Risiko Kanta Sentuh Warna


Asslamulaikum...


Sejak akhir2 ni wujud satu kekeliruan masyarakat tentang penggunaan kanta sentuh (CL) warna. Populariti CL warna yang hangat diperkatakan kini telah menjadi satu ikon dalam fesyen remaja khasnya kaum wanita. Ahli profesional dalam bidang penjagaan mata dah lame menyatakan kebimbangan diorang. Percambahan bilangan pembeli CL warna yang tidak mendapat sebarang pemeriksaan mata daripada optometris terlebih dahulu, amat membimbangkan....  Ramai sekarang membeli CL warna macam tu je daripada jurujual atau optician yang tidak bertauliah untuk mendispenskan CL. Macam biasa, diorang ni menawarkan harga yang rendah dan macam2 promosi  tanpa mengambil kira kesesuaian dan keselesaan CL tersebut pada mata pelanggan diorang. 



`Kenapa perlu periksa mata? Mata saya tidak perlu sebarang kuasa kanta'



Soalan kat atas ni adalah antara soalan yang kerap dikemukakan oleh pembeli CL warna tanpa mengetahui bahaya yang ditempah. Pemeriksaan mata perlu dilakukan ke atas semua pemakai CL tak kira sama ada kanta yang dipakai itu berwarna atau tidak atau, mempunyai kuasa atau sebaliknya. Pentingnya pemeriksaan mata adalah untuk menentukan kesesuaian CL tersebut dengan mata si pemakai. Terdapat sebilangan orang yang tak boleh memakai kanta CL langsung disebabkan oleh mata yang terlalu kering, alahan teruk pada kelopak mata atau penghidap penyakit2 mata yang lain. Ada jugak yang hanya boleh memakai CL dalam tempoh masa yang terhad je...Jadi, penting untuk mengetahui sama ada korang sememangnya layak ataupun tidak untuk memakai CL sebelum membelinya. 

CL warna terdapat dalam pelbagai jenama, saiz, corak dan warna. Setiap jenama mempunyai saiz yang berbeza dari segi kelengkungan dasarnya mahupun diameter kanta. Oleh itu pemasangan kanta ke atas mata pemakai akan menunjukkan persembahan (hasil) yang berbeza bagi setiap jenama yang lain. Korang mungkin pernah mencuba CL warna yang mempunyai jenama yang berbeza dan anda akan rasa kelainan setiap satunya. Keselesaan semasa memakai CL warna tak menggambarkan kesesuaian sebenar kanta tersebut pada mata korang. Korang mungkin berasa sangat selesa dengan CL tersebut  tetapi pemasangan kanta tersebut mungkin sangat ketat. 

CL yang ketat boleh menghalang oksigen dan air mata daripada memasuki kawasan kornea. Selepas beberapa jam barulah korang dapat perhatikan mata menjadi merah dan rasa tak selesa mula la timbul. Cuba korang bayangkan sekiranya korang mempunyai sepasang mata yang kurang sensitif, yang biasanya terjadi pada pemakai kanta sentuh yang sudah lama, korang mungkin tak dapat merasai perubahan yang berlaku. Maka, CL akan terus dipakai tanpa menyedari proses pembengkakan kornea (edema) menjadi semakin teruk.  Kornea yang bengkak memudahkan korang mendapat jangkitan. Sekiranya fenomena ini kerap berlaku korang mungkin terdedah kepada bahaya kebutaan. Terdapat terlalu banyak laporan dari hospital2 kerajaan dan klinik2 mata tentang penyalahgunaan kanta sentuh yang hampir atau telah menyebabkan kebutaan kepada pemakainya. Keadaan ini bertambah parah jika penjagaan dan masa pemakaian tidak mengikut nasihat optometris dan oftalmologis. 

Terdapat dua faktor yang menyumbang kepada pemasalahan komplikasi CL ini. Pertama, disebabkan premis optikal yang tidak mempunyai kelayakan tetapi tetap menjual CL. Atau, Optometris yang bertauliah gagal menjalankan pemeriksaan ke atas pemakai CL baru serta tidak memberi nasihat dan tunjuk ajar pemakaian dan penjagaan CL yang diperlukan. Kedua, pemakai CL itu sendiri yang tidak akur dengan nasihat dan penjagaan CL yang telah disyorkan oleh optometris dan tidak menghadiri sesi ulangan pemeriksaan (aftercare) yang telah diatur.  

Antara penyebab paling ketara berlakunya komplikasi terhadap pemakai CL warna ialah sikap suka berkongsi kanta sentuh dengan rakan2. Ini kerap kali dilaporkan berlaku pada pemakai kanta sentuh 'suka-suka' yang tidak mempunyai sebarang kuasa refraksi (power). Oleh sebab CL tak mempunyai 'power', mereka ni bebas berkongsi kanta sentuh warna. Ramai yang tak mengetahui bahawa penyakit serius boleh berjangkit melalui pemakaian CL antaranya hepatitis B, AIDS dan SARS. Di samping itu, Pengguna jugak perlu sedar tentang risiko ulser kornea yang berkait dengan pemakaian CL warna melebihi had yang disyorkan.  

Terdapat banyak CL warna jenis pakai buang satu bulan di pasaran. Sekiranya pemakai terus menggunakan kanta tersebut melebihi daripada tempoh hayatnya (sebulan), jangkitan dalaman mata, kornea berparut dan lain2 masalah boleh menyebabkan penglihatan terjejas. Dalam kes yang teruk, masalah ini boleh menyebabkan kebutaan. Kene diingat, kanta sentuh warna hanya boleh dipakai dan dibeli daripada Optometris untuk menghindari semua risiko ni. Hanya Optometris yang berpengalaman je boleh mengesan risiko2 awal pada mata pemakai kanta sentuh warna. Jangan takut, kalaupun mata korang bermasalah, korang tetap boleh memakai CL, tetapi dengan syarat2 tertentu yang akan diterangkan oleh Optometris. Optometris  jugak boleh menasihat dan memantau pengguna yang bermasalah sebelum keadaan menjadi lebih teruk.  

Kepada bakal2 pemakai CL sekelian, jumpalah optometris di tempat korang yang berdekatan....Cegah sebelum parah....:)

adios...


'YOUR EYES COMPANION'

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik