Wabak Influenza A dan Penjagaan Kanta Sentuh



Assalamualaikum.....

Bertemu lagi dalam rancangan Misteri Nusantara Edisi Bulan Safar...opppsss..... Silap cenel lak...haha... Bertemu lagi para pengunjung2 blog yang budiman.... :) Di harap semuanya ceria2 belaka hendaknya yer...

Wabak 'Swine Flu' atau Influenza A telah menggemparkan seluruh masyarakat dunia akhir2 nih. Sehingga kini, jumlah kematian di Malaysia disebabkan wabak merbahaya ini menjangkau 77 orang. Walaupun begitu, pengawalan dan pencegahan secara efektif hasil dari usaha pelbagai pihak berwajib berjaya mengurangkan jumlah kes2 dari hari ke hari.

Pada hari post ini ditulis, seramai 127 orang individu dimasukkan ke pusat2 perubatan akibat menghidapi gejala influenza-like illness (ILI). Daripada jumlah ini, 27 orang sahaja disahkan menghidap serangan virus H1N1 hasil pengesahan dari makmal patologi. Walaupun begitu, semua pesakit dalam keadaan terkawal.

Apabila kita mendengar berita tentang wabak Influenza A ini, biasenye kita takkan terlintas tentang kesihatan mata kan? Sebagaimana yang di hebahkan oleh media massa, wabak pembunuh ini boleh dijangkiti dengan sentuhan di mana tangan yang terkontaminasi dengan virus ini boleh dipindahkan melalui rongga badan (membran mukus) seperti hidung, mulut dan tidak lain, MATA!!!!.

Mata kita yang kaya dengan membran mukus boleh menjadi jalan masuk virus ini ke dalam badan SEMUDAH apabila kita menggosok mata akibat gatal dan sebagainya. Di sini, pengguna KANTA SENTUH adalah antara yang berisiko tinggi untuk dijangkiti virus H1N1 dan virus2 lain akibat sentuhan tangan dgn membran mata.

Semasa musim penularan wabak selesema ni, pengguna kanta sentuh perlulah menjaga kebersihan diri dan kanta sentuh secara maksimum. Proses pemakaian dan penyimpanan kanta sentuh perlu la dilakukan dengan rapi untuk mengelakkan infeksi. Dalam post kali ni diturunkan beberapa tips2 dan langkah2 penjagaan untuk memastikan pemakaian kanta sentuh anda adalah selamat.

1. Kanta Sentuh Perlu Dibuka Sebelum Didedahkan Kepada Air

Sebaik-baiknya jangan amalkan pemakaian kanta sentuh ketika mandi, berenang dsb. Ini boleh menyebabkan air yg terkontaminasi boleh berpindah pada permukaan kanta sentuh.

2. Basuh Tangan Sebelum Mengendalikan Kanta Sentuh

Tidak rugi untuk anda membasuh tangan ketika mengendalikan kanta sentuh. Amalan ini telah dihebahkan sebagai amalan rutin semasa musim penularan virus H1N1 sebagai langkah pencegahan jangkitan

3. Bersihkan Kanta Sentuh Anda

Amalkan pembersihan kanta sentuh anda secara kerap. Basuh apabila hendak disimpan. Basuh juga apabila hendak di pakai walaupun kanta sentuh telah direndam lama di dalam bekas. Cara membersihkan kanta sentuh mesti la mengikut nasihat optometris. Cara pembersihan yang tidak betul boleh menyebabkan risiko jangkitan.



Cara Mencuci Kanta Sentuh Yang Betul


4. Gunakan Disinfeksi Untuk Rejim Pencucian Anda

Amalan mencuci kanta sentuh dengan menggunakan saline ataupun rewetting drop amatlah tidak tepat. Gunakan disinfeksi khas yang banyak dijual di kedai2 optikal dan farmasi untuk permbersihan yang lebih efektif.

5. Gunakan Cecair Pencuci, Perendam Yang Baru

Jangan sekali2 menggunakan cecair pencuci yg telah digunakan untuk mencuci kanta sentuh. Air dalam bekas simpanan mestilah ditukar setiap kali proses penyimpanan selepas pemakaian seharian.

6. Cermat Dengan Kebersihan Bekas Penyimpan

Bekas penyimpan hendaklah sentiasa dicuci dengan bersih menggunakan cecair pembilas (Multipurpose Solution). Jangan guna air paip untuk mencuci bekas penyimpan ini. Selepas dicuci, keringkan bekas untuk mengelakkan bakteria yang hidup di persekitaran lembap menkontaminasi bekas penyimpan anda.

7. Tukar Bekas Penyimpan Dengan Kerap

Elakkan menggunakan bekas penyimpan yg sama terlalu lama. Semakin lama digunakan, semakin tinggi risiko kontaminasi. Tukar bekas penyimpan dengan lebih kerap sekurang2 nya 2 bulan sekali

8. Kanta Sentuh Mestilah Dipakai Mengikut Jadual

Kanta Sentuh jenis biasa hanya boleh dipakai dalam tempoh 8 jam sahaja. Jika Anda ingin memakai kanta sentuh lebih dari lapan jam, dapatkanlah jenis kanta sentuh yang 'advance' di mana boleh di pakai sehingga 14 jam. Pemakaian yg tidak mengikut arahan akan menyebabkan kerengsaan pada mata menyebabkan mata lebih kerap digosok dan pemindahan mikrob yg mungkin ada di tangan boleh berlaku dengan mudah.

9. Buang Kanta Sentuh Yang Telah Tamat Tempoh Pemakaian

Kanta sentuh pakai buang 30 hari hendaklah dibuang selepas pemakaian 30 hari. Jangan pakai lebih dari tempoh masa yang dicadangkan. Risiko jangkitan boleh berlaku akibat tidak mematuhi peraturan penting ini.

10. Lakukan Pemeriksaan Mata Dengan Kerap

Penyakit mata biasenya akan di alami dalam keadaan senyap2. Ini bermaksud, kebanyakan individu hanya akan mengetahui status jangkitan apabila sudah sampai peringkat yang teruk.
Dalam musim wabak selsema ini, pemeriksaan lebih kerap perlu dilakukan kerana virus selsema (influenza) menyebabkan pengumpulan mukus yg banyak pada mata dan ini menyebabkan mikrob lebih senang menjangkiti bahagian2 mata.

Yepppppp...... Diharap langkah2 di atas dapat menjadi panduan bagi pengguna2 kanta sentuh khusus nye untuk mengelak dari terkena jangkitan. Ramai pengguna kanta sentuh merasa selesa dan lega kerana tidak perlu lagi memakai kaca mata seharian. Walaupun begitu tidak ramai yang amat kisah tentang penjagaan kanta sentuh. Sebenarnya kanta sentuh perlu la dijaga dengan amat rapi sekali seperti langkah2 di atas....

adios.....


'YOUR EYES COMPANION'

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik