Hari Penglihatan Sedunia 2009


Assalamualaikum wbt dan salam gumbira buat semua pembaca...

Sudah tiga minggu kita merayakan Aidilfitri dan kita masih lagi berada dalam mood raya...Masih tidak terlambat lagi saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca....ramai lagi member-member kita yang mengadakan rumah terbuka dan diharapkan kita semua rakyat Malaysia meneruskan amalan ini demi memelihara dan mengeratkan talian silaturrahim di antara kita......

Ok topik kita hari ini ialah Hari Penglihatan Sedunia...saya pasti ramai di antara kita yang kurang menyedari bahawa hari ini merupakan sambutan Hari Penglihatan Sedunia (8 Oktober 2009)...oleh itu saya ingin membawa anda semua untuk sama-sama "berkenalan" dan seterusnya menyambut Hari Penglihatan Sedunia....yessszass....


Apakah yang dimaksudkan Hari Penglihatan Sedunia?

Hari Penglihatan Sedunia ialah salah satu sambutan tahunan yang tercatit di dalam kalendar World Health Organisation (WHO) - http://www.who.int/mediacentre/events/annual/en/ untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dunia berkenaan dengan kebutaan, kecacatan penglihatan dan rehabilitasi kecacatan penglihatan. Sambutan ini sebenarnya telah dimulakan sejak tahun 2005 dan sedar tak sedar pada tahun ini merupakan sambutan yang ke 5 dan akan diadakan pada setiap hari Khamis minggu kedua bulan Oktober setiap tahun....

Hari Penglihatan Sedunia merupakan salah satu event utama yang menjadi usaha global melalui website Vision 2020: The Right To Sight yang dibangunkan oleh WHO bersama-sama dengan International Agency for the Prevention Blindness (IAPB)...

WSD09 Banner1 490

Tema Hari Penglihatan Sedunia

Pada tahun ini, tema Hari Penglihatan Sedunia ialah

Jantina dan Kesihatan Mata - Khidmat Rawatan Masalah Mata yang Sekata Di Antara Lelaki Dan Wanita

Tema ini dipilih berikutan wanita dan gadis muda merangkumi dua pertiga individu buta di seluruh dunia...kebanyakan daripada mereka tinggal di negara miskin atau kawasan yang sukar untuk mendapatkan rawatan berbanding lelaki....

Mesej Global Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2009
  • Hampir dua pertiga individu buta di seluruh dunia adalah wanita dan gadis muda.
  • Di kebanyakan tempat, bilangan kaum lelaki yang mendapatkan rawatan mata dua kali ganda dari bilangan kaum wanita.
  • Rawatan mata secara sekata berupaya mengurangkan kebutaan secara sedikit demi sedikit di negara-negara miskin.
Fakta:
  • 80% kebutaan boleh dielakkan - sama ada boleh dirawat atau boleh dicegah.
  • 90% individu buta menetap di kawasan berpendapatan rendah.
  • Katarak (http://truskemata.blogspot.com/2009/07/assalamualaikum.html) merupakan sebab utama kebutaan - boleh dirawat dengan mudah dan pada kos yang rendah.
  • 8 juta penduduk dunia buta diakibatkan ralat refraksi. Ujian penglihatan mudah dan bantuan penglihatan seperti kacamata berupaya untuk membantu mereka.
Selepas meraikan Aidilfitri, marilah kita semua merayakan pula Hari Penglihatan Sedunia....jangan lupa juga kepada semua pembaca untuk tanam sebuah pokok sebagai simbolik sambutan Hari Penglihatan Dunia, ok?yessszasss....

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Hari Penglihatan Dunia 2009, boleh la melawat website di bawah ini...



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik