Senaman Untuk Mata


Asslamualaikum....

Pembaca2 blog yang dihormati.... Korang pernah tak rasa mata korang macam stress and rasa macam menyucuk2 dari dalam?... Kalau korang pernah rase macam ni menandakan korang akan bertemu jodoh tak lama lagi...heheheh.... Merepek je aku nih... Sebenarnya korang akan  rase macam tu jika korang : 

1. Memandu terlalu lama (long distance)
2. Guna komputer lama sangat
3. Terlalu banyak menonton TV
4. Membuat suatu perkerjaan yang memerlukan fokus dekat dalam keadaan berpanjangan


Aku pasti ramai antara korang selalu mengalami fenomena 'eye-strain' nih.... Tau tak korang, fenomena ni sebenarnya dapat dilegakan atau dihilangkan dengan siri2 senaman yang ringkas yang korang boleh buat on the spot... Malah, jika korang selalu buat senaman2 ni selalu, sistem kawalan fokus serta kekuatan mata korang akan bertambah dan mata korang akan menjadi semakin 'mantap' dalam melakukan kerja2 fokus dekat...

Jom kita layan.... 1,2,3,4....8 lagi.... yeah....!!!!


1. 'Push Up' Mata Korang

Senaman bertujuan untuk menguatkan koordinasi mata korang dalam melihat objek2 dekat bersama2... Kiranya korang ajar mata kiri dan kanan untuk bekerja secara berpasukan..heheh..
Kalau koordinasi kedua mata kurang, ni lah yang menyebabkan mata cepat letih...



Kalau takde pen, guna hujung jari pun boleh



Caranya, korang pegang sebatang pen pada jarak panjang tangan dihadapan mata korang... Pastu korang fokus ke hujung mata pen tersebut dan bawak pen tu perlahan2  semakin dekat kearah hujung hidung korang... Pastikan mata sentiasa fokus kat hujung pen tersebut sampai la korang nampak hujung pen tu jadi dua... ulang latihan sampai korang still nampak hujung pen tu satu je walaupun hujung pen tu dah sampai kat hujung hidung korang.... yesssszaaaa...


2. Latihan Mengubah Fokus

Latihan ni bertujuan untuk melambatkan mata korang menjadi letih apabila melakukan 'near task'. Latihan ni bertujuan meningkatkan abiliti mata korang untuk mengubah fokus dari tengok jauh ke tengok dekat atau sebaliknya...

Korang amik satu buku atau surat khabar and pilih tulisan yang agak kecik.... korang fokus pada tulisan tu and bawa tulisan mendekati mata korang... Bawa sampai point last sekali korang still boleh baca tulisan tu...( dekat lagi dari point tu korang dah nampak kabur tulisan tu). Korang tenung tulisan tu selama 15 saat dan lepas tu korang alihkan pandangan korang kat objek jauh yang jaraknya lebih kurang 10 kaki and tenung selama 15 saat jugak... Korang boleh ulang step tadi selama 5 kali... yesssssszaaaaaa


3. Latihan 'Merry Go Round'

Nama latihan kat atas ni aku yang pandai2 bagi....hehe... Latihan ni bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan bekalan oksigen kat mata korang.... Mata korang akan lebih 'fresh' lepas korang buat latihan ni...

Korang cuba pusingkan bola mata korang dalam satu pusingan lengkap sebanyak 3 kali atau lebih pun takpe... Ikut suka korang...  Lepas tu korang gerakkan mata korang ke kanan dan ke kiri dan ke kanan semula... yesssszaaaaa


4. Tekup dan Urut

Nama latihan ni pun aku reka2 sendiri....heheh... Latihan ni bertujuan untuk merelakskan mata korang setelah sekian lama bekerja....



Jangan tertido terus yer!!!!


Caranya, korang tutup mata and kemudian korang urut mata korang dengan belakang tapak tangan... korang boleh lakukan serentak pada kedua2 mata dalam masa beberapa saat.... Sejurus selepas tu, korang bukak mata and korang tekup mata korang dengan tapak tangan (korang jadi tak nampak la masa ni!!!). Korang biar dalam masa 30 saat dan tarik nafas perlahan2 dengan menggunakan hidung....yesssssszaaaaa


Ok....Amacam...??? Boleh la nanti korang cuba kat ofis ker, kat sekolah ker atau dimana2 korang rase sesuai... Kalau korang nak praktikkan di gym2 yang berhampiran pun boleh...Aku tak kisah...hehehe...

Pastikan jugak korang banyakkan berkelip dan menguap untuk melancarkan pengaliran air mata dan oksigen...Banyakkan juga pengambilan air masak yer... Kalau korang amalkan selalu, mata korang akan lambat letih n produktiviti korang akan bertambah...cewah....:)


adios.....


'YOUR EYES COMPANION'

3 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

3 comments:

  1. Untuk lebih mudah, tidur je. sure bangun dh boleh focus.. hehe

    ReplyDelete
  2. huhu...betul jugak tu..jgn tdo kat opis dah la..

    ReplyDelete
  3. salam...saya nak tanye..

    saya rabun jauh n saya ade silau malam..most of it lau drive mesti cahaye lagi besar dari pandangan..cam 40% kot..kirenye memang menggangu lah..pastu now first time pakai cermin mate..n org kedai dah tambah anti silau..wujud eh lapisan anti silau ni?

    ragu2 coz mase pakai.rabun dapat diatasi tapi...silau masih sama..pastu saya hantar balik ke kedai tuk di baik pulih..

    sofar ok rabun ok..tapi silau saya masih ragu2..
    biasenye lau xpakai spek..mate lau drive malam

    -sakit..pening
    -serabut

    lampu nampak - kembang lagi besar dari ordinary size n macam berbayang n ade garisan2 seperti kilauan

    after pakai cermin mate - saya nampak bentuk lampu tu n tidak kembang seperti sebelum ni..tapi masih ade garisan2 tu

    komen cikit.. thanks :)

    lagi 1..kat mane saye leh jumpe pakar optometrist?

    ReplyDelete

Blog-Blog Lain Yang Menarik