Pening Kepala, Penglihatan dan Fakta Berkaitan


Bertemu lagi pengunjung2 blog yang dihormati.... Sepanjang aku keje kat bidang optometri ni, komplen yang aku selalu dapat ialah Sakit Kepala. Pening/sakit kepala ni selalu dikaitkan dengan masalah penglihatan... Kalau korang pegi klinik untuk mengadu pasal pening kepala, mesti doktor tuh akan suruh korang cek mata untuk pastikan mata korang ade 'power' atau 'degree' yang memerlukan korang untuk memakai cermin mata... 

Walaupun sakit kepala dianggap sinonim dengan pemakaian cermin mata, tidak semestinya korang akan end up dengan pemakaian cermin mata secara berterusan jika korang mengalami pening kepala yang kerap... Ada sebab atau faktor lain yang boleh menyebabkan korang sakit kepala atau migrain... Kali ni aku nak fokuskan masalah pening kepala secara umum supaya korang mendapat gambaran jelas tentang masalah ini....

Sakit Kepala (headache) adalah terma yang digunakan untuk menerangkan satu keadaan yang tidak selesa atau sakit yang dirasai di mana-mana bahagian kepala.

Berikut adalah jenis2 sakit kepala :

• Sakit kepala akut (tiba2)
• Sakit kepala kronik atau berulang2 serta berpanjangan
• Migrain
• Sakit kepala tegang ( Tension headache )


Sakit Kepala Akut

Sakit kepala kategori nih berlaku hanya sesekali dan tidaklah berpanjangan. Sakit kepala jenis ni mungkin disebabkan oleh:

.......Jangkitan virus ringan seperti selsema dan demam selsema, termasuk jangkitan
penyakit berjangkit yang serius seperti demam denggi, malaria dan demam kepialu.

.......Jangkitan otak yang akut. Kanak-kanak yang mengalami jangkitan di otak seperti meningitis atau encephalitis mengalami sakit kepala yang teruk serta rasa mengantuk, sawan dan muntah2

.......Masalah gangguan telinga tersumbat ( glue ears ) dan jangkitan telinga.

.......Masalah pada sinus iaitu laluan udara yang terdapat di antara tulang muka dan tulang tengkorak. Kanak2 akan mengadu sakit kepala apabila laluan udara ini dijangkiti dan
dipenuhi cecair atau lendir. Keadaan ini dikenali sebagai sinusitis (resdung)

.......Masalah penglihatan atau kesihatan mata. Sakit kepala boleh jugak terjadi bile otot2 di sekeliling mata menjadi penat. Keadaan ini mungkin berlaku apabila seseorang mengalami masalah rabun atau lapisan kornea yang tidak rata (astigmatism) menyebabkan mereka mengalami ketegangan semasa melihat. Glaucoma pulak ialah satu keadaan apabila tekanan di bola mata meningkat dan keadaan ini sekali-sekala sebabkan sakit kepala

.......Masalah gigi dan gusi. Gigi bernanah atau jangkitan gusi boleh menyebabkan sakit kepala

Perhatian!!!!  : Semua kanak-kanak yang mengadu sakit kepala perlu diperiksa oleh doktor.


Sakit kepala kronik atau sakit kepala yang berulang-ulang

Sakit kepala yang berlaku berulang kali atau berterusan dalam jangkamasa yang panjang
dikenali sebagai sakit kepala kronik. Kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik atau
sakit kepala yang berterusan jarang mendapat masalah gangguan otak yang serius seperti
ketumbuhan otak, pembesaran arteri secara berlebihan (aneurysms) atau kemerosotan fungsi
otak (degenerative brain disorders ). Gejala yang biasa berlaku ialah muntah, hilang
penglihatan, lemah anggota badan, sawan atau kemerosotan ingatan. Kebanyakan kanak2
yang mengalami sakit kepala kronik/berulang-ulang nih mempunyai migrain atau sakit
kepala disebabkan ketegangan.


Migrain

Migrain menyebabkan sakit seperti menyucuk2 sebelah kepala. Ianya bermula di
bahagian dahi dan tepi kepala atau kedua2 belah kiri dan kanan kepala. Kanak2 juga akan merasa loya dan muntah. Kanak2 mungkin mengadu matanya berpinar dan mengangu
ketenangan dan keselesaannya. Kanak-kanak yang mengalami migrain lebih selesa dengan
suasana yang senyap dan gelap untuk berehat kerana suasana bising dan terang menyebabkan
sakit kepalanya semakin teruk.


Sakit kepala tegang ( Tension headache )

Sakit kepala ini amat lazim terjadi di kalangan kanak2. Ia juga dikenali sebagai sakit
otot kepala dan disebabkan oleh ketengangan otot2 di bahagian dahi dan tepi kepala. Sakit
kepala ini selalunya disebabkan oleh perasaan bimbang, sebarang tekanan emosi atau situasi
yang tegang di sekolah atau di rumah....


Secara umumnya faktor seperti stress, cahaya terang, suasana persekitaran yang tidak tenang boleh menyebabkan pening kepala. Jika pemeriksaan mata oleh optometris mendapati korang tidak perlu memakai cermin mata, kesan lah sebab lain kenapa anda mengidap pening kepala... Jumpe kembali doktor untuk mengenal pasti sebab2 lain yang mengakibatkan sakit kepala korang... Terangkan pada doktor tentang status tekanan korang semasa di tempat kerja dan persekitaran hidup korang supaya doktor dapat membuat pemeriksaan lanjut...

Jika korang didapati memerlukan preskripsi cermin mata. kenela korang memakai cermin mata sepanjang masa untuk merelakskan mata yang stress akibat cuba melihat objek2 yang korang tak mampu lihat... Rabun Jauh dan Dekat serta astigmatism haruslah dibetulkan dengan cermin mata atau kanta sentuh.... Jika semua ukuran dan parameter cermin mata diukur dengan tepat, masalah sakit kepala akan hilang dengan sendirinya dengan syarat korang perlu memakai selalu cermin mata yang korang buat.... Jumpala Optometris supaya masalah sakit kepala akibat rabun dapat dirawat dengan sempurna... 

Untuk post akan datang aku nak terangkan tentang terma 'silau' serta mitos2 mengenai 'silau' yang menyebabkan orang ramai lebih 'concern' tentang masalah 'silau' berbanding masalah mata yang lain..Kita terjah nanti.....zassssss.....

adios....


'YOUR EYES COMPANION'

43 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

43 comments:

  1. Anonymous3:34 AM

    boleh terangkan skit tak ttg faktor2 persekitaran yg bleh menyebabkan pening?..sy seringkali pening terutamanya semasa bekerja maklumlah saya bekerja sebagai programer.. apakah langkah2 yg perlu sy lakukan utk mengatasi pening kepala ni?...

    ReplyDelete
  2. en tanpa nama...

    faktor2 persekitaran pening disebabkan oleh penglihatan :

    1. cahaya yang terang
    2. postur kepala, tengkuk, bahu yang tidak betul semasa bertugas
    3. cahaya yang malap (bergantung kepada status 'degree' mata)
    4. lama masa bekerja
    5. teks yang digunakan
    6. dsb...

    dalam kes di atas perkara yang simple en boleh lakukan ialah berehat sementara...

    pastikan juga en telah memastikan status 'degree' mata anda dengan optometris...

    en boleh rujuk sebelum ni pada post sebelm ini...

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:28 AM

    Salam..saya nak tanya..pagi2 tadi anak saya yg berumur 16 tahun mengadu sakit kepala semasa bangun tidur dan tidak dapat melihat untuk beberapa ketika. Untuk pgetahuan tuan,anak saya pernah diserang sawan semasa kecil..apakah petanda sakit kepala jenis ini..tk.

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:23 PM

    assalamualaikum...saya pelajar tingkatan4.soalan saya,
    saya sering sakit kepala terutama sewaktu saya mengulang kaji pelajaran.kadang2 sakit kepala tu makin lebih serius.bila saya berjumpa dgn doktor...doktor hanya mengatakan bahawa saya hanya mengalami tekanan( stress ) dan tidak cukup tidur..pelbagai cara telah saya lakukan tuk mengurangkan sakit kepala ni.tapi x berhasil sehinggakan saya sering mc ke sekolah.ia amat membimbangkan saya kerana ia akan merjejaskan semua mata pelajaran saya memandangkan tahun depan saya akan menduduki peperiksaan SPM..so saya nk minta penjelasan dan cara/petua tuk menggurangkan sakit kepala yg saya hadapi ini.

    ReplyDelete
  5. aswanism12:48 PM

    Wa'alaikummussalam Adik,

    Banyak kes pening kepala tidak dapat diketahui puncanya (idiopathic). Jika sudah buat pemeriksaan penuh kesihatan tapi masih belum settle, sila buat FULL EYE CHECK UP.

    Masih awal jika saya buat kesimpulan pening kepala adik adalah disebabkan masalah mata. Untuk kemudahan, sila terus berjumpa dengan Optometris.

    Elakkan pergi ke kedai cermin mata yang tiada Optometris sebab kes adik ni memerlukan pemeriksaan yang lebih detail terutamanya berkaitan dengan OTOT MATA.

    Sila PM saya supaya saya boleh suggest di mana tempat berdekatan yang adik boleh pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous5:41 PM

      Boleh saya tahu di manakah Optometris yang berdekatan di kawasan puchong atau subang jaya?

      Delete
    2. Menara Optometry di Mydin Mall dan USJ Taipan
      Malaya Optical, Prosight di SS 15

      Delete
  6. tolong!! sy mengalami sakit kepala yang amat teruk.dan doktor tlh mngesahkan saya mengalami masalah migraine.masalah ini sering mengganggu sy smpi sy terpaksa tengguhkan kerja2 harian saya dn terpaksa untuk pergi mengambil MC di klinik.pabila sakit itu datang sy tiak boleh berdiri dan sering muntah.saya sangat risau akam masalah ini akan memudaratkan kehidupan sy kerana sy beru berusia 14 tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak teruk jugak migraine adik ni..saya cadangkan adik cuba buat pemeriksaan power mata dan dalam masa yang sama jumpa dengan pakar neuro

      Delete
  7. Anonymous9:33 AM

    mengapa kepala saya selalu rasa pening dan rasa macam khayal aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh buat pemeriksaan dulu dgn doktor..

      Delete
  8. saya nak tanya , macam mana kalau sesorang itu sakit mata bila dia bukak mata lepas tu pening dalam satu masa yang sama ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah saya nak jawab tu sebab terlalu general..kemungkinana besar ade kaitan dengan otot, power mata atau persepsi cahaya. Try pegi check mata dulu k..

      Delete
  9. Anonymous4:48 PM

    assalamualaikum..sy nk tnye..sblm ni sy pernah sakit kepala sebelah kiri waktu matric dulu..selepas tu, sy ok ble sy dah abis matric smpai la dh masuk u ni..tp sejak kebelakangan (sem 3) ni sy rase pening tu dtg balik..sy xbrani nk g cek ngn doktor..ade ape2 kesan ke kalau sy biar bnde ni brterusan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam, saya sarankan supaya saudara/saudari jalani pemeriksaan mata dahulu supaya kita dapat tahu punca sebenar pening kepala. Jika pening kepala berkaitan perihal mata, terdapat beberapa teknik untuk membantu hilangkan pening kepala. Jika dibiarkan, boleh mengakibatkan migraine dan secara tak langsung akan memberi kesan kepada prestasi pembelajaran Wallahua'lam..

      Delete
  10. saya,berusia 7 tahun, sering sakit kepala di sebelah tepi mata, setelah diperiksa, saya mengalami lazy eyes disebelah mata kanan.saya baru saja berjumpa doctor pakar mata di hospita semalaml.doctor tidak memberi apa2 ubat, cuma perlu ke hospital semula pada april tahun depan. Masalahnya dalam tempuh 4 bulan(lama)bagaimana nk mengatasi masalah sakit kepala saya.adakah lazy eyes ini memang menyebabkan sakit kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika keadaan mata kanan dan kiri tidak seimbang, kebiasaannya akan menyebabkan sakit kepala. Cuba pergi dapatkan pemeriksaan mata untuk pengesahan.

      Delete
  11. Sy dh pening masuk minggu ke 3, pelik pening sy ni kepala xsakit pun atau rasa berdenyut, sy pening ni dtg bila bjlan atau berdiri x smpai sejam dh pening mcm nk pitam khayal je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh jmpa doctor check darah mnggu dpn tau result, masalah pening sy ni pelik sgt2 bila duduk atau baring xpening, dan sy pening tak sakit kepala pun

      Delete
    2. Yang paling baik, di samping jalani pemeriksaan tubuh badan mata juga perlu jalani pmeriksaan.

      Delete
  12. Anonymous3:23 PM

    Salam, saya 17 tahun dan baru sahaja mengalami sakit telinga yg teramat sangat... saya tak pergi klinik tp hanya pergi farmasi beli ubat titik dan ubat tahan sakit. Sakit telinga sy masih ada tetapi skrg sy rasa ia dah pergi ke kepala... bahagian kiri kepala sy berdenyut sgt, sakit sama seperti telinga kiri sy. Mcm mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, adik perlu pergi berjumpa dengan doktor atau audiologis dengan segera. Jangan biarkan melarat kerana jika dapat tahu masalah lebih awal rawatan akan menjadi lebih mudah.

      Delete
  13. Anonymous3:43 PM

    Assalamualaikum, anak sy berusia 9tahun selalu mengadu sakit kepala di bahagian stiap kali pulang sekolah. tapi sebelum memulakan pelajaran semuanya rasa ok je. katanya setiap x mula menulis sambil melihat Whiteboard sakit kepala dia dtg lagi. apakah masalah anak sy tu sebenarnya? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam, kebiasaannya kanak-kanak yang mengadu sakit kepala adalah tanda beliau mempunyai masalah mata. Sila tuan/puan bawa anak jalani pemeriksaan mata.

      Delete
  14. Anonymous3:44 PM

    sakit di bahagian dahi

    ReplyDelete
  15. Ank sy berusia 3 tahun dan kerap sgt megadu sakit pala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Puan bawa anak pergi jalani pemeriksaan mata. Kalau tiada masalah, bawak bersama-sama borang oemeriksaan mata tersebut berjumpa dengan doktor pula..

      ______________________
      Puncak Optomobile
      "Dari Universiti, Kepada Masyarakat"

      Delete
  16. Anonymous3:03 PM

    hai, sya brumur 17 thun. Kebelakangan ni sya selalu skit mata sehingga menyebabkn kpala sya skit. Lbih kurang mcm migraine tu lah rsa nya. Penglihatn sya tak kabur cuma sya tak boleh mnghadap komputer lama sangat. Adakah sya mngalami simptom2 rabun?atau sya mmerlukn cermin mata?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah sakit kepala selalunya berasosiasi dengan masalah mata yang susah nak dikesan oleh pengadu. Kebiasaannya doktor atau optometris akan buat pemeriksaan khusus untuk nak kesan masalah mata yang berkaitan dengan sakit kepala. Nasihat saya, walaupun tuan/puan rasa macam takde masalah mata cuba jalani pemeriksaan mata dahulu.

      Delete
  17. salam.. nak tanye ni, macam mana kalau kita sakit kepala berpanjangan , sampai seluruh kepala rasa sakit yang teramat .. huhu , adakah ia ada kaitan dengan masalah mata ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amilia Syahirah

      Perlu buat pemeriksaan mata dahulu. Jika berkaitan, optometris akan beri rawatan yang sesuai. Jika tiada yang berkaitan dengan mata, perlu berjumpa dengan doktor dengan segera.

      ____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      Optometrist
      Puncak Optomobile
      Twitter aswanism
      Facebook Puncak Optomobile
      Instagram Puncak Optomobile

      Delete
  18. Salam..boleh cuba solusi migrain di sini ya..
    http://bit.ly/1jXkuGx
    Terima kasih

    ReplyDelete
  19. Salam,
    saya nak tanya satu persoalan adakah kaitan antara silau mata boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit kepala. Saya bertanya ini kerana keadaan emak saya yang mengalami sakit kepala yang teruk sangat sehingga kesihatan nya turut terjejas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam,

      Ya memang kuasa silau boleh mengakibatkan sakit kepala. Cuba buat pemeriksaan mata serta kesihatan seperti tekanan darah dan diabetes supaya mudah untuk buat rawatan.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  20. assalam dan slmt pagi, sebelum tu saya ucapkan tahinia dan syabas kerana saudara telah membuka ruangan/blog kesihatan yang amat di erlukan oleh masyarakat sekarang ini..
    saya nak tanya anak saya berumur 5thn lebih sering mengaduh pening,kawasan yg selalu dia tunjuk adalah di bahagian dahi, semasa mengaduh anak saya tidak demam atau sakit.. uuntuk pengetahuan anak saya pernah terjatuh dari katil akhir tahun lepas dan terhentak bahagian atas sebelah kiri kepala,pemantauan 24jam telah dilakukan, doktor mengesahkan anak saya bebas dari tahap yang membimbangkan..alhamdulilah, tapi sejak kebelakangan ini dia kerap mengaduh pening kepala.Adakah ini ada kaitannya dengan kes dia jatuh katil. tolong saya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Puan Wafiza Yan, terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Pujian Puan saya jadikan inspirasi untuk terus menulis. Terima kasih sekali lagi.

      Memandangkan doktor telah mengesahkan tiada sebarang komplikasi di bahagian kepala, saya sangat menyarankan Puan untuk bawa anak untuk menjalani pemeriksaan mata dengan optometris. Kebiasaannya pening kepala yang dialami oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor kuasa refraktif mata, lemah otot mata atau lemah pemfokusan mata. Faktor-faktor ini boleh terjadi secara tunggal atau bersama-sama.

      Jika anak Puan disarankan untuk memakai kacamata, saya nasihatkan supaya belikan sepasang secepat yang mungkin kerana mata yang perlu pakai kacamata tapi tak pakai akan mengakibatkan keletihan melampau pada mata. Harap saya menjawab soalan Puan. Terima kasih.

      ____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  21. Assalamualaikum saudara,

    Saya ada persoalan untuk saudara. Harap saudara dapat luangkan masa untuk masalah yang saya hadapi.

    Dalam sebulan yang lepas saya ada mengalami masalah mata yang kerap berair dan rasa berbahang di dalam mata. Bukan itu sahaja, saya turut mengalami masalah kabur mata. Terkadang mata saya dapat melihat jarak jauh dan terkadang itu tidak. Oleh kerana masalah itu kerap kali berlaku, saya pergi ke kedai optik untuk cek apa masalah mata saya dan optician mengatakan bahawa mata saya ada masalah dan perlu berjumpa optometrist. Dengan berbekalkan pesanan optician tersebut saya pergi berjumpa optometrist hospital kerajaan. Berdasarkan keputusan yg didapati setelah kajian ke atas mata saya, Optometrist suspect mata saya mengalami masalah rabun dekat pendam. Ya, ini adalah pertama kali saya mendengar istilah rabun dekat pendam, optometrist tersebut telah menerangkan situasi sebenar tentang mata saya yang terkadang berlaku masalah kabur adalah kerana mata yang letih dan ianya adalah disebabkan rabun dekat pendam. Optometrist tersebut telah menyarankan saya untuk memakai kacamata dengan lensa power plus. Setelah memakai kacamata, saya sering mengalami sakit kepala dan penglihatan jauh saya agak terhad. Adakah ini perkara normal untuk mata saya menyesuaikan diri dengan kacamata?

