Memilih Makanan Tambahan atau Supplement Untuk Penglihatan
Makanan tambahan untuk kesihatan mata dapat membantu kita dalam mendapatkan nutrien penting yang diperlukan sehari-hari. Walaubagaimanapun pengambilan makanan tambahan untuk mata setiap hari tidak bermakna kita boleh meninggalkan cara pemakanan sihat atau "menghalalkan" kita untuk terlalu banyak mengambil makanan ringan.
Apa yang dimaksudkan dengan "Diet Sihat" untuk kesihatan penglihatan yang baik?
Secara umumya, diet sihat untuk kesihatan penglihatan bermaksud:
- Mengutamakan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, makanan bijirin, susu rendah lemak serta makanan sumber tenusu
- Pengambilan daging, ikan dan kekacang
- Kurangkan pengambilan lemak (tepu atau tak tepu), kolesterol, garam dan gula tambahan.
Namun kebanyakan rakyat Malaysia kurang dalam mengamalkan pemakanan buah-buahan, sayur- sayuran dan makanan yang bernutrisi, tetapi lebih cenderung kepada makanan yang berkalori tinggi dan bernutrisi rendah yang boleh mengakibatkan kesan buruk pada badan termasuk mata.
Pengambilan pelbagai vitamin (multivitamin) dan mineral berupaya membantu dalam mengisi kekangan nutrisi dan juga membantu melindungi daripada penyakit-penyakit degeneratif termasuk mata seperti katarak dan degenerasi makular.
Bahan-Bahan yang dicadangkan dalam Makanan Tambahan Penglihatan
Kebanyakan vitamin-vitamin dan nutrien ini memainkan peranan penting dalam mengurangkan atau memperlahankan tindakan penyakit degeneratif termasuk masalah mata yang kronik.
- Vitamin A dan beta-carotene.
- Vitamin B Kompleks (termasuk vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12 asid folik, biotin dan kolin).
Vitamin B Kompleks berupaya membantu mengurangkan inflammasi kronik dan mengelakkan peningkatan homosistin di dalam darah. Homosistin terlibat dalam masalah vaskular yang melibatkan retina. Vitamin B juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko degenerasi makular dan juga untuk rawatan uveitis.
- Vitamin C
- Vitamin D
Menurut kajian, vitamin D membantu dalam mengurangkan risiko degenerasi makular.
- Vitamin E
- Lutein dan zeaxanthin
- Phytochemical antioxidants
- Omega 3 asid lemak perlu
Omega 3 asid lemak perlu diketahui ramai berupaya merangsang minda manusia. Namun ia juga berfungsi penting kepada mata dengan mengurangkan risiko mata kering dan juga mempunyai kebaikan lain pada mata.
- Bioflavonoids
Tips Semasa Membeli Makanan Tambahan Penglihatan
Secara umumnya, anda akan lebih menjimatkan wang jika memilih untuk membeli multivitamin daripada membeli vitamin secara berasingan.
Antara makanan tambahan penglihatan yang popular ialah:
- Natberry
- VitaHealth Eyebright
- Kinohimitsu japan Eyebright
Terdapat juga jenama-jenama lain di pasaran. Anda boleh rujuk di farmasi yang berdekatan.
Semasa memilih makanan tambahan penglihatan, pastikan bahawa anda membaca labelnya dengan teliti dan sila ikut panduan di bawah:
- Periksa tarikh luput untuk memastikan produk yang dibeli adalah masih selamat dimakan. Pastikan juga seal pada penutup botol dalam keadaan sempurna.
- Periksa dos yang ditetapkan. Adakah anda perlu makan sebiji tablet, atau lebih pada setiap hari untuk mendapatkan Peratusan Nilai Harian (Percent Daily Value) untuk setiap bahan yang disenaraikan?
- Kapsul adalah lebih baik dari tablet iaitu dari segi penyerapannya dan juga mengurangkan kepedihan perut.
- Makanan Tambahan Penglihatan terbaik mengandungi kualiti bahan bioavailability yang tinggi. Ini bermaksud badan manusia dapat menyerapnya dengan lebih baik dan mudah. Contohnya, bentuk semulajadi vitamin E (D-alpha-tocopherol) adalah dua kali ganda lebih aktif di dalam badan manusia berbanding vitamin E buatan (DL-alpha-tocopherol).
- Elakkan daripada mengambil Makanan Tambahan Penglihatan yang mengandungi produk tenusu, jagung atau bijirin, terutamanya jika anda mempunyai alahan. Namun begitu, kebanyakan syarikat terkemuka selalunya menghindari daripada menggunakan bahan-bahan tersebut.
Langkah Berjaga-Jaga
Jika anda mengandung atau menyusukan anak atau sedang menjalani rawatan atau sedang mengambil sebarang anti-coagulants, dapatkan dahulu nasihat Doktor anda sebelum mengambil sebarang Makanan Tambahan.