Uveitis




Azwan pergi ke kedai En. Hakimi, seorang optometrist, untuk memeriksa matanya.
Azwan tidak pernah memakai kacamata sehinggalah umurnya sekarang 25 tahun.
Tetapi akhir-akhir ini Azwan terasa sukar hendak memandu malam kerana silau.
Sebelum ke kedai En. Hakimi, Azwan telah membuat pemeriksaan mata berkomputer di kedai optikal bersebelahan.
Daripada pemeriksaan berkomputer, Azwan diberitahu beliau mempunyai 'SILAU' yang tinggi.
Sememangnya mata Azwan terasa silau apabila malam dan dengan sendirinya telah membuat kesimpulan jika 'SILAU' perlulah memakai cermin mata.
Apabila di kedai En.Hakimi, Azwan telah menjalani pemeriksaan optometri dan En. Hakimi menyatakan bahawa Azwan tiada masalah 'SILAU' pun.
En. Hakimi telah menerangkan hasil pemeriksaan yang dijalankan tadi, Azwan hanya mengalami rabun jauh dengan 'power' dalam -2.00D untuk kedua-dua mata kiri dan kanan.
Tiba-tiba Azwan melenting dan memarahi En. Hakimi -
"Saya mana ada rabun jauh... Saya ni ada masalah 'SILAU' je... Saya minum carrot susu selalu... Tak mungkin saya ada rabun...."
`Kenapa perlu periksa mata? Mata saya tidak perlu sebarang kuasa kanta'








Assalamualaikum... Nak Celoteh Pasal Juling Laks....Juling (Squint) adalah keadaan dimana kedua-dua mata tidak selari. Maksudnya, satu mata macam memandang ke arah lain dan sebaliknya.... Orang yang juling ni ada yang matanya kelihatan masuk ke arah dalam (ke arah hidung) dan ada yang ke arah luar (ke arah telinga). Ada jugak kategori juling mata ke arah atas dan ke arah bawah, tetapi kes seperti ni mmg rare....
Biasanya disebabkah oleh otot- otot mata yang tidak berkeseimbangan dan lemah. Juling konvergen menyebabkan mata terarah ke dalam, manakala juling divergen pulak terarah ke luar. Sebagai contoh, otot yang mengawal pergerakan mata kanan ke arah dalam telah lemah. Ini akan menyebabkan mata kanan akan lebih terdorong untuk bergerak ke arah luar (ke arah telinga) berbanding mata kiri yang mempunyai keseimbangan otot2 yg baik...
Kadang2 juling akan kelihatan pada masa tertentu sahaja, macam bile letih dan terkena cahaya matahari yang terik. Jika juling tidak dirawat dan umur telah meningkat dewasa, juling akan menjadi kekal dan akan mata akan kelihatan tak selari sepanjang masa...
Kat baby baru lahir, mata biasanya tidak boleh fokus dengan baik bila melihat objek. Jadi mata mungkin akan bergerak dengan tak tentu halanya dan secara rawak. bila umur dah masuk 3-4 bulan, baby2 dah boleh fokus dengan lebih baik dan matanya lebih selari. Baby 6 bulan biasanya dah boleh fokus jarak jauh dan dekat.
Kalau la ibu bapa mengesan keadaan juling pada kanak-kanak berumur 4 bulan ke atas, korang dinasihatkan berjumpa pakar mata untuk check-up baby korang. Rawatan awal juga penting untuk sebab yang lain, pasal penyakit serius seperti barah dan tumor juga boleh menyebabkan juling.
Juling boleh terjadi sejurus selepas lahir. Juling jugak boleh berlaku pada bile2 masa seperti selepas penyakit atau kecederaan.
Kire2 2% kanak2 ada mata juling. Setengah daripada jumlah kanak2 tu dilahirkan dengan juling.
Untuk penglihatan yang normal, kedua-dua mata perlu selari. Dengan mata juling, setiap mata akan melihat imej yang berlainan. Disebabkan itu, otak kanak-kanak akan tidak menghiraukan imej dari mata yang lebih lemah untuk mengelakkan kekeliruan. Inilah yang akan menyebabkan ambliopia atau mata malas. Jadi adalah penting untuk mengesan masalah mata juling pada usia yang awal kerana rawatan adalah lebih berkesan untuk kanak-kanak yang lebih muda umurnya.
Ada kanak2 yang kelihatan seperti diorang juling tetapi sebenarnya tidak mengalami juling. Lapisan kulit yang berlebihan dekat sudut dalaman mata yang berdekatan batang hidung yang rendah atau kedudukan antara kedua2 mata yang berjarak dekat boleh menyebabkan juling palsu. Ini sering terjadi kepada kanak-kanak Asia khususnya populasi chinese dan biasanya keadaan ini hilang bila muka lebih dewasa
Oftalmologis boleh mengesan keadaan ini dan ibubapa tidak perlu risau jika oftalmologis mengatakan ini juling palsu...
Copyright © 2013 Mata Dan Penglihatan and Blogger Templates