Paparan Menarik

11 Kebaikan Jogging Yang Wajib Anda Tahu



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selepas aktiviti berjalan, jogging merupakan aktiviti riadah yang mudah dan ringkas. Sukan jogging tidak memerlukan penggunaan alat-alat sukan kompleks dan mahal. Cukup sekadar kasut dan berpakaian (menutup aurat, of course) yang bersesuaian, anda sudah siap sedia untuk berjogging.

Walaupun sukan jogging ini hanya sekadar berlari, namun kebaikannya terlalu banyak kepada para penggemarnya. Oleh itu, saya "kutip" dan senaraikan 11 kebaikan yang bakal diperolehi oleh pelari. Antara kebaikannya ialah:

Baca seterusnya »

Surat Amaran Dari Pos Malaysia Kepada Setiap Rumah Di Malaysia!



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas saya menerima sekeping poskad dengan highlight merah siap ada alamat rumah sendiri lagi tapi tak bernama huhu.. Penghantarnya dari Pos Malaysia sendiri. Belek punya belek rupa-rupanya..

Baca seterusnya »

DIY: Cara Betul Cuci Mangkuk Tandas Dengan Coca Cola



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya ramai yang dah tahu Coca Cola adalah "pencuci" terbaik untuk tandas-tandas yang dah "berkarat" tu. Tapi tak ramai yang tahu teknik yang betul untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Lupakanlah Harpic, Toilet Duck, Cocorex atau jenama popular yang ada di pasaran tu sebab hasil cucian produk Israel ini setanding dengan pencuci lain.

Baca seterusnya »

Bagaimana Letakkan Backlinks Pada Komen Blogger Anda?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Backlink is gold. Ungkapan tersebut wajib difahami dan dihadam oleh setiap blogger. Backlink sebenarnya adalah salah satu requirement satu-satu blog untuk mendapatkan ranking tertinggi di dunia SEO. Bagaimana backlink berfungsi? Secara bahasa mudahnya, lagi banyak blog atau website anda mempunyai backlink, semakin baguslah SEO blog anda.

Macam mana nak buat backlink dengan mudah? KOMEN. Pada kebiasaannya, ada website atau blog yang telah sedia memasang features ini tetapi banyak juga blog yang belum menyediakkannya seperti blog saya ni hehehe..

Jika anda komen menggunakan ID Google, link blog atau link post terkini anda tidak akan terpapar di bahagian komen tersebut. Tetapi terdapat satu cara mudah untuk membuat backlink di bahagian komen tanpa setting yang kompleks. Ikuti tutorial mudah di bawah:

Baca seterusnya »

Koleksi Sajak-Sajak Patriotik Oleh Penulis Terkenal Sebelum & Selepas Merdeka



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah kita sudah berada di dalam bulan Ogos, bulan yang mengembalikan darah-darah patriotisme rakyat Malaysia yang sering tenggelam timbul kehkehkeh.. Blog ini juga mengambil kesempatan memeriahkan suasana kemerdekaan dengan mengumpulkan sajak-sajak kemerdekaan atau sajak patriotisme yang telah ditulis oleh penulis-penulis terkenal seperti Allahyarham Dato' Usman Awang, Datuk A.Samad Said, Datu Dr Adi Badiozaman Tuah dan ramai lagi. 

Baca seterusnya »

DIY: Panjangkan Hayat Kabel USB iPhone. Senang & Murah!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Kabel USB iDevice (iPhone, iPad, iPod etc) yang original sememangnya agak mahal jika dibandingkan dengan yang kabel USB yang ciplak. Namun begitu, ketahanan jangkamasa panjang kabel USB dari syarikat Apple ni agak diragui. Berikut adalah gambar-gambar kerosakan kabel USB yang sering terjadi.

Baca seterusnya »

Petua: Rawat Sinusitis Atau Resdung Dengan 3 Langkah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ramai yang kenal dengan penyakit resdung atau dikenali juga sebagai sinusitis dan tidak kurang juga yang menghidapinya. Pada mereka yang "sengsara" pasti sudah biasa dengan simptom hidung tersumbat, sakit di bahagian pipi, sekitar mata dan kepala serta tekak yang seperti dipenuhi dengan kahak.  Kebiasaannya simptom-simptom ini selalunya mula "menjelmakan diri" pada awal pagi.

Baca seterusnya »

Teknik Kurus Badan Terbaik oleh Kevin Zahri



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kegemukan atau obesiti menjadi suatu topik yang hangat pada masa kini. Mempunyai tubuh badan yang langsing dan cantik menjadi idaman setiap manusia. Tidak hairanlah jika pusat-pusat gimnasium atau pusat-pusat rekreasi semakin lama semakin bertambah pengunjung yang datang.

Ini adalah suatu petanda yang baik kepada masyarakat Malaysia.  Kegigihan untuk menurunkan berat badan bersesuaian dengan berat badan ideal adalah usaha yang bagus dan perlu dipuji.

Walaubagaimanapun, usaha tersebut akan menjadi lebih sukar atau sia-sia jika tidak melakukannya tanpa panduan yang betul. 

Aktiviti menurunkan berat badan ini memerlukan ilmu dan panduan supaya sasaran menurunkan berat badan akan menjadi lebih mudah lebih pantas.

Ini terbukti dengan rungutan segelintir orang yang tidak berjaya menurunkan berat badan setelah sekian lama terseksa melakukan bermacam-macam teknik pengurusan badan.

Oleh itu, saya berkongsi dengan anda semua eBook yang ditulis oleh Saudara Kevin Zahri khusus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan menggunakan teknik yang tepat dan berkesan.

EBook yang berjudul Panduan Kurang 5kg Dalam 5 Minggu ini (How To Lose 5kg in 5 Weeks) berharga serendah RM20 ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 




EBook ini akan memberikan panduan yang betul bagaimana anda ingin mengurangkan berat badan secara sihat. Selain itu anda juga akan diajar bagaimana untuk mengawal pengambilan kalori dalam pemakanan (diet) dengan betul. Pengiraan kalori yang tepat akan membantu menguruskan badan dengan lebih cepat!


Siapa Kevin Zahri?
Kevin Zahri adalah seorang yang sangat popular yang pakar di dalam bidang kecergasan dan pemakanan. Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dan tak hairanlah beliau diberi gelaran sebagai "Cikgu Fitness Malaysia". Kevin Zahri juga telah menerbitkan beberapa buku dan ebuku serta muncul di dalam majalah-majalah seperti Men's Health, Shape, Clive, TheStar, Berita Harian, Intrend dan iSihat. Selain itu beliau juga sering dijemput menjadi tetamu di rancangan-rancangan televisyen.

Cerita Mereka Yang Berjaya


Kisah Ainurhana yang berjaya menggunakan panduan EBook ini.


Saudara Ikmal Hisham

Kisah Saudara Rashikin


Bagi sesiapa yang masih lagi mencari panduan terbaik untuk mengurangkan berat badan, ebook ini adalah pilihan terbaik untuk anda. Selain ebook panduan mengurangkan berat badan, terdapat juga ebook-ebook lain. Seperti contoh:
  • Panduan TAMBAH 5kg Dalam 5 Minggu
  • 20 Pelan Diet Malaysia
  • 45 Tip Kawal Nafsu Makan (Percuma)
  • Ramadhan: Panduan Diet & Senaman
  • 25 Tip Elak Gemuk Di Hari Raya
Kesemua ebook ini boleh didapati dengan harga pakej sebanyak RM60 sahaja. Bukan itu sahaja anda juga akan mempunyai akses percuma kepada ebook-ebook yang akan diterbitkan kemudian. Sila klik iklan di bawah ini untuk membeli pakej ini.





Baca seterusnya »

Masalah Untuk Fokus Dekat Dan Jauh. Anda Mengalaminya?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salah satu rungutan atau simptom yang sering dilaporkan berkaitan penglihatan ialah kesukaran untuk mengekalkan fokus apabila melihat jauh selepas melakukan kerja-kerja dekat dan/atau sebaliknya.


Seperti contoh seseorang pelancong dapat membaca peta atau GPS dengan jelas tetapi tidak dapat melihat dengan jelas papan kenyataan atau signboard yang terletak jauh di hadapan. Namun selepas 5 hingga 10 saat penglihatan kembali pulih.

Baca seterusnya »

EBook Yang Perlu Ada Oleh Setiap Optometris


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dalam pasaran semasa, terdapat berpuluh-puluh jenama dan jenis kanta sentuh yang dijual kepada para pelanggan. Ini menyebabkan "keselerakan" maklumat-maklumat kanta sentuh dan kesan ini bertambah celaru dengan perkembangan teknologi yang diaplikasikan kepada kanta sentuh. Oleh itu, ebook ini telah dibina sebagai database untuk mengumpulkan maklumat-maklumat kanta sentuh yang terdapat di dalam pasaran Malaysia. Secara tidak langsung, ebook ini juag akan membantu contact lens practitioner iaitu Optometris dalam mempreskripsi kanta sentuh kepada pelanggan-pelanggan mereka dengan lebih efisyen.

Baca seterusnya »

Update Kalendar Puasa Sunat 2013


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Sedar tak sedar sudah 4 minggu kita telah melangkah masuk ke tahun 2013. Pasti ramai yang masih panas dengan azam baru dan diharapkan akan terus panas sehingga tercapai. 

Kepada yang berazam untuk menunaikan puasa sunat sepanjang tahun ini, saya sudah siapkan update Kalendar Puasa Sunat 2013 yang mana anda boleh install ke dalam gajet iOS6 (iPod Touch, iPhone, iPad), Android, Windows dan Mac. Dengan cara ini anda boleh set reminder supaya tidak terlepas hari untuk berpuasa sunat.

Baca seterusnya »

LASIK Oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad



Assalamualaikum dan salam ceria, 

Saya pasti ramai yang kenal dengan nama ini, Prof. Dr. Muhaya Mohamad (Prof Muhaya) yang selalu dilihat di kaca-kaca tv dan terkenal dengan usaha dakwah beliau. Jika Prof Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin atau DrMAZA popular dengan MINDA TAJDID, begitu juga Prof Muhaya yang begitu terkenal dengan CELIK MATA & RESET MINDA iaitu tagline yang beliau selalu bawakan dalam usaha mengubah cara pemikiran umat Islam di Malaysia ke arah yang lebih positif.

Baca seterusnya »

6 Makanan Terbaik Untuk Mata Yang Sihat



Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Buat mereka yang mempunyai passion yang tinggi terhadap makanan tetapi dalam masa yang sama mementingkan kesihatan terutama kesihatan mata dan penglihatan. Pada hari ini saya kongsikan 6 jenis makanan berkhasiat yang mudah didapati di negara kita yang kebanyakan dari kita tidak tahu bahawa makanan-makanan tersebut mempunyai penyumbang kesihatan terbaik untuk mata manusia.



Kailan (Kale), Bayam (Spinach), Collards
Ketiga-tiga sayuran yang disenaraikan di atas adalah sayuran berdaun hijau yang sangat kaya dengan sumber Lutein dan Zeaxanthin. Lutein dan zeaxanthin merupakan bahan antioksidan yang berfungsi dalam melindungi

Baca seterusnya »

Install Kalendar Puasa Sunat Dalam Gajet iOS 6



Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Berita baik bagi anda yang tidak mahu ketinggalan tarikh-tarikh puasa sunat. Hari ini saya berkongsi dengan anda kalendar puasa sunat bagi tahun 2012-2013 yang mana boleh diakses menggunakan gadjet iOS6 (iPad, iPhone, iPod Touch) anda.

Baca seterusnya »

Blog-Blog Lain Yang Menarik