Optometrist United : Millennium Vision Optometrist, Bandar Baru Selayang







Assalamulaikum Brothers and sisters sekalian..... Hari ni aku nak citer lagi pasal tanggapan salah kite pada perkara2 yang melibatkan mata....haha...Jom kite terjah... 1. Penyakit mata merah disebabkan oleh debu/habuk Tak selalunye betul... Mata merah ni lebih kerap didapati pada mata yang berpenyakit... Perlulah kite lebih mengganggap mata merah ni sebagai indikasi infeksi dan jangan pandang remeh fenomena mata merah ni... Walaupun begitu, biasa jugak mata merah ni disebabkan oleh debu atau bendasing ni Pada mata merah akibat infeksi, selain gatal, terdapat juga rasa berpasir bile mata ditutup, pengeluaran airmata berlebihan, dan merah pada mata semakin hari semakin bertambah. Simptom2 ini mungkin disertai oleh pembengkakan kelopak mata serta lekitan (discaj) pada kelopak mata... Mata merah akibat debu dan habuk biasanya tidak menghasilkan discaj, jarang membengkak, dan kemerahannya semakin hari semakin surut. Mata merah infeksi biasanya memerlukan ubatan untuk pemulihan. Antibiotik, antiviral atau antifungal akan diberikan untuk meredakan mata merah infeksi.. 2. Mengintai/Mengendap boleh menyebabkan ketumbit dsb (stye,chalazion). Tidak benar.....hehe... Ketumbit ni terjadi juga akibat infeksi sama seperti mata merah tetapi infeksi pada ketumbit lebih tertumpu pada kelenjar2 di kelopak mata... Di kelopak mata kite terdapat beberapa kelenjar, seperti kelenjar air mata (lakrimal) dan kelenjar minyak (sebum). Jika kelenjar ini dijangkiti mikrob, struktur kelopak mata akan membengkak dan berbentuk seperti bisul.... Ketumbit tidak boleh dibiarkan tanpa rawatan antibiotik.... Ketumbit yang tidak dirawat dengan segera menyebabkan struktur bengkakan semakin membesar dan keras sehingga sukar untuk surut. Keadaan yang berlanjutan menyebabkan ketumbit hanya boleh diubati dengan pembedahan... 3. Tidak semua orang dalam hidupnya perlu ber kacamata. Tidak benar. Orang yang matanya sihat dan normal pun setelah berumur sekitar 40 tahun, akan memerlukan kaca mata khas untuk membaca bagi rabun dekat (presbyopia). Rabun dekat bukan penyakit, melainkan sebahagian dari proses penuaan. Suka atau tidak, setiap orang akan mengalami rabun dekat bile sampai waktunya. Untuk itu cermin mata khas perlu ditempah untuk membuat kerja2 dekat. 'Degree' rabun dekat seseorang semakin meningkat jika umur meningkat... Pada individu dengan mata bermasalah, mungkin sejak kanak2 lagi telah memerlukan spek. Mata yang mengalami rabun jauh telah berkembang sejak kecil lagi. Penglihatan kabur akibat rabun hanya dapat di betulkan (noted: bukan dipulihkan) dengan spek dan CL. LASIK dan pelbagai jenis surgeri refraktif dapat merawat sesetengah individu yang mengalami rabun. 4. Rabun malam dapat diatasi dengan memakai kacamata. Kekeliruan berlaku di sini. Situasi rabun malam (bagi individu yang tiada rabun jauh dan dekat), di mana penglihatan terganggu apabila melihat gelap (setelah matahari terbenam), tidak boleh dibetulkan dengan spek sepenuhnya. Rabun malam terjadi disebabkan faktor sel2 saraf untuk membezakan kondisi terang dan gelap di retina terganggu (sel2 rod). Keadaan ini umumnya terjadi akibat kekurangan vitamin A untuk waktu yang lama. Kekurangan Vitamin A jugak boleh menerangkan fenomena silau yang sering dialami pemandu di waktu malam. Kekurangan Vitamin A melambatkan proses adaptasi cahaya pada keadaan gelap, menyebabkan mata amat sensitif pada cahaya dan penglihatan terganggu seketika selepas melihat cahaya yang terang... 5. Kebutaan pada bayi hanya diperoleh sejurus sejak lahir akibat jangkitan dari ibu. Tidak semestinya. Hanya sedikit sahaja kes kebutaan mata terjadi akibat jangkitan dari ibu seperti toxoplasmosis. Kebutaan lebih kerap disebabkan oleh kekurangan vitamin A, glaucoma kongenital, dan katarak. Bagi bayi yang kurang mendapat bekalan vitamin A, kerosakan pada struktur mata boleh berlaku dengan serius. Perkembangan mata tak boleh berlaku tanpa kehadiran Vitamin A. Walaupunbegitu, keadaan ini jarang berlaku kerana formula2 makanan bayi baru lahir mutakhir ini amat kaya dengan pelbagai vitamin untuk menjamin kesihatan bayi. 6. Ubat titis mata boleh mengubati masalah mata merah. Tidak benar. Ada banyak jenis ubat titis mata di pasaran. Ubat titis jenis 'over the counter' yang dapat dibeli dengan mudah di mana tidak dapat merawat mata merah akibat jangkitan. Ubat titis untuk mata merah jangkitan memerlukan preskripsi doktor dan hanya boleh dibeli di farmasi. Ubat titis mata untuk jangkitan juga mempunyai pelbagai jenis ada yang untuk jangkitan bakteria, ada pulak untuk virus, dan ade jugak untuk fungal. Ini menyebabkan kita tidak boleh berkongsi dengan orang lain ubat titis untuk menghilangkan mata merah walaupun ubat titis itu didapati dari preskripsi doktor. Ini kerana penyebab mata merah adalah pelbagai dan hanya dapat disahkan dengan pemeriksaan rapi oleh doktor. Mata merah bukanlah hanya disebabkan oleh infeksi je. Ade jugak yang disebabkan debu atau alergi, dan ade jugak berpunca dari penyakit glaucoma. Mata merah akibat glaucoma sudah semestinya tak boleh di legakan dengan ubat titis biasa. Pemeriksaan lanjut oleh pakar perlu didapatkan untuk mengelakkan komplikasi yang lebih teruk... 7. Penyakit mata glaukoma disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Salah. Penyakit glaukoma disebabkan oleh meningkatnya tekanan di dalam bola mata. Penyebabnya pelbagai. Ada kes disebabkan oleh faktor genetik, sehingga sistem saliran cecair di dalam bola mata tersumbat dan pengaliran keluar cecair berkenaan tidak cekap. Kes2 bukan genetik biasanya disebabkan oleh gangguan kanta mata, katarak yang sudah matang, komplikasi selepas surgeri mata, uveitis dan sebagainya.. Meningginya tekanan bola mata tidak ada hubungannya dengan tekanan darah tinggi. Individu yang mengalami hipertensi tidak semestinya mempunyai tekanan bola mata yang tinggi. Individu yang mengalami tekan darah rendah (hipotension) juga dilaporkan mempunyai kes glaukoma... 8. Katarak hanya berlaku pada orang berusia lanjut. Tidak selalunya betul. Memang lebih banyak kes katarak terjadi pada usia lewat, iaitu sebahagian dari proses penuaan. Namun begitu, bayi jugak boleh mengidap katarak. Katarak bayi dihidapi sejak dalam kandungan ibu lagi. Jenis katarak bayi berbeza dengan katarak dewasa dan katarak penuaan.. Katarak sebagai komplikasi penyakit jugak boleh dialami sebelum umur memasuki kategori warga emas. Ini termasuk komplikasi kencing manis, akibat radiasi (petugas2 yang mengendalikan alat beradiasi), cahaya matahari, atau kerosakan kanta mata akibat kecederaan (trauma) ataupun serangan radikal bebas dalam badan. 9. Mata bayi yang baru lahir tak mungkin dijangkiti penyakit kelamin ibu Salah. Disebabkan ini perlu diambil langkah berjaga2 pada bayi jika ibu melahirkan bayi tersebut sebelum penyakit 'keputihan' disembuhkan. Ini disebabkan, keputihan boleh berlaku akibat penyakit kelamin kencing nanah (gonorrhoea). Mata bayi boleh dijangkiti gonorrhoea pada masa kelahiran berlaku. Seminggu setelah lahir, mata bayi boleh membengkak, penuh dengan nanah, dan meradang adios... 'YOUR EYES COMPANION'
Assalamualaikum...
Seronoknya ade baby kan... Nak2 pada pasangan yang baru berkahwin, mesti tak sabar2 nak menimang cahaya mata pertama.... Pada post kali ni aku nak celoteh pasal condition mata bayi dan penjagaan yang patut untuk mata bayi2 comel yang baru lahir...
Jika perkara di atas tidak wujud dan normal, bayi korang akan disahkan sihat dari segi condition matanya. Selepas itu, dalam penjagaan mata harian korang kenelah bersihkan keliling mata bayi dengan kain lembab yang bersih dan jangan gunakan sabun kerana ini akan memedihkan mata.
Pendarahan Sub-Konjuktiva
Kalau korang pernah melihat dengan teliti pada bahagian mata putih, korang dapat melihat beberapa saluran darah yang halus. Sekiranya satu daripada saluran darah ini pecah, darah akan mengalir keluar kebahagian mata putih . Situasi ini dinamakan Pendarahan Sub-Konjuktiva yang biasanya terjadi semasa kelahiran. Sekiranya keadaan ini berlaku :
Konjuktivitis
Konjuktivitis bermaksud kemerahan yang berlaku pada lapisan konjuktiva iaitu selaput nipis pada bahagian mata putih dan bahagian dalam kelopak mata. Ini mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan, saluran air mata tersumbat atau kerengsaan (burning sensation) akibat alahan dan terkena bahan kimia
Bagi bayi, jangkitan kuman biasanya disebabkan oleh bakteria seperti Neisseria gonnorhea (gonorrheal infection) atau oleh Chlamydia trachomatis. Kedua-dua jenis jangkitan tadi didapati semasa proses kelahiran daripada faraj ibunye yang mendapat jangkitan awal2 lagi sebelum melahirkan bayi.
Simptom-simptom dan tanda-tanda konjuntivitis pada bayi :
Konjuktivitis nih boleh menjadi lebih parah sekiranya berlaku jangkitan daripada gonorrhea dan berkemungkinan memberi kesan kepada penglihatan bayi korang. Oleh itu adalah penting untuk membawa bayi anda dengan segera untuk mendapatkan rawatan perubatan jika korang kenal pasti simptom2 di atas.
Konjuktivitis Gonococcol (gonorrhea)
Konjuktivitis Chlamydia
Jenis konjuktivitis ini biasenya bermula 5 ke 12 hari selepas kelahiran. Rawatan yang diberikan biasenya adalah :
Saluran air mata (Nasolacrimal) terhalang atau tersumbat
Keadaan ini berlaku bile apabila pengaliran keluar air mata dari mata ke hidung terganggu akibat sistem pengaliran nya tersumbat atau tersekat. Tahu tak korang yang baby korang menangis disebabkan tindakan hormon yang spesifik dan bukan disebabkan oleh emosi sehinggalah bayi berusia 2 ke 3 tahun...
Situasi penyekatan pada saluran nasolakrimal ni berlaku kepada 2-6% bayi yang baru lahir. Kedua2 belah boleh jadi mungkin akan tersumbat secara serentak. Kebanyakan saluran air mata yang tersumbat ini akan terbuka secara spontan apabila berumur satu tahun. Penyumbatan salur nasolakrimal boleh menjadi indikasi Glaucoma Kongenital dan pemeriksaan serta diagnosis segera perlu dilakukan untuk membezakan sumbatan biasa atau glaucoma
Glaucoma Kongenital
Bayi yang mengidap glaucoma kongenital : Dengan mata yang besar
Air mata juga boleh menjadi tanda kepada gloucoma kongenital (sejak lahir) dan ini mungkin berkaitan dengan kesensitifan kepada cahaya dan pembesaran kepada bola mata
Tanda2 dan simptom
TIPS UNTUK BAKAL IBU DAN BAPA
- Bawa bayi korang berjumpa doktor secepat mungkin sekiranya tahi mata keluar dengan banyak dan tidak berkurangan.
- Bayi yang masih ada tahi mata dalam beberapa hari kelahiran hendaklah dibawa ke hospital dengan segera.
- Gunakanlah kain bersih atau tuala yang berasingan untuk bayi kerana ianya boleh berjangkit.
- Jangan gunakan titisan mata kecuali dengan arahan doktor.
RAWATAN DIPERLUKAN SEGERA JIKA :
- Kelopak mata menjadi sangat merah atau membengkak
- Muncul benjol kemerahan di bahagian bawah sudut kelopak mata.
BERJUMPA DOKTOR SEKIRANYA :
- Terdapat tanda dan simptom conjunctivitis
- air mata berterusan keluar selepas berumur setahun
- Sekiranya bayi mudah terganggu dengan cahaya atau sebelah mata lebih besar.
Dengan bangganya aku pada post kali ni aku nak start lah projek aku yang secara officialnyer diberi nama 'Jalan2 Cari Geng2'...hehe... Maksudnya...secara rasminya mulai hari ni aku akan sedikit demi sedikit akan memberikan info tentang premis2 yang menyediakan perkhidmatan optometri di Malaysia ni....Mula2 ni aku akan start di sekitar Lembah Klang la kot... and korang doakanlah aku dapat pegi 'cuti-cuti Malaysia' kat negeri lain, so boleh la aku kembangkan lagi 'database' yang aku nak usahakan ni....huhu...
Copyright © 2013 Mata Dan Penglihatan and Blogger Templates