebab utama kebanyakan penonton-penonton untuk mengelak dari menonton filem-filem 3D. Saya pasti ramai di kalangan peminat-peminat filem yang mengalami

Baca seterusnya »

Atasi Masalah Silau Dengan Helmet Double Visor


Caberg Riviera V2

Post ini adalah sambungan dari post lepas Masalah Silau Di Kalangan Penunggang Motosikal

Dulunya ciri-ciri Double Visor ini hanya terdapat pada helmet atau topi keledar keselamatan cruiser premium fullface seperti contoh NOLAN, SHOEI dan CABERG. Dengan harganya yang sangat mahal menyebabkan pemakaiannya sangat terhad. Di samping harga yang sangat mahal itu, design atau rekabentuknya yang hanya sesuai untuk motosikal berkuasa tinggi menambahkan keterhadan pemakaian helmet tersebut di kalangan penunggang motosikal cupchai (seperti saya hihihi). Walaupun anda ada banyak duit tapi sanggupkah anda memakai helmet NOLAN N103 N-COM Modular di kala menunggang Honda EX5 Dream? Gua tak sanggup huhu..

Baca seterusnya »

Masalah Silau Di Kalangan Penunggang Motosikal


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masalah silau terutama silau matahari merupakan masalah yang sering menghantui penunggang-penunggang motosikal di negara ini. Waktu tengahari contohnya, adalah masa yang kritikal terutama bagi mereka yang menunggang bagi jarak jauh. Pada waktu tulah matahari betul-betul terpacak atas kepala dan masa tu la jugak perut "menjerit-jerit" minta diisikan demi tenaga untuk separuh masa kedua pekerjaan.

Baca seterusnya »

Bagaimana Filem 3D Dihasilkan?




Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Saya pasti kebanyakan pembaca sudah rasa pengalaman menonton wayang 3D bukan? Filem-filem seperti Avatar, Clash of The Titans, Alice in Wonderland, How to Train Your Dragon, Despicable Me dan bermacam-macam lagi filem-filem yang memberikan suatu pengalaman menonton yang berbeza. Pengalaman seperti melihat daun-daun bertaburan di depan mata, bintang-bintang bergerak ke arah penonton, dan yang lebih "ganas" lagi nak mengelak batu yang dibaling..terasa real kan?Hehehe.. Tapi di sebalik kecanggihan filem 3D tersebut, tahukah pembaca bagaimana filem-filem 3D ini dilakukan?

Baca seterusnya »

Kesan Daya GForce Terhadap Mata Anda


Assalamualaikum dan salam kelajuan kepada semua pembaca...

Kelmarin Litar Antarabangsa Sepang sekali lagi menjadi saksi perlumbaan bintang-bintang sukan permotoran untuk berentap merebut gelaran dunia. Walaupun hujan namun perlumbaan tetap hebat dan menarik. Apapun syabas kepada Casey Stoner, Dani Pedrosa dan Rossi The Doctor yang berjaya menaiki podium dan kepada Valentino Rossi, jutaan tahniah kerana dinobatkan sebagai juara MotoGP dunia kali ke-7 dan yang ke-9 secara keseluruhan termasuk kejayaannya dalam kelas 125cc (tahun 1997) dan kelas 250cc (tahun 1999). Fuhh....memang otai!! Tidak lupa juga kepada pelumba negara kita Elly dan Zulfahmy yang berjaya menamatkan perlumbaan kelas 125cc. Elly berada di tempat ke 16 manakala Zulfahmy di tempat yang ke 20. Tahniah diucapkan. Good start dude!

Pedrosa, Stoner and  Rossi on the podium at Sepang


_______________________



Kita tinggalkan dulu MotoGP kerana ada perkara menarik ingin saya kongsi bersama pembaca berkenaan dengan sukan permotoran ini dengan penglihatan manusia. Ianya berkaitan dengan G Force atau dalam Bahasa Malaysia disebut Daya G. Sebenarnya bukan hanya pelumba motor yang mengalami kesan ini tetapi

1. juruterbang jet pejuang
2. pelumba kereta seperti F1
3. penumpang roller-coaster

Ok sebelum kita bersembang panjang berkenaan kaitan kesan G Force dengan sistem penglihatan manusia, mari kita sama-sama fahamkan apa yang dimaksudkan dengan G Force. Tentunya ada antara anda yang dapat meneka apa yang dimaksudkan dengan huruf "G". "G" itu membawa maksud sebagai "Gravity (Graviti)" manakala Force atau Daya adalah berkaitan dengan Pecutan iaitu berlaku semasa kita mengubah kelajuan sama ada dari perlahan ke lebih laju atau sebaliknya. Oleh itu, dalam kehidupan seharian, semasa anda memandu kereta dan meningkatkan kelajuan atau membelok semuanya berkaitan dengan G Force cuma nilai daya yang dikenakan sama ada kecil atau besar bergantung kepada pemanduan anda. Terkenang pulak masa belajar Fizik Form 4,5 dulu...hehehe..

  • G Force yang berlaku pada objek pegun di atas permukaan bumi adalah sebanyak 1 g.
  • G Force yang berlaku pada objek yang jatuh-bebas di dalam bekas vakum adalah 0 g.
  • Tetapi jika sesuatu objek mula memecut, G Force yang terhasil adalah lebih daripada 1 g.
  • G Force yang berlaku pada objek yang hilang kelajuan secara drastik (contoh-roller coaster yang sedang bergerak "mendaki" puncak rel yang tegak) nilainya boleh menjadi negatif.
Untuk lebih memahami konsep G Force ini, saya berikan anda satu contoh. Jika seseorang mempunyai berat 60kg dan pegun (tidak bergerak), beliau dikenakan G Force sebanyak 1g. Oleh itu berat beliau masih lagi 60kg. Tetapi jika beliau berada di dalam kereta yang membrek, membelok dan memecut, beliau akan merasai G Force yang lebih daripada 2g. Pada nilai G Force 3 g, berat beliau akan bertambah sebanyak 180kg untuk beberapa saat bergantung kepada berapa lama nilai 3 g yang dialami. Bayangkan jika anda sedang memecut laju contohnya di dalam superbike atau kereta lumba atau roller-coaster atau yang lebih hebat lagi jet pejuang yang tentunya mempunyai kuasa pecutan yang sangat besar. Badan anda akan menanggung berat yang bertambah berkali ganda untuk beberapa saat dan tentunya ia akan memberikan kesan kepada fisiologi (fungsi) badan anda.


KESAN PADA TUBUH BADAN

Jika G Force yang dikenakan terhadap badan seseorang itu sangat besar iaitu lebih dari 6 g, kesan yang akan dialami adalah seperti berikut:
  1. Kesukaran bernafas. Ini disebabkan daya yang menarik rusuk ke bawah dan secara tak langsung menarik paru-paru dan kadang kala mengosongkan udara yang berada di dalam paru-paru.
  2. Yang lebih bahaya ialah darah "ditarik" ke bawah jauh dari otak dan jatuh ke bahagian kaki. Ini juga dipanggil sebagai hypoxia.

KESAN PADA PENGLIHATAN

Seperti yang saya maklumkan di awal-awal tadi, G Force juga akan memberikan kesan kepada penglihatan kita. Kesannya adalah seperti berikut:
  1. Penglihatan sisi atau periferi anda mula menghilang dan menyebabkan anda mengalami tunnel vision. Untuk demonstrasi tunnel vision anda boleh gunakan tangan anda. Gulungkan jari anda dan buat seperti teropong Jack Sparrow. Lihat melalui "teropong" tersebut dan anda akan perasan bahawa medan penglihatan anda akan menyempit iaitu anda tidak dapat melihat kawasan di tepi anda.
  2. Anda akan melihat objek dalam keadaan warna hitam dan putih sahaja.
  3. Jika G Force yang dikenakan untuk jangka masa yang lebih panjang, kemungkinan anda akan mengalami kesan yang lebih teruk iaitu kehilangan penglihatan secara drastik atau dipanggil sebagai blackout.
Jika lebih lama lagi G Force dikenakan, anda akan tidak sedarkan diri untuk sementara dan ini dipanggil sebagai g-LOC (g induced Loss Of Consciousness).


G Force NEGATIF

Berbeza dengan G Force positif, kesannya adalah terbalik dengan G Force positif. Seperti yang dimaklumkan seperti di atas, G Force negatif berlaku semasa pecutan perlahan iaitu apabila jentera yang dinaiki membrek atau kehilangan kelajuan dengan drastik. Kesannya adalah seperti berikut:

  1. Anda akan merasakan diri anda "kehilangan" berat dengan drastik.
  2. Darah di dalam badan akan "ditolak" ke atas iaitu bahagian kepala dan otak.
  3. Berbeza dengan G Force Positif, daya yang sekecil 2-3 g juga mampu menyebabkan salur darah di dalam mata anda pecah. Oleh itu, mata anda akan kelihatan merah (bloodshot).
Jom tengok video di bawah ini untuk melihat kesan G Force terhadap juruterbang jet pejuang. Agak lucu bila tengok respons mereka tapi bila fikir balik agak seram juga...








Latihan G Force oleh rekrut-rekrut juruterbang jet pejuang US.



Agak menyeramkan yek? Agak la kan...Tetapi para pembaca tidak perlu risau kerana telah banyak teknologi yang telah direkacipta untuk mengelakkan kesan-kesan di atas daripada berlaku. Kita mulakan dengan juruterbang jet pejuang. Apa yang perlu dipakai oleh mereka untuk mengelakkan mereka tidak berasa selesa dengan G Force yang besar dikenakan ke atas badan mereka.


Juruterbang Jet Pejuang

Mereka akan memakai sut khas yang dipanggil sebagai G suit atau Anti G Suit yang berperanan untuk mengelakkan blackout dan g-LOC. Secara asasnya G suit ini terdiri daripada seluar panjang yang dihubungka dengan sistem pneumatik jet pejuang tersebut. Semasa G Force yang besar dikenakan, udara akan dipam ke dalam kantung udara di dalam G suit tersebut dan G suit akan menjadi ketat di bahagian kaki dan abdomen supaya darah dapat dikekalkan di bahagian badan dan otak juruterbang.




Pelumba kereta

Contoh yang saya ambil ialah perlumbaan kereta yang masyur di negara kita iaitu Formula 1. G Force yang dialami oleh pelumba F1 adalah kebanyakannya melibatkan kawasan kepala dan leher pemandu. Oleh itu, sebuah sistem yang dinamakan sebagai HANS (Head and Neck Safety) System telah dibangunkan di mana kepala dan helmet akan dipegang oleh sistem tersebut secara longgar dan membenarkan pergerakan bebas yang dihasilkan oleh sistem tali keledar keselamatan sahaja untuk mengurangkan risiko kecederaan leher yang disebabkan pergerakan ke belakang atau ke depan secara drastik oleh kepala pemandu.

Lewis Hemilton sedang memakai HANS System di tengkuknya


Untuk memahami lagi bagaimana G Force berlaku pada pemandu F1, sila lihat video di bawah ini




Pelumba Motor

Bagi pelumba motor contohnya seperti MotoGP, sebenarnya G Force yang dialami oleh pelumba tidaklah seteruk pelumba kereta. Ini adalah kerana posisi mereka ketika membelok di mana posisi mereka yang menyengetkan badan dan menghampiri litar menyebabkan kurangnya G Force yang dialami oleh mereka. G Force yang besar dialami oleh pelumba semasa membrek untuk masa yang singkat. Oleh itu beberapa modifikasi telah dilakukan untuk mengurangkan seperti posisi pelumba semasa duduk di atas mesin iaitu ketika motor dalam keadaan tegak. Selain itu helmet juga telah diubahsuai bagi mengurangkan G Force. Pertama sekali, helmet tersebut tidak terlalu berat bagi pelumba kerana seperti yang saya maklumkan di awal tadi, lebih berat sesuatu objek lebih tinggi G Force yang dikenakan. Selain itu, rekaan bahagian dalaman helmet mempunyai EPS yang lembut berupaya menyerap hentakan.



