Optometrist United : NR Optometrist, Taman Mesra, Kajang


Dengan bangganya aku pada post kali ni aku nak start lah projek aku yang secara officialnyer diberi nama 'Jalan2 Cari Geng2'...hehe... Maksudnya...secara rasminya mulai hari ni aku akan sedikit demi sedikit akan memberikan info tentang premis2 yang menyediakan perkhidmatan optometri di Malaysia ni....Mula2 ni aku akan start di sekitar Lembah Klang la kot... and korang doakanlah aku dapat pegi 'cuti-cuti Malaysia' kat negeri lain, so boleh la aku kembangkan lagi 'database' yang aku nak usahakan ni....huhu...


NR Optometrist terpilih untuk post yang julung2 kali aku buat ni.... Premis ni ikut alamt lengkapnya : No 18-1, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, Batu 13, Jalan Cheras, 43000, Kajang, Selangor terletak di kawasan di sekitar Sg Sekamat, Kajang....

Aku pergi kedai ni minggu lepas pasal aku dijemput untuk membuat part-time selama 4 hari di premis ni.... Bosnye, Pn Nizani Mat Nor nak bercuti pasal katanya dah berzaman dah tak holiday dengan famili.... Aku pun terimalah jemputannya untuk membuat part time kat kedai ni...Pn Nizani ni berpengalamn 10 tahun lebih dalam bidang optikal dan optometri ni...Mmg otai seh!!!

Masa aku nak cari kedai ni, aku ingat kedai ni kat pekan Kajang.... Aku pun pegi la cari kat area pekan... Memangla takkan jumpe... Rupe2nye kedai ni berdekatan dengan SMAP Kajang. Kalau dah berdekatan dengan SMAP Kajang memang aku tau la...hehe... 

Untuk pengetahuan korang, kedai ni memang senang nak jumpa... Dari Lebuh Raya Grand Saga (Highway Cheras-Kajang) korang leh amik exit Kajang dan kalau korang dari K.L korang kene belok ke kiri selepas exit tersebut.... Lepas tu korang terus jer sampai korang nampak signboard Taman Mesra sebelah kanan n korang masuk je simpang ke deretan2 kedai kat situ...

Bagi penduduk2 Sg Sekamat, Simpang Balak, Taman Koperasi Ceupacs dan kawasan persekitaran mesti pernah perasan kewujudan kedai ni yang dibuka sejak 2005.... Kalau penduduk area lain kat Kajang jugak boleh jugak datang kesini kalau korang malas nak bersesak2 kat pekan Kajang tu...huhu...

Aku suke enviroment kawasan ni pasal terletak di kawasan kampung n nak access pun senang... Parking pun senang kat sini.... Premis ni terletak bersebelahan dengan farmasi dan kedai
 runcit...Kat bawah ni aku sertakan gambar2 yang aku sempat amik masa 4 hari aku keje kat sana....zaaasssssss.....



Ruang dalaman premis ada disediakan sudut untuk kanak2...Mmg kanak2 suke nih!!!!



Bilik pemeriksaan yang selesa....Air cond lagi tu....Menggigil aku duduk kat bilik ni....huhu



Ruang pameran untuk bingkai2....Macam2 ada!!!


Pandangan dari pintu masuk...Aik...Mane orang nih???...hihi...Staff2 kat sini segan nak amik gambar skali...haha


Pintu masuk berkonsepkan 'open close concept' dengan pintu bercermin sepenuhnya...




Ok....nantikan premis2 lain yang aku akan lawat bile2 aku senang nanti....Orait...Sekian saje Optometrist United buat kali ini....


adios.....


'YOUR EYES COMPANION'

15 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

15 ulasan:

  1. Tanpa Nama2:13 PTG

    Weh ni dekat ngan umah aku ni...

    BalasPadam
  2. wah, mcm bes je kedai ni..bolehla keje sini nanti.dkt ngn umah.

    BalasPadam
  3. duduk area kajang ke Fazahra?

    Keje kat sini bes wooo... Aman je...huhu

    BalasPadam
  4. ni tempat keje fatin dulu..hehe..syabas di..klw jln2 cari kedai ajak aku nak ikut...hehe

    BalasPadam
  5. ko nak jadi penulis jemputan pun boleh bro...kedai kat senawang..haha..

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama1:44 PTG

    aku duk kat taman dekat2 situ je..hehe mana bleh bgtau lebeh ;)..nampak dari luar cam kureng je..xsangka pulak

    BalasPadam
  7. Keep up teh good job bro.. Wahh, mcm interesting je keje ko nak meluaskan database ni.. Berbakti sambil beribadah!!~

    BalasPadam
  8. aswanism10:41 PG

    insyaallah kitorg akan pegi lg ke praktis-praktis lain...buat mase skrg kitorg akan pegi sekitar KL dan Selngor dulu la..klw ade cadangan dari korang, laaaagi bagus...hihihi

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama2:30 PG

    p r hosp sama..haha

    BalasPadam
  10. aswanism11:37 PTG

    cadangan yang cun...mmg dlm prancangan nak realisasikan...InsyaAllah akan kami usahakan dalam masa terdekat ini...tungguuuuuuu...hihi

    BalasPadam
  11. kat sini ade vacancy utk optom freshie x? ;p
    nk apply?

    BalasPadam
  12. Yang sebtulnya, cek mata dalam keadaan gelap atau keadaan terang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung pada alat yg dipakai dan condition mata pesakit..ada beberapa condition memerlukan mata pesakit diperiksa dalam keadaan terang atau sebaliknya..

      Padam
  13. jika saya beli cermin mata kosong yang boleh isi power, kedai cerminmata boleh terima ke untuk isi power dalam cermin mata kosong ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Cuma dinasihatkan supaya beli bingkai yang berkualiti tinggi supaya tiada maslah bila nak masukkan cermin nanti. Untuk pengetahuan, kedai cermin mata tidak akan bertanggungjawab jika terjadi sesuatu seperti patah dsbgnya. Oleh itu, tiada warranty atas bingkai tersebut dan semua ditanggung oleh pembeli.

      Padam

Blog-Blog Lain Yang Menarik