    Terima kasih atas kesudian saudara dalam meluangkan masa untuk masalah yang saya hadapi ini

    Sekian,

    Juliana Jamalluddin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam,

      Bagi mereka yang mempunyai masalah latent hyperope atau masalah rabun dekat pendam kebiasannya mempunyai sedikit kesukaran masa mula2 pakai spec power plus. Untuk permulaan, saya sarankan saudari cuba pakai spec hanya untuk buat kerja-kerja dekat sahaja dahulu. Setelah selesa cuba pakai spec untuk separuh hari tanpa buka. Biasakan diri dahulu dan setelah selesa cuba pakai untuk satu hari pula. Jika pening, kurangkan masa pemakaian seperti yang saya cadangkan.

      Untuk pengetahuan saudari, pemakaian spec untuk kes saudari ni bukanlah untuk menjelaskan penglihatan tetapi lebih kepada terapi otot mata. Oleh itu, cuba pakai secara berperingkat dan teruskan pemeriksaan dengan optometrist di hospital yang sama kerana beliau boleh memantau sebarang perubahan yang berlaku pada mata saudari dari semasa ke semasa. Harap dapat menjawab persoalan saudari.

      Terima kasih.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  22. Anonymous5:55 AM

    Salam saudara...boleh Bg penerangan secara details tntg msalah sy... Sy kerap sakit kepala, tp sakit kepala hnya di sebelah bahagian saja kdg2 rasa mcm mata sblah kiri nk terkeluar je.. Dulu mata sy penah mengalami pendarahan dlm mata, dah jmpa doktor n doktor sah kn pembuluh mata sy pecah bermula dari situ sy kerap sakit kepala... Kdg kala sakit kepala smpai rasa mual n nk muntah, bila mkn ubat tahan sakit dia hilang kemudian esok dia datang sakit semula ,apa yg prlu sy buat ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya cadangkan supaya saudara/saudari buat pemeriksaan mata dengan optometris pula. Saya syorkan supaya beberapa aspek mata yang lain dapat diperiksa dan dapat diketahui status mata saudara/saudari sama ada menjadi penyebab utama sakit kepala tersebut. Terima kasih.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Delete
  23. Anonymous2:20 AM

    Salam, sy nak tanya tentang pemakaian cermin mata. Pemakaian secara berterusan atau sekali sekala dapat membantu menurunkn/stay power spec? Ape faktor power spec semakin tinggi?

    ReplyDelete
  24. faiha4:00 PM

    asslamualaikum .... setiap pagi dn petang mata sye akan sakit....teramat sakit .... ape punca dn akibat ia berlaku .... saya risau jika ia boleh mmbuat diri sye buta..... saya baru berumor 13 tahun

    ReplyDelete
  25. Anonymous12:54 AM

    Adalamualaikum mata saya seribg berpinar dan kelabu kemudian sy akan sakit kepala sebelah bahagian iaitu bahagian sebelah mata yg sakit sehingga muntah kemudian dia akan okey saya perasan hal ini terjadi apabila setiap kali sy berada di tempat uh terlalu terang cahaya spt dalam shoping mall ..apakah sy mempunyai masalah mata .. Mohon pencerahan terimakasih tlg email sy di may_hunney@ymail.com

    ReplyDelete

Blog-Blog Lain Yang Menarik