Atasi Masalah Silau Dengan Helmet Double Visor


Caberg Riviera V2

Post ini adalah sambungan dari post lepas Masalah Silau Di Kalangan Penunggang Motosikal

Dulunya ciri-ciri Double Visor ini hanya terdapat pada helmet atau topi keledar keselamatan cruiser premium fullface seperti contoh NOLAN, SHOEI dan CABERG. Dengan harganya yang sangat mahal menyebabkan pemakaiannya sangat terhad. Di samping harga yang sangat mahal itu, design atau rekabentuknya yang hanya sesuai untuk motosikal berkuasa tinggi menambahkan keterhadan pemakaian helmet tersebut di kalangan penunggang motosikal cupchai (seperti saya hihihi). Walaupun anda ada banyak duit tapi sanggupkah anda memakai helmet NOLAN N103 N-COM Modular di kala menunggang Honda EX5 Dream? Gua tak sanggup huhu..


Alhamdulillah kini telah banyak syarikat yang mencedok idea Double Visor tersebut dan telah mengaplikasikan kepada helmet-helmet untuk pasaran rendah dengan sasaran pembelinya adalah di kalangan penunggang-penunggang motosikal hensem di negara ini. Antara jenama-jenama helmet yang telah menambahkan ciri Double Visor ini ialah

1. GIVI
2. INDEX
3. MHR

*Untuk helmet MS88 dan Apollo, saya tak pasti dah ada ke belum ciri-ciri Double Visor ni tapi yang penting helmet hensem ekonomi ni ada cop SIRIM hihihi.. Untuk helmet ARAI, setakat artikel ini ditulis masih tiada lagi helmet Double Visor dari mereka. Jika ada, silalah update di bahagian komen yek..

Harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah iaitu bermula pada harga RM150 dan ke atas bergantung kepada jenama dan model. Selain itu, rekabentuk openface yang "mesra" cupchai adalah sangat sesuai dengan penunggang-penunggang motosikal di Malaysia.

Akhir sekali, di samping jenama dan rekabentuk yang mak ai canggih, jangan lupa untuk memastikan helmet yang dibeli mempunyai kelulusan SIRIM. Walaupun helmet tersebut mempunyai cop DOT atau SNELL, (yang mana sudah cukup sebenarnya) sila pastikan juga helmet tersebut diluluskan oleh SIRIM.


Di bawah merupakan senarai tambahan piawaian keselamatan mengikut negara. Sumber Wikipedia
  • ACU (Auto-Cycle Union) Gold or Silver badge
  • AS/NZS 1698:2006 (Australia and New Zealand)
  • BSI (British Standards Institute) 6658
  • CSA CAN3-D230-M85 (Canada. they no longer certify motorcycle helmets)
  • DOT FMVSS 218 (USA)[19]
  • GOST R 41.22-2001 (ГОСТ Р 41.22-2001) (Russia) (based on ECE 22.05)
  • NBR 7471 (Brazil)
  • IS 4151 (India)
  • JIS T 8133:2000 (Japan)
  • Snell M 2005 "2005 Helmet Standard For Use in Motorcycling"
  • SNI (Indonesia)
  • SHARP (UK) - Star Rating
  • CRASH (Australia) - Star Rating
  • ECE Regulation 22 (Europe) (2001)
  • TCVN 5756:2001 (test and certify by QUATEST 3) (Vietnam)
Tips membeli helmet double visor: Pastikan bahawa visor kedua iaitu visor hitam mudah untuk anda kendalikan. Kedua, pastikan juga visor tersebut tidak mudah jatuh ketika terhentak terutama ketika anda melalui bonggol atau lubang-lubang di jalanraya.

P/S: Penulisan artikel ini adalah ikhlas untuk pembaca semua dan saya tidak menerima sebarang komisyen atas usaha mempromosikan jenama-jenama di atas. Jika ada antara pembaca yang menjual Helmet Double Visor ni, sila update di bahagian komen. No problem bro!

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik