Sepintas Lalu : Bilik Pemeriksaan Mata Optometri : Part 1
Selamat menjalani ibadah puasa bagi pengunjung blog Mata dan Penglihatan....Harap2 taun ni dapatlah kita melengkapkan bulan ibadah ni dengan penuh keberkatan.....
Dalam post kali ini, akan dipaparkan secara sepintas lalu keadaan di dalam sesebuah bilik pemeriksaan mata Optometri yang dapat memberikan perkhidmatan pemeriksaan mata yang komprehensif kepada para pelanggan dan pesakit. Bilik pemeriksaan Optometri yang lengkap mempunyai pelbagai alat yang boleh melakukan pelbagai prosedur dalam Pemeriksaan Mata Optometri.
Pemeriksaan Mata Optometri mencakupi pemeriksaan seperti
1. Penilaian tahap refraktif mata untuk pendispensan kaca mata (Spectacles Prescription)
2. Penilaian terhadap keboleh-upayaan mata untuk memakai kanta sentuh serta evaluasi jenis
kanta sentuh yang akan dicadangkan kepada pelanggan
3. Penilaian tahap penglihatan dua mata (binokular) pelanggan yang melibatkan masalah2
juling, mata malas, mata letih dan sebagainya
4. Saringan tahap kesihatan mata dan mengesan kemungkinan kewujudan penyakit2 mata.
5. Ujian tahap penglihatan serta mendispenskan alat bantuan penglihatan terhad bagi pesakit
'low vision' (hampir buta)
Bilik pemeriksaan Optometri yang lengkap biasanya terdapat di Unit2 Optometri di Hospital2 Kerajaan di seluruh Malaysia. Di premis2 swasta, kemudahan alatan pemeriksaan tidaklah mencapai tahap seperti di hospital dan hanya terdapat beberapa premis sahaja di Malaysia ini yang mempunyai alatan2 dan mesin2 yang setaraf dengan bilik pemeriksaan Optometri di Hospital Kerajaan.
Walaubagaimanapun, setiap premis Optometri di Malaysia mempunyai alatan yang asas untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kpd pelanggan dan pesakit. Melalui Bahagian 1 ini, pembaca2 dapat mengetahui sepintas lalu tentang alat2 dan mesin2 yg paling asas.
1. Carta Snellen/Carta Projektor/Carta LCD
'Snellen Chart' di gunakan untuk mengukur tahap penglihatan mata. Biasanya Carta Snellen ini terdapat dalam pelbagai jenis susunan huruf yang disusun secara menurun mengikut saiz. Sekarang, telah terdapat pelbagai kaedah untuk memaparkan Carta Snellen (Projektor, LCD dsb). Terdapat pelbagai notasi di Carta Snellen untuk menyatakan tahap penglihatan korang. Sebagai contoh : 6/6 untuk penglihatan yang terbaik dan 3/60 untuk penglihatan yang sangat teruk ('low vision'). Carta Snellen konvensional memerlukan panjang bilik sekurang2nya 3 meter untuk menepati jarak penglihatan yang diperlukan.
Carta Snellen yang dipancarkan melalui sistem projektor. Terdapat pelbagai lagi carta penglihatan yang boleh dipaparkan melalui sistem projektor
Terkini, Carta Snellen dan carta2 penglihatan yang lain boleh dipaparkan di dalam 'LCD' yang berbentuk seperti televisyen. LCD ini dilengkapi dengan perisian yang boleh memaparkan pelbagai jenis carta penglihatan dengan pelbagai saiz. Penggunaan LCD ini dapat mengurangkan keluasan bilik yang diperlukan untuk pemeriksaan mata.
2. Trial Set/Foropter
'Trial Set' adalah set kanta2 yang digunakan untuk melakukan pemeriksaan 'power' mata kepada pelanggan. Set kanta ini mempunyai pelbagai 'power' kanta mengikut julat kuasa mata manusia. Biasenye, set2 kanta ni disertai dengan alatan lain seperti 'trial frame' dan 'Cross Cyl'. Kanta2 yg terdapat pada Trial set ini merangkumi kanta yg digunakan untuk menilai astigmatism (rabun silau) dan kuasa prism (untuk juling)
'Trial Lens' berkuasa -1.50 DS
'Trial Frame' yg digunakan bersama 'Trial Lens' dalam mengukur status refraktif mata
Terkini, foropter digunakan untuk menggantikan Trial Set konvensional. Foropter (seperti gambar diatas) lebih mudah digunakan serta menjamin keselesaan pelangan
3. Lensmeter/Fosimeter
Lensmeter atau nama lain nya fosimeter adalah alat yang digunakan untuk mengukur kuasa kanta. Alat ini biasanya digunakan untuk mengukur 'power' kaca mata pelanggan yang lama. Ini adalah bertujuan untuk membandingkan kuasa preskripsi terbaru mata dengan kuasa kaca mata sebelum ini. Perbandingan kuasa ini dapat mencadangkan penyelesaian masalah yang timbul dengan pemakaian kaca mata yang lama.
Autolensmeter : Jenis Lensmeter terkini menggunakan sistem digital
Para pengunjung2 yang budiman.... alat2 dan mesin2 yang dinyatakan di atas adalah yang paling asas sekali yang perlu ada dalam sesebuah bilik pemeriksaan mata optometri. Harus dinyatakan di sini, alat2 yang diterangkan di bahagian 1 ini hanya boleh menentukan kuasa refraktif serta tahap penglihatan pelanggan dan pesakit sahaja dan tidak lebih dari itu. Alatan dan mesin yang lebih canggih di perlukan untuk melakukan prosedur selanjutnya dalam pemeriksaan optometri.
Nantikan post bahagian 2 untuk sepintas lalu alatan2 dan mesin2 yang lain.
adios....
'YOUR EYES COMPANION'