Roller Coaster

Bila dengar perkataan Roller Coaster, pasti ramai yang kecut perut atau mengerikan (lagi-lagi kalau baru tengok Final Destination 3...) atau tak kurang juga yang teruja dan ketagih untuk naik roller coaster yang tentunya ekstrim dan "ganas". Bagi mereka yang pernah menaiki roler coaster, tahukah anda yang anda mengalami G Force yang besar sehingga sebesar 5 g. Ini bermakna berat anda mencapai 5 kali ganda berat anda! Tetapi anda tidak perlu risau kerana daya 5 g tersebut hanya berlaku seketika iaitu nanosaat sahaja dan itulah yang memberikan kesernokan menaiki roller coaster. Satu lagi perkara yang anda tidak perlu risau ialah setiap roller coaster yang dicipta hari ini mempunyai G Force yang tidak melebihi 5g. Dan satu lagi fakta menarik iaitu menaiki roller coaster akan memberikan stimulasi berbeza kepada otak anda yang tidak dirasai dalam keadaan normal. Secara tidak langsung anda akan berasa lebih sihat dan bertenaga! Oleh itu tidak hairanlah jika ada sesetengah orang yang ketagih untuk naik "kenderaan" ekstrim ini.






Yessszassslayaaannnn.....

Baca seterusnya »

Teknologi Baru Ubah Power Kacamata Anda



Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar semua pembaca-pembaca setia blog kami? Kami berdua berharap anda semua berada di dalam keadaan dan situasi yang terbaik di kala penghujung Ramadhan yang mulia ini... Lagi beberapa hari kita akan menamatkan bulan Ramadhan 1430 dan akan memulakan bulan Syawal 1430 Hijrah... Marilah kita bersama-sama menggunakan sebaik-baiknya peluang yang ada ini untuk mendekati dan mencari keredhaanNya... Insyaallah...zasss...

Ok kali ini saya ingin berkongsi bersama-sama para pembaca sekalian berkenaan dengan teknologi kacamata terkini yang telah dibangunkan dengan sukses sekali oleh pakar-pakar di Universiti Oxford, United Kingdom.... Mereka adalah:

Dari kiri atas: Professor Josh Silver, Dr Graeme Mackenzie; Bawah: Dr David Crosby

Universiti Oxford mempunyai pusat penyelidikan penglihatan yang disertai oleh beberapa bijak pandai yang sentiasa menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkenaan dengan penglihatan manusia global... Pusat ini dinamakan sebagai Pusat Penglihatan Untuk Negara Membangun (The Centre for Vision in the Developing World-saya akan menggunakan VDW sebagai singkatannya)... Mereka mempunyai misi di mana ingin membantu mereka yang berada di negara-negara membangun yang amat memerlukan bantuan penglihatan... Di sana mereka telah merekacipta kacamata yang kuasanya boleh diubah sendiri oleh pemakai berdasarkan apa yang dilihat oleh si pemakai....emmm bunyi yang agak menarik bukan...? Gambarnya adalah seperti di bawah ini atau seperti gambar 3 orang pereka kacamata ini di atas....


Ciptaan yang kreatif ini sebenarnya adalah agak kontroversi di kalangan individu-individu tertentu lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang terlibat di dalam perniagaan optikal... Oleh itu sebelum kita pergi jauh ke dalam lagi mari kita lihat apa yang menyebabkan mereka sangat berdedikasi untuk membantu mereka yang berada di negara membangun ini....

MASALAH YANG MEMBELENGGU MASYARAKAT NEGARA MEMBANGUN

Untuk lebih daripada satu bilion manusia di negara-negara membangun, kacamata merupakan satu keperluan kehidupan yang mustahil... Perkhidmatan pemeriksaan mata berkala di sub-Saharan Africa adalah hampir tiada dan ada juga di beberapa tempat di sana pemeriksaan mata adlah dilarang sama sekali.... Kurangnya kualiti penglihatan di kalangan mereka menyebabkan produktiviti kerja yang menurun, peluang pekerjaan baru yang kurang, kualiti kehidupan yang rendah dan tentunya kebutaan yang tidak dapat dicegah.... Tambahan pula bilangan optometris atau optician yang sangat rendah di negara tersebut menambahkan kesulitan mereka untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan mata...

