Install Kalendar Puasa Sunat Dalam Gajet iOS 6



Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Berita baik bagi anda yang tidak mahu ketinggalan tarikh-tarikh puasa sunat. Hari ini saya berkongsi dengan anda kalendar puasa sunat bagi tahun 2012-2013 yang mana boleh diakses menggunakan gadjet iOS6 (iPad, iPhone, iPod Touch) anda.
Anda bukan sahaja boleh mengakses tetapi anda juga boleh setkan reminder untuk setiap tarikh tersebut. Di bawah saya tunjukkan contoh kalendar puasa sunat yang telah saya install di dalam iPad.

Klik gambar untuk lebih jelas

Terdapat 2 teknik untuk sync kalendar ini. Teknik yang pertama agak sukar manakala teknik kedua (SHORTCUT) adalah agak mudah untuk dibuat.

Teknik 1: Agak Kompleks Tapi Menariks
Untuk manual teknik 1 ini, saya tunjukkan langkah-langkah setting di dalam iPad iOS 6 sahaja. Pertama sekali, apa yang anda perlukan ialah:
  1. Sebuah komputer (untuk kes ini saya gunakan komputer OS Windows 7)
  2. iPad / iPhone
  3. Google Calendar
  4. Milo Ais Kaw Tabur

Terdapat 2 peringkat untuk anda lakukan. Saya akan tunjukkan langkah demi langkah supaya anda tidak keliru. Peringkat tersebut ialah
  1. Import file Kalendar Puasa 2012-2013 ke dalam akaun Google Calendar anda.
  2. Setting kalendar iPhone atau iPad anda.


Peringkat 1: Setting Gmail Calendar dan Upload Kalendar Puasa 2012-2013

*Anda perlukan jalankan setting ini di komputer anda.
Langkah-langkah ialah:

1. Download file Kalendar Puasa 2012-2013 dan save di harddisk. Pastikan anda save di folder yang mudah dicari seperti contoh Desktop. Klik sini untuk download.

2. Buka website Google dan sign in.

3. Klik Tab Calendar.

Klik gambar untuk lebih jelas


4. Kemudian, kalendar anda akan dipaparkan seperti gambar di bawah. 

Nota: Bagi anda yang pertama kali menggunakan Google Calendar, akan terdapat beberapa arahan yang mudah sebelum kalendar anda dipaparkan. Ikut sahaja arahan tersebut.

5. Klik anak panah bersebelahan"Other Calendars" seperti yang ditunjukkan dengan anak panah merah nombor 3. Kemudian klik "Import Calendar".

Klik gambar untuk lebih jelas


6. Kemudian Option Box seperti di bawah akan dipaparkan. Klik di button Choose File dan pilih file Kalendar Puasa 2012-2013 yang anda telah download awal-awal tadi. Selepas itu klik butang Import.

Klik gambar untuk lebih jelas


7.Ok siap untuk Peringkat 1. Anda akan dapat perhatikan tarikh-tarikh puasa sunat telah dipaparkan di Google Calendar anda seperti gambar di bawah.

Klik gambar untuk lebih jelas


8. Sebelum meneruskan langkah untuk ke Peringkat 2, minum la dulu air milo ais kaw tabur tu bagi badan bertenaga sikit hihihi..

Jangan minum selalu. Boleh potong kaki woo...
Gambar Ihsan broframestone


Peringkat 2 Synchronize Gmail Calendar Dengan iPad
Langkah-langkah:

1. Buka option Setting iPad.







2. Lihat di sebelah kiri skrin dan klik Mail, Contacts, Calendars.

3. Di bahagian Accounts iaitu di atas sekali, klik Add Account.

4. Klik button Gmail dan isikan maklumat yang diminta. Kemudian klik Next.

5. Jika tiada masalah dengan akaun anda, option box seperti di bawah akan dipaparkan. Anda boleh memilih untuk synchronize Mail atau Calendars atau Notes. Untuk synchronize Kalendar Puasa sila pilih ON di bahagian Calendars. Kemudian klik Save.


6. Keluar daripada Setting dan klik button Calendar. Jika setting anda betul, anda akan dapat seperti gambarajah di bawah. Perhatikan akaun Gmail anda terpapar di bahagian kiri dan Kalendar Puasa 2012-2013 telah tersedia di App Calendar anda.



7. Ok siap! Anda boleh klik di kalendar puasa tersebut dan setkan reminder supaya tak terlupa untuk berpuasa pada hari tersebut.

8. Untuk iPhone/iPod Touch pula, arahannya agak sama seperti iPad. Hanya berbeza pada layout dan kedudukan button berbanding iPad. 



Teknik 2: Subscribe kalendar (Shortcut)
Teknik ini sebenarnya lebih mudah iaitu anda hanya tambah (Add) kalendar puasa melalui kalendar yang sedia ada. Cara-cara ialah seperti berikut:

1. Buka Google Calendar anda. Lihat di bahagian kiri bawah skrin ada option Other Calendars. Klik pada anak panah Other Calendars tersebut dan klik Add A Friend's Calendar.

2. Pada ruang kosong yang tertera, masukkan alamat ini:

kalendarmuslim@gmail.com

3. Kemudian klik button Add.

4. Siap! Anda akan dapat lihat kalendar puasa sunat 2012-2013 akan tertera pada kalendar anda.

5. Untuk Synchronize dengan iPad / iPhone, sila lihat manual yang telah saya tulis di atas.

6. Habiskan milo ais kaw tabur tadi (^^)

Jika terdapat sebarang kesilapan dalam kalendar ini sila komen kawkaw supaya saya dapat buat pembetulan secepat yang mungkin. Harap perkongsian ini akan dapat tingkatkan semangat kita semua untuk berpuasa sunat. Selamat Mencuba Bro dan Sis!

Update: Saya dah update untuk Kalendar Puasa Sunat 2013 pula. Dijemput untuk SUBSCRIBE kalendarmuslim@gmail.com.


Wallahua'lam
-Dan Allah Maha Mengetahui dan Lebih Tahu-

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik