Info Penglihatan Warga Tua




Assalamualaikum....

Kat KL skang ni n maybe same jer kat tempat lain mmg panas terik n pastu bile petang n malam hujan lebat laks... memandangkan hari hujan ni...malas nak kuar maner2.... Jadi aku dengan senang ati rase nak menulis something pasal condition mata kita menjelang umur 50-an...

Umur 50-an biasenye adalah peringkat umur yang membawa pelbagai perubahan kepada keaadaan hidup seseorang. Persaraan, Anak2 yang semakin meningkat umur, terminologi 'warga emas'dan menopaus adalah amat sinonim dgn peringkat umur 50-an. 

Tidak ketinggalan mata manusia yang juga mengalami perubahan akibat peningkatan umur dan proses penuaan..Sesetengah perubahan adalah normal dan berlaku pada sume orang. Ada juga perubahan yang berkaitan dengan penyakit dan ketidakstabilan sistem badan.

Presbiopia (Rabun Dekat)

Perubahan ini adalah paling biase berlaku pada umur di atas 40 tahun dan semakin ketara apabila memasuki era 50-an... Presbiopia sebabkan seseorang kehilangan keupayaan untuk membaca dekat dan menggunakan komputer... Secara umumnya sume individu dalam peringkat umur ni akan experience situasi ni tidak kira pemakai cermin mata ataupun tidak.

Penyelesaian paling mudah adalah penggunaan 'reading glass' atau cermin mata 'multifocal' yg dicadangkan oleh pakar mata atau optometris.. Dalam tempoh masa ini, senaman mata serta kaedah melihat objek2 hijau tidak lagi memberikan faedah kepada mata...cermin mata dengan lubang2 kecil juga tidak boleh mengatasi masalah untuk penglihatan dekat ini..

Pembedahan LASIK skrg buleh merawat rabun dekat... walaupun pun begitu, bnyk komplikasi serta faktor selaput perlu diambil kira apabila umur semakin meningkat kelak..

Katarak (Selaput Dalam)

Kajian menunjukkan 50% individu 70 tahun keatas mengalami katarak. Katarak adalah proses pengeruhan kanta yang asalnya lutsinar. Proses ini berlaku secara berperingkat dan semakin teruk. Katarak adalah salah satu fenomena akibat proses penuaan.

Katarak biasanya tidak akan diberi apa2 rawatan sehinggalah mengganggu penglihatan seseorang tu. Pengidap katarak di nasihatkan tidak lagi menukar cermin mata dengan kerap kerana tindakan ini akan membazirkan wang je.. Pengidap katarak digalakkan berjumpa dgn Oftalmologis (pakar mata) untuk mendapatkan khidmat nasihat terbaik untuk pembedahan pembuangan katarak. Penglihatan akan mungkin kembali pulih setelah menjalani pembedahan terbabit.

Diebetes

Dianggarkan 5% dari individu 50 thn ke atas adalah pengidap diebetes. diebetes sebagaimana sedia maklum adalah seperti 'bom jangka' yg secara senyap akan merosakkan organ-organ dalaman tubuh. pengurusan penyakit serta detection awal kepada diebetes adalah penting dalam mencegah penularan kesan 'penyakit senyap' ini. 

Bagi mata, pemeriksaan harus dilakukan sejurus selepas seseorg itu didapati mengidap diebetes dan diikuti paling kurang setahun sekali untuk memeriksa kesan struktur dalaman mata akibat diebetes. Jika pemeriksaan awal tidak dilakukan, kemungkinan kerosakan struktur mata adalah tinggi dan akan menjejaskan penglihatan. Harus diingat, kerosakan struktur mata akibat diebetes adalah tidak boleh dirawat sepenuhnya serta memerlukan kos rawatan dan terapi yg tinggi.

ARMD

ARMD adalah penyakit akibat penyusutan dan pengecutan kawasan paling sensitif cahaya di retina. Kawasan sensitif ini berfungsi untuk menghantar signal imej ke otak. Pengecutan kawasan ini kdgkala berlaku dengan kadar yang pantas bergantung pada tabiat permakanan dan aktiviti hidup. ARMD mengakibatkan gangguan penglihatan yang serius kepada pesakitnya. 

ARMD mengikut kajian adalah punca utama kebutaan pada rakyat barat. Cara permakanan ala-ala barat boleh menyebabkan risiko terjadinya penyakit ini bertambah. Risiko ini bertambah apabila melibatkan seorang perokok. Menurut kajian, pengambilan supplemen yg kaya dengn vitamin A,C,E, zink, selenium dan lutein dpt mengurangkan risiko penyakit ini sebanyak 25%.

Glaukoma

Glaukoma adalah penyakit mata yang kerap di salah diagnos oleh pakar2 mata...bnyk fenomena2 biasa dan normal yg berlaku pada mata yang dianggap glaukoma tetapi fenomena ini adalah keadaan biasa yang perlu dipantau sahaja. kebanyakan kes2 glaukoma yang didapati adalah kes2 yang teruk dan telah memberi kesan teruk kepada saraf optik yg menghantar signal kepada otak.

Glaukoma dapat membuatkan pesakit kehilangan sebahagian medan penglihatan. Ini menyebabkan perkembangan glaukoma harus dipantau untuk memastikan saraf-saraf optik tidak rosak. Kebanyakan rawatan tidak memerlukan pembedahan dan hanyak akan diberi ubat titis khas untuk mengawal takanan cecair dalam mata. 

Jika seorang pengidap katarak mengalami glaukoma, ini kebiasaanya akan mengundang rasa sakit pada bola mata. Keadaan ini biasenye pulih apabila katarak dibuang dan tidak memerlukan pembedahan khas untuk glaukoma. However, pesakit perlu mendapatkan nasihat dari pelbagai doktor pakar untuk mendapatkan nasihat yang terbaik.


Penyakit2 mata ini kebanyakannya akan terserlah apabila umur menjelang 50-an. Pemeriksaan mata secara komprehensif perlu dijalankan secara berkala untuk mencegah segala kemungkinan penyakit yg ada... Ingat ayat lazim ini : Mencegah Lebih Baik Dari Merawati...:)


adios.....

'YOUR EYES COMPANION'

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik