Coretan Eagle's Eye 2



Assalamualaikum...

Apa habaq sume para pengunjung2 blog ini....harap2 sumenye sihat2 belaka... Aku tgh berpikir ni tajuk2 post yang akan aku persembahkan dalam bulan Jun ni.... Harap2 adala cadangan dari para pembaca sekelian... Memang banyak lagi isu2 yang aku tak ketengahkan lagi ni... Kalau aku ada kesempatan aku akan update blog ni sekerap mungkin...huhu...

Dalam post yang bertajuk Coretan Eagle's Eye 1, aku ade bagi situasi seorang optometrist dengan pelanggan nye : En Hakimi dan Azwan....

Tujuan aku buat situasi tu pasal aku nak nyatakan persepsi kebanyakan orang pasal rabun ni...


Korang tenguk garis2 ni sume same 'sharp' tak? Ade tak korang tenguk beberapa garis2 ni macam kabur je???



Para pembaca sekalian...

Rabun ada ade pelbagai jenis.....

Untuk orang di bawah 40 tahun kebiasaanya mereka perlukan cermin mata kerana mengidap rabun jauh (minus power atau plus power), ataupun astigmatisme...

Rabun jauh n astigmatisme ni kalau tak dibetulkan memang akan memberi rasa silau pada individu2 yang mengidapnya selain permandangan yang kabur...

Astigmatisme ni dalam bahasa rakyatnye di panggil Rabun Silau




Bile korang ade rabun silau (astigmatisme), korang akan nampak kabur di salah satu satah saja... Macam gambar kat atas, huruf 'X' tetap korang nampak tapi garisan yang membetuk 'X' tu salah satunye nampak kabur



Istilah rabun silau ni digunapakai sejak dulu lagi untuk menerangkan astigmatism.... n selalu jugak dipanggil 'silau' jer....

Kat sini sebenarnya dah berlaku salah faham pada yang tak diberi maklumat dengan jelas... Rabun jauh atau rabun silau ker simptom nyer lebih kurang sama... Kedua-dua jenis rabun ni biasanya akan wujud bersama....

Rabun jauh atau rabun silau ke tetap akan membuatkan seseorang yang mengidapnya terasa silau dan sensitif kepada cahaya....

Rabun silau (astigmatisme) berlaku akibat permukaan kornea yang tidak rata dan simetri.... permukaan yang tidak rata ni menyebabkan cahaya tidak terfokus pada tempat yang sama pada retina...

Pada pengidap rabun jauh (tanpa astigmatisme), silau tetap akan dirasai disebabkan cahaya tidak terfokus pada retina dan terserak sejurus melalui kornea...

So...pointnya di sini, individu yang mengidap rabun (jauh atau silau) akan mengalami silau dan sensitif pada cahaya sehinggalah pembetulan seperti cermin mata dan CL diaplikasi kan....

Tetapi, jika korang ada mengalami fenomena silau, terutama pada waktu malam, tak semestinya korang mengidap rabun.... 

Silau di waktu malam atau bile memandu adalah fenomena biasa kerana sensitiviti mata kepada cahaya terang serta keadaan anak mata yang membesar dalam keadaan gelap (of coz korang akan nmpak cahaya terang sangat!)

Tapi kalau korang rase annoying sangat dengan rase silau tu...tak salah kalau korang saje2 cek dengan optometrist...Optometrist akan rekemen korang ape yang perlu... Kadang2 korang takde masalah rabun pun tapi korang silau pasal keadaan anatomi mata korang yang sensitif pada cahaya seperti anak mata korang lebih besar dari saiz normal apabila malam...

Jika korang diberitahu oleh optometrist yang korang takde rabun ape2, maka korang x perlu buat cermin mata sebenarnya... So korang jgn la ragui optometrist tu...hehe...

Apa yang korang leh wat jika korang rase silau ni? Korang leh pakai sunglasses yang berwarna light je (boleh dipakai siang malam) untul mengurangkan intensiti cahaya yang memasuki mata apabila malam terutama apabila driving...

Harus diingat.... bile korang masuk ke dalam kedai optikal, memang korang akan diberi penerangan untuk membuatkan korang buat spek.... Ini berlaku terutama pada premis2 yang tidak menggunakan perkhidmatan optometri....

Jika korang mendapatkan konsultansi dari optometrist, mereka lebih professional dan hanya akan mencadangkan apa yang korang patut pakai n tidak semestinya akan menjurus kepada pemakaian kaca mata...:)

Ade pertanyaan??? tinggalkan la komen yer.... kat shoutbox pun boleh....hehe...

adios.....


'YOUR EYES COMPANION'

8 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

8 comments:

  1. En. Mata Helang,

    Anything about pemakanan or diet sihat utk MATA..supaya mata boleh power macam mata helang..hehehe

    ReplyDelete
  2. huhu...cube rujuk post yg 1st sekali... secara general pasal permakanan dan penglihatan..

    ReplyDelete
  3. aswanism10:32 PM

    angguk aku lagi jd contoh...

    ReplyDelete
  4. anfosso7:17 PM

    It's my picture, please you have to notice the name of the autor : Anfosso Gilles, www.gilanfo-creation.com

    ReplyDelete
  5. Salam, thanks for the info. skrg baru tau yg sbnrnye klu astigmatisme x perlu pakai spek...huhu..sbnrnye, masa thun 2002, sy pergi cek mata kt satu kedai cermin mata nie...diorg kate rabun ade sket je...tp silau ade..mase tue dlm 0.75 je..lps tue, sy buat laa spek..kdg2 pakai, kdg2 x pakai..lps 2, sy stop pakai spek..tibe2 sy kene serang sakit kepala yg kuat..sy pegi jumpe doktor n doktor tanye,awk ade pakai spek x? and sy kate laa sy pakai...n mase nie laa baru sy tahu yg silau sy nie astigmatisme dan bile sy daa strt pakai, kene trus pakai..lps 2, sy trus pakai..bile masuk matrikulasi, sy mengade taknk pakai, sbb menghalang sy, mcm beban jgk laa..tp, sy pakai mase nak bace buku je, sbb kabur sgt dan kalau sy tak pakai,kepala sy akan pening..sy teruskan tabiat sy nie dlm 2 thn, lps tue, sy prasan yg bile sy pakai spek pun, kpala sy sakit..jd, mase cuti baru nie dlm bulan 4, sy pergi cek kat optometris dan rupe2nya sy punye silau daa naik jadi 2.5 ...kenapa bleh jd naik? dan sekarang saya daa gune kanta yg baru...tp, sekarang sy mengalami sakit kepala dan sakit di kawasan mata walaupun sy memakai cermin mata..adakah silau sy daa naik balik..?? utk pengetahuan cik, kehidupan sy sebagai seorg pelajar menyebabkan sy menggunakan komputer dengan kadar yang lama setiap hari..tolong lah saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih zahratul_ikhwan kerana sudi berkongsi dan bertanya. Kacamata merupakan alat bantuan penglihatan dan bukannya dianggap sesetengah pihak sebagai fesyen semata-mata. Oleh itu pemakaian kacamata adalah perlu sebagai bantuan kepada mereka yang mempunyai masalah penglihatan. Berkenaan masalah zahratul_ikhwan simptom-simptom yang dialami adalah simptom biasa apabila kuasa mata meningkat terutama kuasa astigmatisma. Bagi sesetengah individu astigmatisma merupakan kuasa mata yang "sensitif". Oleh itu sebarang perubahan pada kuasa astigmatisma akan memberi kesan kepada individu. Berkenaan dengan pemakaian komputer untuk jangka masa yang panjang, zahratul_ikhwan boleh melakukan senaman-senaman mudah untuk melegakan mata yang penat. zahratul_ikhwan boleh rujuk dalam artikel blog ini berkaitan dengan senaman mata. Linknya seperti berikut:

    http://truskemata.blogspot.com/2009/05/senaman-untuk-mata.html

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum encik..adakah perlu untuk sy memakai kaca mata rabun jauh sekiranya kuasa rabun jauh sy sebelah kanan -1.00 dan sebelah kiri -0.50 manakala rabun silau sebelah kanan -0.25 dan sebelah kiri -0.50.tetapi pd pemriksaan kali ke-2 rabun jauh sy berkurangan iaitu pd sblh kanan-0.75 dan sebelah kiri+0.00 manakala rabun silau x berubah..untuk pengetahuan encik,sukar untuk sy melihat perkataan yg di tulis oleh guru sy apabila sy menghadap buku dlm 10 minit keatas teruatama sekali perkataan yg berwarna merah..perkara ini menyebabkan sy sering menggosok mata dan mata sy sakit..tolong berikan pendapat encik mengenai hal ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam, sukar untuk melihat tulisan merah di whiteboard adalah salah satu simptom biasa rabun terutama kepada pelajar sekolah. Tambahan adik dah jalani pmeriksaan mata dan ada sedikit power menandakan memang adik perlu mula memakai spec. Jika pakai spec, adik akan kurangkan gosok mata dan mengelakkan perkara yg lebih buruk terjadi. Gunakan power te tbaru jika adik nak buat spec. :)

      _______________________________
      Instagram Puncak Optomobile
      "Dari Universiti, Untuk Masyarakat"

      Delete

Blog-Blog Lain Yang Menarik