Di negara-negara maju, kacamata diperolehi di praktis optometris atau di kedai optikal di mana proses penghasilan kacamata tersebut akan melibatkan makmal dispensing kanta iaitu kanta kacamata akan dihasilkan dan akan dipotong mengikut bentuk bingkai yang dihajati... Walaubagaimanapun, di negara-negara membangun proses tersebut akan melibatkan kos yang tinggi dan ini akan mengakibatkan harga kacamata menjadi lebih tinggi... Masyarakat di sana merupakan masyarakat yang miskin dan ini akan mengakibatkan mereka menjauhi untuk memakai kacamata walaupun mereka sangat memerlukan kacamata tersebut..... Atas sebab inilah VDW mengorak langkah mencipta Kacamata Adaptif ini khusus untuk membantu masyarakat susah ni negara-negara membangun...

RALAT REFRAKSI (RABUN) DAN REFRAKSI-SENDIRI (SELF-REFRACTION)

Langkah-langkah Refraksi Sendiri

  1. Untuk permulaan semua subjek akan disaring dan jika perlu subjek akan diberi Kacamata Adaptif...
  2. Kemudian subjek akan mengubah tahap kejelasan mata kanan dan kiri secara berasingan....
  3. Setelah memperolehi tahap kejelasan yang optimum, kacamata tersebut akan diset dan alat pengubah yang mengandungi cecair akan dibuang...dan kacamata tersebut boleh dipakai seperti biasa....


Proses yang tersangatlah mudah bukan...? Pemasangan alat Kacamata Adaptif ini juga sangatlah mudah dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi...

Kelebihan

Kacamata Adaptif ini sanagt sesuai bagi pasaran negara-negara membangun di atas beberapa sebab:
  1. Dapat mengurangkan bilangan optometris berkelayakan atas dasar kenegaraan di mana sukar untuk memberikan rawatan kepada masyarakat di sana....
  2. Secara tidak langsung akan mengurangkan kos lebih -lebih lagi kos untuk membina sebuah klinik....
  3. Pembuatan kacamta tersebut secara pukal akan meningkatkan taraf ekonomi di negara tersebut...
Kekurangan
  1. Kuasa astigmatism tidak dapat dibetulkan dengan cara ini... Oleh itu mereka yang mempunyai astigmatism tidak akan memperolehi tahap penglihatan yang memuaskan....
  2. Kuasa rabun (miopia atau hiperopia) yang tinggi tidak dapat dibetulkan menggunakan kacamata ini di atas sebab kacamata ini mempunyai julat yang rendah sahaja....
  3. Rendahnya tahap pendidikan masyarakat di sana akan menyebabkan penerangan mengenai pemasangan dan pemakaian kacamata ini menjadi lebih rumit lebih-lebih lagi bagi mereka yang sangat asing dengan alat bantuan penglihatan ini....
  4. Hanya terdapat dalam bentuk bingkai bulat sahaja.....
Di negara membangun, kacamata ini telah dipakai seramai lebih 30,000 orang dewasa dan pemakaian kacamata ini akan melibatkan kanak-kanak sekolah pula setelah kajian lengkap dijalankan.... Kajian akan dilakukan di Boston (USA), Shantou dan Guangzhou (China)... seramai 1,800 orang pelajar akan diambil iaitu 600 orang di setiap kawasan berumur di antara 13 sehingga 16 tahun....

Itu adalah di pasaran negara membangun..bagaimana pula dengan negara maju....adakah Kacamata Adaptif ini akan menembusi pasaran negara maju? Apa pendapat anda semua.... pasti kacamata seperti ini akan memberikan impak yang besar terhadap dunia perniagaan optikal....dan saya pasti anda semua tak sabar untuk mendapatkan kacamata ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering tukar kacamata pada setiap tahun dengan harga yang tinggi bukan...hehehe...tapi saya pasti jika kacamata ini menembusi pasaran negara maju, harganya mungkin akan diluar dari agakan anda KECUALI negara China yang terkenal dengan industri pembuatan itu berjaya meniru teknologi tersebut berkemungkinan harga akan menjadi rendah....seplosen dari saya...(-^^-)Y Yessszasss!!!


Sebarang maklumat lanjut berkenaan kacamata ini boleh rujuk di website VDW seperti berikut

Di bawah adalah video yang disampaikan oleh Professor Josh Silver.....

Baca seterusnya »

Blog-Blog Lain Yang Menarik