Masalah Silau Di Kalangan Penunggang Motosikal


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masalah silau terutama silau matahari merupakan masalah yang sering menghantui penunggang-penunggang motosikal di negara ini. Waktu tengahari contohnya, adalah masa yang kritikal terutama bagi mereka yang menunggang bagi jarak jauh. Pada waktu tulah matahari betul-betul terpacak atas kepala dan masa tu la jugak perut "menjerit-jerit" minta diisikan demi tenaga untuk separuh masa kedua pekerjaan.



Banyak teknik yang digunakan oleh penunggang-penunggang motosikal demi mengatasi masalah tersebut. Antara teknik yang paling mudah dan murah (RM10-RM35) ialah dengan pemasangan visor gelap pada helmet mereka.

Telah diketahui umum bahawa fungsi utama visor pada helmet adalah untuk menghalang rintangan angin pada muka disamping ciri-ciri keselamatan seperti mengelakkan lubang hidung dari disumbatkan dengan serangga yang sibuk mencari tapak perumahan (gua pernah kene wooo). Jika visor tersebut ditambah dengan ciri gelap akan memberikan keselesaan pada penunggang semasa menunggang pada waktu panas matahari.

Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan teknikal bagi visor gelap tersebut. Di antaranya ialah:

1. Ketika panas terik bertukar kepada mendung, akan menghadkan keupayaan penglihatan dan akan menyebabkan penunggang berasa tidak selesa. Masalah ini akan menjadi lebih teruk jika pertukaran terik ke mendung terjadi dalam masa yang sangat singkat.

2. Visor gelap tidak sesuai dipakai pada waktu malam dan mereka yang memakainya pada waktu malam semestinya mereka yang berani mati dan perasan macho!

3. Visor gelap akan menghalang muka anda yang hensem dan cun itu untuk diusha oleh penunggang-penunggang lain hihihi..


Selain daripada pemakaian visor gelap pada helmet, ramai juga di antara penunggang yang memilih untuk bergaya hensem dengan memakai kacamata hitam atau sunglasses. Ini juga merupakan teknik yang bagus bagi mengatasi masalah silau di samping mengekalkan tahap kehenseman penunggang motosikal. Antara model-model sunglasses yang menjadi trend penunggang motosikal ialah Rayban Aviator (yang femes dalam filem Topgun tu), Rayban Wayfarer (vintage tapi sangat menarik!) dan yang terbaru ramai yang mencari sunglass Oakley Frogskin yang ala-ala Wayfarer jugak tapi lebih banyak warna dan bentuk.

Namun seperti teknik visor gelap di atas, pemakaian sunglass semasa menunggang motosikal juga mempunyai beberapa kelemahan yang agak serupa dengan pemakaian visor gelap. Tambahan daripada kelemahan di atas ialah:

1. Bagi mereka yang kebanyakan masa mereka bekerja di atas motosikal (contoh Mat Despatch, Posmen), pemakaian sunglass akan menyebabkan kawasan di keliling mata berwarna cerah manakala di kawasan muka lain akan berwarna gelap kerana terkena kepanasan matahari dan tidak dilindungi. 

Merujuk kepada permasalahan di atas, beberapa syarikat telah menjalankan R & D (Research & Development) demi untuk membantu penunggang yang mengalami masalah seperti yang telah dinyatakan.

Teknik yang sangat berkesan dan telah diperluaskan penjualannya ialah helmet Double Visor. Helmet Double Visor telah dicipta untuk kesesuaian pemakaian helmet pada waktu panas dan redup tanpa pemakai perlu untuk berhenti dan membuka sunglass atau menukar visor yang tentunya sangat melecehkan.

Saya akan sambung pada post yang akan datang berkenaan dengan Double Visor ni ok..

Wassalam...

*Update: Klik di link ini untuk sambungan post Atasi Masalah Silau Dengan Helmet Double Visor

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik