Tips Melindungi Penglihatan Anda Sepanjang Hidup


Assalamualaikum.....

Yo... wassup... Bertemu lagi dalam post yang paling mutakhir...Kali ni kami nak cerita pasal tips lak. Tips yang akan dicelotehkan kali ni berkenaan dengan penjagaan mata untuk mencegah mata kita yang precioussss (sebut ala2 golem LOTR) ni dari diserang pelbagai penyakit.

Untuk melindungi penglihatan dan menjadikan mata tetap sihat bila usia meningkat, pertimbangkan tips2 yang kami perturunkan di bawah ni :

1. Mengenal pasti atau mengambil tau adakah mata korang berada pada risiko tinggi untuk mengidap penyakit mata. Adakah korang amik tau sejarah kesihatan keluarga korang?. Adakah ahli keluarga korang menderita diabetes atau mempunyai sejarah tekanan darah tinggi? Adakah anda berusia lebih daripada 65 tahun? Setiap kondisi ni meningkatkan risiko korang untuk mengidap pelbagai penyakit mata. Ujian mata biasa berkala adalah sangat penting, kerana diagnosis awal boleh menghadkan setiap kehilangan penglihatan dan membantu mempertahankan penglihatan korang.....yezzzaaa...

2. Lakukan ujian kesihatan secara berjadual untuk menyaring kewujudan atau megetahui status/tahap keterukan diabetes dan tekanan darah tinggi. Jika tidak dirawat pada tahap awal, penyakit ini boleh menyebabkan masalah mata. Secara khusus, diabetes dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan keadaan seperti Diabetec Retinopathy, Degenerasi Makula, Glaukoma dan Ocular Hypertension.


3. Megenal pasti atau peka pada tanda2 amaran perubahan dalam penglihatan korang. Jika korang dah mula melihat perubahan dalam penglihatan, kunjungilah optometrist atau oftalmologis berdekatan. Beberapa tanda2 penting dalam perubahan tahap penglihatan ialah kesulitan untuk melihat walaupun dengan cermin mata, penglihatan menjadi berbayang, (double) dan kesulitan melihat dalam keadaan cahaya suram. Tanda2 lain yang common seperti flashes (kilatan cahaya), floaters (objek melayang dalam medan penglihatan) dan juga pembengkakan bola mata juga memerlukan pemeriksaan yang lanjut Semua ini memberi isyarat kepada perubahan fungsi visual dan anatomi mata kita.

4. Sering melakukan senaman dan rekreasi. Menurut beberapa kajian, aktiviti riadah secara berjadual seperti berjoging dapat mengurangkan risiko masalah penglihatan yang berkaitan dengan usia seperti degenerasi makula sehingga 70 peratus! Joging2 la selalu ye....

5. Melindungi mata dari sinar UV yang membahayakan. Korang kena la selalu memakai kacamata hitam dengan perlindungan UV yang tepat untuk melindungi mata korang daripada sinar ultraviolet. Ini boleh membantu mengurangkan risiko katarak (selaput) dan kerosakan mata yang lain.

6. Makan makanan yang sihat dan seimbang. Sejumlah penelitian dan kajian telah menunjukkan bahawa antioksidan mungkin dapat mengurangkan risiko katarak. Antioksidan ini diperolehi daripada buah-buahan atau sayuran berwarna hijau tua. Penelitian juga menunjukkan bahawa memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dapat mencegah degenerasi makula. Selain itu, pertimbangkan jugak untuk melengkapkan diet korang dengan vitamin A samaada dalam bentuk supplemen atau sajian


7. Pastikan mata korang diperiksa sekurang-kurangnya setiap dua tahun. Pemeriksaan mata menyeluruh, termasuk prosedur dilatasi (pengembangan) pupil, boleh menentukan risiko untuk penyakit mata utama seperti Retinophaty, yang tidak mempunyai tanda2 amaran awal atau gejala. Ujian mata juga boleh memastikan preskripsi cermin mata dan kanta sentuh korang masih lagi valid untuk korang....

8. Tidak merokok. pelbagai bahaya merokok telah didokumentasikan dengan meluas. Dalam konteks kesihatan mata, perokok berada pada risiko yang lebih besar berkaitan dengan perkembangan degenerasi makula dan katarak.

Harus diingat, dengan mengikuti langkah2 di atas bukanlah jaminan untuk mengekalkan penglihatan yang sempurna sepanjang hidup. Tetapi yang penting, mengekalkan gaya hidup sihat dan melalui ujian kesihatan dan penglihatan yang berkala pasti akan mengurangkan risiko korang mengidapi penyakit yang boleh 'mencuri' nikmat penglihatan korang...... Sampai bertemu lagi........:)

adios........


'YOUR EYES COMPANION'

1 Comments
Disqus
Fb Comments

1 Komentar:

Optometrist United : Hayati Optometrist, Alor Star


Assalamualaikum...... Rancangan Optometrist United kali ini berkesempatan untuk menjelajah negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman. Kami sebenarnya ke sana untuk attend program n alang2 tu kami telah berjalan2 untuk mencari premis2 optometri untuk di terjah dalam episod kali.... (haha..)

Setelah selesai program selama 2 hari, dikesempatan ini dapatlah kitorang singgah di sebuah premis optometri yang terletak di Bandar Alor Setar. Empunya premis ini, Pn Norhayati Baharuddin berkesempatan ditemu ramah (cewah...mcm wartawan laks!) pada tengah hari 1 november setelah kami check-out dari hotel. Sesudah 8 tahun beroperasi, Hayati Optometrist telah mempunyai 2 cawangan yang menawarkan perkhidmatan optometri yang lengkap kepada penduduk sekitar.



Staff2 Hayati Optometrist : Dari Kiri : Pak Lah, En Tarmizi, Pn Norhayati (Pemilik, Optometrist), Cik Iqlima (Optometrist)


Pn Norhayati beserta suaminya En Mohd Zamri telah mengusahakan premis ini sehingga amat dikenali di sekitar Bandar Alor Setar khususnya di kalangan penduduk Simpang Kuala. Simpang Kuala ni kirenya macam pekan satelit kepada Bandar Alor Setar di mana mengambil masa 5 minit perjalanan dari Pusat Bandar.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian. pemilik premis ini adalah Naib Bendahari kepada Persatuan Optometrist Kedah dan Perlis (POKP). POKP adalah persatuan berdaftar di mana ahli2 nye terdiri dari optometrist2 di kedai2 optikal serta hospital2 di seluruh Kedah dan Perlis

Berikut adalah gambar yang simpan di rakam :



ruangan dalaman yang kemas dan selesa untuk pelanggan. di dalam gambar : autorefraktometer untuk pemeriksaan mata berkomputer percuma



pelbagai pilihan sunglass yang di pamerkan. terdapat juga lebih 500 pilihan bingkai jenama dan rekabentuk terkini


pintu masuk ke Hayati Optometrist sentiasa menyambut kedatangan anda


Hayati Optometrist
'Check Yearly See Clearly'

Waktu Bekerja : Sabtu hingga Khamis (Jumaat : Cuti)
9.30am - 6.30pm

Cawangan Utama :

98, Jalan PSK 2, Pekan Simpang Kuala,05400, Alor Star, Kedah
Tel/Fax : 04 7716615

Cawangan :

No.167, Jln Suka Mari, Pekan Pendang Baru, 06700, Pendang, Kedah
Tel/Fax : 04 7591615

Email : hayati98@yahoo.com.my

1 Comments
Disqus
Fb Comments

1 Komentar:

D.I.Y : Bersihkan Kaca Mata Anda



Assalamualaikum......


Jom kite jengah tips ringkas untuk menjaga cermin mata korang supaya lebih tahan lama n bersinar2..... Tips2 ni asas je sebenarnye, senang nak dipraktikkan. So rasenye takde masalah korang nak praktikkan supaya korang takyah la nak bertukar cermin mata selalu... Al-maklumla cermin mata ni mahal kan? Takkan la nak bertukar 6 bulan sekali...? sakit jugak kan?.

Ok... 1st of all (ckp omputeh lak..hehe) aku nak perturunkan kaedah untuk mencuci kanta cermin mata korang....Cuci sendiri pun takpe... Atau kalau korang rajin, korang leh pegi mane2 kedai optikal untuk mendapatkan servis pencucian cermin mata.... Biasanya cuci spek ni free je servisnye.. Kalau malas nak hantar kat kedai, ni ha care2 nye....




1. Alirkan kanta cermin mata korang dengan air (seelok2nya air masak atau air suling atau air bio-aura..hahah...). Jangan lap cermin mata korang sebelum dialirkan dengan air. Takut nanti ade habuk/partikel kat atas lens korang....Silap2 boleh calar lens korang.

2. Semburkan kanta spek korang dengan spray atau bahan kimia khas untuk mencuci kaca mata. Cecair ini ada dijual di kedai optikal (kalau korang regular customer, korang pau je tokey kedai tu sebotol..huhu..)

3. Abis tu korang lap kan kanta spek tu selembut2 nye dengan kain mikrofiber (kain yang korang dapat mase korang beli spek tu...)

4. Lepas lap korang alirkan balik kanta korang tu ngan air n kemudian keringkan kembali dengan kain bersih.

Yepppp.... nampak simple kan.... step2 ni di tulis untuk mengelakkan kerosakan yang tidak di sengajakan semasa proses membersihkan kanta korang. Aku jamin la... kalau korang amalkan seminggu sekali pun da cukup untuk menyebabkan kanta cermin mata korang kelihatan bersinar2 seperti baru.... Serbuk pencuci Daia atau Axion tak diperlukan dalam proses ni yek....huhu....




Tips Tambahan :

1. Jangan letakkan kanta cermin mata korang mengadap permukaan kasar. Selalu letakkan spek korang dalam kedudukan yang betul/ideal

2. Semasa menanggalkan spek, jangan tarik spek korang di sebelah tangkai sahaja. Pegang di kedua2 blah tangkai sebelum menarik spek korang dari muka. Ini untuk mengelakkan cermin mata kesayangan korang bengkok..

3. Selalu simpan spek korang dalam 'casing' kalau korang tak pakai.

4. Jangan simpan spek korang dalam kereta atau berhampiran tempat panas walaupun disimpan dalam 'casing'

5. Jauhkan spek korang dari dicapai oleh kanak2.


Kalau power korang tak naik, kanta kaca mata korang biasenye boleh bertahan sehingga 3 tahun. Kalau korang match kan dengan bingkai yang tahan lasak sperti bingkai titanium, jangka hayat spek korang mungkin boleh bertahan lebih lama....:)


adios.....


'YOUR EYES COMPANION'


2 Comments
Disqus
Fb Comments

2 Komentar:

School Revisited : SK Taman Koperasi Polis

Assalamualaikum......

Bertemu kita lagi dalam pengembaraan upin dan ipin musim ke-3....ayark!!!....haha..... tersasul lak tuan2 dan puan2.... Ampun ya....huhu..... Kepada pengunjung2 yang budiman, sori la pasal lame dah tak update blog ni... Seminggu 2 ni rase cam jadual penuh sangat dan didapati kami hampir2 atau sipi2 mengidap virus H1N1 (haha...wat saspen) tapi alhamdulillah rupenye kami hanya demam biase saje.....:)

Pada post kali ini rasenye kami akan sambung aksi pengembaraan kami ke sekolah2 di sekitar KL. Sebelum ini lebih kurang 20 buah skolah telah menerima perkhidmatan kami dan setiap minggu aktiviti pemeriksaan mata percuma ini akan terus diadakan di sekolah2 yang berkesempatan. Antara sekolah2 yang sempat kami jengah :

1. SK AU Keramat
2. SMK Taman Melati
3. SMK Sri Saujana
4. SMK Cochrane
5. SK Wangsa Maju Sek 1
6. SK Batu Muda
7. SMK Bandar Baru Sentul
8. SMK Bandar Baru Sri Petaling
9. SK Taman Sri Rampai
10. SMK Taman Setapak Indah
11. SK Sungai Besi
12. SM Teknik Setapak
13. SMK Wangsa Jaya
14. SMK Wangsa Melawati
15. SM Sains Selangor
16. SMK Bandar Tun Razak
17. SMK Cheras
18. SK Sri Nilam
19. SMK Wangsa Maju Zon R2
20. SM Teknik ERT Setapak
21. SK Jalan Padang Tembak (2)
22. SK Jalan Ayer Panas




Oleh kerana kesibukan dengan pelbagai program, kami tidaklah sempat memaparkan gambar2 serta ulasan aktiviti2 di setiap skolah...huhu... Dalam post kali ini... kami ingin menyajikan gambar2 program kami di SK Taman Koperasi Polis yang berlangsung pada 22 dan 23 Oktober yg lepas.

SK Taman Koperasi Polis
Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves
Kuala Lumpur, 68100

03-61871880



SK Taman Koperasi Polis ini terletak di dalam Taman Koperasi Polis Fasa 2 yg terletak berhampiran dengan Kolej UNIKOP. Kawasan penduduk yang berhampiran seperti PPR Batu Muda, Kem Batu, Ampat Tin dan Taman Pinggiran Batu Caves terletak berdekatan dengan Taman Koperasi Polis. Dengan jumlah pelajar menghampiri 1000 orang, sekolah ini juga menempatkan pusat pembelajaran untuk golongan pelajar kurang upaya (PKPP).



Gambar2 Aktiviti


Pelajar2 sibuk memilih bingkai yang 'matching'



Crew2 bergambar bersama sebelum aktiviti, kelihatan di situ saudara aswanism...huhu



Panorama bangunan SK Taman Koperasi Polis



Pemeriksaan mata secara komprehensif sedang dijalankan



Pn Lily sedang berposing bersama anak2 1 Malaysia...ahaks...



Syok woo... Macam2 ragam budak2 skolah ni.... Macam2 kes ade.... Ade yg malu nak pakai spek, Ade yang nak pakai spek sangat sampai nak baca huruf kat carta snellen pun buat2 merangkak. Padahal nampak je sebenarnya...hehe... Ape2 pun kitorang memang enjoy buat program2 macam ni....

Okey la geng... Sampai disini sahaja post kali ni.... Nantikan post2 n artikel2 yg lebih mencengkam dari kami di masa akan datang.... Ape2 pertanyaan sila email atau terus je call kepada :

aurora.avc@gmail.com

019 2798797 (Azwan [aswanism])
019 7540981 (Masdi [Eagle'sEyes])


adios....


'YOUR EYES COMPANION'

5 Comments
Disqus
Fb Comments

5 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik