Pemeriksaan Mata Berkomputer : Cepat dan Tepat???


Assalamualaikum.......

Bertemu lagi kita didalam post terkini dalam blog 'Mata dan Penglihatan' ini. Terima kasih tak terhingga kepada yang sudi mengunjung blog kami yang tak seberapa ini....:) Di kesempatan ini ingin kami mengucapkan selamat menyambut perayaan Diwali khususnya bg komuniti yg merayakan nya di seluruh dunia.....

Oraittttt.... post kali ni kami nak sembang2 lah pasal satu isu yang agak selalu orang ramai tanya kepada kami... Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut aku nak senaraikan kat sini antara soklan2 dan pernyataan2 yang biasa timbul berkaitan dengan topik kita hari ni....

Dik....kalau cek mate guna yang komputer tu tepat tak dik???

Kenapa pakcik pegi kat kedai spek ari tu diorang guna macam mesin tu????, sekali picit terus keluar power

Anak makcik cek mate ari tu kat kedai spek lain asal macam sekejap jer...??? Ari ni cek kat kedai ni macam lama je.... penat makcik tunggu...

Leceh la kamu cek pakai manual macam ni... bosan saya jawap soklan kamu ni.... kamu pakai je cek pakai komputer tu...kan senang....

Tu dia, mesti di kalangan pembaca sekalian pernah memikirkan kenyataan di atas kan? Sememangnya menjadi isu yg agak mengelirukan berkenaan pemeriksaan mata berkomputer ini. Jika anda menjengah kedai2 optikal yang ada di Malaysia ni, selalunya premis2 optikal ini akan menjadikan pemeriksaan mata berkomputer ini sebagai 'tagline' perniagaan mereka.

Daripada maklum balas yang di kumpul dari kebanyakan orang ramai, mereka lebih yakin jika sesebuah kedai optikal menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata berkomputer ini. Prosedur ini membuatkan proses memberi bacaan 'power' kepada pesakit menjadi lebih cepat. Hanya dengan arahan yang minimum tanpa memenatkan, bacaan preskripsi rabun pelanggan boleh di keluarkan.


pemeriksaan mata berkomputer amat popular di masa kini


Adakah cukup dengan hanya menggunakan alat pemeriksaan mata berkomputer sahaja untuk mendapatkan bacaan preskripsi? Jawapan nya semestilah TIDAK. Kebiasaan nya Optometrist akan membawa pelanggan ke bilik refraksi untuk memperhalusi lagi bacaan preskripsi untuk memastikan bacaan preskripsi betul2 tepat untuk mata pesakit.

Para pembaca yang budiman. Alat atau mesin yang digunakan untuk melakukan pemeriksaan mata berkomputer dipanggil autorefraktometer. Alat berteknologi tinggi ini digunakan untuk membantu para optometrist atau pun oftalmologis untuk memberikan bacaan awal 'power' mata pesakit/pelanggan. Bacaan yang diperolehi dari autorefraktometer TIDAK BOLEH dijadikan preskripsi yang mutlak untuk mata pelanggan.

Isu akan timbul apabila pengusaha2 kedai2 optikal terlalu menjadikan autorefraktometer sebagai panduan mutlak untuk memberikan preskripsi. Hal ini berlaku apabila premis2 ini tidak menggunakan optometrist sebagai teras perkhidmatan. Di sebabkan tiada kepakaran khas untuk melakukan pemerikasaan mata yang menyeluruh, juruoptik yang tidakbertauliah ini akan menggunakan bacaan autorefraktometer sebagai panduan dalam memberi preskripsi.

Untuk pengetahuan pembaca blog sekalian, walaupun juruoptik (bukan optometrist) ini memperhalusi kembali bacaan autorefraktometer dengan kaedah manual, banyak kesilapan presripsi akan berlaku. Preskripsi pelanggan akan lebih bias kepada bacaan autorefraktometer dan akan menyebabkan kesilapan seperti terlebih 'power', kesilapan dalam pemberian kuasa astigmatism dan sebagainya.

Autorefraktometer hanya layak digunakan oleh optometrist/oftalmologis sahaja untuk mengelakkan dari berlakunya kesalahan pemberian refraksi kepada pelanggan. Pemberian bacaan kuasa mata yang salah akan menyebabkan kesan pemakaian kaca mata yang tidak selesa kepada pelanggan. Amat dirisaukan adalah pemberian kuasa yang melebihi kuasa sebenar pesakit/pelanggan menyebabkan mata individu terbabit akan merasa stress serta peningkatan 'power' mata akan berlaku dengan lebih cepat.

Optometrist akan mengambil bacaan autorefraktometer sebagai 'baseline' sahaja untuk menentukan kuasa mata individu. Pelbagai lagi prosedur pemeriksaan yang perlu dilakukan sebelum mengeluarkan preskripsi mata yang tepat kepada pelanggan. Pemeriksaan seperti retinoskopi, ujian penglihatan binokular dsb perlulah dilakukan sebelum kuasa cermin mata diberikan. Terdapat juga optometrist yang tidak memerlukan langsung bacaan autorefraktometer dan hanya bergantung kepada kaedah lain...:)



kaedah retinoskopi lebih memberikan bacaan yang tepat


Autorefraktometer juga amat tidak sesuai untuk mengukur kuasa mata kanak2 dibawah 7 tahun kerana daya tumpuan kanak2 pada masa itu amat rendah. Alat ini juga tidak sesuai untuk memberikan bacaan kepada kanak2 yang juling serta mengalami mata malas (lazy eyes). Warga emas yang mengalami masalah selaput (katarak) juga tidak sesuai untuk diambil bacaan kuasa dengan alat ini. Kaedah lain akan digunakan optometrist untuk menentusahkan preskripsi yang sesuai untuk kes2 khas sebegini.....

Diakui, pemeriksaan lengkap optometrist merangkumi pelbagai prosedur mengambil masa yang lama. Walaupun begitu, pemeriksaan untuk mata anda perlulah dilakukan dengan teliti sekali untuk mengelakkan ketidakselesaan selepas pemakaian kaca mata kelak. Oleh sebab itu luangkanlah sedikit masa anda untuk melalui pemeriksaan yang lengkap untuk kesihatan mata anda sekeluarga..(^^)

Sekian komentar kami dalam post kali ini. Tinggalkan kan lah komen di bawah atau ajukanlah soklan di shoutbox....orait....


adios.....



'YOUR EYES COMPANION'

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik