Paparan Menarik

Memaparkan catatan dengan label Penglihatan Sukan. Papar semua catatan

Koordinasi Mata-Kaki Pemain Bola Sepak

Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Piala Dunia kembali lagi dan setakat ini semua pasukan dah pun merasa perlawanan pertama mereka dalam pusingan pertama ini. Macam-macam berita dan kontroversi yang kedengaran dan yang paling menarik perhatian adalah bola rasmi Piala Dunia, Jabulani yang dikatakan terlalu cepat mengubah pergerakan (unpredictable swerving movevement). Tambah dengan kontroversi vuvuzela pula yang jelas menyusahkan pemain berinteraksi sesama mereka..saya pun rasa hilang minat bila yang kedengaran hanya bunyi lebah menenggelamkan sorakan chant penyokong pasukan. Peh macam pengulas sukan pulak rasanya..Kita tinggalkan dulu Piala Dunia dan hari ni kita bersembang berkaitan dengan bola sepak juga iaitu Koordinasi Mata-Kaki.

Baca seterusnya »

Latihan Ketajaman Penglihatan Untuk Atlit

PERINGATAN: ARTIKEL INI MENGANDUNGI AKSI-AKSI TIDAK MERBAHAYA. SILA TIRU DAN LAKUKAN DI RUMAH ANDA =)

Assalamualaikum dan salam ceria,

Seperti yang anda ketahui tahap penglihatan terbaik diperlukan untuk seseorang atlit atau ahli sukan itu meningkatkan prestasinya di dalam arena sukan. Tak kiralah sukan apa pun. Bola sepak, Golf, Badminton, Skuasy, Hoki, Tenis dan berbagai-bagai sukan lagi. Namun tidak ramai yang tahu bagaimana untuk meningkatkan tahap penglihatan untuk atlit-atlit.

Baca seterusnya »

Kanta Sentuh Untuk Sukan Dan Riadah



Assalamualaikum...

Post kali ni di tulis atas permintaan pembaca, saudari Ekin yang mahukan info tentang pemakaian contact lens (CL) untuk aktiviti sukan dan riadah.. Sememangnya pemakaian CL ni banyak memberi kelebihan pada pemakai cermin mata untuk menjalani aktiviti riadah... CL secara umumnya dapat berikan lebih medan penglihatan daripada cermin mata....Ini dapat membantu korang untuk tingkatkan prestasi semasa bersukan berbanding dengan pemakaian cermin mata...

Kelebihan CL berbanding cermin mata dalam bersukan.....

  • Medan penglihatan tepi (periferi) yang lebih baik : Untuk bersukan, memang ada google khas untuk memberikan permandangan yang lebih jelas jika kita menjeling melalui ekor mata... Google ni boleh ditempah mengikut preskripsi mata korang... Walaubagaimanapun... google yang berprekripsi ni mmg mahal harganya kerana kanta nya perlu ditempah khas untuk memuatkannya dalam frame yang berbentuk 'curve'. Tambahan lagi, kualiti optikal kanta di bahagian sisi tidaklah begitu baik kerana terdapat lebih distortion di bahagian tepi kanta (efek2 berwarna) yang akan mengganggu penglihatan periferi... Dengan penggunaan CL, korang dah payah risau tentang masalah permandangan sisi korang... korang dah boleh jeling2 atas, bawah, kiri kanan tanpa perlu risau permandangan korang kabur...

  • Medan penglihatan yang luas : Jika korang pakai cermin mata, dah tentu la bingkai tu akan menghalang sedikit medan penglihatan dan akan mengurangkan kecekapan korang dalam melihat objek yang datang dari arah bawah, tepi dan juga atas... CL memberikan medan penglihatan yang maksimum dan korang boleh bertindak balas dengan cepat...

  • Penglihatan kekal jelas : CL memberikan permandangan yang jelas dalam pelbagai keadaan cuaca. tidak seperti cermin mata yang akan berkabus semasa keadaan hujan...

  • Kurang risiko kecederaan : Cermin mata mempunyai risiko untuk pecah dan ini akan mencederakan mata. CL adalah amat sesuai untuk aktiviti sukan lasak...

  • Terasa lebih stabil pada penglihatan : Dengan cermin mata, korang mesti akan menghadapi masalah bila berlari dan akan dapati frame akan kerap tergelongsor di bahagian hidung... Tiada masalah ini dengan CL...

  • Penglihatan jelas dengan komponen keselamatan : Pemakai CL tetap akan terasa selesa walaupun alat2 aksesori sukan lain di pakai seperti google untuk berenang, topi keledar, dan sebagainya... Cermin mata sudah semestinya akan mengganggu pemakaian aksesori terbabit...

Aktiviti sukan dan riadah selalunya membawa kepada persekitaran yang tidak begitu bersih dan membawa kepada kewujudan mikrob... Disebabkan itu, CL pakai buang sehari di cadangkan untuk para atlet yang tak mahu memakai cermin mata apabila aktiviti riadah dijalankan... CL jenis ini tak memerlukan pencucian dan CL akan terus dibuang selepas dipakai secara maksimum 8 jam sehari... Korang boleh mengurangkan risiko infeksi disebabkan kewujudan mikrob pada CL yang tidak dicuci dengan bersih...

Satu lagi CL yang dicadangkan ialah RGP (rigid gas permeable) di mana CL ini amat sesuai untuk persekitaran dan situasi yang di lalui para atlet sepanjang hari... RGP adalah amat sesuai untuk atlet profesional yang menjalankan latihan sepanjang hari... RGP boleh dipakai lebih lama kerana oksigen lebih mudah untuk memasuki mata berbanding CL lembut biasa.... Sifat material RGP yang kenyal membuatkan debu2 dan deposit tidak terkumpul pada CL dan ini akan membuatkan pencucian CL lebih senang..... 

walaubagaimanapun, sifat RGP CL yang lebih keras dari CL lembut yang biasa buatkan RGP CL tidak sesuai sangat di pakai bagi aktiviti riadah yang singkat... Ini kerana RGP CL memerlukan masa yang agak lama untuk adapt di dalam mata... RGP just digalakkan untuk pemakaian terus tak kira la samaada waktu bersukan atau tak.. RGP jugak tidak digalakkan untuk sukan yang mempunyai risiko impak kepada mata seperti bola sepak, hoki dan sebagainya pasal ianya boleh mencederakan sel2 kornea jika terkena impak

Bagi korang yang memang tak suka pakai cermin mata atau CL bile beriadah, korang boleh cuba Ortho-K CL... Ortho-K ni korang kene pakai bile tido malam n bile korang bagun tido...zassss... korang dah boleh melihat dunia dengan lebih jelas tanpa memerlukan cermin mata... Best kan... CL generasi baru ni mmg amat di cadangkan untuk atlet... Dengan ini, atlet sepenuh masa dapat menjalankan aktiviti tanpa perlu risau tentang penglihatan dan penjagaan CL...

Majula Sukan Untuk Negara....:)

Tinggalkanla komen kalau ade pertanyaaan yer...


Adios......


'YOUR EYES COMPANION'

Baca seterusnya »

Kaca Mata Hitam Dan Aktiviti Sukan


Assalamualaikum...


Aku nak bagi sikit panduan kat sini tentang penggunaan sunglass dan kaitannya dgn aktiviti sukan dan rekreasi.. Biasanya sunglass ni orang kaitkan dengan gaya dan fesyen. Jenama2 terkenal seperti Rayban, Serengeti dsb direka untuk menampilkan personaliti seseorang... Ada juga sunglass yang dicipta untuk memberikan keselesaan kepada individu yang aktif bersukan. Jenis warna pada kanta sunglass terbabit biasanya direka bersesuaian dengan enviroment aktiviti dan adakalanya dapat meningkatkan prestasi si pemakai dalam sukan atau rekreasi berkenaan... Di sini aku perturunkan jenis2 warna (tinted) yg bersesuaian mengikut aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan...wachaaaa...

Warna Kuning dan Jingga

Warna ini biasa dicadangkan kepada penggiat aktiviti yang melibatkan suasana persekitaran yang tidak banyak cahaya dan redup ataupun suasana persekitaran yang berubah2 dari segi cuaca...Kanta bewarna ini juga sesuai dipakai dalam keaadaan berkabus atau berjerebu...Juga dicadangkan kepada penggiat sukan indoor..Kanta jenis ini meningkatkan kontras dlm keadaan persekitaran yang redup...

Jenis Rekreasi dan Sukan Yang Sesuai : Berbasikal, Memburu, Tennis, Bola Keranjang Indoor, Menembak...

Warna Merah, Merah Jambu, Merah Hati

Warna ini meningkatkan kontras dalam keadaan cuaca yang agak2 redup tetapi suhunya panas.. Penggunaan kanta warna jenis ini mungkin dapat mewujudkan sedikit ketidak seimbangan dalam mengenalpasti warna objek persekitaran..

Jenis Rekreasi dan Sukan Yang Sesuai : Berbasikal, Memancing dan segala jenis Sukan Air

Warna Perang dan Tembaga

Warna ini menapis komponen biru dalam spektrum cahaya sekaligus meningkatkan kontras sekeliling dan mempertajamkan tahap penglihatan..Jenis kanta ini secara spesifik meningkatkan kontras di kawasan berumput dan apabila melihat langit..

Jenis Rekreasi dan Sukan Yang Sesuai : Golf, Baseball, Ski, Memancing (terutama dasar kolam yang penuh dengan warna kehijauan)

Warna Hijau

Hijau meningkatkan kontras sekeliling tetapi tidak menyebabkan gangguan kepada keseimbangan warna.. Warna dapat dikenal pasti dengan baik (tidak seperti warna merah)

Jenis Rekreasi dan Sukan Yang Sesuai : Baseball, Kriket, Golf

Warna Hitam dan Kelabu

Warna yang popular ini mengurangkan kecerahan secara total dan beserta dgn fungsi Polarize akan menghapuskan segala unsur silau dan reflection cahaya. Warna ini tidak mengganggu pengenalpastian warna..

Jenis Rekreasi dan Sukan Yang Sesuai : Semua jenis sukan outdoor dalam persekitaran yang terik dan panas


Rata2 kedai optikal mempunyai sample warna yang dinyatakan di atas... Sebelum membuat keputusan untuk membeli, cubalah sunglass tersebut dalam pencahayaan yang agak similar dengan aktiviti rekreasi yang anda lakukan...

Bagi individu yang melakukan pelbagai aktiviti dalam pencahayaan dan persekitaran yang berbeza, pilihlah lebih dari satu sunglass dengan wana yang berlainan. Terdapat juga sunglass seperti jenama Rudy Project yang mempunyai fungsi interchangable lens di mana bila korang beli sunglass macam ni, hanya perlu tukar lens mengikut kesesuaian aktiviti yang korang lakukan tetapi tetap pakai sunglass (bingkai) yang sama..

Akhir kata... Majulah Sukan Untuk Semua....:)

adios....


'YOUR EYES COMPANION'

Baca seterusnya »

Blog-Blog Lain Yang Menarik