Coretan Eagle's Eye 1


Assalamualaikum...

Kite bertemu semula pada post terbaru yang tak seberapa ni...hehe.... Rasenye dah sampai kot 25 post aku publishkan dalam blog yang berusia 2 bulan ni...Aku pun tertanye2 apa lagi skop yang aku tak sentuh lagi dalam bidang optometri dan optikal nih... Contact lens,  penyakit mata, penglihatan.... emmm.... Aku cube nak rotatekan seadilnya antara topik2 yang hendak dikongsi dengan pembaca... Tapi aku rase berlambak lagi info2 yang aku tak persembahkan kat blog ni lagi.. Almaklumla... post pun baru je 25 keping...hehe...

Aku menggalakkn la kalau ada request dari pembaca untuk mengetahui ape2 pun info tentang kesihatan dan penjagaan mata ni. Tak kisah la ape2 topik pun asalkan berkaitan dengan bidang aku... Tapi tak termasuklah mata kucing, mata-mata, mata air ataupun mat tahir...kui3... Yang tu korang cari la blog lain...haha... Jangan la malu2 untuk request ape2 topik... Korang tinggalkan la pesanan kat shoutbox ataupun bile korang nampak aku online tu boleh la tegur2...

Kalau ade geng2 optometrist nak sumbangkan artikel ke pun digalakkan... Kalau ada geng2 optometris nak promote kedai or praktis korang pun boleh...huhu...aku dengan hati terbuka sanggup promotekan kedai korang kat blog aku yang x secanggih mana ni.... Biarla blog ni jadi macam database bagi kedai2 yang mempunyai perkhidmatan optometris... Biar masyarakat tau tentang kewujudan kedai korang di kawasan sekitar pembaca2...Kalau ada pembaca nak submitkan kedai2 optikal atau optometri yang diorang rase bagus pun boleh... Email je aku n aku akan hebah2kan kat blog ni...heheh...

Aku sebenarnya banyak perancangan lagi untuk pelbagaikan content kat blog... Untuk masa depan aku nak jadikan blog ni sebagai database untuk info kesihatan mata dalam bahasa melayu... dan yang menjadi target utama, aku nak hapuskan sume mitos2 yang sentiasa menyelubungi pemikiran dan persepsi masyarakat tentang kesihatan mata, cermin mata, penglihatan dan sebagainya.... Aku dah keje tak lah lama sangat kat bidang optikal ni, tapi aku dah naik muak bile melayan kerenah masyarakat berat sangat nak ambil tahu n amik kesah tentang masalah mata... 

Lagi satu banyak sangat salah tafsir tentang perkara2 yang berkaitan dengan cermin mata, penglihatan kanak2 dan sebagainya... Salah tafsir ni dah jadi sebati dengan persepsi masyarakat skang n aku cukup bengang dengan perkara ni... Perkara ni terjadi pasal bidang optometri ni amat berkait rapat dengan SALE>>>SALE>>>SALE.... Bile korang pegi kedai optikal, korang takkan diberitahu situasi sebenar tentang mata korang.... and semua maklumat yang korang dapat semuanya menjurus kepada SURUH KORANG MEMBUAT CERMIN MATA.... Maklumat yang sebenar taksamapai dan aku rase sume ni tak adil kepada pelanggan... Disebabkan ini timbul la banyak perkara yang orang salah faham dan apabila optometrist nak menerangkan suatu yang betul n fakta, Optometrist tu kene kondem balik...ade ke patut...


Aku bagi contoh la.....


Azwan pergi ke kedai En. Hakimi, seorang optometrist, untuk memeriksa matanya. 
Azwan tidak pernah memakai kacamata sehinggalah umurnya sekarang 25 tahun. 
Tetapi akhir-akhir ini Azwan terasa sukar hendak memandu malam kerana silau. 
Sebelum ke kedai En. Hakimi, Azwan telah membuat pemeriksaan mata berkomputer di kedai optikal bersebelahan. 
Daripada pemeriksaan berkomputer, Azwan diberitahu beliau mempunyai 'SILAU' yang tinggi. 
Sememangnya mata Azwan terasa silau apabila malam dan dengan sendirinya telah membuat kesimpulan jika 'SILAU' perlulah memakai cermin mata. 
Apabila di kedai En.Hakimi, Azwan telah menjalani pemeriksaan optometri dan En. Hakimi menyatakan bahawa Azwan tiada masalah 'SILAU' pun. 
En. Hakimi telah menerangkan hasil pemeriksaan yang dijalankan tadi, Azwan hanya mengalami rabun jauh dengan 'power' dalam -2.00D untuk kedua-dua mata kiri dan kanan. 
Tiba-tiba Azwan melenting dan memarahi En. Hakimi - 
"Saya mana ada rabun jauh... Saya ni ada masalah 'SILAU' je... Saya minum carrot susu selalu... Tak mungkin saya ada rabun...."


Paham tak situasi kat atas nih? Sape yang salah ni? Azwan ke atau En Hakimi yang tak paham masalah pelanggan nye sendiri? Korang renung2 kan la ye... Nanti aku bagi jawapan dalam post akan datang....hehehehe...


adios....


'YOUR EYES COMPANION'

3 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

3 comments:

  1. baru nak tanye masalah mata kucing...
    sy rs kucing sy kena uveitis kot..

    ReplyDelete
  2. wah...kene cari blog veterinar nih..huhu..

    ReplyDelete
  3. kalau boleh i nak tau more pasal uveitis..

    ReplyDelete

Blog-Blog Lain Yang Menarik