'Low Vision' : Penglihatan Terhad dan Kualiti Hidup
Assalamulaikum....
Apa khabar semua pengunjung blog yang dihormati..... Diharap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera selalu... Dalam post ke 48 kali ni aku nak mengupas sedikit tentang keadaan 'Low Vision' atau dalam istilah Melayu nyer ialah Penglihatan Terhad. Secara mudahnya, individu berpenglihatan terhad ni adalah golongan yang mempunyai tahap penglihatan yang rendah sehingga boleh mempengaruhi kualiti hidup seharian.
Golongan penglihatan terhad tidaklah dipanggil 'buta'. Individu berpenglihatan terhad di panggil 'partially sight' ataupun separuh nampak. Golongan ini masih lagi boleh melihat dengan samar2 ataupun dengan keadaan buatan yang khas (dengan bantuan). Oleh itu, amat lah penting skali untuk kita mengenal pasti tahap penglihatan terhad seseorang itu untuk membantu mereka menjalani kehidupan seharian.
Isu penglihatan terhad ini adalah amat penting untuk dikupas kerana ramai pelanggan atau pesakit kami yang tidak tahu bahawa mereka adalah tergolong dalam kumpulan individu yg berpenglihatan terhad. Tahukah anda individu berpenglihatan terhad ini boleh dikategorikan sebagai golongan Orang Kurang Upaya (OKU)??
Contoh Penglihatan Terhad
Menurut takrifan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kurang Upaya Penglihatan terbahagi kepada 2 kumpulan :
1. Buta : Penglihatan/Akuiti Visual kurang dari 3/60 pada mata yang terbaik walaupun dengan pembetulan cermin mata/kanta sentuh dan alat pembetulan optikal yang konvensional
2. Penglihatan Terhad : Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama atau tidak kurang dari 3/60 dengan pembetulan cermin mata/kanta sentuh dan alat pembetulan optikal konvensional.
Takrifan di atas menklasifikasikan golongan kurang upaya penglihatan kepada 2. Golongan pertama di atas dianggap sebagai 'totally lost of vision' dan kehidupan seharian mereka akan sepenuhnya terjejas diakibatkan dari kebutaan. Golongan kedua pula tidak dianggap buta. Walaupun begitu, kualiti hidup mereka mungkin amat terjejas disebabkan penglihatan mereka tidak sebagus dahulu. Dalam kes ini, apa2 bantuan optikal seperti cermin mata dan kanta sentuh tidak lagi dapat membantu untuk memulihkan penglihatan.
Golongan berpenglihatan terhad ini menderita penyakit2 yg boleh menjejaskan fungsi penglihatan. Antara penyakit2 yang terlibat :
1. Katarak
Katarak atau selaput adalah penyakit penuaan yang amat biasa menyebabkan keadaan penglihatan terhad. Katarak yang sudah matang (masak) tetapi tidak dirawat (dibuang) akan menyebabkan penurunan yang teruk terhadap tahap penglihatan seseorang. Individu dengan katarak akan menghadapi kesukaran untuk melihat objek jauh dan sederhana, melihat di waktu malam ataupun cahaya yang suram dan sukar untuk melihat 2 objek dengan keterangan (contrast) yang berlainan/berbeza
2. Degenerasi Makula
Perbezaan Penglihatan Degenerasi Makula dan Penglihatan Normal
Pebende la penyakit ni ek...hehe.... Penyakit ni biasenye akan dialami oleh golongan warga emas 70 taun keatas. Walaupun begitu, penyakit ini boleh dihidapi awal akibat pengambilan ubatan2 (drugs) tertentu, rokok dan alkohol. Pesakit akan menghadapi kemerosotan penglihatan akibat sel2 pada bahagian retina yang paling sensitif akat menyusut dan musnah secara mendadak. Disebabkan itu, individu terbabit akan mengalami kesusahan untuk membaca/menulis disamping tahap penglihatan jauh yang merosot. Penglihatan warna juga terganggu akibat penyakit ini.
3. Glaukoma dan Retinitis Pigmentosa
'Tunnel Vision'
Kedua2 penyakit ini diterangkan bersama kerana penyakit ini menyebabkan pengidapnya kehilangan penglihatan sisi (periferi). Medan penglihatan pesakit kan semakin menyusut dan kebiasaan nya di peringkat yang teruk akan menyebabkan pesakit hanya boleh melihat di medan penglihatan tengah sahaja. Pesakit glaukoma dan retinitis pigmentosa tidak boleh melakukan kerja seharian dengan selesa disebabkan penglihatan mereka amat terhad dan sama sekali tidak dibenarkan memandu ataupun berada di kawasan yang mempunyai trafic yang tinggi. Berbeza dengan katarak dan degenarasi makula, penyakit ini boleh menyerang golongan muda dan umur pertengahan.
4. Retinopati Diebetes
Pesakit kencing manis (diebetes) mempunyai insiden yg tinggi untuk mengidap retinopati. Pesakit berkenaan akan mengalami kemerosotan penglihatan dari segi 'distortion' atau pun terdapat 'tompok2' pada medan penglihatan. Kualiti penglihatan akan terjejas disebakan penglihatan terganggu pada sudut2 tertentu. Adakalanya penglihatan terjejas dengan teruk apabila salur darah di retina pecah dan menyebabkan sel2 retina bengkak. Walaupun retinopati ini mempunya kaedah rawatan, biasenye, kesan akibat retinopati ini akan kekal dan malahan akan lebih teruk lagi jikalau aras gula tidak dikawal.
Faktor2 di atas boleh menyebabkan kehilangan penglihatan yang kekal jika tidak dirawat dengan segera. Walaupun begitu, penyakit2 di atas kecuali katarak memberikan kesan yang berkekalan kepada mata. Kesan yang berkekalan ini memberikan kondisi penglihatan terhad kepada pesakit. Sudah semestinya kesan pada penglihatan yg 'irreversible' ini tidak boleh di pulihkan dengan cermin mata. Dengan cermin mata, penglihatan mungkin boleh dibantu sedikit tetapi tidak sampai pada tahap yang memuaskan.
Kualiti hidup para individu berpenglihatan terhad akan amat berbeza dari keadaan optimum. Pesakit tidak boleh lagi melihat dengan jelas, membaca atau menulis dengan selesa, kurang adaptasi dengan cahaya dan warna dan sebagainya. Kebiasaan nya mereka ini memerlukan seseorang untuk membantu mereka untuk melakukan perkara2 asas dalam hidup. Mereka tidak boleh lagi melakukan aktiviti seperti memasak, 'berjoging', melukis dsb. Kebanyakan pesakit yang berpenglihatan terhad berasa seakan 'life' sudah berakhir dan sudah berputus harap untuk menikmati hidup dengan sempurna.
Di sini kami amat menekankan, kehidupan masih lagi boleh dinikmati oleh pesakit yang berpenglihatan terhad. Kami sebagai optometrist boleh mencadangkan pelbagai solusi untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit 'low vision' ini. Tahukah anda, pesakit ini boleh lagi dibantu untuk melihat jauh dan dekat dengan bantuan pelbagai alat. Mereka masih boleh lagi menonton tv, melayari internet, menjahit dsb dengan menggunakan pelbagai alat bantuan penglihatan terhad yang dpreskripsi oleh optometrist. Alat2 seperti kanta pembesar, teleskop, CCTV dsb boleh membantu pesakit dalam menikmati kualiti hidup seperti biasa!!
CCTV
Dalam post yang akan datang, kami akan huraikan tentang alat bantuan penglihatan terhad yang terdapat di pasaran....:) tunggu..............
adios....
'YOUR EYES COMPANION'