Kesihatan Mata Pada Bayi
Assalamualaikum...
Seronoknya ade baby kan... Nak2 pada pasangan yang baru berkahwin, mesti tak sabar2 nak menimang cahaya mata pertama.... Pada post kali ni aku nak celoteh pasal condition mata bayi dan penjagaan yang patut untuk mata bayi2 comel yang baru lahir...
- Penyakit kongenital (perolehan semasa delivery)
- Jangkitan mata oleh mikrob
- Tahap penglihatan
Jika perkara di atas tidak wujud dan normal, bayi korang akan disahkan sihat dari segi condition matanya. Selepas itu, dalam penjagaan mata harian korang kenelah bersihkan keliling mata bayi dengan kain lembab yang bersih dan jangan gunakan sabun kerana ini akan memedihkan mata.
Pendarahan Sub-Konjuktiva
Kalau korang pernah melihat dengan teliti pada bahagian mata putih, korang dapat melihat beberapa saluran darah yang halus. Sekiranya satu daripada saluran darah ini pecah, darah akan mengalir keluar kebahagian mata putih . Situasi ini dinamakan Pendarahan Sub-Konjuktiva yang biasanya terjadi semasa kelahiran. Sekiranya keadaan ini berlaku :
- Tiada rawatan diperlukan.
- Ia tidak akan merosakkan mata.
- Darah yang ada biasanya akan hilang dalam masa dua minggu.
Konjuktivitis
Konjuktivitis bermaksud kemerahan yang berlaku pada lapisan konjuktiva iaitu selaput nipis pada bahagian mata putih dan bahagian dalam kelopak mata. Ini mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan, saluran air mata tersumbat atau kerengsaan (burning sensation) akibat alahan dan terkena bahan kimia
Bagi bayi, jangkitan kuman biasanya disebabkan oleh bakteria seperti Neisseria gonnorhea (gonorrheal infection) atau oleh Chlamydia trachomatis. Kedua-dua jenis jangkitan tadi didapati semasa proses kelahiran daripada faraj ibunye yang mendapat jangkitan awal2 lagi sebelum melahirkan bayi.
Simptom-simptom dan tanda-tanda konjuntivitis pada bayi :
- Keluar cecair kekuningan dari mata
- Kelopak mata melekat dengan nanah terutamanya selepas tidur
- Keluar tahi mata (discaj) di bahagian atas pipi
- Bahagian mata putih mungkin bertukar kemerahan atau merah jambu (pink eyes)
- Kelopak mata membengkak
Konjuktivitis nih boleh menjadi lebih parah sekiranya berlaku jangkitan daripada gonorrhea dan berkemungkinan memberi kesan kepada penglihatan bayi korang. Oleh itu adalah penting untuk membawa bayi anda dengan segera untuk mendapatkan rawatan perubatan jika korang kenal pasti simptom2 di atas.
Konjuktivitis Gonococcol (gonorrhea)
- Membersihkan mata setiap jam dengan titisan mata dan titisan antibiotik mata sehingga tahi mata berkurangan dan mata macam merah sangat.
- Diberikan suntikan antibiotik melalui saluran darah vena.
- Ibu-bapa jugak akan disiasat dan dirawat sebagai pesakit gonorrhea.
Konjuktivitis Chlamydia
Jenis konjuktivitis ini biasenya bermula 5 ke 12 hari selepas kelahiran. Rawatan yang diberikan biasenya adalah :
- Antibiotik oral selama 14 hingga 21 hari untuk bayi dan ibu-bapa.
- Antibiotik titis untuk mata dan cecair pembersih mata.
Saluran air mata (Nasolacrimal) terhalang atau tersumbat
Keadaan ini berlaku bile apabila pengaliran keluar air mata dari mata ke hidung terganggu akibat sistem pengaliran nya tersumbat atau tersekat. Tahu tak korang yang baby korang menangis disebabkan tindakan hormon yang spesifik dan bukan disebabkan oleh emosi sehinggalah bayi berusia 2 ke 3 tahun...
Situasi penyekatan pada saluran nasolakrimal ni berlaku kepada 2-6% bayi yang baru lahir. Kedua2 belah boleh jadi mungkin akan tersumbat secara serentak. Kebanyakan saluran air mata yang tersumbat ini akan terbuka secara spontan apabila berumur satu tahun. Penyumbatan salur nasolakrimal boleh menjadi indikasi Glaucoma Kongenital dan pemeriksaan serta diagnosis segera perlu dilakukan untuk membezakan sumbatan biasa atau glaucoma
Glaucoma Kongenital
Bayi yang mengidap glaucoma kongenital : Dengan mata yang besar
Air mata juga boleh menjadi tanda kepada gloucoma kongenital (sejak lahir) dan ini mungkin berkaitan dengan kesensitifan kepada cahaya dan pembesaran kepada bola mata
Tanda2 dan simptom
- Air mata keluar berterusan dalam beberapa minggu selepas lahir.
- Keluar air mata di bahagian bawah kelopak mata dan pipi.
- Bahagian mata putih pada permulaannya tidak kelihatan kemerahan sehingga serangan glaukoma bermula.
- Terdapat risiko jangkitan mata (Konjuktivitis) kerana kelemahan sistem saliran nasolakrimal.
TIPS UNTUK BAKAL IBU DAN BAPA
- Bawa bayi korang berjumpa doktor secepat mungkin sekiranya tahi mata keluar dengan banyak dan tidak berkurangan.
- Bayi yang masih ada tahi mata dalam beberapa hari kelahiran hendaklah dibawa ke hospital dengan segera.
- Gunakanlah kain bersih atau tuala yang berasingan untuk bayi kerana ianya boleh berjangkit.
- Jangan gunakan titisan mata kecuali dengan arahan doktor.
RAWATAN DIPERLUKAN SEGERA JIKA :
- Kelopak mata menjadi sangat merah atau membengkak
- Muncul benjol kemerahan di bahagian bawah sudut kelopak mata.
BERJUMPA DOKTOR SEKIRANYA :
- Terdapat tanda dan simptom conjunctivitis
- air mata berterusan keluar selepas berumur setahun
- Sekiranya bayi mudah terganggu dengan cahaya atau sebelah mata lebih besar.
salam...
BalasPadamSaya menghadapi masalah yg mana salur air mata anak tersumbat. dah 4 bulan baru berlaku. Yg tentionnya orang nursery tak percaya doktor kata matanya bukan sakit berjangkit.
Pn Tinta Sufi Kirana,
BalasPadamPuan boleh minta surat dari Oftalmologis berkenaan dengan keadaan mata anak Puan dan boleh ditunjukkan kepada nursery berkenaan. memang kalau dilihat sekali imbas seolah-olah mata anak Puan mengalami konjunktivitis yang boleh berjangkit (lebih tepat lg bacterial conjunctivitis) kerana simptom yg agak sama. Oleh sbb itu pemeriksaan dan diagnosis Oftalmologis penting utk mengetahui keadaan sebenar...
Salam.. Dalam biji mata hitam anak saya ada warna putih.. Yg bulat.. Boleh terangkan apa kes ni?
BalasPadamsalam. anak saya baru berumur 36hari.dah 2 mggu matanya bengkak dan bertahi mata.dh bwa jumoe pakar dan pakar bg ubat titisan mata.lepas guna ubat tu, tahi matanya bertukar jd warne merah seakan2 keluar bsama darah.knp ye cmm tu? sy sgt risau
BalasPadamKemungkinan mata anak Puan mengalami infeksi. Kemungkinan warna merah tersebut adalah reaksi tindakbalas jangkitan dengan ubat yang telah dititiskan. Sila teruskan rawatan dengan pakar tersebut.
Padam_____________________
Muhamad Azwan Ismail
60193804268
Twitter
Facebook
Salam.
BalasPadamAnk sy baru 4bln..gosok2 mata sebab mengantuk, tapi terkena mata putih.keluar tompok merah.dia nangis waktu mula2 kena sahaja.perlu bawa ke hospital or klinik ke?
Waalaikummussalam,
PadamPantau mata anak tuan sentiasa. Jika ada tahi mata yang luar biasa banyak dan air mata sering keluar, sila bawak pergi ke klinik mata dengan cepat. Jika tiada simptom tersebut, jangan risau..tompok tersebut akn hilang dengan sendiri..Jika boleh jangan lupa untuk pakaikan anak tuan dengan mitten dan dalam masa yang sama pastikan kuku sentiasa pendek untuk elakkan perkara yang sama berlaku..terima kasih
_____________________
Muhamad Azwan Ismail
60193804268
Twitter
Facebook
anak sy baru 8 bulan...baru smlm tbe2 mata die kuar byk tahi mata..sbb ape ye?sblm ni xpnh pulak...
BalasPadamJika berlarutan dan mata mula menjadi merah, kemungkinan ada infection. Boleh berjumpa dengan pakar untuk pemeriksaan lanjut.
Padam_____________________
Muhamad Azwan Ismail
60193804268
Twitter
Facebook
Salam..anak sy berumur 1 tahun 1 bulan..mlm semlm tiba2 dia nangis kuat sambil gosok mata dia..kemudian hampir tgh mlm, baru sy perasan ada tompok darah dekat mata putih dia..knp ya? Setakat ni tiada air mata mengalir berlarutan..
BalasPadamAssalammualaikum, saya nashira, ingin bertanya, saya mmpunyai anak saya berumur 1tahun 4hari..bangun pagi tiba2 dapati mata putih anak saya ada tompokan darah yg kecil, sedangkan semalam tidak ada. Adakah ia merbahaya? Dan didapati bawah mata die kemerahan.. Adakah disebabkan injection setahun yg baru diambil baru2 ini? Adakah perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan? Disini saya ade sertakan gambar mata anak saya.harap doktor sebagai doktor pakar pedriatik dapat menjelaskan keadaannya.terima kasih..
BalasPadam