Bagaimana Atasi Masalah Silau Bahagian 1



Assalamualaikum dan salam ziarah,


Kali ni kita sambung lagi sembang-sembang kita di dalam tajuk silau menyilau ni. Post yang lepas kita dah membincangkan berkenaan dengan faktor-faktor yang menyebabkan silau dan post Episod 1 ini kita sambung bagaimana caranya nak berlawan dan seterusnya "menumbangkan" musuh ketat kita ni iaitu S.I.L.A.U secara TKO mungkin. Hehehehe...


Buat Pemeriksaan Mata Secara Berkala

Seperti yang dinyatakan oleh Cik Asma Ahida pada bahagian komen post yang lepas, terdapat dua jenis silau iaitu 













     1. Discomfort Glare 

Rabun silau yang tidak menyelesakan tetapi tidak mengganggu penglihatan. Contoh seperti silau cahaya matahari atau silau lampu kereta.



     2. Disability Glare 


Rabun silau yang merencatkan atau mengganggu penglihatan. Puncanya ialah power mata yang tidak betulkan ataupun sebarang penyakit mata seperti katarak, glaukoma, retinal detachment, retinitis pigmentosa.




Discomfort Glare 


Cara mengatasi Discomfort Glare adalah lebih mudah kerana tidak mengganggu sistem penglihatan. Oleh itu pemakaian sunglasses sudah memadai untuk mengatasi masalah ini. Tetapi jangan pula pakai pada malam hari lagi-lagi di kawasan yang kurang cahaya. Naya!Selain itu, keadaan fisiologi mata yang tidak cukup sel di retina juga menyumbang kepada masalah silau malam ini. Keadaan ini dapat diatasi sekiranya mata mendapat nutrien yang mencukupi melalui pemakanan biasa ataupun pemakanan tambahan (supplementary).


Selain itu, boleh juga menggelapkan atau tint cermin kereta tetapi jangan melebihi had kegelapan yang ditetapkan. Merbahaya kepada orang lain dan juga kepada wang anda gara-gara disaman. :) Berikut merupakan petikan peruntukan undang-undang sebagai panduan bagi mereka yang berhasrat untuk menggelapkan cermin kereta.


Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 1991 yang menetapkan bahawa cermin depan perlu telus cahaya tidak kurang daripada 70 peratus, manakala cermin belakang dan tepi perlu telus cahaya tidak kurang daripada 50 peratus. Terdapat pengecualian di mana peruntukan ini tidak terpakai pada kawasan 20% memanjang sebelah atas cermin hadapan kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis bas atau caravan kecuali bagi tingkap di sebelah kiri atau kanan pemandu 


Tips tambahan untuk menggelapkan cermin kereta ada di blog qimie.com




Disability Glare 


Manakala bagi Disability Glare pula, cara mengatasinya adalah lebih kompleks mengikut punca-puncanya. Pemeriksaan mata akan dapat menentukan punca masalah silau yang dihadapi. Jika silau tersebut berpunca dari penyakit seperti yang saya nyatakan dia atas, anda akan dirujuk kepada Oftalmologis (Doktor Pakar Mata) untuk tindakan selanjutnya. 


Tetapi jika silau disebabkan power, lebih-lebih lagi jika mata mempunyai power astigmatisma, pemakaian kacamata sudah memadai. Apabila power mata tersebut dibetulkan (memakai sebarang bantuan penglihatan seperti kacamata, contact lens  atau LASIK) masalah silau akan dapat diatasi. 


Enhancement


Tambahan bagi mereka yang memakai kacamata, terdapat pilihan enhancement yang boleh ditambah pada kanta kacamata untuk mengatasi masalah silau. Enhancement yang dimaksudkan ialah lapisan antireflektif atau nama glamornya, MULTICOAT yang berfungsi untuk


  1. Mengurangkan pantulan cahaya pada kanta. 
  2. Mengurangkan silau sewaktu memandu pada waktu malam.


 Menggelapkan kacamata 

Manakala untuk silau yang tidak dapat ditangani dengan multicoat, Optometris atau Optician akan mencadangkan kepada pengguna untuk menggelapkan sedikit kanta kacamata tersebut. Berbeza dengan tahap kegelapan pada cermin kereta, tahap kegelapan pada kanta kacamata adalah maksimum 25% sahaja kerana jika lebih dari itu, sistem penglihatan malam akan terganggu dan membahayakan diri dan orang lain. Mengapa berbeza? Soalan yang baik. Nanti saya akan terangkan di post  yang lain ok..tungguuuuu =)


Itu sahaja untuk post kali ini dan cara-cara berlawan dengan Encik Silau ini akan saya sambung di post yang akan datang...ok?




Bersambung...



1 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

1 ulasan:

Blog-Blog Lain Yang Menarik