Menangani Masalah Eye Twitching (Mata Berkedip-kedip)





Situasi 1
Dah dua tiga hari mata kanan aku asyik gerak-gerak je ni.. ada orang jauh nak datang ke ni? Kot-kot nak dapat durian runtuh kot..yes!

Situasi 2
 Alamak! Mata kiri aku berkedip-kedip la.. Ada apa-apa benda sedih nak berlaku ke ni... Aduh....


Assalamualaikum dan salam sihat semua,

 Di atas merupakan dua situasi yang saya nak kongsi dengan anda semua. Mungkin secara sedar atau tidak, situasi tersebut menjadi taboo kepada rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu. 

Saya tak pasti la pula sejauh mana kebenarannya, tetapi hari ini saya ingin berkongsi dan menerangkannya dari sudut sains. So jika mata kanan anda berkedip dua tiga hari ni, mungkin nak dapat perkhabaran baik dari saya yang selepas ini anda akan tau apa yang berlaku kat mata kanan/kiri anda tu :P


Eye twitching atau dalam Bahasa Malaysia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau ada juga yang memanggil mata bergerak-gerak atau mata bergerenyet, berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata. Kedipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Namun kes yang biasa dijumpai adalah kedipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.

Fenomena ini sebenarnya dipanggil dalam bahasa perubatan sebagai MyokymiaUntuk menyelesaikan masalah eye twitching ini, kita lihat dahulu punca-punca yang menyebabkan masalah ini terjadi.  Punca-punca yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

  • Tekanan (Stress)
  • Kelesuan (Tiredness)
  • Ketegangan Mata (Eyestrain)
  • Kafein (Caffein)
  • Alkohol (Alcohol)
  • Kekeringan Mata (Dry Eyes)
  • Ketidakseimbangan Nutrisi (Nutritional Imbalance)
  • Alergi (Allergies)
Secara umumnya, eye twitching adalah tidak merbahaya kepada pengidapnya memandangkan sifatnya adalah benign (tidak merebak). Walaubagaimanapun, eye twitching merupakan masalah yang agak sukar diubati jika penyebabnya tidak dapat diketahui secara jelas.


Mengapa mata saya berkedip-kedip?

1. Tekanan: Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitching terutamanya berkaitan dengan ketegangan mata. Mengurangkan punca tekanan tersebut berupaya mengurangkan eye twitching.

2. Kelesuan: Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. Ketegangan Mata: Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mendapatkan kuasa kacamata yang baru.

Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.

4. Kafein dan Alkohol: Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching. Jika pengambilan adalah berlebihan, cuba untuk kurangkan dan untuk muslim pula, perlu ke untuk ambil alkohol?

5. Kekeringan Mata: Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant dll) dan pemakai kanta sentuh. Anda yang mempunyai masalah ini boleh menggunakan beberapa medikasi yang sesuai untuk mengurangkan masalah mata kering.



6. Ketidakseimbangan Nutrisi: Beberapa laporan mengatakan kekurangan nutrisi seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye twitching. Walaubagaimanapun laporan-laporan tersebut tidak dibuktikan secara saintifik. Oleh itu, sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan atau vitamin, sila rujuk dengan pakar pemakanan terlebih dahulu.

7. Alergi: Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching. 

Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan  mata kering. Oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.

BOTOX

Botox!? Seperti yang kita tahu sebelum ni, Botox digunakan untuk hilangkan kedut-kedut di muka sahaja. Ramai artis yang guna teknik short-cut ini dan terima kasih kepada mereka yang memperkenalkan perkataan botox kepada umum sehingga menjadi fenomena kecantikan pula. Macam duta tak berbayar pula yek..hihihihi..

Sebenarnya kegunaan Botox di dalam perubatan adalah sangat meluas dan bukan hanya untuk menghilangkan kedut-kedut tua tu sahaja. Untuk kes-kes yang sangat jarang berlaku dan eye twitching "extreme", suntikan Botox akan digunakan.

Suntikan ini akan digunakan jika twitching tersebut melibatkan separuh muka atau keseluruhan mata sehingga menyebabkan mata tertutup.  Tindakan Botox adalah menghentikan kontraksi otot  di muka seterusnya mengelakkan eye twitching.

Artikel ini adalah kesinambungan dari artikel yang lepas iaitu Eye Twitching.


TAZKIRAH

Berbalik kepada 2 situasi yang saya berikan di atas, kita perlu berbalik kepada doa Rasullulah ini:

Doa Rasulullah s.a.w:
Ya Allah, tidak adalah sebarang petanda, tetapi yang ada ialah pergantungan kepada-Mu, tiadalah yang baik selain kebaikan dari-Mu, dan tidak ada yang layak disembah melainkan-Mu." 

(Allahumma laa toira illa toiruka wa laa khaira illa khairuka wa laa ilaha ghairuka)

(Ahmad 2/20, ibn as-sunni #292, al-ahadith as-sahihah #1065)

Doa ini dibaca apabila kita terfikir bahawa sesuatu yg terjadi itu adalah alamat/petanda kepada sesuatu kebaikan/keburukan, terutamanya yg boleh mempengaruhi kita membuat sesuatu tindakan. Dengan doa ini kita menolak semua kepercayaan ini, dan hanya bergantung kepada Allah. Doa ini juga mengeluarkan kita daripada jatuh ke dalam syirik meletakkan kepercayaan kepada sesuatu petanda lebih daripada pengharapan kepada Allah. 



Wassalam..










12 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

12 ulasan:

  1. Nabi Muhammad dah tinggalkan doa dan petunjuk yg sempurna sblm Baginda wafat..sayangnya Baginda kpd kita umat Baginda walau tak pernah kenal..hebat sungguh Rasul Mu ini ya Allah..

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian :)

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama1:37 PTG

    Sangat bermanafaat, saya mohon izin share di watsap saya. Terima kasih

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama11:34 PTG

    Assalamualaikum. Mohon share. TK.

    BalasPadam
  5. Tq untuk info yg berguna..sy ni dh dkt sbln klpk mate duk brgrk jr..ni mkin trus..asap berkelip je dje bergerak lme plk tu..dh naik rimas pun ad😧😧

    BalasPadam
  6. Mcm mana nak pulihkan yer saya alami

    BalasPadam
  7. Mcm mana nak pulihkan yer saya alami

    BalasPadam
  8. Mcm mana nak pulihkan yer saya alami

    BalasPadam
  9. Asalamualaikum semua saya sedang alami masalah mata berkedip boleh rakan rakan share untuk pulihkan?

    BalasPadam

Blog-Blog Lain Yang Menarik