Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan



Bulan Ramadhan datang lagi menjengah diari kehidupan setiap insan yang beragama Islam. Bulan yang penuh keberkatan dipenuhi cabaran dan godaan bakal ditempuh dengan penuh dedikasi dan kesabaran. Menguji kekuatan lahiriah dan batiniah untuk merekrut bakal-bakal insan yang kuat berjiwa waja.

Bersempena bulan Ramadhan yang sarat dengan keberkatan ini, saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Semoga bulan Ramadhan kali ini akan menjadikan kita sebagai insan yang akan berubah dari bersifat kurang manis kepada yang lebih sedap mata memandang.


Puasa puasa jugak tapi blog Mata & Penglihatan akan terus "menyuply" para pembaca dengan info-info berkenaan dengan mata. Tunggu post-post menarik dari saya seperti aktiviti sel-sel mata semasa puasa, wudu' dan mukjizatnya pada mata dan pelbagai lagi. Insyaallah akan saya sampaikan dalam masa terdekat. 

Wassalam..

p/s: Jangan buat-buat kantoi buat mereka yang diwajibkan pose sebulan tu yek :)


Sponsored by

Jangan mare yek..sekadar pesanan untuk saya dan teman-teman..

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik