0
Comments
Disqus
[Get It]
Info Penglihatan Warga Tua
Kat KL skang ni n maybe same jer kat tempat lain mmg panas terik n pastu bile petang n malam hujan lebat laks... memandangkan hari hujan ni...malas nak kuar maner2.... Jadi aku dengan senang ati rase nak menulis something pasal condition mata kita menjelang umur 50-an...
Umur 50-an biasenye adalah peringkat umur yang membawa pelbagai perubahan kepada keaadaan hidup seseorang. Persaraan, Anak2 yang semakin meningkat umur, terminologi 'warga emas'dan menopaus adalah amat sinonim dgn peringkat umur 50-an.
Tidak ketinggalan mata manusia yang juga mengalami perubahan akibat peningkatan umur dan proses penuaan..Sesetengah perubahan adalah normal dan berlaku pada sume orang. Ada juga perubahan yang berkaitan dengan penyakit dan ketidakstabilan sistem badan.
Presbiopia (Rabun Dekat)
Perubahan ini adalah paling biase berlaku pada umur di atas 40 tahun dan semakin ketara apabila memasuki era 50-an... Presbiopia sebabkan seseorang kehilangan keupayaan untuk membaca dekat dan menggunakan komputer... Secara umumnya sume individu dalam peringkat umur ni akan experience situasi ni tidak kira pemakai cermin mata ataupun tidak.
Penyelesaian paling mudah adalah penggunaan 'reading glass' atau cermin mata 'multifocal' yg dicadangkan oleh pakar mata atau optometris.. Dalam tempoh masa ini, senaman mata serta kaedah melihat objek2 hijau tidak lagi memberikan faedah kepada mata...cermin mata dengan lubang2 kecil juga tidak boleh mengatasi masalah untuk penglihatan dekat ini..
Pembedahan LASIK skrg buleh merawat rabun dekat... walaupun pun begitu, bnyk komplikasi serta faktor selaput perlu diambil kira apabila umur semakin meningkat kelak..
Katarak (Selaput Dalam)
Kajian menunjukkan 50% individu 70 tahun keatas mengalami katarak. Katarak adalah proses pengeruhan kanta yang asalnya lutsinar. Proses ini berlaku secara berperingkat dan semakin teruk. Katarak adalah salah satu fenomena akibat proses penuaan.
Katarak biasanya tidak akan diberi apa2 rawatan sehinggalah mengganggu penglihatan seseorang tu. Pengidap katarak di nasihatkan tidak lagi menukar cermin mata dengan kerap kerana tindakan ini akan membazirkan wang je.. Pengidap katarak digalakkan berjumpa dgn Oftalmologis (pakar mata) untuk mendapatkan khidmat nasihat terbaik untuk pembedahan pembuangan katarak. Penglihatan akan mungkin kembali pulih setelah menjalani pembedahan terbabit.
Diebetes
Dianggarkan 5% dari individu 50 thn ke atas adalah pengidap diebetes. diebetes sebagaimana sedia maklum adalah seperti 'bom jangka' yg secara senyap akan merosakkan organ-organ dalaman tubuh. pengurusan penyakit serta detection awal kepada diebetes adalah penting dalam mencegah penularan kesan 'penyakit senyap' ini.
Bagi mata, pemeriksaan harus dilakukan sejurus selepas seseorg itu didapati mengidap diebetes dan diikuti paling kurang setahun sekali untuk memeriksa kesan struktur dalaman mata akibat diebetes. Jika pemeriksaan awal tidak dilakukan, kemungkinan kerosakan struktur mata adalah tinggi dan akan menjejaskan penglihatan. Harus diingat, kerosakan struktur mata akibat diebetes adalah tidak boleh dirawat sepenuhnya serta memerlukan kos rawatan dan terapi yg tinggi.
ARMD
ARMD adalah penyakit akibat penyusutan dan pengecutan kawasan paling sensitif cahaya di retina. Kawasan sensitif ini berfungsi untuk menghantar signal imej ke otak. Pengecutan kawasan ini kdgkala berlaku dengan kadar yang pantas bergantung pada tabiat permakanan dan aktiviti hidup. ARMD mengakibatkan gangguan penglihatan yang serius kepada pesakitnya.
ARMD mengikut kajian adalah punca utama kebutaan pada rakyat barat. Cara permakanan ala-ala barat boleh menyebabkan risiko terjadinya penyakit ini bertambah. Risiko ini bertambah apabila melibatkan seorang perokok. Menurut kajian, pengambilan supplemen yg kaya dengn vitamin A,C,E, zink, selenium dan lutein dpt mengurangkan risiko penyakit ini sebanyak 25%.
Glaukoma
Glaukoma adalah penyakit mata yang kerap di salah diagnos oleh pakar2 mata...bnyk fenomena2 biasa dan normal yg berlaku pada mata yang dianggap glaukoma tetapi fenomena ini adalah keadaan biasa yang perlu dipantau sahaja. kebanyakan kes2 glaukoma yang didapati adalah kes2 yang teruk dan telah memberi kesan teruk kepada saraf optik yg menghantar signal kepada otak.
Glaukoma dapat membuatkan pesakit kehilangan sebahagian medan penglihatan. Ini menyebabkan perkembangan glaukoma harus dipantau untuk memastikan saraf-saraf optik tidak rosak. Kebanyakan rawatan tidak memerlukan pembedahan dan hanyak akan diberi ubat titis khas untuk mengawal takanan cecair dalam mata.
Jika seorang pengidap katarak mengalami glaukoma, ini kebiasaanya akan mengundang rasa sakit pada bola mata. Keadaan ini biasenye pulih apabila katarak dibuang dan tidak memerlukan pembedahan khas untuk glaukoma. However, pesakit perlu mendapatkan nasihat dari pelbagai doktor pakar untuk mendapatkan nasihat yang terbaik.
Penyakit2 mata ini kebanyakannya akan terserlah apabila umur menjelang 50-an. Pemeriksaan mata secara komprehensif perlu dijalankan secara berkala untuk mencegah segala kemungkinan penyakit yg ada... Ingat ayat lazim ini : Mencegah Lebih Baik Dari Merawati...:)
adios.....
'YOUR EYES COMPANION'
10 Panduan Untuk Memilih Kaca Mata Untuk Kanak-Kanak
Assalamualaikum....
Zaman2 skang ni mmg ramai daripada kanak2 perlu memakai cermin mata...Ibu bapa kebanyakannya begitu fobia bile dpt tau anaknye perlu memakai spects.. Ye la..kecik2 dah kene usung spects ke hulu ke hilir... Kalau x pakai spects boleh mempengaruhi perkembangan pembelajaran budak2 ni lak... Kebanyakan ibu bapa juga paling pening bile anak2 nye x pandai jaga barang dan spects asyik rosak, patah dan sebagainya. Ade juga yg smpai kehabisan idea nak suruh anaknya pakai cermin mata pasal ade budak2 yg malu nak pakai spects.. Kat sini aku nak perturunkan 10 tips yg akan membantu ibu bapa memilih sepasang cermin mata yg sesuai dan terbaik untuk anak kesayangan...
1. Pilih Frame Yang Kecil
Pilihlah saiz bingkai sekecil yg boleh yg fit dgn muka anak anda..Ini akan mengurangkan ketebalan kanta setelah cermin mata siap. bagi kanak2 yg perlu preskripsi (degree) yg tinggi, masalah yg timbul adalah kanta yang tebal. Jika frame yg dikenakan besar maka ketebalan kanta akan bertambah.. Ini menyebabkan gangguan penglihatan pada bahagian tepi medan penglihatan (distortion) serta menambahkan ketidakselesaan akibat kanta yg berat....
2. Biar Anak Sendiri Yang Pilih
Biarlah anak kita sendiri yang pilih bingkai yang diorg berkenan...Ini akan meningkatkan kemungkinan diorg akan pakai spects tu selalu dan takkan rase malu dgn orang bile pakai spects..Tp kalau nmpak x semenggah pastu mahal giler..Korang rejek je la pilihan diorg tuh..haha..
3. Plastic vs Metal
Plastik lebih ringan, sukar dilentur dan tahan lasak membuatkan frame plastik menjadi pilihan untuk kanak. Walaupun mcm tu.. trend terbaru frame metal mempunyai ciri2 sperti plastik dgn mencampurkan pelbagai alloy.. frame metal juga mempunyi kelebihan itu diadjust apabila bengkok (tidak seperti frame plastic yg akan terus patah kerana tidak mudah lentur). Jika ibu bapa bercadang untuk mengambil frame metal, pastikan anak2 tidak alergic pada metal2 tertentu.
4. Pilih Frame Yang Terletak Betul Pada Hidung
Menjadi masalah untuk pilih frame plastic kerana tiada 'nosepad' untuk menyokong bingkai kepada hidung kanak2 yg belum developed lagi tulang hidung mcm org dewasa.. Biasenye spects akan tergelongsor bila anak2 kite memakainye, Tmbah2 lagi dgn lens yg tebal dan berat.. Dalam kes ini, frame metal menjadi penyelesaian kerana terdapat 'nosepad' yang boleh diubahsuai mengikut ketinggian hidung anak2 kita..Walaupun begitu..jika ketahan ingin diambil kira, pilih frame plastic yg mempunyai gap yang paling minimum dgn batang hidung anak kite
5. Pilih Bingkai Yang Betul2 Mencangkuk Telinga..
Untuk kanak2 yg lasak, adalah perlu spects terletak kukuh di mata diorg... Bingkai yg mengcangkuk terus dibelakang telinga memberikan keselasaan pada anak2 untuk melakukan aktiviti yg sedikit lasak.. Walaupun begitu, bagi kanak2 yg hanya perlu memakai cermin mata kadang2, bingkai cermin mata yang lurus di hujung telinga sudah memadai..
6. Memilih Bingkai Yg Ada Spring
Spring penting untuk jadikan frame yg dipakai lebih lasak...Pasal bdk2 ni lasak... Bukak pakai spects mmg x proper... Klu ade spring mmg dpt la jimat kos mak2 ayah2 dlm mengganti spects anak2....:)
7. Jgn Pilih Lens Yang Rapuh
Bile korang dan anak2 dah masing2 berstuju dgn pilihan frame, Kanta pulak perlu diberi pertimbangan.. Kanta perlula yg punyai daya tahan impak yang tinggi... Lens terbaik yang aku rekemen adalah lens 'polycarbonate'. Lens ini ringan, x pecah, ade uv protection.. Kalau terduduk ke ape ke x lah pecah... Tp harus di ingat...bercalar tetap bercalar..:)
8. Kenalpasti Jenis Warranty
Dapatkan Frame dan kanta yg ade warranty...Almaklumla..kanak2 ni biasenye bukan dpt tahan lama spects nyer..Kadang 3 bulan dah bengkok, patah dan sebagainya... Ibu bapa juga perlu mendapatkan perakuan warranty lens dari kedai jika lens yg ditempah adalah diclaim sebagai scratch-proof atau anti pecah.. Ini penting untuk mengelakkan korang ditipu.. Kadang2 kedai2 ni claim yg lens yg diorg bagi ade mcm2, tahan tu la, tahan ni la, tp bile korang mntk claim bile jadi ape2, diorg x bagi ape2 replacement pon...
9. Pertimbangkan Tentang 'Spare'
Kanak2 dgn prescription yang tinggi perlu lah disediakan spects 'spare'. Kanak2 dgn degree yg tinggi pasti akan terganggu aktiviti seharian jika tanpa spects.. Adalah perlu juga di buat 'spare' untuk mewujudkan pasangan yang berlainan untuk aktiviti yang berlainan.. Contohnya spects yg lebih lasak untuk bermain dan satu lagi pasang yg agak 'cool' dan 'skema' untuk dibawak ke skolah...
10. Dapatkan Satu Salinan Preskripsi Anak Anda
Minta doktor salinan preskripsi degree untuk anak korang, Ini adalah penting juga untuk korang monitor tahap kerabunan anak korang... Dpt kan maklumat lanjut tentang jenis rabun yang anak korang alami... Serta kemungkinan2 yg akan berlaku ke atas mata anak anda jika tidak memakai spects.... Korang dptla gunakan modal ni untuk educate anak untuk pakai spects yang dipilih itu..
Huhuhu...Igt 10 tips ni...... Yg penting rabun pada kanak2 tiada kompromi...Mmg kene pakai spects untuk stimulate perkembangan mata... Kalau dah besar2, dah jadi makcik orang baru nak pakai spects, x dapek nak menolongnyer...hahahaha..:)
adios..
'YOUR EYES COMPANION'
Alternatif Kepada Pemakaian Kaca Mata
Malam2 ni aku terasa mcm nak berceloteh lak..haha...Tadi siang dah bantai tido punyalah lama.. Skang ni dgn bertemankan secawan nescafe aku nak terangkan sedikit sebanyak tentang Spectacles Competitor..
Ape mende yg dimaksudkan Competitors nih? Mcm ni...Kebanyakan orang yang memerlukan pemakaian spects atau pun mmg pemakai spects rasenyer x hingin pun nak pakai spects kalau ader alternatif yg lain...Tul tak?...Boleh jamin la.... Ramai yg kate pakai spects ni rimas la...Tak cun.. Nmpak mcm nerd@geek n sebagainya....
Pada masa skang mmg ramai yg memilih untk memakai contact lens(CL)... Klu pakai CL mmg akan nmpk clear same je mcm pakai spects... Ade pelbagai jenis CL boleh didapati kat kedai, tp harus diingat..jgn sesekali MEMANDAI untuk try CL tanpa khidmat nasihat optometris.. Optometris boleh mencadangkan ape jenis CL yg sesuai kepada mata anda setelah pemeriksaan mata dilakukan...
Aku agak terkilan jugak la ade kedai2 yg jual CL n main lepas tgn je even untuk first time wearer.. At least satu sesi soal jawab perlu diadakan dgn pelanggan sebelum memakai CL... baru la dapat tau jenis ape yg sesuai untuk si pemakai mengikut aktiviti seharian dan keperluan..
Kat sini aku nak tekan pasal CL Daily Disposable dan CL 30 Day Continous Wear... Kat pasaran yg biase jual adalah yg pakai buang sebulan.. Pakai buang sebulan perlukan korang untuk menyimpan dan melakukan sedikit penjagaan terhadap CL korang... Multi Purpose Solution (MPS) diperlukan untuk melakukan penjagaan terhadap CL.
CL Daily Disposable adalah jenis CL yg paling aku rekomen.. Pakai sepasang untuk sehari up to 10 hours pastu buang terus...Tak payah pencucian dan jenis ini mmg akan meminimumkan risiko infection...Kalau pakai yg monthly disposable risiko infection agak tinggi jikalau korang tak jaga kebersihan diri dan juga bekas penyimpan CL. CL daily disposable ni terdapat di pasaran dalam pack 30 keping (15 pasang). Antara jenama yg terkenal : Acuvue 1-day, Focus Dailies dsb.. Boleh didapati dengan harga RM80-RM130 per box.
CL 30 Days Continous Wear adalah CL yg korang boleh pakai terus 30 hari tanpa bukak n bawak tdo terus..Nmpk mcm cambest je kan? Tapi pemakaian CL jenis ni mmg kene monitor selalu dengan Optometrist...Lepas pakai sebulan, Optometrist perlu check mata korang untuk tentukan mata korang bebas dari infection... Bagi pemakai CL yg pernah terkena infection sebelum ini adalah dilarang sekali untuk mengenakan CL jenis ini...Jenis CL yg ini pun tak memerlukan MPS utk pembersihan... Jenama terkenal : Focus Night n Day, Price : RM 150 1 box 3 pieces....
Seterusnya mgkn korang jarang dgr tentang lens yg dipanggil Ortho-K. CL ni direka khas untuk korang pakai CL ni masa tdo je... Pastu bile siang korang nak pegi keje ke, kelas ke, korang tak perlu dah pakai spect or CL n dapat melihat dunia dg jelasnya...haha... Tak banyak kedai/klinik yg membuat fitting lens Ortho-K nih... Tapi aku cadangkan korang yg berminat n berkemampuan, pergilah ke Klinik Optometri UKM, Jalan Raja Muda Musa kat Kg Baru, KL... Hubungi 03-40405499 (Pn Asmah) untuk temujanji..Lagi satu Ortho-K ni budak2 pun leh pakai n boleh cover power sehingga 6.00D...
Dan of coz LASIK adalah alternatif yg agak popular bagi mereka yg berkemampuan.. Teknologi LASIK skang dah berkembang maju n dpt correct vision almost 6/6 or better.. Even untuk rabun dekat pun dah ade procedure LASIK nyer.. Tapi harus diingat LASIK ni memberikan efek 'dry eye' setelah pembedahan serta efek silau (glare) dan haloes (ring of light around light source). Walaupun begitu, teknologi LASIK yg lebih advance dpt mengurangkan kesan sampingan ini...Umur minimum untuk melakukan LASIK adalah 18 tahun serta mempunyai tahap kesihatan mata yg baik...Harus diingat..walaupun LASIK dilakukan, kebarangkalian untuk mata kembali rabun tetap ade... Kos untuk prosedur LASIK adalah dari RM4000 untuk sepasang mata sehingga RM10,000 untuk teknik yg paling advance serta LASIK untuk rabun dekat sekali (Multifocal LASIK).
Aku dah terangkan sume alternatif untuk pemakai spects ni... Bergantung kepada kemampuan.. Kalau untuk pengguna CL, Kalau yg berumur 40 thn perlu juga memakai spects on top of CL untuk membaca ataupun CL jenis multifocal untuk membolehkan permandangan jauh dan dekat. Untuk yg berkemampuan boleh wat LASIK...jadi tepuk dada tanya lah selera yer...
adios....
'YOUR EYES COMPANION'
Silence Of The Lambs
Mitos Mata Dan Penglihatan : Makan Carrot Boleh Elakkan Rabun?
asslamualaikum kepada semua....
aku dah lama terlibat dalam bidang optikal n optometri nih. banyak la aku dgr persepsi masyarakat tentang penjagaan n kesihatan mata. banyak la mitos2 yg wujud yg kdg aku pun dah naik bosan nak jawab n terangkan...haha..
raaaaaamaiiii orang suruh anak makan carrot banyk2 supaya x develop rabun....hehe... agak2 korang betul ke pendapat ni? bukan ape, mmg carrot ade banyak vit A, tp aku kesian gak dgn budak2 ni kene makan carrot banyak2. pagi sarapan nasi goreng carrot, tgh hari menu carrot juga, malam pun carrot plus jus carrot lagi..huh. dah mcm bugs bunny la plak...haha.
sebenarnya xyah makan carrot pun xpe. yg penting adalah vit A nyer. vit A ni paling bagus dalam bentuk pro vitamin A carotenoid yg banyak terdapat dalam carrot, broccoli dan tomato... tp telur pun sumber beta-carotenoid jugak. kajian menunjukkan pengambilan awal (masa kanak2) pro- carotenoid ni dpt melambatkan atau mencegah katarak, degenerasi makula dari berlaku pada hari2 tua kite.
satu lagi sumber pro vitamin A carotenoid - lycopene, bnyk terdapat dalam buah2 yg bewarna merah mcm tomato, tembikai. so... berita baik utk anak2 kite, xyah makan carrot pun takpe...hehe. . kajian juga menunjukkan lycopene dpt juga mengurangkan risiko kanser paru2, kanser prostat n cancer serviks utk wanita.
secara umumnya kalau kita ambil vit A dgn tetap hari2, ini dapatlah kite melindungi mata dan badan kita dari efek sinar UV. kirenye pigmen2 pada vit A menyediakan satu lapisan untuk menyerap sinar uv di mata atau di kulit...tp jaga2, banyak mkn vit A boleh sebabkan kulit jadi oren laks..
of coz vit C juga amat penting dalam menjaga kesihatan mata. anti-oksidan ini berupaya menjadi penawar bagi racun2 dalam badan. oleh itu dpt melambatkan development penyakit2 seperti katarak dan degenarasi makula. vit C amik lg banyak lagi bagus, kalau smoker dicadangkan amik 1000mg vit C setiap hari sebab nak kaunter balik sel2 korang yang dah mati tu especially kat paru2...hahah..sumber vit C ni of coz buah buahan sitrus mcm orange, apricot dsb..
vit E dlm kekacang dan minyak zaitun jugak bagus untuk kesihatan mata. fungsinya untuk menambahkan sel darah merah dalam badan n secara tidak langsung membekalkan lebih banyak oksigen pada mata n menjadikan mata berseri2.....
mase mude2 ni amalkanlah permakanan sihat, bile dah tua2 nanti x bnyk la penyakit2 yg muncul especially kat mata kite yg amat precious ni...
adios..
'YOUR EYES COMPANION'
Langgan:
Catatan (Atom)
Blog-Blog Lain Yang Menarik
Copyright © 2013 Mata Dan Penglihatan and Blogger Templates












