10 Panduan Untuk Memilih Kaca Mata Untuk Kanak-Kanak
Assalamualaikum....
Zaman2 skang ni mmg ramai daripada kanak2 perlu memakai cermin mata...Ibu bapa kebanyakannya begitu fobia bile dpt tau anaknye perlu memakai spects.. Ye la..kecik2 dah kene usung spects ke hulu ke hilir... Kalau x pakai spects boleh mempengaruhi perkembangan pembelajaran budak2 ni lak... Kebanyakan ibu bapa juga paling pening bile anak2 nye x pandai jaga barang dan spects asyik rosak, patah dan sebagainya. Ade juga yg smpai kehabisan idea nak suruh anaknya pakai cermin mata pasal ade budak2 yg malu nak pakai spects.. Kat sini aku nak perturunkan 10 tips yg akan membantu ibu bapa memilih sepasang cermin mata yg sesuai dan terbaik untuk anak kesayangan...
1. Pilih Frame Yang Kecil
Pilihlah saiz bingkai sekecil yg boleh yg fit dgn muka anak anda..Ini akan mengurangkan ketebalan kanta setelah cermin mata siap. bagi kanak2 yg perlu preskripsi (degree) yg tinggi, masalah yg timbul adalah kanta yang tebal. Jika frame yg dikenakan besar maka ketebalan kanta akan bertambah.. Ini menyebabkan gangguan penglihatan pada bahagian tepi medan penglihatan (distortion) serta menambahkan ketidakselesaan akibat kanta yg berat....
2. Biar Anak Sendiri Yang Pilih
Biarlah anak kita sendiri yang pilih bingkai yang diorg berkenan...Ini akan meningkatkan kemungkinan diorg akan pakai spects tu selalu dan takkan rase malu dgn orang bile pakai spects..Tp kalau nmpak x semenggah pastu mahal giler..Korang rejek je la pilihan diorg tuh..haha..
3. Plastic vs Metal
Plastik lebih ringan, sukar dilentur dan tahan lasak membuatkan frame plastik menjadi pilihan untuk kanak. Walaupun mcm tu.. trend terbaru frame metal mempunyai ciri2 sperti plastik dgn mencampurkan pelbagai alloy.. frame metal juga mempunyi kelebihan itu diadjust apabila bengkok (tidak seperti frame plastic yg akan terus patah kerana tidak mudah lentur). Jika ibu bapa bercadang untuk mengambil frame metal, pastikan anak2 tidak alergic pada metal2 tertentu.
4. Pilih Frame Yang Terletak Betul Pada Hidung
Menjadi masalah untuk pilih frame plastic kerana tiada 'nosepad' untuk menyokong bingkai kepada hidung kanak2 yg belum developed lagi tulang hidung mcm org dewasa.. Biasenye spects akan tergelongsor bila anak2 kite memakainye, Tmbah2 lagi dgn lens yg tebal dan berat.. Dalam kes ini, frame metal menjadi penyelesaian kerana terdapat 'nosepad' yang boleh diubahsuai mengikut ketinggian hidung anak2 kita..Walaupun begitu..jika ketahan ingin diambil kira, pilih frame plastic yg mempunyai gap yang paling minimum dgn batang hidung anak kite
5. Pilih Bingkai Yang Betul2 Mencangkuk Telinga..
Untuk kanak2 yg lasak, adalah perlu spects terletak kukuh di mata diorg... Bingkai yg mengcangkuk terus dibelakang telinga memberikan keselasaan pada anak2 untuk melakukan aktiviti yg sedikit lasak.. Walaupun begitu, bagi kanak2 yg hanya perlu memakai cermin mata kadang2, bingkai cermin mata yang lurus di hujung telinga sudah memadai..
6. Memilih Bingkai Yg Ada Spring
Spring penting untuk jadikan frame yg dipakai lebih lasak...Pasal bdk2 ni lasak... Bukak pakai spects mmg x proper... Klu ade spring mmg dpt la jimat kos mak2 ayah2 dlm mengganti spects anak2....:)
7. Jgn Pilih Lens Yang Rapuh
Bile korang dan anak2 dah masing2 berstuju dgn pilihan frame, Kanta pulak perlu diberi pertimbangan.. Kanta perlula yg punyai daya tahan impak yang tinggi... Lens terbaik yang aku rekemen adalah lens 'polycarbonate'. Lens ini ringan, x pecah, ade uv protection.. Kalau terduduk ke ape ke x lah pecah... Tp harus di ingat...bercalar tetap bercalar..:)
8. Kenalpasti Jenis Warranty
Dapatkan Frame dan kanta yg ade warranty...Almaklumla..kanak2 ni biasenye bukan dpt tahan lama spects nyer..Kadang 3 bulan dah bengkok, patah dan sebagainya... Ibu bapa juga perlu mendapatkan perakuan warranty lens dari kedai jika lens yg ditempah adalah diclaim sebagai scratch-proof atau anti pecah.. Ini penting untuk mengelakkan korang ditipu.. Kadang2 kedai2 ni claim yg lens yg diorg bagi ade mcm2, tahan tu la, tahan ni la, tp bile korang mntk claim bile jadi ape2, diorg x bagi ape2 replacement pon...
9. Pertimbangkan Tentang 'Spare'
Kanak2 dgn prescription yang tinggi perlu lah disediakan spects 'spare'. Kanak2 dgn degree yg tinggi pasti akan terganggu aktiviti seharian jika tanpa spects.. Adalah perlu juga di buat 'spare' untuk mewujudkan pasangan yang berlainan untuk aktiviti yang berlainan.. Contohnya spects yg lebih lasak untuk bermain dan satu lagi pasang yg agak 'cool' dan 'skema' untuk dibawak ke skolah...
10. Dapatkan Satu Salinan Preskripsi Anak Anda
Minta doktor salinan preskripsi degree untuk anak korang, Ini adalah penting juga untuk korang monitor tahap kerabunan anak korang... Dpt kan maklumat lanjut tentang jenis rabun yang anak korang alami... Serta kemungkinan2 yg akan berlaku ke atas mata anak anda jika tidak memakai spects.... Korang dptla gunakan modal ni untuk educate anak untuk pakai spects yang dipilih itu..
Huhuhu...Igt 10 tips ni...... Yg penting rabun pada kanak2 tiada kompromi...Mmg kene pakai spects untuk stimulate perkembangan mata... Kalau dah besar2, dah jadi makcik orang baru nak pakai spects, x dapek nak menolongnyer...hahahaha..:)
adios..
'YOUR EYES COMPANION'
nice blog...
BalasPadamgood information
keep it up!
tq...keep supporting us here...:)
BalasPadam