Uveitis



Assalamualaikum....


Bertemu lagi kite setelah seminggu rasenye aku tak update blog ni.. Memang busy sket minggu lepas ke sane ke mari... Macam2 hal nak diuruskan... So dengan bangganya aku kali ni nak tulis sket pasal penyakit mata yang dipanggil uveitis..... Maybe korang jarang dengar istilah ni di sebut di mana2.... Seorang pengunjung blog ini iaitu Fazahra Life mahukan informasi tentang uveitis ni.. Aku pun rase penyakit ni penting gak untuk di 'concern' kan, pasal penyakit ni kesan jangka masa panjangnya boleh membawa kepada penyakit2 mata yang lain seperti katarak, glaukoma dan penanggalan retina....

Uveitis, ataupun keradangan uvea adalah penyakit mata yang kronik disebabkan infeksi dan tindak balas imun ke atas struktur uvea mata. Kalau korang tengok anatomi mata kite, uvea ni merangkumi 3 bahagian iaitu iris, badan siliari dan koroid.... Iris terletak dibahagian paling luar mata (struktur yang mengawal bukaan anak mata) dan keradangan pada iris dipanggil iritis. Radang pada badan siliari pula (struktur yang mengawal fokus kanta mata) dipanggil intermediate uveitis. Anterior uveitis adalah terma umum kepada keradangan iris dan badan siliari.

Anterior uveitis terutamanya iritis kebiasaanya akan menyebabkan pengidapnya merasa sakit yang amat pada bola mata. Mata jugak akan jadi merah dan pengidap akan sangat sensitif kepada cahaya (fotofobia).  Berbeza dengan posterior uveitis (keradangan koroid), pesakit tidak merasa sakit atau fotofobia. Pesakit cuma akan mengalami kekaburan pada penglihatan dan mengadu melihat 'floaters'. Floaters adalah objek yang dilihat melayang2 di dalam medan penglihatan seseorang.... Posterior uveitis perlu diberi perhatian kerana penyakit ini akan menyebabkan progres penyakit2 lain seperti glaukoma serta penanggalan retina yang boleh mengakibatkan kebutaan jika tak dicegah dari awal...

Punca berlaku uveitis ni ada banyak termasuklah jangkitan bakteria, fungus dan virus seperti Toxoplasmosis dan Herpes. Uveitis jugak boleh terjadi akibat penyakit yang berkaitan dengan sistem imun kite seperti SLE dan Kawasaki disease. Uveitis jugak boleh terjadi akibat trauma pada mata (kemalangan) dan surgeri pada mata (corneal transplant, IOL implant). Walaupun begitu, kebanyakan kes2 uveitis yang direkodkan tidak diketahui puncanya.... Kebiasaannya, posterior uveitis akan lambat dikesan pada seseorang pengidap disebabkan simptomnya yang tidak jelas... Ini amat dikhuatiri kerana kebanyakan pesakit uveitis yang diperiksa buat pertama kali telah mengalami penyakit sekunder akibat uveitis seperti katarak, glaukoma dan sebagainya...

Penyakit yang kerap menyerang golongan berumur 20an hingga 50an ini biasanya akan dirawat mengunakan steroid. Ubat titis akan diberikan kepada pengidap anterior uveitis manakala steroid oral atau injeksi akan diberi pada pengidap posterior uveitis... Penggunaan steroid ni banyak kesan sampingan seperti peningkatan tekanan darah, peningkatan tekanan mata, peningkatan aras gula serta boleh mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang. Pesakit posterior uveitis perlu selalu dipantau supaya keadaan tekanan bendalir badan dapat dikawal kerana steroid oral yang diberikan biasanya mempunyai dos yang lebih tinggi daripada steroid dalam bentuk ubat titis...

Satu rawatan bentuk baru telah diperkenalkan untuk pengidap posterior uveitis iaitu Retisert. Retisert adalah satu implan yang diletakkan pada bahagian belakang mata selama 2 tahun untuk merawat uveitis.... Implan ini akan merembeskan sejenis steroid khas untuk mengurangkan kesan2 uveitis kepada pesakit dan menurut kajian yang dijalankan, kaedah ini dapat menurunkan risiko terjadinya semula uveitis sebanyak 35%... Walaubagaimanpun kesan penggunaan steroid tetap berlaku seperti peningkatan tekanan dalam mata dan pembentukan selaput pada kanta mata...

Kesimpulanya di sini, kalau korang ada mengalami simptom macam yang disebut diatas, lekas2 lah korang pergi untuk pemeriksaan mata kat hospital... Uveitis ni terutamanya posterior uveitis adalah penyakit kronik yang akan2 senyap merosakkan struktur mata kita... Kalau tak dikesan awal, memang naya jadinye....

adios......


'YOUR EYES COMPANION'

6 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

6 comments:

  1. nice! memang kebetulan ada masalah mata sekarang.

    lately, mata sy sering mengalami masalah penglihatan yg luarbiasa.sentiasa rasa ada something yg mengaburi mata.sy dah try gunakan optrex untuk meredakan ketidakselesaan tersebut. Tapi, masih juga mata bermasalah.

    adakah ini berpunca daripada "power" mata yg sudah naik memandangkan sy menggunakan cermin mata.

    adakah tanda2nya saya mendapat katarak?

    buat masa terdekat mmg saya bercadang utk mendapatkan rawatan.

    harap boleh membantu.

    ReplyDelete
  2. sedara aidilx... berapa umur nye?

    kekaburan ni subjektif... bnyk faktor yg menyebabkn kekaburan...

    watlah lah appointment dengan optometrist yg berdekatan yer...

    lagi satu...optrex, eyemo ker tak beri ape2 kesan pun pada masalah kabur ni... dinasihatkan jgn amalkan pemakaian optrex secara kerap..

    ReplyDelete
  3. eagle tqvm..

    dr pun xterang kat aku macam ni..actually aku pernah kena posterior uveitis mata kiri..stat notis bila ada benda floating kt mata pegi klinik biasa dr just bg eye drop then xhilang2 jugak refer to hospital. Dr kt spital bg aku azithromycin (betul ke aku eja :p)cuz masa jadi tu aku baru balik dari p.redang & aku ada snorkell..so dr suspect aku kena jangkitan kuman dr gogle yg aku pakai @ dari air laut tu sendiri..

    Makan 3 biji azit..tu pun xjalan jugak then dr subscribe aku dgn steroid..mmg teruk laa..dari setinggi2 dos about 10bj prednisolone 5mg sampaila ke 2biji je sehari..badan masa tu dah mcm body builder..water retention.

    It was 3yrs ago..then aku stop pegi spital so far penglihatan aku pun dah ok..now mmg amalkan makanan yg baik utk mata laa..xsanggup aku nak makan steroid lagi..rabun tu mmg dah adala somemore keje hari2 kena mengadap pc..ada pakai spec but kejap je now xpakai dah..

    apapun aku ucapkan terima kasih byk2..memenuhi permintaan utk mengutarakan isu uveitis..good job :)

    ReplyDelete
  4. alhamdullilah takde komplikasi dari uveitis tu...

    kalau posterior uveitis mmg kene dos steroid yg kuat...macam atlet lak...hehe...

    ReplyDelete
  5. respek dgn ko di..info terbaik..:)

    ReplyDelete
  6. kudos tu weng jugak..

    ReplyDelete

Blog-Blog Lain Yang Menarik